Showing posts with label Respon Isu. Show all posts
Showing posts with label Respon Isu. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Kampung Menggaris,Batu Puteh, kinabatangan

Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu
Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk

bendera-bendera protes dan kecintaan penduduk kepada pemerintah
atap bumbung rumah penduduk yang perlukan cakna dan pembelaan
Sungai Kinabatangan inilah nadi dan pengharapan penduduk..

Saturday, August 25, 2012

Ranking Wanita Curang?

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
 
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Sumber : Kosmo..

Ulasan : Apakah kayu ukur  yang menjadi neraca kepada pengkaji?

Tuesday, August 30, 2011

Mat Indera

Sumber :http://muor76.blogspot.com/search/label/sejarah


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlaan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


Mat Indera duduk di depan budak yg senyum







Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Beliau dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu pahat.

Beliau telah menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Setelah itu, beliau melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. Mat Indera terpaksa membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu pahat dan Melaka.


Beliau telah dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama Beladang dan Misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. dalam penjara didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung Jambu Air, Taiping.

antara cerita lain tentang Mat Indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib dan kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga kene ngan buah kecubung

Mat Indera Di Perangkap Rakan

Sumbangan dan keberani Mat Indera sememangnya diakui oleh kawan dan lawan. Akan tetapi perjuangan beliau yang melawan arus ,terpaksa melalui jalan yang getir di dalam kesusahan orang Melayu yang dinaungi Inggeris. Inggeris yang berkuasa terhadap orang Melayu ketika itu, terpaksa akur kepada kehendak Inggeris dengan harapan mereka mendapat imbalan sekalipunj terpaksa mengkhinati rakan sendiri. Itulah hakikat, susahnya berjuang menentang arus. Itu juga barangkali, terlalu ramai dari kalangan kita lebih suka menjadi mereka yang dengar dan taat serta bersyukur dengan apa yang ada, sekalipun menyedari kecelaruan dalam fahaman yang dianuti.



Jauh sekali mendewakan komunis, akan tetapi sumbangan Mat Indera perlu diteliti dalam keadaan negara dijajah oleh Inggeris. Beliau bangkit menentang dan dibantu oleh orang kampung yang menyediakan bantuan makanan. Namun akhirnya tewas kerana dikhianati oleh rakan sendiri yang telah diugut dan diikat janji oleh Inggeris.

Cuba kita renung kisah yang dicatatkan dalam Berita Harian seketika dulu.

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.

Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

Monday, August 22, 2011

Padah Telefon Bimbit

Sumber : Harian Metro

TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.


Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.


Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari.


“Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit.


“Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan.

“Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam.


Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap.


“Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum,” katanya.


Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus.

Penulis :

Takziah kepada keluarga adik Siti Munirah semoga rohnya tenang di akhirat sana. Ada beberapa perkara yang perlu diambil pengajaran oleh kita semua sebagai pengiktibaran disebalik musibah yang berlaku..

Wednesday, May 4, 2011

Lucah dan Lencah

Dalam kesibukan sumpah laknat Eskay yang berbaju besi, Jam Omega konon milik Anwar dicuri pelacur dan mayat Osama dibuang ke laut, kita dibiasakan dengan kenaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak sudah biasa bagi rakyat Malaysia yang bertuankan Najib- Rosmah. Malah ketika ini diberitakan Datin Seri Rosmah berada di Turki.


Ia.. ini hadiah kebijaksanaan rakyat Sarawak membuat pilihan dalam pilihanraya negeri baru-baru ini. Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.


RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.


sumber : Malaysiakini

Tuesday, May 3, 2011

Beza Pemikiran Islam dan Sekular

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".


nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.


Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.


NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.


"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlan

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.



"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.



azlanNik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.



"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.



"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

Sunday, May 1, 2011

Allahu Akbar !!! Osama Syahid

Berita suka dan duka buat umat Islam bila Osama bin Laden telah menemui syahid ditangan kaffir laknatullah Amerika dengan kerjasama talibarut kuffar Pakistan. Suka kerana Osama telah menemui syahid yang dicita-citakan selama ini dan mengikut jejak guru-guru beliau seperti Syeikh Abdullah Azam dan Syeikh Ahmad Yassin.

Duka kerana umat Islam kehilangan seorang tokoh pejuang yang digeruni musuh kuffar. Osama berjaya bertahan sebegitu lama untuk terus bertembung dengan musuh Allah dan musuh umat Islam iaitu Amerika dan sekutunya. Sekalipun beliau berada di dalam keadaan serba kekurangan dan dikepung semenjak tahun 2001 oleh sekutu kuffar.

Berita syahid beliau disambut gembira oleh mereka yang menentang Islam tertegak di muka bumi Allah dan mereka yang beriman dengan sistem sekular. Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat.

Bagi kita, pemimpin Islam datang dan pergi. Mereka yang mati kerana berjuang syahid buat mereka. Malah mereka yang berpura-pura dan menjadi munafik dalam membela ummah, maka tunggulah nyalaan neraka Allah. Pastinya semuanya akan mati termasuk Obama yang membunuh Osama.

Sesekali, marilah kita renung kata As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin
Assalamualaikum wbt..

semoga semuanya dalam rahmat Allah Ta'ala..

Bersatulah wahai kaum Muslimin...
dengan semangat dan roh kebenaran..
Berjihadlah wahai kaum Muslimin..
Walau susah menempuh cabaran..
Bersatulah Wahai kaum Muslimin..
Dengan obor sinar kebahagiaan..
Biar syahid atau kemenangan..
Berjuanglah Wahai Ansarullah..
Dengan matlamat daulah islamiyah..

Tuesday, March 22, 2011

Mana Datuk T dan ahli Kumpulannya?

Tuduhan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim dikira terlalu melampaui dan diluar kemanusiaan apabila ianya dibesarkan oleh media massa perdana dan diulas sokongan oleh manusia-manusia elit di mata masyarakat termasuk seorang pejuang agamabangsa yang berkopiah.

Dalam Islam penuduh mesti tampil menyatakan tuduhan dengan buktinya sekali. Sekarang di mana Datuk T dan kumpulannya? Kenapa mereka menyorok sambil tonggeng punggung begitu? Kenapa begitu lantang bersuara supaya Anwar dan Azizah letak jawatan tetapi takut untuk menzahirkan diri mereka? Ya... barangkali mereka bimbang dengan keselamatan mereka... sedangkan tayangan itu adalah tayangan dan isu perdana. Mereka lakukan secara berkumpulan dan mendapat sokongan ahli politik (difahami daripada ulusan ahli politik mesra BN di TV).

Persoalannya sekarang, siapa Datuk T dan ahli kumpulannya? Mereka ramai dan pastinya ada pakatan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar berdasarkan cerita bagaimana video itu ditemui,


Datuk T patut ditangkap dan disoalsiasat terlebih dahulu kerana beberapa perkara :-

i. Beliau tertinggal jam di hotel yang menawarkan perkhidmatan pelacuran. Adakah mungkin beliau juga melanggan pelacur di hotel yang sama?

ii. Menyelongkar dan mengambil perakan hotel tanpa kebenaran. Itu anggapan saya. Jika dengan kebenaran pasti ada isu lain disebalik itu.

iii. Kenapa Datuk T tertarik dan bimbang dengan CCTV hotel sehingga sanggup mengambil dan membawa keluar perakan tersebut? adakah ingin menyelidik, kalau-kalau ada aksi buruk beliau ada di situ.

Iv. Kenapa beliau tidak mahu menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis sedangkan beliau telah menayangkan dan mengaibkan Anwar sebegitu rupa.

v. Datuk T mesti didakwa kerana memiliki video lucah

Mudahnya sekarang, apakah Datuk T dan ahli kumpulannya dibiarkan bebas seperti sekarang dan didokong serta disokong oleh Menteri dan melaun-melaun politik sekiranya yang dituduh dalam video itu adalah Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hisyamuddin ataupun YB UMNO -BN?
Link

Saturday, February 12, 2011

Pilihanraya Umum Ke13 Semakin Hampir

Siri kematian wakil Rakyat sudah sampai ke siri 14 pada sesi ini. Sementara itu pilihanraya kecil menuju ke siri 16 selepas dikhabarkanADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.


Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Sementara itu, pihak BN telah membuat persiapan besar untuk menghadapi pilihanraya Umum ke 13 apabila pengerusi BN yang juga presiden UMNO, Najib Razak telah membuat pertemuan dengan pimpinan UMNO seluruh Malaysia. Pertemuan 152 ketua bahagian UMNO dari seluruh negara itu tidak membabitkan Menteri Besar, Anggota Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri.

Pasti ada rahsia-rahsia dan kaedah yang bakl digunakan untuk memastikan BN terus berkuasa setelah BN menghadapi zaman kemurungan pada pilihanraya ke 12 lalu.

Serangan bertali arus dan menggila terhadap Pakatan Rakyat khususnya kepada batang tubuh pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, DS Wan Azizah, Azmim Ali, Ronny Lew dan beberapa pemimpin uatama Pakatan Rakyat.

Keberanian luar biasa PERKASA,GAPS, janda-janda PKR seperti Zul Nordin, Zaharin, Ezam , Nalla dan mereka yang terbuang serta dibuang turut menjadi faktor bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. BN sekarang hanya memberi semangat kepada golongan tadi untuk menyerang dan melanyak PKR khususnya Anwar.

Pakatan Rakyat sekarang dilihat bertahan dan hanya sesekali membuat serangan tetapi digelapkan oleh media yang majoritinya di kuasai BN.

Persoalannya sekarang, adakah parti-parti politik bersedia untuk melakukan anjakan dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti? Mungkinkah selepas ini nasib rakyat akan terbela?Harga barang macammana? Minyak, bawang, gula, beras dan kos rakyat, mungkinkah akan stabil? Betulkah pengundi termakan dengan momokan 1 Malaysia yang menampilkan Firts Lady Rosmah Mansur sebagai wirawati harapan Ummah yang menjadi PERMATA sanjungan negara TELUK....

Wednesday, October 13, 2010

Batu Sapi: Laluan Berliku BN

Sekalipun Suruhanjaya Pilihanraya SPR, belum meniupkan semboyan pertembungan dua Pakatan politik untuk bertembung di parlimen Batu Sapi ,yang baru kehilangan ahli parlimennya mendiang Datuk Edmund Chong, parti-parti dan calon-calon yang akan bertanding telah menyiapkan diri untuk turun ke gelangang dengan misi dan visi masing-masing.


Apa pun pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin juga akan muncul SAPP dan calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini bakal mewujudkan suasana baru dalam langskip politik Sabah. Kalah atau menang Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi bakal mencorakkan masa depan Barisan Nasional di Sabah dan juga Malaysia amnya. Selama ini, Sabah menjadi simpanan tetap Barisan Nasional untuk ampuh bertahan di puncak kuasa.

Kali ini, laluan yang dilalui oleh mendiang Datuk Edmund Chong yang menang percuma pada pilihanraya 2004 dan hanya berdepan dengan calon bebas setelah calon PKR gagal hadir dalam masa yang ditentukan pada pilihanraya ke 12 mac 2008 pastinya tidak akan berulang. Menang percuma dan berdepan calon bebas menyebabkan Barisan Nasional sukar meramalkan peluang sebenar mereka. Sekalipun mendapat sokongan hampir 70% undi di kawasan Melayu tetapi kalah di kawasan Cina.

Cuma, apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam? Sedangkan dalam masa yang sama Barisan Nasional ditolak oleh pengundi Cina?

Pengundi Batu Sapi, pastinya tidak lagi mahu kepada wakil rakyat yang menjaga mereka secara PJJ. Pilihanraya kecil sebegini akan membuka mata hati mereka betapa besarnya nilai undi mereka. Kalau sebelum ini, undi mereka boleh ditukar dengan RM100-RM200, atau zink-zink dan sebagainya. Kali ini pastinya tidak. Keadaan ini bakal menyukarkan BN.

Sebagai parlimen pertama di Sabah dan kedua di Borneo yang berlakunya, pilihanraya kecil selepas tsunami politik Mac 2008 dan deretan kemenangan Pakatan Rakyat bakal membuka dan mengubah selera pengundi parlimen Batu Sapi. Apa lagi, parlimen Batu Sapi sarat dengan masalah kebajikan rakyat yang terabai dan terlepas pandang. Kelemahan ini bakal dimunafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan dan memalukan BN di kubu barunya ini.


Pilihanraya kecil ini, mungkin juga disandarkan kepada siapa dan sejauhmana kebolehpercayaan pengundi kepada calon yang ditampilkan oleh parti politik. Kehadiran calon bebas yang ramai sepertimana yang berlaku dalam beberapa DUN di Sabah seperti pilihanraya sebelum ini sedikit merencatkan mood pengundi parlimen Batu Sapi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka. Persoalan anak tempatan ataupun tidak, bagi saya tidak menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti kerana menurut rekod, pengundi Batu Sapi boleh menerima orang luar untuk menwakili mereka.

Monday, May 17, 2010

Kenapa Dicemari Kerja Suci Ini?

Dalam suasana bara hari guru yang masih menguap, saya antara percaya dengan tidak akan berita yang sebarkan melalui kosmo ini. Terkejut dan merasa amat malu. Paparan tajuk "adegan Seks Ustazah di asrama Pelajar" cukup menjerut hati jantung seorang pendidik yang nadinya melimpah kasih sayang dan mengunung harapan untuk mengislah ummah sekalipun hakikatnya kita manusia serba lemah, serba kekurangan.

Kenapa perkara sekeji ini berlaku? Tidak cukup dengan berzina? dirakam dan dihebahkan kepada awam. Di mana sudah maruah manusia yang dipandang tinggi dimata masyarakat sebagai pendidik? Apa lagi pendidik agama yang sepatutnya menjadi model kepada masyarakat.

Memang benar, nafsu tidak mengenal siapa. Ustazah atau ustaz juga manusia biasa yang ada hati, perasaan dan kecenderungan. Ahli agama lagi kuat diuji. Akan tetapi kita diajar supaya menyegerakan perkahwinan bilamana ada lelaki yang soleh melamarnya. Sabda Rasulullah yang maksudnya : 3 perkara yang perlu disegerakan. Solat bila telah masuk waktunya, jenazah bila siap dikafankan dan berkahwin bila ada lelaki baik melamarnya.

Ikatan perkahwinan jalan terbaik dalam menyalurkan naluri manusia yang normal. Ketidak sediaan untuk berkahwin, tetapi dalam masa yang sama bergaul dan berikthilat antara lelaki dan perempuan merupakan lebuhraya yang menghumban ke lembah zina yang terkutuk dan terkeji.

Sepatutnya sebagai ustazah, kita lebih faham. Lelaki yang sanggup menyentuh wanita bukan muhrim bermakna lelaki itu adalah lelaki yang jahat dan tindak bertanggungjawab. Jauh sekali untuk berlaku jujur. Modal cinta dan bukti kasih sayang adalah jarum iblis yang cukup terkesan untuk wanita-wanita bodoh yang mendambakan kasih sayang di dalam asapan kentut najis yang menyelimuti akal budi yang tohor.

Dengan berzina dan merakam aksi seks bererti sudah melebihi batas kemanusian yang telah disebutkan oleh Al-Quran lebih teruk daripada binatang. Kewarasan akal yang singgah dan menghuni kepala lutut itulah yang telah banyak memesong manusia.

Apa pun kita mesti berlaku adil kepada individu ini. Mungkin mereka terainaya dan diperangkap. Atau kita bersangka baik kepada mereka bahawa mereka adalah suami isteri yang sah, dirakam secara curi di kawasan kediaman mereka.

Sehubungan dengan itu, kita mendesak pihak yang terbabit supaya menyiasat kes ini kerana ianya melibatkan maruah dan tsiqah guru agama, asrama sekolah, sekolah agama dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta umat Islam. Sekiranya mereka tidak bersalah, mereka mesti dibersihkan dan sekiranya benar perlakuan mereka ini melampaui batas kebinatangan, hukumlah mereka supaya ianya menjadi pengajaran orang lain. Pastinya, keruh itu, kita halakan ke kuala, jernih itu kita hirup dan kita nikmati demi hidup yang sakinah dan abadi.

Thursday, April 1, 2010

Blog: Ramai Menjadi Tidak Beradab

Kebebasan menulis untuk menyatakan pandangan, luahan perasaan, kritikan dan sebagainya yang dihidangkan melalui blog amat bermakna dan mudah untuk disebarluaskan. Kemudahan ini ada pro dan kontranya. Kontra apabila media baru ini digunakan sewenang-wenangnya dengan membelakangkan etika penulisan dan adab serta akhlak Islamiah. Apa lagi bagi mereka yang mengabungkan diri dalam jemaah Islam yang bertekad untuk menjalankan kerja dakwah serta menegakkan kesyumulan Islam dalam kehidupan diri dan masyarakat.

Hj Zulkifli bersama Timbalannya Hj Kathiran berhenti rehat ketika menyelusuri Jalan Kalabakan- Sepulut- keningau

Profesor Dr Firdaus Abdullah pernah menyebut, kita hendaklah berfikir sebelum berkata dan tidak semestinya berkata setelah berfikir. Apa yang penulis faham daripada kata-kata ini, tidak semua perkara kita perlu luahkan. Kita patut menulis setelah kita memikirkan perkara itu bermunafaat untuk ummah.

Apa yang hendak diutarakan disini, sejak akhir-akhir ini, media baru ataupun blog banyak digunakan untuk menyerang pimpinan terutama pimpinan gerakan Islam. Serangan dan fakta yang diberikan kebanyakkannya tersasar dan tanpa bukti yang kukuh. Tindakan ini mencemar nama baik kepimpinan gerakan Islam dan melambatkan kejayaan gerakan Islam menegakkan roh dan jiwa Islam dalam masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj Zulkifli Muhammad@Omar telah melahirkan kekecewaannya di atas sikap segelintir blogger yang menyerang pimpinan dan keputusan pimpinan jemaah dengan hanya berbekalkan hujah akal sedangkan keputusan pimpinan berdasarkan keputusan syura setelah menimbangkan beberapa fakta dan bukti yang berautoriti.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan senario blogger yang terlalu bersikap "merdeka" dengan menyerang semua orang yang difikirkan tidak betul disekeliling mereka. Bahkan sanggup menyerang orang yang mereka sanjung sebelum ini. Senario ini agak berbahaya sekiranya tidak dibendung dan dipupuk adab-adab berjemaah dan akhlak Islamiah itu sendiri.

Kenyataan memohon maaf kadangkala tidak cukup untuk membersihkan kembali lumuran najis noda yang telah dilakukan oleh penulisan sebelum ini. Sebaiknya penulisan itu biarlah atas dasar membela kepentingan ummah dan mengenepikan kepentingan peribadi atau puak tertentu. Jauh sekali untuk melemparkan sangkaan jahat terhadap pejuang-pejuang kebenaran yang tahap tsiqah dan pengorban mereka cukup banyak kepada Islam dan Keadilan.

Wednesday, March 17, 2010

Layakkah Perogol Di Hukum

Berdasarkan laporan Harian Metro berkaitan seorang gadis dirogol oleh tujuh orang lelaki pada jam 4 pagi di atas batas bendang. Penulis menjadi ragu dengan status dan cara pergaulan gadis tersebut yang menunggu kekasih keduanya.(kalau tidak silap fahaman penulis) Bukankah Islam menekankan, janganlah kamu menghampiri zina dan janganlah kamu meletakkan diri kamu dalam kebinasaan. Penulis mengajak pembaca merenungi berita ini.

JITRA: Gara-gara ditinggalkan teman lelakinya, seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa seks tujuh lelaki termasuk bekas rakan sekolahnya di batas sawah Kampung Sungai Korok, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dari Anak Bukit, Alor Star, dikatakan keluar rumah pada jam 8 malam bersama teman lelakinya untuk bersiar-siar di sekitar kawasan itu.


Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam wanita itu menghubungi seorang lagi teman lelakinya supaya mengambilnya di Sungai Korok untuk pulang ke rumahnya.


Difahamkan, teman lelaki wanita itu tidak datang menjemput mangsa menyebabkan dia menunggu seorang diri di kawasan klinik swasta di pekan Sungai Korok sehingga jam 4 pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata seorang lelaki berusia 23 tahun yang menaiki motosikal melihat wanita itu duduk seorang diri berhampiran klinik itu.


“Suspek menghampiri mangsa dan bertanya hendak ke mana sebelum mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke Anak Bukit kerana teman lelakinya tidak datang menjemputnya.


Bagaimanapun, suspek tidak menghantar mangsa pulang, sebaliknya memanggil rakannya sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki di batas sawah berhampiran klinik itu.


“Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek menariknya ke sawah berhampiran dan merogolnya,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar jeans dan kemeja-T mendakwa salah seorang suspek yang merogolnya adalah bekas rakan sekolahnya.


“Mangsa mengenali salah seorang suspek yang merogolnya kerana dia kawan sekolahnya. Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan seorang diri berhampiran klinik berkenaan sehingga jam 7 pagi.


“Mangsa yang lemah kemudian keluar mencari bantuan dan menemui seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melalui kawasan itu.


“Pengawal itu membawanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 9 pagi, semalam,” katanya.


Ibrahim berkata, kes disiasat sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebat.


Sementara itu, katanya, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Korok, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


“Suspek akan dikenakan perintah reman di Mahkamah Sesyen Jitra,” katanya.

Thursday, December 31, 2009

Krisis Gula Berakhir!!!!!!???

Setelah sekian lama, kita terpaksa berhadapan dengan krisis gula sehingga menimbulkan banyak persoalan keadaan sebenar yan g berlaku dan bakal berlaku. Kini persoalan itu sedikit terlerai dan tertonjol apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Sebelum ini, pengguna terpaksa berasak-asak dikedai dan juga pasaraya untuk mendapat bekalan 2 kilo gula seperti mana yang termaktub dalam syeksyen 12 ,akta pembekalan dan kawalan 161 yang menghadkan 2 kilo gula untuk setiap orang. Had ini pasti menyukarkan pengguna. Banyangkan pengguna dari jauh dari bandar hanya mampu mendapatkan 2 kilo gula sahaja sekaliun mereka datang dari jauh. Nasib kalau gula itu masih ada.

Tinjauan di Sandakan, dua hari sebelum kenaikkan 0.20 gula mendapati penjual-penjual meletakkan gula dikaunter-kaunter bayaran bagi memastikan hanya 2 kilo gula sahaja untuk setiap pelanggannya. Biasanya pengguna akan menyerbu memburu gula dalam jam 11.00 pagi kerana gula dijangka masuk kedai pada waktu tersebut. Sekejap sahaja gula akan habis. Ramai juga yang kelihatan kecewa kerana gagal mendapatkan gula. Majoriti yang membeli hanya membeli gula sahaja.

antara pengguna yang berbaris mendapatkan gula sebelum berita kenaikan harga gula

Bagi pasarraya yang tidak meletakkan gula di kaunter, ada pengguna yang mengejar troli yang membawa gula dan mengambil HAKnya. Keadaan ini menyebabkan banyak plastik-plastik gula koyak dan gula berhambur dilantai.

Kenaikan harga gula ini sempena Tahun Baru bagaikan hadiah kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah gula yang membeliti rakyat selama ini. Peniaga bagaikan sudah mengetahui jalan penyelesaian ini, bertindak mengawal penjualan gula pada tahun 2009 . Timbul persoalan dibenak kita. Selesaikah masalah pengguna dengan kenaikkan 0.20 ini? Pastinya segala penyelesaian yang dilakukan menjadikan pengguna sebagai mereka yang memikul beban. Seiring dengan kenaikan harga gula, barang makanan berasaskan gula juga akan naik.

Thursday, December 3, 2009

Bergambar Bogel: Nasihat Syaitan!

RIHANNA nampaknya mempunyai 'nasihat' yang seksi untuk golongan wanita. Penyanyi itu berkata, semua wanita seharusnya mempunyai gambar bogel masing-masing
"Semua wanita perlu ambil gambar bogel. Dalam tempoh lima tahun, badan saya mungkin tidak akan kelihatan seperti ini lagi," kata Rihanna seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.

Penyanyi berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bagaimana dirinya mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

"Bila gambar bogel yang saya hantar kepada teman lelaki saya telah 'bocor' dan tersebar tahun ini, saya amat risau dan malu jika ibu saya melihatnya.
"Tetapi dia memberikan reaksi yang berbeza. Dia menghantar mesej kepada saya dengan berkata, 'kamu sudah dewasa'. Katanya, saya adalah seorang wanita sekarang dan perlu menguruskan perkara seperti orang dewasa", kata Rihanna

Beginilah pemikiran yang sesat dan menyesatkan yang diperbesarkan media. Apa pentingnya berita ini yang tidak patut dilayan. Islam atau bukan Islam yang bermaruah tidak akan melakukan perbuatan terkutuk ini. Rihanna sendiri pun sudah tersasar dan dimalukan mengajak orang lain untuk terjun bersama-samanya. Inilah dasar syaitan

Tuesday, November 3, 2009

Pejuang Bangsa ?? ? : Respon Sdr Rosli

Saudara Pengarang,

Bangsa adalah ketetapan Allah kepada setiap manusia. Ketetapan ini bukan bermaksud Allah melebihkan mana-mana bangsa di atas dunia ini. Antara makhluk, Allah lebih manusia kerana manusia memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Tugas khalifah ini memakmurkan bumi dengan menegakkan syariat Islam dan mententeramkan dunia dengan Islam. Sebab itu Allah menegaskan manusia adalah sebaik-baik kejadian. Tidak pula disebutkan bangsa mana yang terbaik di dalam Al-Quran. Malah Bani Isreail yang paling ramai nabi dari kalangan mereka , dilaknat oleh Allah, lantaran keingkaran dan kekaguman mereka kepada bangsa mereka.

Saya berterima kasih kepada saudara Rosli Alin yang telah memberi komen kepada berita yang saya tulis berkaitan pejuang bangsa pengkhianat , telah disiarkan oleh Sabahkini. Pertembungan kefahaman dan respon Saudara Rosli Alpin sebenarnya baik untuk perkembangan ilmu dan percambahan idea walaupun saya bukanlah orang yang terbaik untuk membincangkannya secara ilmiah. Namun dengan sekadar ilmu yang ada, saya yakin, kita dapat berkongsi untuk mencari kebenaran ilmu Allah SWT.

Respon kepada soalan pertama saudara Rosli :

Kenapa bangsa yang dikaitkan dengan pengkhianatan kepada Allah?

Soalan yang sebenarnya, Kenapa pejuang bangsa dikaitkan dengan pengkhianat kepada Allah.

Respon:

1. Masyarakat Arab Jahiliah dikategorikan sebagai jahiliah kerana sikap taasub pejuang bangsa yang mendakwa bangsa mereka layak itu dan ini.

2. Antara sebab pengutusan Rasul juga adalah untuk membasmi dan merubah pejuang-pejuang bangsa ini. Antara pejuang-pejuang Bangsa yang terkemuka zaman nabi seperti Abu Lahab, Abu Jahal, Mughirah, Abu Sufian dan ramai lagi. Mereka menentang Rasulullah kerana dianggap ajaran Rasulullah bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka.

3. Halangan perpaduan berhubungkait dengan semangat Asobiyyah (mementingkan puak masing-masing). Asobiyyah ini membuatkan manusia fanatik kepada bangsa masing-masing. Mendakwa bangsa mereka patut mendapat itu dan itulah yang menyebabkan Allah menghina Bani Isreail. Semua bani Isreal, jahat ke? Nabi Musa, Nabi Yaakub, Yusof, Daud dan ramai lagi Rasul dari kalangan mereka. Bangsa Yahudi berulang-ulang kali melakukan cubaan untuk membunuh Rasulullah. Bahkah Buhaira' seorang pendita Yahudi, setelah melihat pada Muhammad itu ada tanda-tanda kerasullan, ketika Abu Talib membawa nabi berniaga di Syam, Beliau memerintahkan kepada Abu Talib segera membawa nabi pulang kerana dibimbangi akan dibunuh orang kaum Yahudi. Pejuang Bangsa Yahudi mendakwa mereka bangsa yang terbaik dan orang yang terbaik (Rasul) mestilah dari kalangan mereka.

4. Rasulullah menafikan seorang pejuang Ansor, Qotzman yang terbunuh di dalam perang sebagai pahlawan neraka. Apakah Rasulullah tidak mahu mengiktiraf sumbangan pahlawan Ansar ini. Beliau telah berjuang mati-matian kerana ingin membela bangsanya bukan agamanya. Saidina Ali pernah membatalkan hasratnya memancung kepala musuhnya, kerana diludah oleh musuh perang. Ini kerana niat Ali berperang sudah berubah. Niat berperang kerana Allah sudah menjadi kerana nafsunya akibat diludah.

5. Seandainya perjuangan berteraskan bangsa yang paling layak adalah pejuang bangsa Yahudi. Mereka bangsa yang mempunyai kehebatan mengatasi bangsa lain. Mereka bangsa yang bijak, kaya,berpengaruh dan disebut di dalam kitab-kitab suci seperti Injil, Taurat dan Al-Quran. Mereka sendiri mempunyai kitab Talmud. Akan tetapi dimana-mana bangsa Yahudi ini bertapak , mereka dihalau dan diperangi. Sehingga sekarang mereka berjuang untuk menguasai semenanjung Arab tetapi masih melalui ranjau yang berapi. Ini kerana Yahudi terlalu kagum dengan bangsa mereka dan meletakkan bangsa lain sebagai bangsa yang hina. Mereka sanggup membunuh kerana menjaga kemuliaan bangsa mereka.

6. Realiti hari ini pun kita melihat, perjuangan yang berteraskan kebangsaan telah memporak perandakan negara. Masing-masing pejuang bangsa cuba membela bangsa mereka. Mereka mahukan bangsa mereka dilebihkan. Persoalannya, bangsa mana mahu hak mereka dikurangkan? Kalau masing-masing mahu lebih dan tidak mahu mengalah.... Apa akan jadi?

7. Berapa ramai pemimpin dan pejuang bangsa terpaksa berpura-pura dihadapan bangsa mereka bahawa mereka pejuang bangsa mereka? Akan tetapi, hakikatnya mereka melalui jalan sukar untuk mempertahankan kelebihan bangsa. Apa lagi, andainya pejuang bangsa itu dari kalangan mereka yang jauh dengan bimbingan Allah SWT. Semestinya mereka akan jadi pengkhianat Allah untuk mendapat hak bangsa mereka. Bahkan Allah sanggup dilawan bila hak bangsa mereka tidak diberikan sepertimana yang berlaku kepada Bani Isreail.

8. Tiada suatu kitab Sahih pun milik bangsa tertentu yang menerangkan kelebihan bangsa tertentu dan bangsa lain perlu menghormati hak-hak bangsa ini. Kalau sekadar catatan sejarah yang kerap dimanipulasikan oleh mereka berkepentingan... siapalah yang akan akur dan tunduk taat kepada cebisan catatan itu?

9. Pejuang bangsa adalah didikan penjajah yang telah berjaya melaksanakan dasar pecah dan perintahnya bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka di mana-mana tempat tanah jajahan mereka.

10. Realiti di Sabah juga, pejuang bangsa tidak layak memimpin kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa atau suku yang paling banyak di Malaysia.Mengutamakan bangsa atau suku tertentu bagaikan menyuburkan api dalam sekam yang membarah dijiwa-jiwa ummah. Masa dan ketika meletup, tiada ubat, tiada penawar.

11. Allah tidak pernah memuliakan mana-mana bangsa di atas dunia ini sekalipun bangsa Isreail dan bani Quraisy. Ini berdasarkan kepada firmanNya dalam Surah Al-Hujurat; Ayat :13

يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير.

Rasulullah memperjuangkan persamarataan hak sesama manusia. Apa bangsa sekalipun dia. Pada sisi Allah yang paling mulia adalah mereka yang paling tinggi taqwanya kepada Allah.Sekalipun Rasulullah berbangga dengan bangsa Quraisynya, Rasulullah tidak mengetepikan hak bangsa lain. Bahkan Khulafa' Ar-Rasyidin bermula dengan Bani Tamim, Bani Adi, Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

Tradisi bangsa yang tidak bercanggah dengan syariat dan tidak menindas orang lain bebas dilaksanakankan kerana itu keunikan bangsa.Berbanggalah seadanya kerana kita tidak memilih sendiri bangsa kita. Bangsa ditentukan Allah, hidup kita ditentukan Allah. Kita iktihiar dan berjuang dalam lingkup keharusan dan ketetapan syarak. Ingatlah, As-Syahid Hassan Al-Banna pernah menyebut : Kewajipan yang kita pikul lebih banyak daripada masa yang kita ada". Justeru itu, kenapa kita bazirkan sisa masa ini dengan memperjuangan perkara yang boleh menjurus kita ke neraka Allah? Neraka tempat yang paling layak bagi pengkhinatan kepada Amanah Allah.

Sekadar itu, termampu saya lontarkan hujah dan pandangan bagi mengukuhkan berita yang saya tulis mengenai tazkirah guru saya Ust Ghani Syamsuddin.Bukan untuk berdebat, jauh sekali untuk menegakkan benang basah. Kita sama-sama berusaha mencari kebenaran dan menyebarkan luaskan rahmat Allah dimuka bumi.Yakinlah, tiada sesuatu yang sempurna kecuali Allah SWT. Semoga dapat kita kongsi bersama.

Berkenaan persoalan ke 2, saudara Rosli, InsyaAllah, jika diberi kesempatan, saya akan memberi responnya.Bagaimana pula dengan mereka yang kononnya berjuang menegakkan agama Islam tapi pada masa yang sama berusaha untuk memutuskan tali silaturrahim serta memporak-prandakan bangsanya sendiri bagi tujuan kepentingan dan kesenangan diri dan puak-puak.

Terima kasih Saudara Rosli Anjun atas perbincangan ini.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008