ad ld

Pages

Showing posts with label perkahwinan linda onn. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan linda onn. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.


"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. "Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM pada Rabu.