Thursday, January 29, 2009

Ziarah Kembar Tiga Kinabatangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melakukan kunjungan ke rumah Tuan Hj Jalpah Sani bagi mengucapkan tahniah atas kelahiran kembar tiga Tuan Hj Jalpah. Kunjungan tahniah ini di wakili oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Sdr Firdaus dan Pengurus Sekreteriat Pemuda, Sdr Khairul Anwar. Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda juga turut serta. Kunjungan ini berikutan lawatan Pemuda ke DUN Sukau dan PASTI Kinabatangan baru-baru ini.

Sdr Firdaus sedang bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada Tuan Hj Jalpah

Pada Disember tahun lepas, Tuan hj Jalpah telah dianugerahkan tiga orang bayi perempuan kembar. Kelahiran 3 bayi perempuan kembar ini menjadi 10 orang anak tuan Hj Jalpah, dengan komposisi jantina 5 lelaki dan 5 perempuan. Tiga Bayi Kembar ini diberi nama Fatihah, Faqiyah dan Farihah.

Kehadiran rombongan pemuda ini disambut baik oleh Tuan Hj Jalpah sekalipun sudah tidak lagi bersama PAS. (Untuk Rekod) Sebelum ini, Tuan Hj adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan diantara pengasas PAS Sabah.

Pemuda mengucapkan tahniah kepada Tuan Hj, dengan harapan Tuan Hj terus tabah menerima rezeki dan ujian-ujian yang dilalui. Pemuda difahamkan, sejak akhir-akhir ini, kesihatan beliau agak kurang baik. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada Tuan Hj.

Pemuda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan program ziarah. Usaha ini sejajar dengan hasrat pemimpin tertinggi yang mahukan penghayatan Islam terus diberi keutamaan dalam gerak kerja jemaah.

Tuan Hj Jalpah bersama anak ke 10nya


Monday, January 26, 2009

Ceramah Kesedaran Penderitaan Palestin

Program Jelajah Yayasan Amal Cawangan Sabah dalam usaha menyedarkan umat Islam tentang penderitaan rakyat Palestin yang terus dibunuh dan disembelih oleh Yahudi Laknatullah.

Program ceramah dan tayangan ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Kinabatangan. Ini berikutan kehadiran ke masjid Al-Ghafar yang pada malam tadi agak meningkat daripada program biasa. Lebih kurang 60 orang ahli jemaah menunggu sejak maghrib hinggalah selesai ceramah.

Ust Anwar sedang membangkitkan kesedaran jemaah Masjid Al-Ghafar

Ceramah yang disampaikan oleh Ust Anwar Ali, wakil Yayasan Amal ini mengisahkan kezaliman dan keazaman Yahudi b ermula pada tahun 1874 untuk menghapuskan umat Islam sesuai dengan protocol Yahudi yang menganggap manusia selain Yahudi setaraf dengan binatang.

Beliau turut memperingatkan jemaah supaya menghindari diri daripada cara hidup dan fahaman-fahaman Yahudi (cara berfikir) yang telah lama di tanam pada jiwa orang Islam sehingga umat Islam hilang identitinya sendiri. Pembinaan generasi muda mestilah berteraskan ajaran Islam yang tulen tanpa ditokok tambah dengan elemen-elemen yang boleh mencemarkan kesucian Islam.

antara jemaah yang hadir termasuk dari kampung sebelah

Pada akhir ceramah beliau, Ustaz Anwar mengajak jemaah supaya memboikot barangan Yahudi bagi melemahkan ekonomi mereka bagi mengurang dan melemahkan kekuatan Yahudi. Menyedari kesukaran untuk umat Islam memboikot 100 peratus barangan Yahudi, beliau menyarankan, buat sementara ini, kita hanya memboikot 7 barangan Yahudi. Pada hemat beliau, sekiranya kita hanya memboikot Coca-cola, colgate, Starbuck, Johnson-johnson, maggi, Kit-Kat dan Mac Donold tidak akan menjejaskan keperluan harian umat Islam. Sekarang ini, kita mesti bertanya sejauhmana sumbangan kita dalam menyelamatkan saudara kita di Palestin. Kalau perkara yang sekecil ini tidak mampu kita lakukan, ini bermakna jauh sekali untuk kita terjun ke medan perang bagi menyelamatkan saudara kita di Palestin.

Tiga langkah turut digariskan bagi umat Islam membantu saudara di palestin melalui:-
a. Menghulurkan derma bagi membeli perubatan dan membangunkan Gaza yang telah dimusnahkan oleh Zionis
b. Memboikot barangan dan ekonomi Yahudi
c. Bangun waktu malam dan bermunajat kepada Allah supaya saudara di Palestin diselamatkan dan gerakan mereka mendapat kemenangan dan agar Allah menghapuskan penjenayah Yahudi Laknatullah

Friday, January 23, 2009

Mandi Lato Chener, Empangan Pergau

Cuti sekolah hampir sebulan, sempatlah ana bawa anak-anak dan keluarga mandi mandi di Lato air sejuk yang terdapat di punca sungai yang menuju ke empangan Pergau


Inilah si Osama, hampir lemas bapanya di bikin


Pak Cik Osama sedang mengawal anak-anak saudaranya mandi


Omar terpaksa dibawa ke daratan kerana kesejukkan


Bersiap untuk balik. Sudah kesejukkan. Syukurlah balik tahun ni ada kereta sendiri, boleh buat jalan anak

Wednesday, January 21, 2009

Izin Poligami, Kurangkan Anak Dara Tua

KOTA BHARU 20 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan isteri-isteri supaya membenarkan suami mereka yang berkemampuan berpoligami bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi anak dara tua.

``Cuba fikirkan bagaimana keadaan perempuan yang menjadi anak dara tua sampai mati kerana tidak berpeluang dapat suami sedangkan ada orang yang hendak kepada dia, tapi dihalang.

``Jadi, si isteri pertama perlu memberi ruang apabila dia tahu suami mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk kahwin lagi,'' katanya kepada pemberita pada majlis bersama rakyat di Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengingatkan golongan isteri jangan bertindak ganas sehingga sanggup menyimbah asid atau melakukan perbuatan jenayah lain ke atas suami mereka yang mahu berkahwin lagi.

Dalam dua kes berasingan di Kelantan, dua lelaki yang mahu berpoligami cedera serius apabila disimbah asid oleh isteri mereka.

Pada 1 Ogos lalu, seorang anggota tentera Tuan Azman Tuan Ludin, 30, cedera parah pada bahagian muka dan seluruh badan selepas disimbah asid, dipercayai perbuatan isterinya apabila mangsa berterus-terang mahu berpoligami.

Dalam kejadian di Kampung Legeh, Jeli itu, isteri mangsa, seorang janda beranak sembilan dikatakan tidak berpuas hati apabila suaminya yang juga jurulatih tae kwando di Kem Pengkalan Chepa mahu mengahwini teman wanitanya yang berusia 20-an.

Lapan hari kemudian, seorang wanita berusia 38 tahun cedera parah apabila cuka getah yang hendak disimbah pada suaminya tertumpah dan terkena bahagian dada serta paha kirinya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suami mangsa dikatakan ingin mengahwini seorang janda.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz yang bersetuju dengan kenyataan Shahrizat itu meminta para isteri agar tidak terlalu emosi sehingga bertindak ganas ke atas suami mereka yang berhasrat berkahwin lagi kerana Islam membenarkan lelaki yang berkemampuan dan berkelayakan untuk berpoligami.

``Sebenarnya isu poligami ini perkara lama yang tidak selesai sekiranya manusia jaga nafsu dia sahaja dan tidak jaga nafsu orang lain sama,'' tegasnya.

Katanya, isteri pertama juga tidak seharusnya bimbang membenarkan suami mereka berkahwin lagi kerana ada peruntukan tertentu dalam undang-undang syariah membela mereka yang dianiaya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan lelaki supaya tidak bertindak kasar sekiranya hasrat mereka berkahwin lagi dihalang, sebaliknya menggunakan pendekatan yang baik dan mengikut undang-undang.

Monday, January 19, 2009

Selamat Berjuang Pro Mahasiswa Universiti Malaya

Pada kesempatan ini,saya sebagai graduan dan bekas pimpinan mahasiswa Universiti Malaya era akhir 90 an ,mengucapkan tahniah kepada mahasiswa, pro Mahasiswa Universiti Malaya kerana telah memenangi pilihanraya kampus pada kali ini. Tidak kisah sekalipun menang dengan majoriti tipis. Pasti adik-adik telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan maruah mahasiswa setelah sekian lama digagalkan untuk berbuat demikian. Syabas saya ucapkan.

Mengembalikan hak Mahasiswa
Kemenangan ini adalah kemenangan Mahasiswa setelah sekian lama dirampaskan hak melalui pemilihan yang penuh meragukan. Kemenangan ini juga bukan bererti segalanya telah pulih. Masih banyak kepincangan yang perlu dipulihkan terutama dalam menyusun dan memperkemaskan organisasi. Suara majoriti tipis ini pastinya memerlukan banyak pengorbanan dan kepintaran dalam mengurus organisasi yang sudah sekian lama dikuasai oleh mereka yang tidak sefikrah.

Ketelusan dalam pentadbiran dengan memberi penekanan dalam pembinaan sahsiah mahasiswa dan agenda kebajikan mestilah menjadi perkara pokok dalam penguasaan adik-adik terhadap PMUM.Ruh Islam dan penekanan kepada pembinaan kerohanian mesti direalisasikan dalam memimpin mahasiswa. Pastinya kita berbeza dari mereka apalagi kepimpinan pro mahasiswa kebanyakkannya datang dari fakulti Akademi Pengajian Islam. Apa lagi Akademi Pengajian Islam kerap kali memberi kemenangan percuma kepada Pro Mahasiswa. Pemimpin yang tsiqah dan berwibawa yang kita harapkan bagi mengisi kemenangan ini.

Kesinambungan NADI

Saya beranggapan pro mahasiswa adalah kesinambungan NADI pada zaman kami dan sebelumnya. Kepimpinan NADI telah membuktikan kewibawaan dalam memimpin dan menjadi penggerakkan kepada gerakan Rakyat setelah mereka tamat pengajian. Tidak dinafikan juga, ada juga yang menjadi pembelot dan larut diasak zaman serta hanyut dilambung ombak keduniaan. Itulah hakikat yang perlu ditelan. Namun harapan kami kepada adik-adik dengan susah payah dan kejayaan kalian dalam mengembalikan kepimpinan mahasiswa ke tangan mereka yang beriktimad dan berteraskan Islam, semestinya adik-adik akan lebih tabah, lebih istiqamah dan melebihi apa yang berlaku pada zaman kami.

Majoriti tipis


Kemenangan tipis tidak seharusnya dijadikan halangan untuk melakukan perubahan dalam PMUM atau MPPUM pada kali ini. Dengan kepimpinan yang berwibawa dan sokongan akar umbi yang kuat, saya cukup yakin adik-adik akan dapat lakukan yang terbaik. Tegas, berani,pintar, nekad dan iman antara resipi yang perlu digaul dan disebatikan dalam kepimpinan kalian. Tengoklah kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz, yang mampu memerintah Kelantan hanya dengan satu kerusi dan 2 undi sahaja. Tuan Guru dapat melakukan reformasi pentadbiran dengan baik sekali. Hasilnya, rakyat membalasnya dengan memberi kemenangan yang besar kepada Tuan Guru pada pilihanraya MAC 2008.

Kepala Babi di Surau Akademi Pengajian Islam

Isu ini diharapkan dapat dimanipulasi dan ditangani dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Kita tidak mahu perkara ini terus berulang dan menimbulkan permusuhan di kalangan mahasiswa seterusnya merebak ke luar. Isu ini sensitif dan mencabar ketuanan Islam. Mereka yang terlibat mesti dicari dan hukuman yang sewajar mesti dikenakan oleh pihak pentadbir universiti. Isu ini tidak boleh dijadikan isu perkauman kerana Islam adalah milik semua.Mungkin perkara ini dilakukan atas dasar khianat dan sabotaj. Peliknya, kenapa dari Melaka hingga ke Universiti Malaya. Sebelum isu babi di Selangor dan Kedah, perkara ini tidak berbangkit dan tidak popular. Hinggakan zaman kes merebaknya penyakit JE di Bukit Pelanduk dan perpindahan babi dari Melaka pun, perkara ini tidak berlaku. Timbul persoalan kenapa mereka memilih surau Akedemi Pengajian Islam, tidak surau lain?.

Harapan kepada adik-adik,
Selamat memikul amanah yang dibebankan semoga amanah ini dapat mematangkan adik-adik dan sebagai medan latihan untuk menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. Jadikan medan universiti tertua dan paling banyak berjasa ini untuk mengasah kemampuan kalian dan menabur bakti untuk agama,bangsa dan negara. Tugas ini bukan hanya terpikul dibahu kepimpinan tetapi kepada semua mahasiswa terutama pengundi yang mengundi calon Pro Mahasiswa. Berdosa kita sekiranya membiarkan pimpinan terkapai-kapai meneruskan tugas kepimpinan dan akedemik, sedangkan kita tekun dengan memutalaah dan rutin harian kita. Kepimpinan mesti disokong dan didokong. Apa lagi keputusan akademik pimpinan juga mesti dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah kepada pimpinan kita. Peranan Qiadi dan Jundi mestilah beriringan supaya kehendak jemaah dan organisasi dapat direalisasikan secara berkesan.

Selamat Berjuang adik-adikku,

Mohd Zaidi Mustafa
Naib Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya sesi 97/98

Sunday, January 18, 2009

Tander Makanan RMT Vs Makan Asrama

Sekadar Bertanya….
Sejak akhir-akhir ini, kakitangan bukan mengajar (KTBM) makin dikurangkan di sekolah-sekolah . Ini berikutan kerajaan membuka ruang kepada kontraktor Melayu untuk untuk mendapat tander di dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan, kebersihan, penyediaan makanan asrama dan RMT (Rancangan Makanan Tambahan).

Apa yang kawe perhatikan, kerja-kerja yang di jalankan oleh kontraktor tidak sempurna atau menggunakan bahan yang terlalu murah dan mudah rosak. Kawe tak tahu berapa harga sebenar yang diperuntukkan kepada kontraktor bagi menyiap dan memulihkan sesuatu. Namun, pada pemerhatian kawe, kualiti barang yang digunakan taraf barangan Maiden atau kedai RM2.00. Bukan nak tuduh… tapi cubalah semaklah di tempat masing-masing. Kawe rasa bukan kawe sahaja yang mengeluh tetapi di merata tempat. Ianya seolah-olah kerajaan yang menyediakan tander kekurangan duit untuk menyediakan atau mengganti barang yang lebih berkualiti. Sebab itu peralatan yang disediakan di sekolah mudah rosak. Tidak dinafikan….. kadang-kadang jumlah pelajar yang ramai itu yang mengakibatkan kerosakkan dan memendekkan hayat peralatan tersebut.

Seingat kawe, kecik-kecik dahulu, kayu yang digunakan untuk buat rumah guru, kayu yang dimasukkan ubat. Tahan lama. Jauh lebih baik daripada kayu di rumah orang kampong. Sekarang seperti terbalik pulak. Itu soal alat ganti.
Kawe rasa nak tahu juga, berapa peruntukkan kerajaan sediakan untuk pembekal makanan asrama dan RMT? Adakah telur rebus belah 4 dan beberapa ikan bilis itu memang hak pelajar miskin? Kawe ingat kalau setakat itu, makanan yang Kerajaan sediakan, malulah kerajaan…. Dhaif sangat. Mentang-mentanglah anak orang miskin… begitu dilayannya. Ingat baliklah mereka yang pernah menerima makanan RMT terutama di kawasan pendalaman Sabah…

Ramai pelajar mengeluh dengan makanan yang disediakan oleh pihak asrama. Kawe puji, pelajar Sabah tidak cerewet dalam bab makanan. Mereka makan aje apa yang disediakan. Akan tetapi bila ditanya dari hati ke hati, rata-rata mereka mengeluh tentang menu dan kualiti makan yang disediakan oleh pihak asrama.
Kawe ingin bertanya mereka yang mengetahui dan alangkah baiknya sekiranya jawapan ini hadir dari mereka yang mengurus dan menerima tander ini. Persoalannya ialah:-

1. Salahkah sekiranya pihak pentadbir menyenaraikan penama dan pemilik Tander-tander serta bidang yang mereka tander dan dipaparkan berserta alamat perhubungan mereka disetiap pejabat atau sekolah yang mereka dapat tander?.

2. Bolehkah senarai harga terutama harga makanan perkepala di paparkan di papan kenyataan pejabat atau sekolah. Ini bagi memastikan pelanggan tahu hak mereka yang sebenarnya?

3. Susahkah pemantaun yang telus turun untuk memantau penyediaan bahan oleh kontraktor?

4. Sediakan peti cadangan dan komen kepada pentadbir dan kontraktor terbabit supaya pelanggan boleh menyatakan pandangan mereka?

5. Menjelaskan sebab kenapa harga yang tidak sepatutnya mereka kenakan kepada perkhidmatan itu.

6. Bolehkah parti politik tidak campurtangan dalam urusan tender pejabat dan sekolah?

7. Masalahkah untuk menjaga dan memastikan pentadbir atau pengurus melakukan atau menerima tander tanpa dari tekanan pembesar kampong atau setempat?

Kawe rasa itu jea dulu pertanyaan. Sekadar pertanyaan. Kawe bukan marah kerana tidak boleh tander. Tidak pernah minta tander. Kawe tiada lessen tander. Mudahnya, tiada kepentingan peribadi. Akan tetapi kawe kesian melihat anak bangsa yang susah dan ditindas. Mereka yang kaya itu terus kaya raya. Yang miskin itu bukan sekadar tersu miskin tetapi hina dina. Apa lagi kadang-kadang mereka yang dapat tander tidak membayar gaji pekerja mereka. Semoga perkara ini hanya khayalan kawe sahaja, perasaan sahaja. Hakikat sebenarnya diharapkan tidak berlaku. Masing-masing, tepuk dada Tanya iman.

Friday, January 16, 2009

QUNUT NAZILAH uNTUK PEJUANG KITA DI PALESTIN DAN DI KUALA TERENGGANU

Salam teman-teman,
Berikut adalah pembetulan baris yang telah dibuat oleh al-Fadhil Ustaz Khairul Azmi Ismail(http://al-muqry.blogspot.com/). aNA Sedut dari blog ust Yusof Embong .Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.

اللَّهُمَّ يا حَيُّ يا قَيُّومُ يا ذا الجلالِ والإكرامِ يا وَدُودُ يا ذا العَرْشِ المَجِيدِ يا فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِأَسْمائِكَ الحُسْنَى وَصِفاتِكَ العُلَى وَاسْمِكَ الأَعْظَمِ يا مُنْشِئَ السَّحابِ يا مُنْزِلَ الكِتابِ يا هَازِمَ الأحْزابِ ..اِهْزِمِ الطُّغَاةَ المُجْرِمِينَ مِنَ اليهودِ والنصارى الذِين يُرِيدُونَ أَنْ يَعْثَوا فَسادًا في اَجْسادِ هؤلاء المسلمين ..وانْصُرِ المسلمينَ والمجاهدين عليهم..اللهم انْصُرْنا عليهم في كُلِّ مكان..اللهم أَرِناَ فيهم عَجائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللهم أَحْصِهِمْ عَدَدًا وَاقْتُلْهُمْ بَدَدًا وَلا تُغادِرْ مِنْهم أَحَدًا.. اللهم اجْعَلْهُم غَنِيمَةً لِلمسلمين.. اللهم اجْعَلْ سِلاَحَهُم في صُدورِهِم وكَيْدَهم في نُحُورِهم وتَدْبِيرَهم تَدْمِيرًا لهم...اللهم أَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ وبَطْشَكَ ورِجْزَكَ وعِقابَك وأليمَ عذابِك.. اللهم لا ترْفَعْ لهم رايةً واجْعَلْهُم لِمَنْ خَلْفَهُم آيةً.. اللهم إِنَّ زَرْعَهُم قَدْ دَنا حَصادُهُ فَهَيِّئْ لهم يَدًا مِن الحقِّ حاصِدَةً تَحْصُدُ جُذُورَهُ وتَسْتَأْصِلُ شُرُورَهُ..اللهم أَهْلِكْهُم كما أَهْلَكْتَ إِرَمَ وعادَ ... اللهم صُبَّ عليهم سَوْطَ عذابٍ فإنَّهم أَفْسَدُوا في البِلادِ وقَتَلُوا العِبادَ.. اللهم إنَّهُمْ لا يَرْجُونَ لك وَقَارًا.. اللهم إنهم يَصِفُونَكَ بما أنتَ مُنَزَّهٌ عنه، سبحانك اللهم عمَّا يقولون عُلُوًّا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعالَيت عما يقولون علوا كبيرا...اللهم اشْفِ صدورَنا مِنهم..اللهم عَذِّبْهم واجعلْ قَتْلَهم على أيدي المسلمين ..اللهم سَلِّطِ النصارى على اليهودِ واليهودَ على النصارى وأَهْلِكِ الظالمين بالظالمين وأَخْرِجْ أمةَ محمدٍ مِن بينِهِم سالِمِين..اللهم ارحَمِ المسلمين مِنَ المستضعفين .. اللهم آمِنْ رَوْعاتِهم واسْتُرْ عَوْراتِهم واحْفَظْ ذُرِّياتِهم وارْحَمْ ثُكالاهُم واحفظ أَيَاماهُم واجعل أَطْفالهَُم شُفَعَاءَ وقَتْلَاهم شهداءَ،.. اللهم أَقِمْ على الحقِّ دَولَتَهُم واجْمَعْ على التوحيدِ كَلِمَتَهُم .. اللهم انصُرْهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..اللهم اجْعَلِ الملائكةَ تُعِينُهُم.. اللهم سَدِّدْ رَمْيَهُم .. اللهم سَدِّدْ رَصَاصَهم...اللهم اجعلْ سِلاحَهُم غَنِيمَةً في أيدي المسلمين...اللهم افتح أبوابَ الجهادِ في كُلِّ مكانٍ .. اللهم ارْزُقِ المسلمين أبواباً إلى الجهادِ في كل مكان ..يا ربَّ العالمين .. اللهم نَصْرَكَ .. اللهم نَصْرَكَ .. اللهم نصرك .. ياحيُّ ياقيومُ برحمتك نَسْتَغِيثُ .. سبحانك ربَّنا عَزَّ جارُك، وجَلَّ ثَنَاؤُك، وتَقَدَّسَتْ أسماؤُك، سبحانك وبحمدك، لا يُهْزَمُ جُنْدُكَ، ولا يُخْلَفُ وَعْدُكَ، يا حيُّ يا قيومُ، ياذا الجلال والإكرام.اللهم إنَّ هؤلاء اليهودَ قدْ طَغَوْا وبَغَوْا، وظَلَمُوا وأَفْسَدُوا، اللهم أَنْزِلْ عليهم رِجْزَكَ وبأسَك وغَضَبَك وعذابَك ، إلهَ الحقِّ، اللهم إنَّ هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.اللهم مُنْزِلَ الكتابِ، ومُجْرِيَ السحابِ، وهازمَ الأحزابِ، اِهْزِمِ اليهودَ الغاصِبِين المُحْتَلِّين، وزَلْزِلهْمُ. اللهم خَالِفْ بين قلوبِهم، وفَرِّقْ جَمْعَهُم، وشَتِّتْ شَمْلَهُم، وزلزلْ أقدامَهم، وأَنْزِلْ بهم بأسَك الذي لا يُرَدُّ عن القوم المجرمين. اللهم إنا نجعلُك في نحورِهم، ونعوذ بك من شرورهم.اللهم انصر إخوانَنَا في لبنانَ وفِلسطينَ وافغانستانَ والعراقِ وجميعِ بلادِ المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان وفلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .اللهم كُنْ لهم مُؤَيِّداً ونصيراً، ومُعِيناً وظهيراً. اللهم إنَّهم حُفاةً فَاحْمِلْهُم، وضَعَفَةً فَقَوِّهِم. اللهم ارحم ضَعْفَهم، واجْبُرْ كَسْرَهُم، وقَوِّ عزائمَهم، واحْفَظْ عليهم دينَهم، واجْمَعْ كَلِمَتَهُم، ووَحِّدْ صُفُوفَهم.اللهم أنتَ المُرْتَجَى؛ لا مَلْجَى إلا إليك. اللهم إنا نسألك لهم فَرَجاً عاجِلاً، ونَصْراً مُؤَزَّراً. اللهم لَقَدْ مَسَّهُمُ الضُّرُّ.اللهم فَاكْشِفْ عنهم هذه الغُمَّةَ، واكْشِفِ الغُمَّةَ عن إخوانِنَا المسلمين في كل مكان. اللهم انصر إخوانَنا المجاهدين في سبيلِك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.اللهم انصرْ دينَك وكتابَك وسنةَ نبيِّك وعبادَك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم مَن أَرادَنا بِسُوءٍ فَأَشْغِلْهُ بِنَفْسِهِ واجْعَلْ كَيْدَهُ في نَحْرِهِ.اللهم صلِّ وسلِّمْ وبارِكْ على نبيِّنا محمدٍ وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين
Posted by Nama: Khairul Azmi Ismail at 9:06 AM 0

Tuesday, January 13, 2009

Kekuatan Kita: Doa Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat

Hari ini umah Islam berhadapan dengan bermacam-macam ancaman dan pengkhianatan daripada musuh Islam. Kita terus berjuang, namun dalam masa yang sama kita perlukan kepada kekuatan dan pertolongan kerana kita ini lemah, kita ini adalah makhluk, pastinya kita mengharapkan pertolongan Allah.Justeru itu, ana menyedut doa Tuan Guru Nik Aziz untuk perkongsian kita semua. Semoga ianya menjadi bekalan kepada kita semua. Selamat berjuang dan beramal

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghilang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah
kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun,selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya,Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar,menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

by tokgurublog

Monday, January 12, 2009

Baikot Barangan Yahudi Laknatullah

Mereka jahat.... mereka bunuh saudara kita, mereka ainaya kanak-kanak dan wanita. mereka membunuh mereka yang tidak berdosa. Mereka takut bertempur secara berhadapan. Celaka kau zionis... celaka kau Yahudi... semoga Allah melaknatkan kamu



Ayuh... mari bersama kita bantu saudara kita, kita bantu diri kita. Perteguhkan ekonomi kita. Lumpuhkan ekonomi yahudi dan pendokongnya. Maghi pakat baikot...baikot. Tahan diri... demi masa depan ummah.... hancur kuffar


hancurkan ekonomi mereka. Jangan bantu mereka. Tahan diri

Sunday, January 11, 2009

QUNUT NAZILAH HANCUR KUFFAR

Salam.
Doa tanda persaudaraan kita terhadap saudara kita yang disembelih di Palestin.Baca, fahami dan amalkan. Tolong fotokopi untuk imam-imam surau dan masjid.
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Kisah Raja Legeh

. LONG GAFFAR ·Bermula pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II ·Mangkat pada awal 1780-an

2 .BAGINDA LONG SERI· .Pada masa pemerintahannya Patani jatuh ke tangan Siam (1785) ·Mangkat pada usia 137 tahun

3. BAGINDA LONG DEMOR ·Pemerintahannya berpusat di Jeram

4. TENGKU CHIK PANDAK

5. TENGKU BESAR TUAN AHMAD ·Bermula ketika kemasukan pengaruh Inggeris ·Tamat selepas peristiwa Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915 ·Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu Reman Long" tu berasal dari perkataan "sulong" iaitu anak sulong. Biasalah dlm kalangan org Melayu...anak sulong dipanggil "long", "kak Long" @ "abang long". Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu putera sulong mereka akan mewarisi tahta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak dlm Yala di Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).

Long Gaffar menguasai Kelantan (masa itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yg merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang). Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki "kain Cindai" yang bernama "CEPA MELAKA" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, dimana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama "Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh.

Izin poligami, kurang anak dara tua - Nik Aziz

KOTA BHARU 20 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan isteri-isteri supaya membenarkan suami mereka yang berkemampuan berpoligami bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi anak dara tua.

``Cuba fikirkan bagaimana keadaan perempuan yang menjadi anak dara tua sampai mati kerana tidak berpeluang dapat suami sedangkan ada orang yang hendak kepada dia, tapi dihalang.

``Jadi, si isteri pertama perlu memberi ruang apabila dia tahu suami mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk kahwin lagi,'' katanya kepada pemberita pada majlis bersama rakyat di Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengingatkan golongan isteri jangan bertindak ganas sehingga sanggup menyimbah asid atau melakukan perbuatan jenayah lain ke atas suami mereka yang mahu berkahwin lagi.

Dalam dua kes berasingan di Kelantan, dua lelaki yang mahu berpoligami cedera serius apabila disimbah asid oleh isteri mereka.

Pada 1 Ogos lalu, seorang anggota tentera Tuan Azman Tuan Ludin, 30, cedera parah pada bahagian muka dan seluruh badan selepas disimbah asid, dipercayai perbuatan isterinya apabila mangsa berterus-terang mahu berpoligami.

Dalam kejadian di Kampung Legeh, Jeli itu, isteri mangsa, seorang janda beranak sembilan dikatakan tidak berpuas hati apabila suaminya yang juga jurulatih tae kwando di Kem Pengkalan Chepa mahu mengahwini teman wanitanya yang berusia 20-an.

Lapan hari kemudian, seorang wanita berusia 38 tahun cedera parah apabila cuka getah yang hendak disimbah pada suaminya tertumpah dan terkena bahagian dada serta paha kirinya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suami mangsa dikatakan ingin mengahwini seorang janda.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz yang bersetuju dengan kenyataan Shahrizat itu meminta para isteri agar tidak terlalu emosi sehingga bertindak ganas ke atas suami mereka yang berhasrat berkahwin lagi kerana Islam membenarkan lelaki yang berkemampuan dan berkelayakan untuk berpoligami.

``Sebenarnya isu poligami ini perkara lama yang tidak selesai sekiranya manusia jaga nafsu dia sahaja dan tidak jaga nafsu orang lain sama,'' tegasnya.

Katanya, isteri pertama juga tidak seharusnya bimbang membenarkan suami mereka berkahwin lagi kerana ada peruntukan tertentu dalam undang-undang syariah membela mereka yang dianiaya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan lelaki supaya tidak bertindak kasar sekiranya hasrat mereka berkahwin lagi dihalang, sebaliknya menggunakan pendekatan yang baik dan mengikut undang-undang.

Penoreh getah dirompak rugi RM6,000

JELI 14 Dis. - Seorang penoreh getah kerugian hampir RM6,000 apabila barangan berharga miliknya dilarikan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang serta pisau, di Kampung Legeh dekat sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa, Zuakifli Hamid, 42, dan keluarganya sedang tidur di rumah sebelum suspek menceroboh masuk dalam keadaan hujan lebat.

Menurut Zuakifli, suspek yang dipercayai warga asing dikatakan memasuki rumahnya menerusi pintu belakang selepas diumpil dengan pemotong besi.

"Perompak kemudian bertindak mengejutkan dua anak saya Mohd. Syazwan, 10, dan Mohd. Hisyam Syafiq, 12, yang tidur di ruang tamu dan memaksa Mohd. Hisyam mengejutkan saya manakala rakannya mengawasi Syazwan.

"Perompak mengacukan parang dan meminta dua utas barang kemas yang dipakai oleh isteri saya, Rohayati Mohd. Ariffin, 33 serta menyerahkan telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

"Syazwan yang dipeluk erat perompak itu tiba-tiba meronta-ronta sebelum terlepas dan terus terjun dari rumah dalam keadaan berbogel ke rumah datuknya kira-kira 20 meter dari situ," ujarnya kepada pemberita di sini.

Katanya, mendengar jeritan Syazwan yang meminta tolong, perompak itu bergegas meninggalkan rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhamad Hanifah Abd. Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 iaitu samun berkawan dengan menggunakan senjata merbahaya.

P/s : Kesian keluarga Pok Pin, sampai hari ni perompak itu belum ditangkap walaupun polis dan orang kampung Legeh menyerbu beberapa tempat. Harap penduduk terus berusaha dan polis menambah kecekapan

Friday, January 9, 2009

Entahlah

Sekadar coretan peribadi;

Alhamdulillah percutian di kampong halaman selama sebulan dapat menyegarkan kembali ingatan kepada zaman silam dan mengukuhkan azam untuk terus berkhidmat kepada masyarakat sesuai dengan amanah Allah dan tanggungjawab kerajaan kepada diriku.

Dalam tempoh hampir sebulan bercuti di kampong tidaklah banyak yang dapat diisi. Mungkin juga kerana hajat balik untuk dengan niat ingin bersama keluarga disamping mengurus kepentingan peribadi yang belum disiapkan.

Program pertama yang dapat diisi sepulangan di kampung ialah bersama exco PMKUM di Pondok Bukit Gading Tanah Merah. Panel Forum. Selain itu ke Pusat Latihan Belia Kelantan untuk pengisian kepada bakal pimpinan pelajar sekolah menengah sekitar Kota Bharu yang dibimbing oleh pelajar university tempatan . Hanya itu sumbangan dan rasa kebersamaan yang dapat diberikan aku dalam bidang pembinaan generasi yang dikelolakan oleh saudara Rafie Yusof, (timbalan pengerusi Jabatan Pembangunan Remaja Kelantan) Aku kagun dengan usaha dan pengorbanan saudara Rafie yang tidak jemu mengendalikan program pembangunan generasi yang sudah masuk kepada siri keberapa belas.Aku tidak pasti. Pastinya program it terus berjalan dan ada penerusannya. Aku tahu usaha itu dengan pengorbanan, dengan susah payah, dengan kesungguhan. Malah terlalu sedikit mereka yang dapat mengembelingkan usaha ini. Tahniah saudara Rafie. Teruskan usaha anda demi masa depan generasi Islam.

Cuti ini juga aku kehilangan makcik yang kusayangi Kak Jah( Tuan Lijah Tuan Loseng) kembali ke rahmatullah pada 25 Disember 2008 setelah pengsan dan dibawa ke hospital Jeli. Beliau menghembus nafas terakhir disisi anak lelakinya Raja Amran. Kak Jah kena stroke beberapa tahun. Banyak kenangan dan budi Kak Jah bersama aku dan adik-adik. Kami menganggap beliau dan anak-anaknya seperti keluarga sendiri. 2 tahun dia sakit. Cakapnya tidak jelas. 2007 aku ziarah dia, Nampak aje aku, dia terus menangis tersesak-esak. Aku juga jenis tidak tahan, turut menangis. Tahun 2008 agak berlainan. Dia tenang menerima kedatangan aku dan isteri serta ibuku. Tetapi aku yang menangis dulu bila Kak Jah tidak dapat bercakap dengan baik ketika mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dan isteriku. Dia turut menangis apabila melihat aku menangis . Aku sedih kerana aku tidak mampu memahami percakapannya, sedang dia bersusah payah untuk memahamkan aku. Aku teringat susah payahnya membesarkan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Dia menoreh, dia buat kuih, jual di Pasar malam, di kantin sekolah dan bermacam kerja dia buat untuk memperolehi rezeki. Selain itu, dia tidak kedekut untuk berikan rezekinya kepada aku dan adik-adik. Itu buat aku sebak melihat dia sakit dan kepayahan begitu.

Semoga rohnya diletakkan dikalangan orang-orang solehah dan segala amal perbuatannya dikira sebagai ibadah. Takziah untuk Raja Amran dan keluarga

Thursday, January 8, 2009

Bahaya Ubat Batuk dan Selsema

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini
kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan.

Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN

YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.

Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat
dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana
sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah
Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE
..
Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke
(pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga
hari selepas mengambilnya.

Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan
setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant

Plus Dietary Supplements

Acutrim Maximum Strength

Appetite Control Alka-Seltzer Plus

Children's Cold Medicine Effervescent

Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)

Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original

Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent

Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent

Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent

Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent

BC Allergy Sinus Cold Powder

BC Sinus Cold Powder

Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief

Comtrex Flu Therapy & Fever Relief

Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules

Contac 12 Hour Caplets

Coricidin D Cold, Flu & Sinus

Dexatrim Caffeine Free

Dexatrim Extended Duration

Dexatrim Gelcaps

Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free

Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets

Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels

Dimetapp DM Cold & Cough Elixir

Dimetapp Elixir

Dimetapp 4 Hour Liquid Gels

Dimetapp 4 Hour Tablets

Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets

Naldecon DX Pediatric Drops

Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion

Triaminic DM Cough Relief

Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion

Triaminic Syrup Cold & Allergy

Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough
Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.

Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,

SILA BERIKAN RISALAH INI.INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS.

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI

KEPADA KELUARGA MEREKA.

Tuesday, January 6, 2009

AWAS! Topeng baru Skim Cepat Kaya!!

Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah...bukan main lagik!


Bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah... dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata "Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..".

Sahabat... sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah "Nak buat macamana... ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena..." Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata "Nak buat macamana... aku pun kena tipu juga...". Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?

Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.

Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:

Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah... kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.

Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla...

Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni....??! Hehehehe. Fikir balik!!

Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan "Syarikat pernah keluar surat khabar" bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.

1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)

2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.

3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, "Jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?"

4) Jika mereka kata "Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..". Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut.... kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut... malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut... dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah... yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah... sebangsa dengan kita... kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?

5) Jika ditanya berkenaan isu LEGAL, kebiasaannya mereka akan mengambil petikan dari akta AJL seperti;

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”

Tetapi bila ditanya company ni ada lesen AJL tak? Dia pun cakap "Ooo.. company kita actually tak termaktub bawah akta AJL sebab kita lebih kepada trading bla... bla.. bla..." Pulok doh!

6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama... tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?

Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya. Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah... yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. "Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr". Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; "Ini halal maa.. daging ayam!". Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.

Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan orang yang lebih arif seperti Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Di sini saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.

Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit...

Sunday, January 4, 2009

Harapan Kepada Siswa

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hasrat saya begitu lama untuk berjumpa mahasiswa terutama pimpinan mahasiswa.Rasanya terlalu banyak berbuku di hati. Terbuku dan terkaku melihat mahasiswa yang terjun ke medan pekerjaan. Betapa susahnya mereka yang saya jumpa untuk diajak ke program. Kaya mereka. Kaya dengan alasan dan pujian untuk melepaskan diri dari kerja-kerja jemaah.

Pada 5hb Disember, sesampai saya di kelantan, saya dijemput oleh sahabat saya, Saudara Rafie untuk sana-sama menjadi panel Forum pengenalan sejarah Silam PMKUM (Persatuan Mahasiswa Kelantan) kepada pimpinan Mahasiswa Kelantan. Saya pastinya tidak lepaskan peluang ini sekalipun letih dan pening masih bersarang di kepala.

Tidak banyak luahan hati dapat disampaikan kerana itu forum, bukan ceramah. lagipun tajuk perbincangan banyak berfokus kepada pengurusan PMK pada zaman kami. Cuma apa yang sempat saya tekankan tentang kebajikan. Kebajikan yang ditekankan ialah kebajikan dari segi menjaga sahsiah ahli, anak kelantan di Universiti Malaya. Kebajikan kewangan ramai yang boleh bantu. Bukan Islam pun boleh bantu kebajikan bersifat material. Kebajikan akhlak? Kebajikan iman?

Ramai mahasiawa berbangga dengan mengadakan projek-projek grand. Bangga dengan status pengarah projek dan dapat tanda tangan pada sijil-sijil peserta.Namun jarang sekali yang sanggup terlibat dalam usrah, tamrin, muqayam dan sebagainya. Program yang tidak glamour, tidak ada sijil, tiada liputan media, tiada cenderamata, tiada raincot dan pelbagai macam habuan keduniaan.Apa lagi program seumpama ini menuntut peserta dan AJK bersila sampai kebas kaki, makan makanan yang tidak lazat sekadar nasi peluru bedil dan air mutlak sahaja. Perhubungan siswa siswi juga terkawal.Hanya mereka yang ikhlas sahaja yang sanggup melakukan kerja ini. Hanya mereka yang tidak takut pada celaan, tuduhan liar sahaja yang boleh bertahan.

Namun demikian, kita lupa hasil program tidak glamour inilah yang melahirkan insan-insan yang berkaliber, manusia-manusia hebat yang memimpin dunia.Kadir-kadir ummah yang ikhlas dalam beribadat dan membina ketamadunan manusia. Kita mesti berperanan menjadi mata rantai perjuangan, bukan hanya menjadi minyak pelincir pada rantai yang pada mulanya melancar dan melincinkan rantai tetapi apabila bercampur dengan debu, minyak pelincir tadi menjadi tahi yang merosakan rantai.

Kalau di kampus kita sudah berbangga dengan jawatan bersifat ad-hoc, bagaimana kita boleh menjamin diri kita ini tidak sombong atau dapat menyumbang kepada Islam apabila dinobatkan dengan jawatan yang besar dan glamor. Kampus ibarat kolam untuk itik belajar berenang. Masa belajar tawaduk pun belum tentu dapat menjamin istiqamah dengan ruh Islam, apa lagi yang sudah alpa di kampus. (kecuali dengan hidayah Allah, tiada siapa dapat menyekatnya.)

Harapan kepada mahasiswa.... ikhlaskan niat, gunalah kesempatan yang ada untuk mengaut sebanyak mungkin mutiara kampus untuk pulang memberi inzar kepada masyarakat. Tugas di luar terlalu banyak menanti anda. Alam realiti... bukan lagi berfantasi.

Saturday, January 3, 2009

Gajah Naik Minyak Rosakkan Kebun Legeh

Berita lama
JELI 08 Feb 2007 – Serangan gajah masih menghantui sebahagian besar penduduk di Kampung Legeh dekat sini, kerana mereka bimbangkan keselamatan siri serta harta benda dimusnahkan haiwan itu.

Ini berikutan dua hari lalu gajah memusnahkan kebun pisang penduduk kampong di situ sehingga mencetuskan kebimbangan mereka untuk ke kebun.

Seorang penduduk, Wan Mohamed Sulaiman, 52, yang juga bekas penghulu Mukim Legeh berkata, tiga hari yang lepas gajah itu sudah memusnahkan kebun pisang dan terbaru semalam, haiwan itu pergi ke kebunnya yang seluas empat hektar.

Katanya, dia sudah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN), tetapi belum ada apa-apa tindakan diambil setakat ini.

Kami bimbang dengan serangan gajah yang memusnahkan tanaman menyebabkan kerugian dialami dan tidak dapat mengutip hasil pertanian.

“Sudah tiga kali termasuk kejadian semalam haiwan itu ke kebun kami dan saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata, hanya seekor gajah kerap berulang alik di antara Bukit Gemang dengan Kampung Legeh memandangkan kedudukan kamoung itu dipisahkan dengan sebuah bukit,” jelasnya.

Tinjauan Sinar Harian di tempat berkenaan semalam mendapati, hamper separuh kebun pisang penduduk terbabit dimusnahkan haiwan itu.

Friday, January 2, 2009

Selamat Kembali

Alhamdulillah, syukur banyak kepada Allah. Ana dapat kembali ke Sabah dan kembali dapat menulis, mencoret di ruang maya ini. Rindu rasanya untuk menulis dan mengutara isu-isu semasa.
Buat masa ini tidak banyak yang dapat dicoretkan. Fikiran haus ditumpukan kepada persediaan untuk kembali berkerja setelah agak lama bercuti. Insyallah.

Kepada sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu, Selamat menunaikan Tanggjungjawab anda sebagai warganegara yang mahukan Islam di daulatkan di Bumi Malaysia. Undi Bulan baru PAS

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008