Memaparkan catatan dengan label Energizing Soy Protein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Energizing Soy Protein. Papar semua catatan

Khamis, 24 Februari 2022

APA PENTINGNYA ESP INI UNTUK BADAN KITA?

 Assalamualaikum.

APA PENTINGNYA PROTEIN / ESP INI UNTUK BADAN KITA?
👍👍ESP adalah sumber protein - protein pula komponen yang membina kulit, rambut, kuku, dan otot kita
👉👉Setiap inci tubuh badan kita memerlukan protein untuk berfungsi. Jadinya ESP dapat membantu untuk membekalkan keperluan protein yang cukup untuk badan.

APA TANDA KITA KEKURANGAN PROTEIN?
👉Selalu penat dan mengantuk
Rasa penat sebab kuat kerja atau tak cukup rehat tu normal. Tapi yang tak normal kalau terlalu kerap sangat penat dan badan rasa lemah je, ditambah rasa mengantuk nak tidur je walau kita tidur awal. Itu tandanya badan kita dah start bagi signal kekurangan protein.
Dalam protein ada asid amino yang penting untuk pergerakan oksigen dalam darah.
Kurang protein > kurang asid amino > kurang sumber oksigen salur ke sel dan organ > penat, letih, tidak bermaya, nak tidur
👉Kulit kelihatan kusam, mudah breakout dan tona kulit tak lawa
Salah satu kepentingan protein untuk kecantikan kulit ialah untuk membina sel-sel kulit yang baru atau ‘baby skin’ yang sihat.
Cycle kulit kita ni lebih kurang sama macam period juga, 28 hari. So kalau korang tak cukup protein intake, itu yang kulit jadi kusam sebab sel-sel kulit baru kekurangan blok asas penting iaitu protein.
👉Bila protein tak cukup, ditambah dengan sel kulit yang dah kena attack dengan radikal bebas daripada sinaran matahari, itu yang macam-macam masalah kulit timbul 1 persatu. Protein ni la yang dapat membantu untuk membaiki sel-sel kulit yang sedia ada.
👉Selalu rasa nak mengunyah
Kita baru lepas makan tapi masih rasa nak capai snack, biskut atau apa-apa la asal boleh mengunyah. Ini memang antara petanda badan kita kurang protein. Perut kita paling lambat nak hadam protein jadinya bila kita consume protein kita akan rasa kenyang lebih lama.
Kalau badan kitra kurang protein, makanlah banyak mana pun takkan rasa kenyang. Badan bagi signal rasa lapar sentiasa and kita akan craving makan makanan yang tinggi karbohidrat, yang manis-manis, snacks sebab nak kenyang cepat.
👉Rambut mulai rapuh dan gugur banyak daripada biasa.
Rambut kita juga diperbuat daripada protein. Bila badan kita tak cukup protein, badan kita masuk ke “‘starvation mode” .
Means badan kita akan start tarik protein daripada anggota badan yang tak penting seperti rambut dan kulit untuk salurkan protein kepada organ badan yang penting. Sebab ni lah rambut mula rapuh lepas tu gugur.
👉Kerap demam selsema
Korang tahu tak sistem imun badan kita diperbuat daripada protein?
Bila badan tak cukup protein, kita tak mampu nak melawan jangkitan virus. Sebab itu kita senang jatuh sakit.
Bila kita kurang protein, badan kita akan gunakan protein yang ada dalam badan untuk bagi organ badan berfungsi dan ada tenaga. Pada asalnya protein itu sepatutnya digunakan untuk membina otot, sistem imun, rambut, kuku, sel kulit.

⚠️⚠️So boleh nampak effect yang akan berlaku apabila korang kurang protein?
Korang tak perlu risau lagi sebab ESP ni memang membekalkan kandungan protein yang mencukupi serta mudah diserap oleh badan.🎯🎯









Consume ESP settle masalah sebab manfaat ESP cukup lengkap dah.♥️♥️
Perlukan ESP ? Nak Order?
Click link di bawah untuk order ESP
LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
(Location : Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Putrajaya & Sepang)


Khamis, 10 Disember 2020

Apa Yang Diperlukan Ibu-Ibu Bekerja ?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang, ibu-ibu bekerja adalah kebiasaan semasa. Dan golongan ibu-ibu bekerja ini amat 'memerah' tenaga. Dan kami (ibu berkerjaya) perlukan tenaga tambahan kerana kami perlu 'juggle' 3 peranan utama dalam hidup.

Apa dia 3 peranan ibu yang bekerja ini? Mari kita tengok apa peranannya:

1. Peranan sebagai Ibu - Menjaga/menguruskan anak-anak dan kerja rumah

2. Peranan sebagai isteri - Memberi perhatian dan memenuhi keperluan suami

3. Peranan sebagai pekerja - Menjalankan kerja hakiki di pejabat 


Perhatikanlah peranan ibu bekerja ni.. Yess.. mommies you need energy and stamina untuk uruskan 3 peranan ini.

Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu kekal bertenaga dari pagi sehingga malam.

1. Tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Bersenam 3 kali seminggu.

3. Makan makanan yang berkhasiat, eat clean, kurangkan makanan segera dan tinggi gula. Minum air putih (kosong) yang cukup.

4. Amalkan pengambilan Supplemen ESP Shaklee.



Kepada yang memerlukan ESP Shaklee ini boleh wasap saya melalui link di bawah ya.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Isnin, 18 Februari 2019

Jatuh Cinta Kali Pertama Aku dengan ESP

Ni dia. Ada story pasal dia ni.

Kisahnye, aku kenal dan jatuh cinta dengan shaklee sebab dia ni laa. Nama dia ESP atau nama penuh Energizing Soy Protein.

Dari mana ku jumpa? Online. Time tu famous set menyusu dari Shaklee. Lalu ku beli dia ni dengan kawan2 dia (set menyusu). Tak ingat dah setnye. Dah 7 tahun kak oi.

Aku beli dia ni sebab masalah susu badan merudum. (p/s, masalah susu merudum sebab akak jahil). Back to the story, aku pon beli lah set menyusu.

Dah beli, tipikal of me, tak makan pon, tak sentuh pon vitamin nye. Teruknya perangai aku. Beli2 buat hiasan.






Then, takdir Allah, aku terbaca posting fb member ofis pasal ESP ni la. Dia kata, pas minum ESP badan maintain bertenaga walaupun menyusu badan dan puasa. Aku pun terkesima. (boleh ke guna istilah terkesima?) Time tu puasa, menyusu badan lagi, memang aku perlukan bantuan untuk badan aku.

Apa lagi terus capai ESP bancuh minum. (Time sahur la). Yep, seperti dikata. Kenyang lebih lama, badan tak mudah letih walau posa dan menyusu.
Paling terbaik lah time tu aku rasa, terus aku join ahli shaklee.

Testimoni aku sendiri kan, bukan sahaja ESP untuk tenaga sahaja tau, untuk kulit cantik gebu, pun adalah kesan minum ESP konsisten.

Aku ingat lagi, one of my member ofis kata, wajah aku makin berseri. Aku pun tersipu2. Ropenye minum ESP boleh mencantikkan kulit. Yang Best mak aku marah aku, kata aku makin putih, kata aku pucat. Rupanya bukan pucat, aku makin melepak. (maafkan aku ye menyatakan yang benar)

Best kan Best kan Best kan?

Adik2 akak2 nak kesan seperti apa i dapat lepas consume ESP?
Boleh lah wasap dengan klik link di bawah









Rabu, 25 Oktober 2017

Protein dan anda. Tahukah anda fakta-fakta tentang Protein?

Assalamualaikum.

Tahukah anda, tubuh badan kita (manusia) asasnya adalah protein?
Umpamakan protein adalah blok binaan tubuh badan. Kalau kita bina rumah batu, yang membentuk struktur rumah dan dinding adalah batu-bata - Lebih kurang begitulah protein kepada tubuh kita.



Sebenarnya kita hari-hari makan protein, tetapi adakah kita tahu protein yang kita ambil itu berkualiti dalam membentuk sel-sel tubuh kita?

Saya hendak kongsikan beberapa fakta yang saya belajar dari Shaklee:

1. Fakta tentang protein dan tumbesaran:
Protein adalah nutrien penting sewaktu di alam kanak-kanak, remaja dan kehamilan. Protein membantu membina sel-sel, menyokong sistem imun dan membantu mengoptimalkan fungsi-fungsi di dalam tubuh,  termasuk menghasilkan rambut yang bersinar, kulit lebih licin dan kuku lebih kuat.

Protein dan komponen-komponennya - asid amino juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan sebagai pengangkutan kepada nutrien-nutrien lain.


2. Fakta tentang Protein dan tenaga lebih tahan lama
Minuman tenaga dan kopi cuma membekalkan tenaga sementara. Namun demikain, dengan mengambil protein yang mencukupi boleh membantu mengekalkan tenaga tubuh anda kerana untuk menguraikan protein mengambil masa yang lebih panjang, ini membekalkan tenaga yang lebih tahan lama supaya anda boleh menjalani hari  dengan  penuh semangat dan kecergasan.

Image result for man working energetic

3. Fakta tentang Protein dan Pengurusan Berat Badan
Diet yang memasukkan protein yang tinggi boleh membantu kurangkan berat badan kerana rasa kenyang yang lebih lama. Kajian menunjukkan mencapai berat badan yang sihat (ideal) boleh memanjangkan usia.

4. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Jantung
Kajian prospektif selama 20 tahun mendapati golongan yang mengamalkan diet rendah karbohidrat dan lebihkan lemak berasaskan tumbuhan atau protein mempunyai 30% kurang risiko mendapat penyakit jantung. Dengan itu, dengan memasukkan protein berasaskan tumbuhan ke dalam diet harian boleh mengurangkan masalah kardiovaskular serta membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi jantung.

5. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Tulang
Protein juga memainkan peranan dalam menjaga kesihatan tulang. Banyak penemuan menyatakan pemakanan yang kaya dengan protein dikaitkan dengan merendahka risiko kerapuhan tulang. Dalam percubaan baru-baru ini, peningkatan pengambilan protein bersama-sama dengan kalsium dan vitamin D dalam diet harian boleh mengurangkan kerapuhan tulang dan meningkatkna kekuatan otot.

6. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Otot
Kehilangan jisim otot berlaku selaras dengan penuaan dan ini boleh berlaku tanpa disedari kerana disertai dengan peningkatan lemak badan. Apabila menjelang usia emas dalam umur 60an dan lebih berlaku kehilangan jisim otot yang ketara. Untuk mengurangkan melambatkan isu ini, adalah disarankan mengambil diet kaya protein.

Ahad, 12 April 2015

Kesuburan dan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.

Vitamin Shaklee membantu kesuburan suami dan isteri? Betul kah? Bukan Vitamin cuma untuk kesihatan umum sahaja. Apabila kita sebut kesihatan umum, ia juga merangkumi kesihatan seksual. Apabila tubuh kita berfungsi dengan baik dan optimum, bermakna ia termasuk dalam sistem seksual badan.

Jadi apakah yang kita boleh amalkan untuk membantu kesuburan tubuh kita?
Jawapannya ialah pemakanan seimbang dan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat serta pengambilan supplemen.

Vitamin Shaklee manakah yang disarankan untuk diamalkan untuk membantu kesuburan?
Kami menyarankan Vitamin Asas seperti berikut:

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - multivitamin lengkap untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C -membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - memberi tenaga, perasaan tenang dan mengurangkan stress.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(5) Vitamin E & Selenium -Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa - Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, dan terus laki ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

**************************
OFFER BULAN APRIL 2015
**************************





Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee?


Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Jumaat, 20 Mac 2015

4 Tips Mengurangkan Kepenatan Badan

Assalamualaikum.

Beberapa hari tidak mengarang memang menyebabkan otak " a little bit rusty" - KARAT. Maaf. Saya suka berkata-kata dalam bahasa Inggeris. Tak mengganggu kan?

Badan yang penat, bagaimana nak mengatasinya? Sebenarnya banyak cara boleh kita amalkan untuk mengurangkan rasa penat. Dan pakcik Google juga boleh tunjukkan banyak cara untuk mengurang rasa penat.

Jadi saya kongsikan beberapa tips untuk mengurang kepenatan badan :
1. Mandi air panas - apabila kita mandi dengan air panas, ia membantu melancarkan peredaran darah kerana air panas menjadikan urat-urat saraf kita mengembang jadi darah mudah berjalan. Macam highway - luas, jadi kereta pun laju meluncur.

2. Dengar muzik dan tenangkan fikiran - menenangkan pemikiran juga menghilangkan perasaan penat yang menyelubungi minda.

3. Minum air isotonik / minuman bertenaga - boleh mengamalkan minuman 100Plus, Gatorade, dan macam-macam lagi minuman tenaga di pasaran.



4. Melakukan senaman ringan dan melakukan regangan  - kebanyakan kita salah anggap yang senaman menjadikan badan lebih penat. Sebenarnya ia menjadikan badan lebih bertenaga dan cergas. Sebab itu, sebelum tidur, anda tidak digalakkan melakukan aktiviti senaman.


Jadi, cuba-cubalah tips yang saya berikan di atas.

Selain itu, boleh juga mengamalkan vitamin B Complex, Vita-Lea, ESP, Performance Drink atau Vivix untuk membantu membekalkan tenaga semula.

Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan lanjut.

sms/WhatsApps/Telegram 016-8749195 Lenny (untuk call mohon jasa baik sms dahulu)


Jumaat, 6 Mac 2015

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Assalamualaikum. Protein untuk kecantikan anda, juga membekalkan tenaga berpanjangan. Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Produk yang hangaaat di pasaran.
Anda memerlukan tenaga sepanjang hari tetapi tidak mahu asyik makan sahaja untuk mendapatkan tenaga? Bancuh segelas ESP, dan anda akan rasa kesannya.

   



Hubungi saya untuk pembelian
SMS boleh, WhatsApp/Telegram boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface di :