Monday, December 20, 2010

.: Hari Jadi :.

Entri ini khas untuk Norhasnizan@anis dan saya akan menggunakan bahasa malaysia yang formal.

Hari ini Selasa, 21 Disember 2010 genaplah 24 tahun usia seorang rakan karibku yang bernama Norhasnizan@anis. Seperkenalan aku dengan Anis bermula di Matrikulasi UIAM yang kini dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya. Kalau tidak salah aku, pada semester pertama pengajianku disana kami hanya sekelas pada subjek ‘Computer 1’ yang diajar oleh arwah Bro. Asmady Zakaria (al-fatihah). Semasa di matrik, Anis merupakan gadis pujaan ramai dikalangan penuntut-penuntut di sana . Dia juga adalah perempuan pertama yang meminta nombor telefon aku sepanjang aku disana ditemankan oleh Siti Suhaili selepas kelas ‘Computer 1’ tersebut(kira bangga jugak la aku time nieh). Pergaulan antara aku dan Anis tidaklah begitu rapat sepanjang semester 1 & 2 hanya sekadar rakan sekelas. Aku akan menghubungi Anis apabila keputusan semester dikeluarkan.

Pergaulan antara aku dan Anis pada tahun ke-2 aku dimatrik tidak bergitu baik. Kami berselisih faham dan keadaan ini berterusan sehingga aku tamat pengajian di matrikulasi(agak lama kami tidak bertegur sapa).

Walaubagaimanapun, pada tahun pertama (semester 1 or 2 x berapa ingat) pengajian aku di UIAM, kami telah berhubung semula, dia meminta maaf atas kesilapan dia yang lepas dan begitu juga aku (aku sensitip sangat kot.. huhu~). Semenjak itu kami berkawan baik sehingga kini, kadang-kadang dia akan berkongsi masalah dengan aku dan aku akan cuba tolong semana yang aku mampu, begitu juga sebaliknya.

Beralih kepada perangai Anis, dia merupakan seorang kawan yang baik dan dia akan cuba membahagiakan kawan-kawan sekelilingnya. Dia juga seorang yang ceria dan gila-gila(gila2 tak hingat punya). Mempunyai semangat yang kuat walaupun menerima dugaan yang besar(sangat besar!!). Dia suka bergaya dengan fesyen tudung(xtaw la bape lori da tudung dia.. hehe~). Pendek kata tidak sia-sia menjadi salah seorang rakan dia.

InsyaAllah jika diizinkan, dia akan bertunang pada 15 Januari 2011 tahun depan dengan kekasih hatinya, Mr. Crab(istilah yang digunapakai oleh Anis). Aku mendoakan semoga apa yang dirancang olehnya mendapat keberkatan daripada Allah.

Terima kasih kerana menjadikan saya salah seorang daripada kawan kamu!!

Selamat Hari Lahir yang ke-24!!!


Biasa ko colek gamba aku. Ari aku lak kidnap gamba ko~ heh~ :P