Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin
Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari
lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat
semula. Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd.
Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor
Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan
mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.
"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu. "Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya. Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.