Lelaki dan dua anak  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki mendukung dua orang bayi, satu dikiri dan satu lagi dikanan sambil menunggu kereta. Seorang wanita yang juga sedang menunggu kereta, melihat dua orang bayi yang lucu itu, dengan wajah yang berseri-seri dia bertanya kepada lelaki itu: Alangkah lucunya... siapa nama keduanya? Lelaki itu melihat wanita itu dengan marah dan menjawab pendek Aku tidak tahu! Wanita itu tetap ramah dan bertanya lagi Yang mana lelaki dan yang mana perempuan? Lelaki itu makin marah dan menjawab lebih kuat Aku tidak tahu!!! Wanita itu mulai naik marah dan memaki hamun lelaki itu habis-habisan dan ahirnya berkata Ayah jenis apa kamu ini? katanya menyindir. Lelaki itu menjawab Aku bukan ayah mereka, aku hanya seorang salesman kondom,dan 2 bayi ini adalah hasil aduan dari pelanggan kami yang kecewa dengan barangan kami. Saya kena bawa balik dua bayi ini ke pejabat saya untuk di pertanggungjawabkan sebagai ganti rugi!

Pameran lukisan  

Posted by Power Renjis

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.

Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.

Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.

Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!

Mat Rempit dan Nenek  

Posted by Power Renjis

Lebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu, seorang mat rempit sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya sagatlah bising. Wreeengg..ngeeenggg... ngeeeeeeeng....!!! Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak... Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut. Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab . kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!

Nak Cerita Pun Malas  

Posted by Power Renjis

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada
yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang
malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, "Patik adalah yang paling
malas." Raja pun bertanya, "Apa tahap malas tuan hamba?" Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau
patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?" Maka jawabnya,
"Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya
sambil berkata,"Patik adalah yang paling malas tuanku." Raja pun bertanya, "Bagaimana pula
tahap kemalasan kamu si budak?" Budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas, tuanku.

Banduan yang bijak  

Posted by Power Renjis

Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan JI, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini: Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana, kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. Ajoi, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?

Si anak kembali membalas surat tersebut, Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentera, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka. Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

Siapa sasterawan kita?  

Posted by Power Renjis

Seorang Guru melihat Ajoi sedang mengantuk dan hampir tertidur didalam kelas.. Oleh itu Guru tersebut segera memberi soalan kepada Ajoi..

Guru : Ajoi.. Siapa Sasterawan Kita?
Ajoi : eh.. tidak tau cikgu... Bukan saya cikgu..
Guru : Cepat Ajoi.. katakan siapa Sasterawan kita?
Ajoi : Sumpah cikgu.. bukan saya..!

Kerana kesal.. Guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato Rahman..bapa Ajoi.. yang merupakan seorang pemimpin yang paling ditakuti. Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Ajoi..

Ayah : Ajoi.. cepat katakan siapa Sasterawan kita
Ajoi : Sungguh ayah.. saya tidak tau.. Dato Rahman marah.. dan terus menampar Ajoi.. Ayah : Cepat!.. jangan malu2... katakan.. siapa Sasterawan kita
Ajoi :Betul Ayah.. Bukan saya.. saya tak tahu (sambil menahan sakit)

Dato Rahman memukul Ajoi hingga jatuh ke lantai.. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan... dan Ajoi Tetap menjawab.. Saya tidak tau.. bukan Saya.. Melihat anaknya sudah setengah mati.. akhirnya Dato Rahman kembali berjumpa Guru Ajoi..

Guru : Bagaimana Dato?...
Dato Rahman : Entahlah cikgu.. nampaknya memang bukan dia...!

Kambing yang setia  

Posted by Power Renjis

Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya. Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada...

Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli...

Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini? tanya pembeli

Kerana aku sangat perlukan wang. Jawab Pak Abdul

Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit? Tanya Pembeli..

Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia.

Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?

Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku.

Api lah  

Posted by Power Renjis

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan
kerugian yang agak besar. Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang
berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS