Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah,
semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu
lori, Oktober lalu. Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan
pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat
pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan
Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu. Sarizana didapati bersalah di bawah Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.