Showing posts with label Lakaran Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Lakaran Kehidupan. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

49
Komen
~ Berhabuk ~

Dah tengok vlog terbaru Qawiem Khairi? V13 : Cinta Hantu Raya

Haih.. memang dah lama benor tak menghapdet blog ni. Nak kata sibuk, tak sibuk pun. Nak kata tak sibuk, rasa macam ada jugaklah duk buat kerja sebutir dua. Senang cerita, malas nak hapdet sebenarnya. Haa.. kan senang mengaku. Haha.

Baidewei, guwa (baca : ana) tengah cuti. Nak dekat hempat bulan beb. Tudia lama. Tapi bila ada kat Mesia ni, taklah terasa lama sangat. Memang pantang nampak guwa rehat, ada je kerja datang mencari. Nak suruh makan lah. Nak suruh tidur lah. Tak kenama kerja makan tidur tu. Ngeh.

Hmm.. apa pun puas hati cuti kali ni. Ceh, macam dah banyak kali cuti. Bila hidup ada mak ayah di sisi, banyak benda terasa tenang dan lapang. Seronok dan bahagia bersama mereka. Sebab tu kadang-kadang guwa ada terfikir, macam mana lah mereka yang dah takdak mak ayah. Mesti sedih.

Tapi jangan risau, guwa sentiasa percaya ada hikmah Allah takdirkan kehidupan mereka sebegitu. Dan kita semua akan menyusul.

Jadi, yang mana parent masih ada tu, nasihat guwa jom lah sama-sama kita menghargai mereka. Janganlah nanti dah takdak, baru nangis nak minta maaf mengenal erti penyesalan.

Oklah, kat sini guwa nak minta maaf kat lu orang (baca : antum) yang mungkin dua tiga kali duk mai lepak kat belog guwa, tapi asyik nampak entry yang lama dan sama. Mau tak lama, dah hampir dua bulan tak menghapdetnya.

Penat guwa bawak penyapu tadi nak rembat lipas cicak bagai yang dah mula berkampung kat guwa punya belog. Macam dah takdak tempat lain makhluk-makhluk ni nak hidup.

Apa pun teruskan berdoa untuk Mesir. Moga Allah teguhkan hati mereka dan kita semua. Amin.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Cikidout.



Tuesday, June 18, 2013

2
Komen
~ Jordan : Bila Aku Ada Masalah ~



Inilah kerja saya bila ada masalah. Bila hati gelisah. Bila rindu yang tidak sudah. 

Pasti akan menghubungi mereka ibu dan ayah.

Dua tahun di Jordan terasa sebentar cuma. 


Hari ini saya di Malaysia dengan cuti yang tak lama. Dan selepas ini saya akan kembali lagi ke sana. 

Sejauh mana pun perjalanan, ibu dan ayah jangan dilupa. 

Kerana pada mereka, ada keberkatan dan doa.


Hargailah ibu bapa. Hargailah keluarga tercinta. 

Itulah hadiah teristimewa sementara mereka masih ada.

Sekian.
Terima kasih. 




Thursday, May 16, 2013

5
Komen
~ Cinta dan Benci seorang Qawiem Khairi kepada GURU ~

Dari kiri : Nabil (Jordan), Saleem (Madinah), Salman(UTEM Msia), Saya (Jordan) dan Fath (Morocco).


Antara cg yg saya Cinta.

Saya terkenang seorang guru addmath yang pernah mengajar saya dan kawan-kawan ketika di sekolah menengah. Seorang guru yang sangat bersemangat dan tabah mengajar kami anakmuridnya.

Dan ketabahan beliau itu, saya telah melihat sendiri bagaimana kawan-kawan saya yang langsung tidak berminat dengan subjek addmath terus jatuh cinta untuk membuat latihan.

Yang bosan membuat latihan, akan rasa bersalah jika tidak berusaha sungguh-sungguh untuk score bagi subjek tersebut.

Kerana apa? Tidak pernah lagi saya lihat ada guru yang sanggup buat kelas tambahan pada jam 4 pagi melainkan beliau. Bahkan kebiasaannya, kelas tambahan kami diterus kan lagi selepas subuh hingga jam 12 tengah hari.

Jika prestasi kami baik, cg akan mengadakan kenduri kecil-kecilan dengan menghadiahkan nasi lemak free. Cg jarang marah kami, tapi kesungguhan cg itulah yang merotan kemalasan kami.

Itulah cg Asmah yang saya cinta.

----------

Dan cg yg saya Benci.

Ketika usia saya 9 tahun, hati saya telah dirobek dengan kata-kata seorang guru Bahasa Inggeris. Barangkali kerana kenalanku ketika itu.

Dan kesannya, sampai hari ini saya mampu mengingati setiap patah perkataannya.

"Apa nak jadi dgn kamu ni? Teacher rasa Qawim bila besar mesti jadi jahat."

Sentap. Kalam itu diungkapkan dihadapan semua kawan-kawan di dalam kelas. Yang mana akhirnya, kawan-kawan saya menjadikan ayat itu untuk menghukum setiap gerak-geri saya selepas itu.

Benci ketika itu menebal. Maka, itulah antara ayat yang teguh di ingatan dan sentiasa menemani perjalanan saya sepanjang kehidupan ini.

Untuk apa? Agar saya sentiasa ingat untuk terus berubah dan berubah menjadi lebih baik. Malah untuk menafikan kata-kata seorang guru, tidak semudah itu menjadi kenyataan.

Apa pun, saya tetap mendoakan kesejahteraan teacher saya tersebut. Dan kalau saya jumpa balik beliau hari ini, saya akan kata 'saya sayang teacher.'

---------

Selamat Hari Guru.

Btw, dikesempatan ini saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar diri ini. Baik yang sentiasa memberi pujian mahupun yang apabila bertemu dengan saya, susah sangat nak melemparkan senyuman.

Belum dikira dengan yang suka denda dan rotan sana-sini.

Hikmahnya, ketegasan kalian banyak mematangkan dan tidak memanjakan saya.

Dan sebagai murid, saya juga mahu memohon jutaan kemaafan di atas kelemahan dan kenakalan diri ini dalam membesar bersama guru-guru semua.

Ternyata, menjadi seorang guru tidak semudah yang kita sangka. Sebab mereka bukan mendidik robot, sebaliknya anak kecil yang punya pelbagai latar belakang dan karenah berbeza.

Moga Allah tabahkan guru-guruku semuanya dalam mendidik anak bangsa. Amin.

Sorry, terpanjang. Bakat blogger masih tak hilang. Hehe...

Sekian Terima Kasih.
Irbid Jordan.



Thursday, April 11, 2013

0
Komen
~ Anak-anak Perlis Jordan ~


Qawiem Khairi | Salam perantau.. eceh. :D


Bergambar di hadapan Maqam Mu'az Bin Jabal.
Waktu ni kami ada expidisi seerah sempena Familyday Ikatan Mahasiswa Anak Perlis Jordan.
Bahagia.

------------

Tahukah anda siapa sahabat Nabi yang bernama Mu'az Bin Jabal r.a ?

Beliau antara sahabat nabi yang 'alim tentang Al-Quran dan syariat-syariat Islam.
Hingga Rasulullah memuji Mu'az, "Sesungguhnya yang paling 'alim tentang halal dan haram adalah Mu'az Bin Jabal." Riwayat Tirmizi dan ibn Majah.

Sekian.
Irbid Jordan.




Thursday, February 28, 2013

4
Komen
~ Ada Hari Kita Laju ~

Qawiem Khairi | Salah satu scene dalam Vlog Sudikah Awak..

Nak dekat sebulan blog ini tak di update. Berhabuk !
Ini semua gara-gara sesiputnya internet di rumah saya. Hmm.. Apakan daya, itulah kehidupan.
Ada hari kita laju, dan ada hari kita perlahan. Tapi, waktu kita perlahan jangan sampai kita berhenti.
Takut-takut kita terjatuh ke dalam lembah kegelapan.

Ahaa... nampak tak ayat dia tu? Metabola kan.. hehe.
Saya tahu anda boleh faham.

--------------

Berkenaan gambar di atas, tak tahu nak cakap apa.
Melainkan syukur kepada Yang Maha Kuasa. Terharu.
Dialah yang memberi petunjuk. Kita hanya berusaha dalam menyampaikan kebaikan.

Gambar tersebut di ambil oleh sahabat saya, bro ArRasyid.
Dalam program Sembang Santai Sebelum Aku Bernikah di UITM bersama bro Hilal Asyraf di Uitm Seri Iskandar.

Neway, moga Allah istiqamahkan aku di atas perjuangan. Amin. Doakan hamba boh.


Sekian.
Terima Kasih.
Irbid Jordan.





Tuesday, January 15, 2013

6
Komen
~ Lautan Rabbani 2013 ~

Qawiem Khairi | 2012 sudah pergi. Dalamnya, aku belajar banyak benda. Terima kasih Allah. =)

Update pertama tahun 2013. Hihi.

Setelah habisnya exam, akhirnya cuti. 

Dan sekarang penantian untuk masuk sem yang seterusnya. 

Harapan untuk sem depan, saya lebih series dan bersungguh lagi.
Dengan adanya semangat 'cuti lepas tu balik Msia'.
Yeayyy !! 2013 aku balik Mesiaaaa ! 

Baideweh, tak sabar nak jumpa family dan teman-teman tercyntA. ^^

------------

Ada masa kita acapkali berkata rindu, rindu dan rindu kepada seseorang.
Tapi sejauh mana rindu itu mampu membuahkan nama mereka disebut di dalam doa kita?

Sungguh, aku rindu kamu.
Terima kasih sebab selalu stalk diri ini. Muwahaha.
Perasan. 


Sekian. 
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 





Monday, December 10, 2012

6
Komen
~ Deselar ~

Qawiem Khairi | Spek hitam saja yang mahal, yang lain semua murah. :D

Ohya. Nak bagitau satu rahsia.
Saya sangat kagum kepada akhawat yang pandai main deselar.
 Deselar tu apa? Ala... yang snap-snap tu. ^^

--------------

Ada sapa-sapa boleh tolong ajar kan untuk main benda alah ni? :D


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 



Wednesday, August 29, 2012

6
Komen
~ Betul-betul Tembak ~


Hari lahir ke-20.
Orang tembak saya berdas-das dengan doa dan harapan.
Hingga ada setengah penembak, saya sendiri tidak mengenali secara mendekat.
Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua.
Biarpun siapa anda, belajar di mana, dan anak siapa, saya tetap menghargainya.
Hari lahir ke-20.
Bermakna saya sudah meninggalkan zaman belasan tahun.
Bukan zaman mainan dan khayalan lagi.
Tetapi zaman untuk saya mula mencipta nama di bumi dan di langit tinggi.
Mudah-mudahan Allah perkenankan. Amin.

-------------------

Gambar di atas adalah hadiah dari adik saya sendiri.
Bangun pagi, buka fb, terus terterkejut dengan hadiah yang dia bagi.
Tak sangka, rupa-rupanya adik saya seorang yang sayang pada abangnya yang baik. Haha.
Terima kasih Mizawa.
Love you so much.





Thursday, August 23, 2012

7
Komen
~ Saya Sudah Pulang ~

Qawiem Khairi | Bergambar di Bumi Barakah.

Terima kasih atas doa semua sepanjang saya di sana.
Hari ini saya sudah di jordan.


Wednesday, August 8, 2012

13
Komen
~ Umrah : Hadiah Dari Allah ~

Tunggu ! ^_^


Assalamualaikum.

Apa khabar para pembaca sekalian? Moga sihat dan terus bergaya insyaAllah.

Agak lama juga teratak maya ini tidak diconteng. Saya minta maaf. Bukan sebab tidak ada masa, tinggal malas yang acapkali membelengu jiwa.

Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita rasa Allah langsung tidak pandang kita. Segala permintaan kita, kadang-kadang macam sia-sia. Hingga sampai satu tahap kita akan kata kepada diri, adakah doa kita adalah doa yang tidak berkualiti ? Adakah permintaan kita adalah permintaan yang tidak pernah didengari ?

Ya. Perasaan itu muncul. Bukan untuk menyalahkan Tuhan. Tetapi sebagai titik muhasabah untuk menilai diri mungkin hati terlampau gelap dengan kekotoran.

Anjak diri pada masa lalu, ada setengah permintaan itu sampai sekarang Allah belum makbulkan.

Melihat diri pada hari ini, ada pula sinar harapan yang belum bersedia untuk kita buat permintaan, tetapi Allah sudah perkenankan.

Sebab itu, corak permainan Tuhan tidak ada yang boleh lawan. Hatta yang mengaku tuhan atau yang dianggap tuhan, mereka juga adalah hamba kerdil yang tidak pernah mencapai kemenangan.

Mungkin ada yang belum tahu, tahun ini umur saya akan memasuki zaman dua puluhan. Tanggal genapnya 26hb Ogos, maka hilanglah ‘titile’ umur belasan.

Dan saya langsung tidak menyangka untuk hadiah hari lahir saya tahun ini, Allah berikan hadiah yang tersangat istimewa. Walaupun pada tarikh tersebut saya sudah pulang semula ke Jordan, namun pada bulan yang sama Allah bagi hadiah yang insyaAllah saya berpeluang untuk berkunjung ke Mekah.

Bertuahnya rasa diri ini hingga saya pernah keluarkan status di FB. Ramai orang bercita-cita untuk ke Haramain. Tetapi saya yang terpilih. Dan jalan itu dibuka di hadapan mata.

Manusia punya banyak jalan cerita. Dan ada orang memilih seni tersendiri untuk mengukir jalan cerita mereka. Kita tidak boleh memaksa  agar jalan cerita orang lain mesti sama dengan kita.

Saya dengan jalan cerita saya. Anda dengan jalan cerita anda. Dan jalan cerita itu kita yang memilihnya. Jika terdapat persamaan di beberapa buah tempat, maka itu adalah bonus buat kita.

Saya tidak kekok untuk memberitahu kepada umum yang saya akan ke Umrah. Saya tidak rasa bersalah untuk mengkhabarkan peluang keemasan yang Allah bagi ini, juga kepada anda.

Setengah orang tidak suka, tidak  setuju…. dengan alasan takut niat lari, tidak ikhlas, menyusahkan dan sebagainya. Kata mereka, dapat pergi umrah, pergi jelah.

Dan saya memandang hujah mereka itu sebagai prinsip mungkin. Maka, saya menghormatinya.

Tetapi bagi saya, dengan tujuan dan cara pandang tersendiri. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini ataupun tidak, dapat panjang-panjangkan doa untuk saya moga diberi kesejahteraan dalam perjalanan ke sana. Itu sahaja.

Apakah mesti orang yang akan ke umrah sahaja dikirim doa ?

Ramai orang mengirim doa. Mengharap nama mereka disebut di sana. Macam-macam masalah yang mereka ceritakan. Tidak lain dan tidak bukan, dengan harapan doa saya, Allah dengar dan masalah mereka itu disembuhkan.

Sebenarnya saya sendiri dibelengu rasa bersalah. Berat-berat masalah mereka. Rasa kesihan dengan ujian yang menimpa mereka. Tapi, mampukah doa itu didengari ? Jika yang memohon itu adalah saya ?

Ya Allah, ampunilah aku.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua.

Sebelum saya berangkat ke sana, segala salah dan silap, kesilapan-kesilapan kecil dan besar, terasa hati dengan coretan saya di sini atau di FB, ataupun ada terkasar bahasa dalam kita berkenalan, maka saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.

Tolong doakan saya juga. Moga selamat pergi dan balik. Selamat menunaikan ibadah dengan kesihatan yang baik.

Mudah-mudahan hadiah umrah ini adalah yang mampu mempengaruhi kehidupan saya di masa akan datang.

Memandangkan hari raya kedua baru saya  berangkat pulang dari sana dan ini sebagai entry terakhir sebelum saya ke Tanah Suci, maka saya ingin mengambil peluang juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


“ Uhibbukumfillah. “


Sekian,
Terima kasih.
Pelaut Rabbani.
Sehari sebelum ke Umrah.





Wednesday, July 25, 2012

8
Komen
~ Ramadhan di Jordan ~


Yakinlah bulan yang mulia ini adlh bonus buat kita. :)


Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari yang ke-enam saya berpuasa di Bumi Jordan. Satu pengalaman yang sangat berharga buat diri ini. Sayu rasa hati, terharu rasa di jiwa dengan pemilihan Allah ke atas diri ini.

Kadang-kadang saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Teringat juga zaman remaja di sekolah menengah. Rata-rata yang saya jumpa ustaz-ustaz mahupun abang-abang yang menyambung pengajian di Timur Tengah selalu menceritakan perihal Ramadhan di tempat mereka..

Tidak kira di Mesir, Madinah, Mekah, Syria apatah lagi di tempat saya sekarang iaitu Jordan. Menyebabkan sebelum saya tiba di bumi Jordan lagi, saya sudah menyimpan impian untuk melihat bagaimana tetamu mulia ini disambut oleh orang Arab.

Nyata, pengharapan saya tidak sia-sia. Bahkan, cerita-cerita yang mereka sampaikan dahulu, benar-benar belaka. Tersenyum sendiri. Mengangguk dan mengiakan segalanya.

Dan apa yang diceritakan tatkala saya masih di bangku sekolah dahulu, sekarang saya sudah laluinya. Series teruja

Satu perkara yang saya suka buat apabila tiba di negara orang adalah memerhati. Rasanya semua orang begitu.

Kesannya, kita akan banyak belajar budaya hidup mereka terutama tentang bagaimana cara mereka menyambut Ramadhan yang sedang kita bicarakan sekarang.

Sungguh, orang Arab kebanyakannya memang memandang tinggi terhadap bulan yang mulia ini. Sambutan mereka terhadap bulan Ramadhan nyata mewujudkan suasana yang soleh.

Solat di tepi jalan itu biasa. Quran dibaca di mana-mana itu biasa. Biji tasbih sentiasa bermain di tangan itu biasa. Saling doa - mendoakan antara satu sama lain juga biasa. Dan Malaysia, masih jauh juga budaya ini di negara kita.

InsyaAllah, kalau Allah izin.. nanti saya akan buat satu Vlog berkenaan perbezaan ini. Nantikan !

Jangan salah sangka, suasana yang tidak soleh itu tetap ada.  Tinggal, segelintir cuma.


Qawiem Khairi | Semangat bergambar sebelum berbuka puasa. Haha. ^_^

Tadi saya ada berborak dengan seorang kawan dalam bilik kuliyah. Umurnya sebaya. Orangnya sentiasa menjaga penampilan. Tetapi sayang, kerap merokok.

“Kau puasa hari ini ?” Dia memulakan perbualan.

“InsyaAllah. Setiap hari dalam bulan ramadhan aku puasa.” Saya membalas.

“Bagus-bagus.”


“Kau tak merokok hari ni?” Giliran saya pula mengajukan soalan.

“Aku merokok lepas maghrib.”

“Kak rasa merokok tu baik untuk kesihatan tak?” Saja nak test soalan panas.

“Tak.” Dia menggeleng.

“Jadi, kenapa kau merokok? Kalau dah tahu bahaya untuk kesihatan. Aku dulu merokok juga waktu kecil sebab masa tu tak tahu apa-apa. Tapi aku merokok guna kertas.”

Panjang saya membalas. Walaupun saya cakap tak berapa lancar. Biasalah, cakap dalam bahasa Arab kot. Tapi dia faham kira oklah. Haha.

“Aku merokok sebab ketagih.” Jawapannya pendek. Terus saya terfikir sesuatu.

Saya setuju bila dia kata dia ketagih. Sebab banyak orang arab yang seusia dengan saya di Jordan lazimnya merokok. Tapi, hebatnya bulan Ramdhan sebagai bulan mulia.. mampu menyekat kemahuan perokok-perokok tegar untuk beraksi di siang hari.

Series sekarang bila saya pergi universiti sudah tidak bau asap rokok.

Kesannya, muncullah status-status di FB dari pelajar Malaysia yang belajar di Jordan dengan mengatakan bahawa udara di universiti lebih sihat berbanding sebelum datangnya Ramadhan.

Dan satu benda yang menarik, saya lihat di Jordan mereka menyambut kedatangan Ramadhan macam kita sambut Hari Raya. Jadi, tak pelik bila orang arab memasang lampu kelip-kelip di halaman rumah dan balkoni bermula awal Ramadhan.

Ya Allah, harmoninya Ramadhan kalau begitulah sambutannya di Malaysia. Tapi, saya sentiasa yakin dan percaya, usaha-usaha untuk mengharmoni dan menyuburkan hari-hari dalam bulan Ramadhan di negara kita tetap juga ada. Setuju ? Itu yang kita puji.

Hmm.. InsyaAllah, mungkin sampai di sini sahaja coretannya. Masih ada banyak lagi cerita perihal Ramadhan di Bumi Jordan. Nanti saya sambung di next episod. Kalau ada segala persoalan, boleh tinggal di ruang komentar.

Saya akan masukkan sekali jawapannya di next episod.

“ Entah kenapa dua tiga hari ni asyik teringat Char Koteaw. Haha.. berat nanang. “

Chekitdout  !


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



Tuesday, May 29, 2012

12
Komen
~ Sihat Berkuasa Tinggi ~

Bergambar dulu sebelum main. Ala-ala pemain lagend gitu. Haha.


Baru selesai main futsal. Rasa sengal-sengal habis satu badan. Agak ketakutan juga sebab merasakan diri masih muda, tapi lenguh-lenguh badan menampakkan diri ini macam dah mencecah umur 50-an.

Waktu tengah main futsal tadi, saya terfikir satu perkara.

Dan satu perkara yang dimaksudkan itu bukanlah satu benda yang besar.. simple je pun. Tapi ramai orang tidak perasan sebab menganggapnya remeh.

Bila kita bermain di satu-satu tempat, kita akan jumpa ramainya manusia yang punya skill tersendiri dalam bermain. Khususnya bola lah.

Macam saya main tadi pun, fulamak skill member-member. Macam-macam. Bola pusing ke depanlah, pusing ke belakanglah.

Ada yang sepak lajulah. Ada yang sepak masuk gol sendirilah. Ada yang pandai mengeleceklah. Memang power habis. Rasa kerdil diri ini bila bermain dengan mereka.

Cuma satu perkara yang saya terfikir disebaliknya ialah, dari mana datangnya kehebatan member-member saya ini?

Rata-rata manusia tidak pernah sedar ketika mereka bermain. Saat mereka dipandang takjub oleh mata-mata sekeliling dengan kehebatan mereka bermain bola, mengawal bola dan menyepak bola… ada satu kuasa veto yang mengiringi kehebatan itu sebenarnya.

Yakni ‘Kesihatan Berkuasa Tinggi’.

Kita akan jatuh bila kita hilang kuasa ini. Kita akan jadi penonton sahaja bahkan hanya mampu menjadi tukang tengok bila mana kuasa ini lenyap dalam diri kita.

Perhatikanlah. Kesihatan yang baik adalah kuasa momentum yang menggerakkan segala-galanya.

Bila mana kuasa ini kuat dalam diri, maka kita akan bangga dan berpuas hati dengan kebolehan kita beraksi di atas padang. Malah bukan setakat kita, tapi yang melihat juga turut rasa teruja.

Berapa ramai orang di dunia ini diangkat menjadi role model, dianggap hero dalam arena sukan, terkenal dengan nama lagend dan sebagainya.

Tetapi apabila datangnya hari tua, dimanakah skill-skill mereka yang para peminat agung-agungkan? Dimanakah kemahiran mereka yang para pengikut sanjung-sanjungkan?

Semuanya hilang.

Dan mereka tidak lebih dan tidak kurang hanya akan bercerita mengenai zaman-zaman kebangkitan mereka di waktu muda. Sebab ketika itu, kuasa ‘kesihatan’ tadi sudah semakin hilang dimamah usia..

Jadi, ayuh kita kembali semula kepada tujuan penulisan ini.

Sejauh mana pun hebatnya kita di atas padang, atau di kolam renang, atau tempat –tempat sukan yang lain, sekiranya tidak ada langsung rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah dengan pemberian kesihatan yang ini, sungguh kita telah meletakkan diri kita di atas jalan-jalan kesombongan. Itu sahaja.


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.




Tuesday, April 3, 2012

16
Komen
~ Cerita biasa : Oh Dompetku ~

Bukan mahu bangga, tapi mahu cerita.


Allah masih memberi kepada kita semua satu peluang. Satu ruang untuk kita terus-menerus bangkit meningkatkan diri. Agar menjadi lebih berkualiti dari hari yang sebelumnya. Yang bernama insan itu pasti tahu bahawa kita adalah hamba yang lemah. Adakala kita diuji dan dikeji. Adakala kita dipuji dan dihormati. Dan yang pasti, hakikat kepada dua perkara ini adalah datang daripada Ilahi.

Memilih untuk mengemudi pelayaran ini agar menjadi lebih santai dan ringan, maka saya tampilkan satu cerita dalam hidup saya. Bukan cerita yang luar biasa mana pun, tetapi kerana ia benar-benar memberi kesan kepada diri, suka untuk saya layangkan juga jalan ceritanya di sini.

Makin lama, saya makin percaya. Kadang-kadang dengan ujian itu memang benar Allah mahu kita dekat denganNya. Makin lama juga saya makin yakin. Kadang-kadang dengan kemewahan dan kesenangan itu, kita mudah untuk menjauh dan melupa kepadaNya.

Biasanya banyak yang begitu. Dan ramai yang mudah tertipu dan buat-buat tak tahu. Bahawa Tuhan yang kita minta ketika dilanda ujian, dan yang sentiasa memerhati gerak-geri kita ketika dilanda kesenangan adalah Tuhan yang satu.

Baru-baru ini, dompet saya hilang. Entah tercicir dalam bas katanya. Saat saya sedar dompet itu sudah tiada, hati terus diselubungi rasa gementar dan bersalah. Gementar dengan masalah-masalah yang bakal saya hadapi. Bersalah untuk mengkhabarkan berita ini pada family.

Berada di negara orang tambah-tambah di Jordan, punya seribu satu macam perangai jenis manusia puak Arab. Bukan menghina, tetapi saya mula jumpa satu-persatu jenisnya. Ada yang otak gila-gila. Ada yang perangai macam budak-budak. Ada yang kira nak mengutuk penduduk asing tak berhenti. Macam-macam.

Yang baik macam malaikat pun ada. Itu tidak dinafikan. Tapi, nak cari yang macam tu pun perlu banyak berjaga-jaga. Sebab pesanan dari para senior, rata-rata yang macam tu selalunya banyak nak ambil kesempatan. Argh!

Maka, menjadi satu kerisauan buat saya. Andaikata dompet tersebut jatuh ke tangan manusia yang baik, tak mustahil saya akan dapat kembali duitnya. Jika sebaliknya, akan risau dan gelisahlah kedua ibu bapa saya. Sedih.

Saya secara peribadi risau bukan kerana takut hilangnya duit dalam dompet tersebut, sebab duit dalam tu pun sikit. Tapi risau kerana adanya kad bank yang boleh menampung kos sara hidup selama enam bulan lebih. Ada juga visa pelajar selama setahun saya di negara orang.

Satu perkara pelik yang berlaku pada diri. Kerisauan saya bukanlah kerisauan yang menggila. Perlu heboh pada semua orang akan perkara ini. Hatta pada ibu ayah di Malaysia pun, belum saya khabarkan.
Sedangkan, sudah hampir tiga hari dompet tersebut hilang. Sebenarnya takut nak bagitau. Hihihi.

Sepanjang tiga hari itu, sebelum tidur saya hanya memikir masalah yang bakal saya hadapi. Itu ini, itu ini, itu ini. Dan last sekali hati akan menjawab, bukankah Allah sahaja yang tahu dimana dompet itu hilang?

Jadi, minta dan berdoalah kepada Allah. Selepas itu, barulah saya tidur.

Setiap kali telefon berdering, terus saya angkat. Dengan harapan ada yang sudi membawa khabar gembira. Dan setiap kali itulah, usaha saya hanya sia-sia. Nak kata sia-sia tu tak juga, sebab ada yang call untuk ajak makan. Hehe.

Petua-petua yang dipesan oleh puan emak juga diulang tayang dan diamalkan. Bersungguh-sungguh. Agar Allah mengembalikan dompet tersebut.

Hinggalah pada satu petang, seorang sahabat yang saya tidak kenal menghubungi. Bertanyakan perihal ini. Katanya dompet tersebut ada pada seorang pakcik arab merangkap pemandu bas seumur hidup. Mungkin jumpa dalam bas gamaknya. Sebab tiga hari lepas ada saya naik bas pergi ke Mafraq. Tempat yang dalamnya terdapat University of Ali-Bayt.

Ya Allah, nak mengalir air mata rasanya bila dengar berita tersebut. Terus buat sujug syukur. Terharu dengan doa selama ini, Allah perkenankan.

Kini, dengan izinNya… dompet yang biasa mampu mendekatkan saya dengan Allah. Bunyi macam poyo kan? Tapi, percayalah… kepuasannya akan kita rasai setelah kita benar-benar menjumpai kepuasannya. Percalah!

Sebagai penutup kepada jalan cerita ini, suka untuk saya beriitahu pembaca semua satu rahsia. Tempoh hari, lebih kurang setahun yang lalu… saya ditimpa kemalangan ngeri. Adalah berlaku sikit-sikit kecacatan pada diri.

Peristiwa itu, senang kata langsung  tak disangka-sangka banyak mempengaruhi hidup saya yang sekarang rupanya. Badan jadi gemuk tu biasalah. Sebab makan tidur-makan tidur je waktu sakit.

Tapi, benda lain yang saya dapat, saya tidak banyak gelabah dan mudah kawal diri apabila ditimpa ujian.

Bahkan dengan sendirinya saya tahu, bahawa Allah mahu tegur saya. Sebab Allah sayang saya. Allah juga sayang kita semua. Amin.

“Terima kasih Allah atas segala-galanya. Jalan cerita ini banyak mengajar diriku Ya Allah.”   

Itu sahaja. Jazakallah kepada semua yang sudi baca kisah ini. Jazakallah juga buat ahli rumah yang ada ambil berat.

Kepada yang diuji, teruslah berdoa dan meminta kepada Allah. Berusaha dan berusaha untuk keluar daripada ujian tersebut. Kepada yang tidak diuji, sebenarnya itulah ujian anda. Moga terus sabar dan tidak lupa diri.

“Sapa-sapa nak saya belanja, PM ok?”  ^^

Sekian,
Salam mahabbah.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


Tuesday, March 13, 2012

4
Komen
~ Dibakar Kelemahan Dahulu ~

Kebakaran itu meninggalkan kesan yang mendalam.

Sudah besar rupanya saya ini. Bila difikirkan kembali, umur saya hari ini hampir mencecah dua puluh tahun. Ini beerti saya akan meninnggalkan zaman belasan tahun.

Zaman saya berbaju sekolah. Zaman saya banyak tahu tentang kehidupan. Zaman saya belajar menghormati guru-guru. Zaman saya berusaha menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Zaman saya bercita-cita untuk menjadi seorang ketua kepada ketua. Zaman saya berjumpa dengan ramai orang. Zaman saya mencipta dan membuka satu demi satu bakat yang Allah anugerahkan.

Ya, itulah zaman belasan tahun saya. Banyak benda saya belajar pada zaman itu.

Tetapi akhirnya, Allah Maha Tahu. Zaman itu bakal pergi meninggalkan saya tidak lama lagi. Sebagai seorang manusia yang pernah melalui zaman sekolah rendah, saya sangat-sangat berbangga dengan apa yang saya dapat pada sekolah menengah.

Sebab apa? Di situlah telah berlakunya satu perubahan yang besar pada diri ini. Kadang-kadang, terlahir perasaan sedih yang amat sangat. Apabila saya mengingati kembali zaman sekolah rendah.

Dimarah guru, dirotan, disisihkan, dipulau, diejek itu ini, dibiar sepi bagaikan tidak ada nilai. Semua itu saya pernah rasai. Semua itu saya pernah alami. Dan semua itu saya pernah lalui. Hinggakan pernah terdetik dalam hati sanubari untuk menghilangkan diri jauh-jauh dari bumi ini.

Memang benar, kenakalan itu adalah puncanya. Kedegilan itu adalah jawapannya. Kebuasan itu adalah titik mulanya.

Dan kerana itu, saya seakan tahu bahawa wujudnya setengah guru yang pantang dilihat. Asal jumpa, mesti ada benda yang tak kena.

Itulah zaman sekolah rendah saya. Yang pastinya berbeza dengan zaman sekolah menengah.
Saya punya seorang kawan. Orangnya hebat ketika mana saya kenalnya dahulu di sekolah rendah.

Antara orang harapan guru-guru di sekolah itu. Dia seorang pengawas. Dia seorang scorer dalam peperiksaan. Dia seorang yang aktif dalam sukan. Dia seorang pelajar yang pernah mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah.

Orangnya tidaklah terlalu tinggi. Tidaklah terlalu berisi. Sedang-sedang macam saya juga. Namun, kerana kepimpinan yang dia ada,dengan kemahiran yang dia ada, dengan kepandaian dan kerajinan yang dia ada, dengan bakat dan kebolehan yang dia ada, maka tersangat-sangat susah untuk saya berdiri sama tinggi dengannya.

Saya merasai itu ketika umur bergelar kanak-kanak. Antara kami berdua bagaikan wujudnya jurang yang sangat besar. Sedangkan, umurnya sama dengan umur saya. Sekolah kami juga sama tidak pula berbeza. Apatah kelas yang dia duduki, itulah kelas saya.

Ternyata, Allah adalah sebaik-baik penyusun. Maka, yang membezakan kami adalah dia pelajar yang selalu dipuji guru. Saya tidak bahkan seballiknya. Dia pelajar yang selalu mendapat anugerah kecermelangan. Saya tidak bahkan sebaliknya. Dia adalah pelajar yang punya kuasa di sekolah. Saya tidak bahkan sebaliknya.

Sungguh, wujud rasa dijiwa bahawa dia adalah manusia yang membuatkan saya tersangat-sangat cemburu. Teringin sangat untuk menjadi sepertinya. Tetapi yang sedih, saya tidak tahu di mana perlu saya cari kekuatan untuk menjadi sepertinya.

Di mana perlu saya mula untuk menjadi sepertinya?

 Saya tidak tahu. Akhirnya, berkampunglah saya keseorangan tanpa wujudnya manusia-manusia yang mampu merungkaikan semangat itu. Mampu membimbing keazaman itu. Mampu menggilap kehendak perubahan itu.

Hinggalah saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah yang banyak mendidik dan mengetuk pintu jiwa. Sebuah sekolah yang punya manusia-manusia luar biasa. Dan yang luar biasa itulah guru-guru yang sentiasa membetulkan cara kehidupan saya. Dan yang luar biasa ituiah senior-senior yang banyak menunjukkan cohtoh yang baik kepada saya.

Benar, kehadiran mereka  antara punca saya ingin menjadi manusia yang dilayan seperti manusia. Dengan kehadiran merekalah, saya ingin menjadi insan yang dikasihi dan disayangi seperti seorang insan. Bukan seperti makhluk ganjil yang turun dari bulan.

Kerana itulah, saya suka untuk menegaskan bahawa zaman belasan tahun saya adalah bermula di sekolah menengah. Tidak di sekolah rendah. Walapun hakikatnya, umur sebelah tahun itu adalah di darjah lima.

Kini saya adalah saya yang dahulu. Cukuplah manusia kalau dahulu kamu lihat saya hina, hari ini saya datang dengan nama yang sama. Kalau dahulu kamu lihat saya simpati, hari ini saya lihat kamu bagaikan mentari. Dan kerana kamu, saya adalah saya hari ini.

Sekian,
Seorang manusia biasa yang bercita-cita untuk bahagia selama-lamanya.


Sunday, March 4, 2012

11
Komen
~ Warkah Cinta Buat Bonda ~

"Mama, I just want you to know I really love U." ~ Qawiem Khairi

Hari ini adalah hari yang membahagiakan dalam kehidupan saya. Siapa sangka, dengan adanya hari ini, maka adalah saya. Membesar dengan penuh kasih sayang. Dibelai dengan rasa kasih dan cinta. Diangkat menjadi seorang anak yang dilayan baik oleh ibu dan ayah. Inilah hari yang banyak memberi kesan dalam hidup saya.

Saya sentiasa yakin dan percaya bahawa kita semua mempunyai hari yang kita suka. Mempunyai tarikh yang kita cinta. Ada orang mengingati tarikh-tarikh sekian kerana pada tarikh itu adalah tarikh kelahirannya.

Ada orang lain pula mengingati tarikh-tarikh sekian kerana pada tarikh tersebut adalah tarikh kelahiran orang yang dicintai dan mencintainya. Ada satu pihak lagi mengingati tarikh-tarikh sekian kerana pada tarikh tersebut adalah tarikh perkahwinannya.

Hatta kadang-kadang, tarikh-tarikh tersebut diingati kerana berlakunya satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Mungkin berlakunya bala bencana. Mungkin berlakunya kesusahan. Mungkin juga berlakunya kematian dalam tarikh tersebut. Membuatkan kita yang bernama manusia biasa ini akan sentiasa terkenang pada tarikh-tarikh keramat tersebut.

Begitu juga saya. Dan saya juga seperti anda. Pasti akan terkenang pada tarikh-tarikh keramat itu. Yang banyak memberi pengajaran. Yang banyak menyentuh jiwa. Yang banyak membuatkan kita rasa dunia ini adalah tempat persinggahan semata-mata.  

Post kali ini, suka untuk bercerita tentang ibu kandung saya. Kerana pada hari ini adalah tarikh keramat buat ibu saya yang tercinta.


Cerita saya dan Bonda

Teringat pada mula-mula mendapat lesen memandu dahulu.

Bonda selalu berpesan kepada saya agar berhati-hati memandu. Tidak henti-henti. Tidak cukup hanya sekadar berpesan, hingga kadang-kadang menghalang saya memandu kereta.

Saya. Walaupun seorang anak, rasa tertanya-tanya kenapa tidak dibenarkan membawa kereta. Sedangkan mempunyai lesen. Sedangkan bukanlah memandu kereta dengan laju pun. Berhati-hati. Walaupun kadang-kadang laju juga. Hihi.

“Kenapa emak tak bagi Qawim bawa kereta? Qawim kan ada lesen. Mak janganlah risau.” Jiwa muda memberontak ketika itu. Bukan kerana dihalang, tetapi dipandang rendah. Itu tanggapan hati kecil.

“Mak tetap kena risau. Cuba tengok kawan Qawim yang eksiden baru-baru ni, mereka juga ada lesen kan? Tapi kenapa eksiden?” Balas bonda sederhana.

Tersentap. Ya, mereka juga ada lesen, tapi Allah menguji mereka dengan eksiden jalan raya. Otak saya seakan mengiakan apa yang dikatakan bonda. Tetapi kerana terlalu ghairah untuk memandu kereta, maka saya mencari jawapan balas agar bonda tetap melepaskan.

“Kalau macam tu rugilah duit emak. Penat-penat Qawim amik lesen, tapi tak boleh bawak kereta.” Senyum ke arah bonda. Berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Bonda tenang. Lalu membalas. 

“Emak bukan tak bagi, tapi Qawim kena berhati-hati bila pandu kereta. Kena sentiasa beringat. Takut-takut jadi apa-apa nanti, mak ngan ayah juga yang risau.” Bersungguh bonda meluahkan.

Saya berlonjak keriangan. Itulah lampu hijau yang ditunjukkan bonda. Tetapi kerana tidak berfikir jauh akan maksud bonda, saya tidak nampak akan pengajaran dari kata-kata itu. Yang nampak adalah kebenaran untuk memandu. Itu sahaja.

Akhirnya keriangan itu tidak lama. Apabila apa yang dirisaukan bonda itu benar-benar terjadi kepada saya. Kemalangan jalan raya. Saya hanya mampu menginsafi kata-kata beliau. Sungguh, risau seorang ibu adalah risau yang istimewa. Sebagai seorang anak, kita wajib mengambil berat akannya.


Kembali seperti zaman kanak-kanak

Ya. Peristiwa kemalangan jalan raya. Saat kereta dari arah bertentangan terbang berlawanan jalan lalu menghempap ke atas kereta yang dipandu. Mula pada itu, hidup saya berulang tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang dahagakan belaian kasih sayang.

Mengalami kecederaan yang tidaklah terlalu serius. Patah sebelah kaki. Hampir pecah kedua-dua lutut. Berlaku sedikit kecacatan kekal sampai hari ini. Membuatkan sampai sekarang kenangan itu tidak akan mudah untuk saya lupakan.

Apa yang saya lihat, masa itu bonda adalah salah seorang manusia yang sangat-sangat risaukan. Terlantar di atas katil hospital seperti manusia yang diikat kaki dan tangan. Tidak lain dan tidak bukan, saya terpaksa dijaga seperti kanak-kanak yang tidak punya kekuatan dan keberanian.

Maka hadirlah bonda yang saya cinta. Sentiasa memberikan kata-kata semangat. Sentiasa mengingatkan kembali hikmah yang Allah ingin berikan. Hingga apa yang saya rasakan, bertuahnya mempunyai seorang ibu yang baik seperti bonda.

Sebaliknya, bonda tidak pernah untuk mengungkit pesanan-pesanannya yang telah lalu. Saya sedar bahawa apa yang dipesan bonda dahulu adalah benar-benar belaka. Tinggal saya yang tidak mempedulikan pesanan itu. Saya sayang bonda.

Kadang-kadang saya menangis seorang diri. Terfikir bagaimana nasib seorang anak yang tidak mempunyai ibu. Sekalipun ada ibu, sejauh mana ibu itu melayan anaknya? Adakah sekadar memberi makan minum? Adakah sekadar mencurahkan pendidikan dunia? Adakah sekadar memenuhi kehidupan anak seperti kehidupan anak-anak yang lain?

Tetapi saya? Boleh kata sempurna didikan bonda. Sentiasa meluangkan masa mendengar cerita. Sentiasa memenuhi kehendak saya untuk masak makanan kegemaran. Sentiasa memberikan pendidikan yang terbaik untuk saya belajar dan terus belajar. Bahkan jika saya salah, bonda adalah manusia yang akan membetulkan kesalahan.

Terima kasih bonda.


Hari ini adalah hari kelahiran Bonda Tercinta

Satu susuk tubuh yang tidak terlalu tinggi. Tidak pula terlalu rendah. Orangnya biasa-biasa. Tidak selalu kehadapan dan tidak pula terlalu ke belakang. Mudah mesra dan ceria orangnya. Itulah bonda.

Sepanjang umur saya, bonda adalah manusia yang saya cinta. Tidak ada alasan yang perlu saya berikan untuk menyangkal bahawa ibu saya adalah perempuan yang terbaik yang pernah saya jumpa.

Bonda terbaik bukan kerana ibu orang lain tidak baik. Tetapi kerana saya belum mengenal perempuan-perempuan yang saya jumpa selama ini secara mendekat. Itu sahaja. Jangan salah sangka ya.

“Bersempena dengan hari ini, hari lahir mak… Qawim mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada emak. Qawim doakan moga Allah memberi kekuatan kepada emak dan ayah di Malaysia. Moga Allah menyayangi emak dan ayah seperti mana emak dan ayah menyayangi kami anak-anak.

Ya Allah, ringankanlah beban ibuku dari segala kesulitan untuk mendidikku. Tabahkanlah jiwanya dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Tenangkanlah hatinya dalam menyelesaikan masalah yang Engkau datangkan kepada ibuku.

Ya Allah ya Tuhanku, sungguh aku sangat sayang kepada satu-satunya ibu kandungku ini. Peliharalah ibuku dari dosa dan maksiat kepadaMu. Tetapkanlah ibu dan ayahku di syurgaMu yang kekal nan abadi nanti.

Aku berdoa kepadaMu, janganlah disebabkan kesalahan dan kesilapan kami anak-anak… menyebabkan kedua ibu bapaku tidak bisa masuk ke syurgaMu. Amin ya Rab.”

Buat pembaca sekalian, tolong doakan untuk ibu saya juga ya. Mudah-mudahan doa yang sama juga untuk anda.


Akhir : Emak, Qawim minta maaf

Kepada emak, Qawim minta maaf atas segala kekurangan juga kesalahan yang telah Qawim lakukan. Pasti, Qawim akan sentiasa merindui emak dan ayah di sana.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada emak dan ayah yang banyak berkorban dan bersusah payah demi kebahagiaan dan keselesaan kami anak-anak. Bermula dari Qawim kecil sehinggalah Qawim pada hari ini.

Sungguh, hari ini terasa sepeti ingin memeluk emak dan ayah. Sedih dan sayu. Jaga diri.

Qawim di sini juga akan jaga diri. Dan akan sentiasa ingat pesanan mak dan ayah.

Sekian,
Dari seorang anak.
Qawiem Khairi.
Warkah cinta buat bondaku tercinta.



Tuesday, January 24, 2012

12
Komen
~ Saat Salji Turun ~

Qawiem Khairi | Setelah lama menanti dan berharap, hari ini Allah pertemukan jua. Alhamdulillah.


Aku menggumpal ais bulat-bulat. Ditekan biar kejap. Agar terbangnya mampu pergi jauh. Ais yang sebesar bola hoki itu terus ku longtarkan ke angkasa. Saat ia jatuh menjunam, kelihatan seorang pemuda berkaca mata turut serta melakukan hal yang sama sepertiku. Lalu, dia bergerak untuk membaling sekuat hati gumpalan aisnya ke arah langit jua. Sasarannya adalah aku. Pasti.

Namun, belum pun sempat aisnya bertukar tangan, senjataku yang masih di udara terus meluncur laju tanpa disedarinya.

Bush! Sasaran tepat! Strike!

Aku tergelak seorang diri. Tetapi gelak tawaku tidak lama, bertubi-tubi serangan balas dia dan kawan-kawan sekeliling menghujani tubuhku. Aku hanya mampu berlari. Cuba mengelak dari terkena gumpalan ais mereka.

Begitulah sedikit sebanyak keadaan kami apabila pertama kali menjejak kaki di Ajloun. Aku berbicara seorang diri, akan nikmat yang telah diberikan. Aku punya kaki dan sudah ke merata tempat aku jejaki. Sebaliknya hari ini, Allah membenar aku dan kawan-kawan yang lain sampai di satu tempat yang belum pernah kami tahu akan kewujudannya.

Bilamana menjejak di Jordan pada awal semester dahulu, bual-bicara senior-senior sebagai orang lama di sini mengatakan bahawa di Ajloun adalah salah satu tempat yang akan turun salji apabila tibanya musim sejuk. Dan dengan izinNya, hari ini aku melihat akan kebenarannya. Hari ini aku merasai akan segala-galanya.


Peta Ajloun. Perjalanan dari Amman (ibu negara Jordan) menuju ke Ajloun.

Ajloun. Sedikit tentangnya. Sebuah tempat yang menjanjikan pemandangan yang indah dan memukau buat para pengunjung. Di sini, pengunjung boleh melihat istana kawalan, contoh terbaik seni bina ketenteraan Islam di samping kewujudan terowong, tangga dan dewan-dewan untuk diterokai.


Kenapa di Ajloun turun salji? Persoalan ini terbongkar apabila saya dapat tahu bahawa Ajloun merupakan bukit hutan pine yang tertinggi di utara Jordan. Dan untuk pengetahuan semua, 32km dari utaranya terletak Bandar Irbid – tempat tinggal saya di Jordan yang dikenali dalam catatan sejarah sebagai Arbilla. 



Kami bertolak ke Ajloun sekitar pukul sembilan pagi. Seramai sepuluh orang. Meredah bayu sejuk dan segar tanpa mempedulikan rayuan nafsu tidur yang kepenatan. Biasalah, bangun pagi sekitar suhu 4 darjah celcius. Masakan tidak menggigil badan ini dibuatnya.


Setelah penat bermain. Rehat sebentar untuk sesi bergambar. 


Muhammad. Siap sedia untuk menyerang kembali. Lihat kepada rambut, sudah tahu beliau orang yang bersemangat. Jangan salah sangka ya. Itu bukan rambut, tetapi benang yang seakan rambut. ^^

Sedang membayangkan 'ais kacang' dan 'cendol pulut' di Malaysia. Tidak sangka, saya jumpa keturunan mereka di sini. ^^ 


Mukhlis. Bersama pokok pilihan hatinya. Juga merupakan ketua untuk expedisi kali ini. Kelihatan gambar ini begitu cantik. Kalau nak tahu, sayalah yang snap. =P


Uzair. Umurnya sama dengan umur saya, tetapi dia sudah tahun kedua. Dahulu, ketika saya di Malaysia, saya selalu menjengah ke facebooknya. Melihat gambar-gambar dia menjelajah bumi Jordan. Kini, saya berdiri bersebelah dengannya. Alhamdulillah.


Dua orang sahabat. Akhi Qawiem. Berbaju merah. Satu-satunya manusia yang sama namanya dengan saya. Tapi ternyata dia lebih hebat lagi dari saya. Bersama akhi Afdholul Rahman. Penulis Langit Ilahi dalam ruangan Himmah. ^^


Qawiem Khairi | Cuba untuk berenang tetapi tidak bergerak. =P


Zarrin. Yang mesra dan ceria. Senang hati apabila bersama dengannya. Sempat berkenalan ringkas dalam kereta tadi. Anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Status, masih bujang. ^^


Sebelum itu, silalah tonton video di bawah. Sebuah bingkisan dari saya di bumi Ajloun Jordan.
Kerana ketidak puas hatian kawan-kawan yang lain akibat diserang oleh saya, mereka mengambil kesempatan ketika saya buat video ini untuk menyerang kembali. Haha. Ok. Selamat menonton!




Sebagai kesimpulan untuk artikel kali ini, saya ingin mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah, atas kesempatan peluang dan ruang diri ini menjejakkan kaki di bumi salji. Telah menjadi impian saya dari kecil, untuk melihat bagaimana keadaan negara yang mengalami musim sejuk, menyambut kehadiran salji.

Hari ini, semua itu sudah saya lihat. Jika di Malaysia, kita ada musim panas diselang seli-seli dengan musim hujan, tetapi tidak di Jordan. Berlakunya empat musim dan yang paling ketara adalah musim panas dan musim sejuk.

Buat anda dan anda yang masih belum berpeluang untuk bermain salji, saya ucapkan selamat datang ke
Jordan. Penuhi citarasa anda untuk bermain gumpalan-gumpalan ais dan membina snowman.

Sepertimana yang telah saya kata dalam tayangan ringkas di atas, terima kasih sekali lagi buat semua para pelawat Lautan Rabbani di atas kesudian anda semua yang sudi singgah di sini. Moga Allah merahmati dan mengeratkan hubungan kita antara satu sama lain.

Buat yang baru pertama kali singgah di sini, sambutlah salam perkenalan dari saya.

Mungkin itu sahaja, sebagai luahan rasa hati dan perkongsian cerita, walaupun di Jordan, saljinya tidaklah seperti negara-negara yang lain, yang memang lebat ia turun, tetapi pada saya sudah cukup untuk berterima kasih kepada Allah. Alhamdulillah.

Sekian,
Salam Mahabbah.

P/s : Mohon pada semua untuk menembak doa kepada ibu bapa saya di kampung. Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mereka. Tolong aminkan ya. Terima kasih.


Sunday, January 22, 2012

5
Komen
~ Teringatkan Ayah ~

Mendewasakan diri untuk menjadi seorang 'ayah' seperti ayah.


Ku mengintai ke luar jendela. Melihat cuaca pada hari ini mendung. Titisan hujan mencurah-curah dari langit. Jalan-jalan raya di hadapan rumahku dibasahi. Sekali-sekala beberapa buah kereta berderu laju di atasnya. Air memercik. Sejuk.

Aku. Masih di sini. Melihat dan terus melihat. Berfikir tentang bukan apa yang aku lihat. Tetapi berfikir akan sejarah lalu yang kembali ku ingat. Saat bersama dengan keluarga yang tercinta. Menjalani detik-detik bahagia, ceria dan mesra bersama mereka.

Wajah ayah datang. Membuatkan segala pesan ayah terus terngiang-ngiang di fikiranku. Aku akur. Percaya akan segala nasihat itu mempunyai maksud yang mendalam. Yang bukan untuk melihat masa depan aku menemui kegagalan. Tetapi sebuah kejayaan yang sebenar. Yang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Aku teringat semua itu.

Sewaktu aku kecil, aku selalu dimarahi ayah. Kenapa tidak abang? Kenapa tidak adik? Dan kenapa aku? Hinggakan aku pernah berasa bahawa akulah anak yang malang dalam keluarga. Rasa bagaikan mahu lari dari rumah. Mahu ditinggal segala kesusahan dan musibah ini untuk pergi mencari kebebasan.

Sewaktu aku kecil, aku rasa bagaikan akulah punca segala-galanya. Kerana sikapku yang buas, aku tidak mampu mmbahagiakan guru-guru. Kerana sikapku yang tidak pernah memperdulikan perasaan guru, pelajaranku hanya berpusing di sekitar pelajar tercorot.

Kerana sikapku yang tidak mementingkan pelajaran, aku hanya mampu berbangga dengan keputusan kawan.

“Ayah! Azim tu, waktu periksa pertengahan tahun dia dapat nombor satu, waktu akhir tahun pun dia dapat nombor  satu.” Aku tersenyum bangga. Kerana Azim itu kawan baik aku di sekolah rendah.

Ayah diam lama. Kemudian bersuara.

Buat apa bangga dengan keputusan kawan kalau keputusan sendiri tidak cemerlang? Sepatutnya kena tanya.. kenapa keputusan kita tidak sama dengan keputusan Azim?” Kata ayah. Bersederhana tinggi suaranya.

Aku terdiam. Dan ketika itu aku sedar. Bahawa hati ayah rawan dengan sikapku. Dengan keputusan yang kuperolehi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa selama ini, aku langsung tidak memperdulikan pelajaran. Itulah salah satu pesanan ayah ketika umurku hampir mencecah sepuluh tahun.

Dewasa kini, aku kembali mengimbau semua itu. Marah ayah. Rotan ayah. Puji ayah. Gurau ayah. Perihatin ayah. Tanggungjawab ayah. Semuanya bersebab. Semuanya mempunyai tujuan. Semestinya untuk kebaikan diriku jua.

Tinggal kadang-kadang, aku sahaja terasa bahawa ayah tidak menyayangiku. Namun, sebaliknya.. aku adalah harapan kepada ayah! Moga satu hari, diri ini mampu membahagiakan ayah.

*****

Seorang ayah yang baik adalah tersangat penting dalam institusi sebuah keluarga.

Tersangat mustahak untuk menentukan kejayaan sebuah keluarga pada masa hadapan.

Berapa banyak keluarga yang runtuh, akibat seorang ‘ayah’ yang tidak memainkan peranannya? Berapa banyak keluarga yang bercerai-berai, kerana seorang ‘ayah’ yang tidak mempedulikan kesejahteraan ahli pimpinannya? Berapa banyak institusi keluarga yang dibina roboh walaupun anak sudah besar? Dan berapa banyak… bla.. bla..

Lihatlah. Persoalan-persoalan ini terbit bagaikan ingin menyalahkan seorang ayah. Namun, pada hakikatnya perlu kita semua tahu bahawa yang sebenarnya, seorang ayah itu tersangat berat tugasnya.

Ramai anak muda ingin berkahwin. Tetapi ramai yang tidak sanggup menjadi seorang ayah.

Kerana apa? Sebab ingin menjadi seorang ayah bukan hanya pada sedap kata-kata, tetapi pada kesungguhan dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk membawa bahtera keluarga menuju keredhaan Allah.

 Aku teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabatku dalam blog beliau. Bagaimana seorang Datuk yang berjaya dan berkerjaya, mempunyai lima orang anak yang berkelulusan, tetapi apabila ditanya siapakah dalam kelima-lima anak tersebut yang mampu mendoakannya di alam kubur nanti, Datuk itu hanya mampu menunduk kesal. Tidak ada seorang pun rupanya yang mampu mendoakannya. Bukankah itu satu kerugian?

Mendidik anak untuk mendapat dunia, ramai yang mampu. Itupun setelah melalui pelbagai kesulitan dan masalah. Tetapi, yang mendidik anak untuk mendapatkan akhirat? Ramai yang tidak sanggup. Kerana takut dengan masa depan anak yang susah mendapat kerja dan sebagainya.

Oh ayah. Begitu susah dan sukar tugasmu. Moga Allah merahmatimu. Sungguh, hari ini aku teringatkan ayah. Teringatkan gelak tawa ayah. Teringatkan gurau canda ayah. Teringatkan keperihatinan ayah dalam mendidikku. Mengajar itu dan ini kepadaku.

Ayah. Maafkan diri ini. Yang banyak menyusahkan. Yang banyak merisaukan. Terasa ingin memeluk dirimu hari ini.

Sekian.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.






Wednesday, December 7, 2011

3
Komen
~ Ingin Jadi Jahat? ~

Teringat kisah dahulu di malam hari. Sementara menanti hari esok. ^^


Dalam kesejukan malam. Bertemankan bayu di tanah Arab. Yang menghembus lembut seluruh tubuh. Mendamaikan jiwa yang resah. Terasa tenang dibelai sedemikian. Yang akhirnya bisikan menutur perlahan. Tanda penghargaan buat Ar-Rahman. Alhamdulillah.

Sewaktu diri ini rancak berjalan kaki ke dewan kuliyah sebentar tadi, entah kenapa zaman kecil kenot kembali di ingatan. Zaman menganggap dunia adalah hiburan, merangkak laju bermain di fikiran. Zaman yang saya rasa, hidup ini tidak akan sempurna. Jika apa yang dilakukan itu tidak berakhir dengan keseronokan.

Bukanlah semua perkara yang saya lalui di zaman kanak-kanak dahulu datang semuanya. Maksud di sini, ulang tayang bagi beberapa kisah yang pernah saya lalui terasa diputarkan kembali ke alam dimensi ingatan.

Mengingatkan kisah-kisah dahulu membuatkan saya tersenyum dan bercakap seorang diri sepanjang perjalanan tadi. Tidak hairanlah kalau ada orang arab yang melihat pelik kepada saya. Tidak peliklah kalau ada orang arab yang tersenyum hairan kepada saya. Sebab itu adalah di luar kebiasaan manusia normal..

Sayu. Gembira. Sedih. Kecewa. Geram. Dan Bangga.

Adalah sebuah gelombang dan perasaan yang digaul serentak apabila mengingatkan cerita dahulu. Bila mengimbau saat disisih kawan-kawan, jiwa terus terasa kesayuan dan kesunyian. Bila mengimbau saat diri dianggap ketua oleh kawan-kawan, jiwa kembali berputik kebahagiaan.

Kemudian, teringat kembali zaman dimarah oleh guru, jiwa kembali kepada mendung kesedihan. Datang semula zaman diri menjadi rebutan rakan-rakan perempuan, maka tergelak seorang diri sewaktu melintas jalan. Haha.

Ya. Semua itu adalah cerita. Buat sang diri yang akan kekal sebagai nostalgia dan kenangan. Sebetulnya, anda juga begitukan? Ada sejarah sendiri. Ada kisah sendiri. Baik dari sudut perasaan mahupun lakaran kehidupan.


Dianggap Jahat Oleh Guru

Dalam hidup ini, saya tidak akan pernah melupakan satu kata-kata seorang teacher saya. Biarpun, mungkin padanya ayat itu sebagai kata-kata tanpa sengaja.. atau luahan seorang guru.. atau boleh juga dikatakan sebagai tindakan di luar kesedaran, tetapi kerana ayat itu benar-benar menusuk kalbu, maka saya terpaksa ingat walaupun tidak pinta.

Di ketika umur saya mencecah sebelas tahun, senang cerita darjah lima, alkisah masuklah saya di sebuah pusat tuisyen yang terkemuka di Bandaraya Kangar. Menjalani pembelajaraan sebagaimana kanak-kanak yang lain, tetapi mungkin disebabkan keaktifan yang melampau, membuatkan guru BI saya sendiri naik radang.

Huh. Umur itu. Mana saya tahu untuk memahami urusan hati manusia. Apatah lagi apabila saya sudah berseronok dengan rakan-rakan sepermainan.

Jatuh cinta? Malu pada perempuan? Surat layang? Kasih sayang? Love? Semuanya masih belum berputik di lubuk hati masa itu.

Akhirnya, riuh kelas apabila cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris dirasa baik dipandangan. Saya menjerit-jerit di dalam kelas. Diselang-seli dengan ketawa bersama rakan-rakan. Sudah tidak ingat berkaitan isu apa yang dibualkan.

Jikalau Gunung Merapi mampu meletuskan larvanya, inikan pula manusia yang mempunyai tahap kesabarannya. Terus cikgu saya itu menengking dari hadapan.

“Diam semua!!!”

“Kenapa bising sangat ni Qawiem?!!” Merah muka cikgu. Semua mata yang wujud di dalam kelas turut memandang ke arah saya tiba-tiba. Diam seribu bahasa. Muka terasa panas. Tangan menjadi sejuk. Takut menguasai diri.   

Teacher rasa Qawiem ni bila dah besar nanti mesti jadi jahat!!”  Serius kata-kata cikgu.  

Prangh!!!

Seluruh tubuh seperti direnjat. Seakan peluru ditembak terus ke hulu hati. Walaupun jasad tidak disakiti, namun kata-kata yang berbaur harapan buruk itu terasa seakan sayalah budak yang malang dan dibenci. Namun, wajah tetap selamba. Menutup keaiban itu dengan senyuman tawar buat kawan-kawan yang masih memerhati.

Harghh.. dalam hati hanya bantal yang menjadi saksi di malam hari. Biasalah.. kenakalan tanpa kawalan mungkin. Sekali-sekala, ayat-ayat yang sebegitu mampu mengetuk pintu hati.


Mengambil yang Baik dari Sejarah   

Walaupun cerita ini adalah cerita lapan tahun dahulu, tetapi ia masih tersimpan kemas di kotak minda. Sebagai batu loncatan dan penggenggam azam di hari ini.

Balik kepada kisah-kisah yang menjengah di ingatan sepanjang perjalanan ke kuliyah tadi, inilah salah satu dari ceritanya. Sudah saya coretkan di atas. Maka, mode selepas itu.. gerak langkahan saya semakin laju. Semakin bersemangat. Untuk membuktikan bahawa saya bukanlah seperti manusia yang teacher tampalkan harapan.

Ya. Saya tahu sebenarnya, jauh di hati seorang guru inginkan pelajarnya menjadi manusia yang gagal. Menjadi manusia yang tidak berguna. Menjadi manusia yang jahat. Namun, mungkin disebalik kisah saya di atas, cikgu saya inginkan perubahan dan anjakan untuk menjadi yang lebih baik.

Di situlah kebaikan yang mampu saya tuai. Melihat maksud di sebalik ungkapan tajam lagi menghiris. Ada benarnya. Andaikata sikap seperti itu yang dibawa dalam kehidupan, sehingga sekarang, mana mungkin saya mampu menjadi insan yang baik. Insan yang mendapat berkat dalam menuntut ilmu.

Terang lagi bersuluh. Mahu keberkatan dalam belajar semestinya menjaga adab dengan guru. Jika sebaliknya, nantikan kehancuran dan juga kemusnahan di hari yang ke depan. Dan saya takut untuk itu. Oleh itu, melentur sewaktu rebung, walaupun menusuk ia tetap memberi kesan. Kerana saya sudah merasai bagaimana keberkesanannya. Subhanallah. Ngilunya tetap terasa sampai ke hari ini.

Apa pun, saya ingin meminta maaf kepada teacher saya. Andai Allah menggerakkan hatinya untuk membaca tulisan ini, ketahuilah anak muridmu ingin buktikan bahawa dia akan berusaha menjadi baik. Terima kasih juga buat teacher. Atas teguran yang bermakna buat muridmu yang masih belajar ini. Moga Allah merahmati.


Penutup : Kalau salah kita, ia tetap salah kita

Apabila guru memarahi disebabkan kesilapan dan kesalahan kita, buat apa lagi menuding jari kepada guru atau ustaz yang memarahi. Kerana ia memang sudah kesalahan kita.

Ramai yang terpedaya dengan keadaan ini. Bila diri melakukan kesalahan, kemudian guru atau cikgu memarahi atau menasihati, jari dituding kepada guru pula seribu kesalahan. Berlaku umpatan demi umpatan. Berlaku hinaan demi hinaan bersama rakan-rakan, maka ketahuilah yang ilmu yang dipelajari pastinya tidak akan mendapat berkat.

Teguran bukan untuk merendahkan, tetapi teguran untuk perubahan. Kritikan bukan untuk menjahanamkan, tetapi kritikan untuk penambah baikan. Marah seorang guru bukan untuk mencari kesalahan, tetapi marah untuk kita sebagai pelajar mencipta kejayaan. Betul tak para guru sekalian?  

Sayangilah dan kenangilah guru-guru anda. Walau dimana anda berpijak hari ini.

Sekian,
Terima kasih.


Saturday, November 26, 2011

8
Komen
~ Rumah Bujang yang Bersinar ~


Andai istana bujang sekalipun jika tidak ada keberkatan, pasti penghuninya tidak beroleh kebaikan dan kerahmatan.

Tersenyum seorang diri. Melihat kehidupan hari ini disambut dengan baik oleh ahli rumah. Semuanya seakan mempunyai hari yang ceria. Hari yang dimulakan dengan senyum dan gurau- senda. Moga hubungan ini bukan berakhir di atas pentas kehidupan dunia sahaja, tetapi berkekalan hingga ke syurga.

Rata-rata yang melihat, seakan pelik dengan keakraban kami. Kata mereka, kami ini dah macam adik-beradik. Yalah, jalan sekali, makan sekali, main sekali, senang cerita semua sekali. Itu kata mereka, tetapi hakikat yang sebenarnya hanya kami yang tahu.

Bukanlah semua perkara kami buat sekali, sebab yang boleh saya bagi, masing-masing ada perangai tersendiri. Masing-masing ada hati yang tersendiri. Namun, bila digabungkan semua itu.. boleh riuh jugak suasana rumah bujang ni.

Tertanya-tanya siapakah ahli rumah yang dimaksudkan?

Mereka tidak lain dan tidak bukan sudah saya anggap sebagai keluarga sendiri. Dan mereka jugalah yang telah saya anggapkan sebagai pelengkap kehidupan saya apabila berada di perantauan ini.

Bukan senang sebenarnya untuk menerapkan rasa kepercayaan tersebut. Tiba-tiba nak mengaku yang orang itu adik kita. Tiba-tiba nak mengaku yang manusia itu abang kita. Tiba-tiba nak kata yang tinggal dengan kita itu, adalah ahli keluarga angkat kita dan sebagainya.

Sudah pasti, ada kelebihan juga kebaikan yang dilakukan yang akhirnya menyebabkan kita sebagai seorang manusia, seorang insan yang mempunyai hati dan akal akan tertanya-tanya seorang diri. Mereka ini siapa pada kita? Ambil berat itu dan ini? Banyak bagi teguran itu dan ini? Nasihat itu dan ini? Hingga kelemahan kita mereka cuba ubah kepada kelebihan..

Maka, manusia mana yang suka melakukan semua ini?

Melainkan manusia itu adalah yang menyayangi kita. Melainkan manusia itu yang mengasihi kita. Yang tidak mahu melihat kita gagal. Yang tidak mahu melihat kita terkandas di tepi jalan kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Oleh itu, saya tampilkan mereka yang saya mengaku sebagai ahli keluarga baru di Jordan. Merangkap ahli rumah Bayt Sahel.

Muhammad Zulkarnain b Ahmad
Bidang Fiqh wa Usul Tahun 1
(Ketua Rumah)

Muhammad Sahel b Nordin
Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 4
(Bendahari rumah aka Penasihat)

Ahmad Nabil b Nordin
Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 1
(Biro Masakan)


Penulis
Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 1
(Biro Kebersihan)

 Alhamdulillah. Hidup bersama mereka, banyak benda dan perkara saya pelajari. Ya, memang kami satu sekolah. Menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah di tempat dan suasana yang sama. Tetapi kerana berlainan latar belakang serta keluarga, kami tidak lebih hanya sebagai teman untuk berkongsi cerita suka dan ceria.

Namun hari ini, semuanya berbeza. Zaman dahulu hanya tinggal kenangan. Zaman sekarang adalah penentu siapa kami pada masa hadapan. Kami tinggal bukan sahaja di negara perantauan yang sama, tetapi di bawah bumbung rumah yang serupa. Yang jauh dari keluarga yang disayangi seikhlas jiwa.

Betullah kata setengah pihak. Alam di asrama dan di kampung tidak sama dengan alam apabila tinggal di rumah bujang. Contohnya kalau dahulu kita antara pelajar yang mudah bangun Subuh, atas gesaan guru asrama mungkin. Tetapi hari ini apabila hidup di rumah bujang, sudah tidak ada lagi guru asrama yang akan mengganggu kehidupan kita.

Semuanya perlu pulang ke pangkal hati dengan menyoal untuk siapa selama ini aku solah Subuh? Mahu ditunjuk kepada siapa selama ini yang aku boleh disiplin pergi masjid berjemaah? Hah. Tanya jangan tak tanya. Jawapan yang selengkapnya dan setepatnya hanya ada pada diri kita masing-masing.

Begitu jugalah apabila kita berada di rumah sendiri. Terasa malas untuk belajar, kita masih ada ibu bapa untuk menasihati. Terlarut dengan kawan-kawan yang tidak sepatutnya, kita masih ada ahli keluarga yang mungkin boleh bagi penawar hati.

Sebaliknya apabila berjauhan dari guru asrama dan juga ibu bapa atau senang cerita manusia-manusia yang menyekat kebebasan itu tadi, maka kuasa penuh sudah terletak pada tangan kita.

Siapa kita? Apa yang kita mahu jadi? Apa yang kita mahu dapatkan? Apa yang bermain di fikiran kita? Perlu dilaksanakan atau tidak? Nak belajar? Nak solah atau tidak?

Semuanya bergantung di atas kekuatan rohani dan aqli kita. Sejauhmana kebaikan dan jugak kelebihan yang kita nampak, maka disitulah keputusan juga permintaan yang akan kita laksanakan.

Oleh itu, dapatlah saya lihat di sini bahawa mempunyai ahli rumah yang baik adalah satu permata yang tidak ada nilai dan taranya. Tidak mustahil, kerana mereka yang selalu memberi peringatan kepada kita hari ini, satu masa nanti kita adalah pemimpin yang mempunyai akhlak serta peribadi yang berkualiti.

Tetapi cuba bayangkan jika ahli rumah yang kita tinggal bersama itu hanya mementingkan hal sendiri.. Duit aku duit aku, duit kamu bukan duit aku. Hidup kamu bukan hidup aku, hidup aku usah kamu ambil tahu. Maka, tidak lain dan tidak bukan, bukan lagi kebiasaan jika kita yang menghuni rumah tersebut terasa seperti tinggal di dalam gua yang tidak bercahaya.

Mampukah hidup? Mampukah tersenyum? Mampukah bahagia?

Ia akan terjawab bilamana semua itu kita rasainya sendiri. Hidup negara orang bro… Bukan negara sendiri. Andai negara sendiri, masih boleh kalau nak cakap itu dan ini.

Maka, keterlibatan ahli rumah dalam membantu dan menyokong kejayaan kita hari ini dan masa depan adalah sangat penting terutama apabila kita sedang menjalani fatrah sebagai seorang pelajar.

Mahu berjaya, bukan berjaya seorang-seorang. Mahu bahagia bukan nak bahagia seorang-seorang. Andai sedih dan lara sekalipun, kalau boleh kita nak jalaninya sama-sama. Apatah lagi ahli rumah yang mempunyai jiwa yang merasai dan memahami.

Sungguh, alangkah bahagianya mereka yang mempunyai ahli rumah yang komited dan berwibawa ini. Yang sentiasa ambil berat. Yang sentiasa tersenyum dan memikirkan cara untuk menceriakan bilamana ditimpa kesusahan. Tidak lokek ilmu. Sudi berkongsi jika diminta untuk menasihati. Tidak berkira biarpun wang ringgit juga tenaga yang dikorbankan. Menjadi chef yang pandai memasak dan sebagainya.

Subhanallah. Hati siapa yang tidak tertawan dengan sifat dan sikap seperti ini? Sebab itulah, apa yang saya nampak, siapa yang bijak menyusun dan mengatur semua ini, kehidupannya akan bermula dengan senyuman ceria di pagi hari kemudian diakhiri dengan senyuman kesyukuran di malam hari. Bahkan orang sekelilingnya juga akan terasa bahagia hidup bersama mereka.

Jadi, setelah jauh saya terbang dan berjalan.. maka saya ingin balik kepada tujuan penulisan kali ini bahawa mempunyai ahli rumah yang baik adalah sangat-sangat membahagiakan dan itulah nikmat sebagai seorang pelajar yang merantau di negara orang.

Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan kerana Allah memberi nikmat itu kepada saya. Harapannya Allah meredhai rumah bujang kami.

Jujur saya katakan.. saya bukanlah ahli rumah yang baik. Tetapi kerana kebaikan ahli rumah saya yang lain, maka saya menulis artikel ini sebagai ucapan terima kasih juga doa buat mereka atas segala kebaikan juga kesabaran dalam bersama-sama menjalani kehidupan di lautan perantauan ini.

Salam ukhwah buat semua dan terima kasih.