4 tahun penuh suka duka

assalamualaikum

post tanda meraikan empat tahun bersama sekolah sekarang.. kejap je macam baru semalam dapat surat berjaya tukar tempat kerja.. betul betul cepat masa berlalu ye.. masuk tahun keempat pon aku masih mencari rentak nak sesuaikan diri di tempat sekarang.. nak kenal pasangan pon ambil masa bertahun ni kan pulak tempat mencari rezeki.. kehkehkeh.. tapi tu la, best ke tak best ke pandai pandai la bawak diri.. ada yang tak best? jangan usik, sebab banyak lagi benda benda best yang kita boleh raikan..

letak gambar tuan rumah sebab nak gebang hari ni pakai baju baru pergi kerja.. 😚

sangat lain enviroment sekolah dulu dengan sekolah sekarang.. mula mula aku masuk sini rasa macam kena kejutan elektrik.. tak biasa dengan keadaan sekeliling.. sebab tu aku cakap sampai sekarang aku masih lagi mencari rentak.. ihiks.. tapi alhamdulillah semuanya baik baik je untuk aku kat sini.. alhamdulillah syukur jugak direzekikan dikelilingi dengan orang yang baik baik..

ni la workspace aku sekarang.. dah banyak aku ubahsuai dari deco yang asal asal dulu.. aku kan sejenis suka tukar deco deco.. kejap gitu kejap gini.. biarla janji tak guna duit orang lain.. 😝

aku memang saja letak rak atas meja macam tu sebab nak kan sedikit privacy.. manusia ni kan tak semua baik dengan kita.. lebih baik menjauh dari selalu disakiti.. dah tiber keluar ayat puitis bagai.. haha..

selamat empat tahun untuk aku di LeBEST!

bye!
xoxo

makan makan kat jiwa

assalamualaikum

macam biasa kalau hujung minggu jarang sangat makan kat rumah kecuali hujung hujung bulan tengah tunggu gaji masuk.. kehkehkeh.. so semalam lepas ambil sofia kat pusat tuisyen, tiga beranak ni pergi la makan.. aku cadangnya nak makan ayam penyet tapi si anak dara request nak makan pizza pulak.. terus ke cafe jiwa, kopi dan bingsu sebab pizza kat situ kegemaran sofia.. ikut tekak anak dara jela dulu.. nanti nanti baru makan ayam penyet.. 🤧

chicken pepperoni pizza - sofia punya

nasi ayam berempah - papa sofia punya
bapaknya tekak melayu memang nak nasi je manjang 😆

chicken wrap with nancos cheese - aku punya

iced lemon tea untuk anak dan bapak
maknya minum air soda peach
kek tu penyeri nak jugak manis manis di hujung sebuah kepahitan.. lahhh tiber.. 😂

kami tiga beranak memang suka makan kat cafe jiwa ni sebab sedap.. biasa aku order kopi tapi kali ni malas nak mengopi tu yang try air soda peach sekali sakit perut pulak berulang ke tandas tiga empat kali.. kehkehkeh.. menu menu kat sini memang dah jadi kegemaran kami tiga beranak.. anak aku tak payah cakap la selain spageti dan pasta dia memang suka pizza je.. ihiks..

harga taraf taraf cafe kalau nak makan hari hari memang takla noks.. sebulan sekali dah memadai.. kalau nak jimat lagi datang la setahun sekali takde siapa nak marah.. 😝

bye!
xoxo

hadiah untuk cikbibah

assalamualaikum

itu hari dah hadiahkan diri sendiri dengan seketul tablet, eh cikbibah pon kemain mintak hadiah jugak dengan aku ye.. so tunaikan permintaan cikbibah yang dah lama mintak tukar exzos dan radio.. kehkehkeh..

rabak dah exzos pon.. 🤧

pagi sabtu suami bawak cikbibah tukar exzos.. masa check kat perodua katanya bocor kat belakang je.. sekali operate nahh kau banyak jugak bocor.. alang alang tukar jela seketul terus..

done tukar!

aku pilih exzos biasa biasa je janji ada exzos cikbibah aku tu.. kalau ada colour pink harus aku pilih pink tapi takpe la biru pon comel.. ihiks.. dah settle tukar exzos, petang tu pulak tukar radio.. kalau tak rosak memang takdenya aku tukar baru.. amekla radio yang jenis android tu boleh connect wifi boleh install apps macam macam..

tukar kasi cun cun okay! 😙

random je masuk kedai nak tukar radio ni sebab tak tau kat mana paling terbaik dan murah.. nampak kedai aksesori kereta kira yela tu.. masa ni dah petang sangat banyak kedai dah tutup.. jadinya malas nak memilih sangat mana yang nampak masih bukak kita terjah.. 😁

anak aku dah rasmi tengok youtube upin ipin..

puas hati sangat dapat tukar apa yang patut kat cikbibah ni.. dah sebelas tahun cikbibah berkhidmat untuk aku memang banyak benda la kena tukar.. nak tukar semua sekaligus mana nak cekau duit.. dapat tukar sikit sikit syukurla tu.. asalkan cikbibah masih gagah perkasa bawak aku ke sana sini mencari rezeki demi sesuap nasi.. kehkehkeh..

kita struggle tau kumpul duit tapi orang tak nampak.. yang orang nampak kita beli macam macam.. lepas tu nak kondem sana sini.. huhu.. nasib baik aku penyabar orangnya kalau tak dah lama mulut mulut manusia yang takde insurans tu makan penumbuk.. 😜

bye!
xoxo

hello july!

assalamualaikum


pejam celik sudah masuk bulan ke tujuh tahun 2024.. pejam celik lagi masuk tahun 2025.. begitu pantas masa berlalu.. sedar sedar dah tua.. kehkehkeh.. macam mana bulan jun korang? dipenuhi dengan benda benda yang manis ke? harapnya bulan julai lebih baik untuk kita semua..

bulan lepas aku berjaya hadiahkan diri sendiri dengan seketul gadget.. memandangkan laptop pink aku selalu sangat hang dan slow, laptop kakak aku bagi pulak skrin dah rosak jadi agak susah untuk aku buat kerja.. so slow slow kumpul duit akhirnya berjaya membeli sebijik tablet.. kenapa bukan laptop? sebab laptop sekarang sangat mahal.. setakat nak buat kerja kerja microsoft aku pilih tablet jela.. lagi pon senang nak on off.. macam handphone.. kehkehkeh..

hello my honor pad x9 =')

dapat beli tablet pon rasa nak menangis.. hati tisu sangat ke aku ni? penat kumpul duit tak terasa bila dapat beli apa yang kita nak.. dengan adanya tablet ni mudah la aku nak buat kerja.. senang jugak nak bawak ke hulu ke hilir.. nak update blog lagi la senang.. zap zap terus on.. ihiks.. alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi.. ☺

setakat ni puas hati guna honor tab ni walaupon kualiti camera biasa biasa je.. aku beli bukan untuk ambil gambar so tak penting sangat kualiti camera tu.. nak tengok kdrama pon syok sebab ada enam speaker.. skrin agak besar jugak 11 inci, lepas tu dapat pulak keyboard original free.. ciri ciri yang aku nak ada pada honor tab ni.. 😁

lepas ni nak hadiahkan diri sendiri apa pulak? haha.. botak la kepala tiap tiap bulan nak hadiah.. boleh jadi miskin kalau asyik self reward je.. 😂

bye!
xoxo