ad ld

Pages

Showing posts with label gambar kemalangan. Show all posts
Showing posts with label gambar kemalangan. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)

Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.


Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tesco Mergong menuju Shahab Perdana.

“Rasa pelik apabila kereta di bahagian kanan memandu perlahan dan memandang ke arah kami. “Dalam sekelip mata, terasa kereta yang berada di belakang merempuh kenderaan saya. Saya tidak sangka ia berlaku kerana dibawa perlahan,” katanya. sinarharian

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Thursday, January 12, 2012

Myvi Terbang Atas Van, Wowww

Ini bukan aksi filem tetapi kejadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.


Saturday, April 2, 2011

(Gambar) Kemalangan 2 Treler Di Km 445.3, PLUS Sesak 5 Jam

Dh mcm kebiasaan di Malaysia ni, asal ada je kemalangan x kira besar atau kecil jalan akan jammed. Kebykan pengguna lain akan perlahankan kenderaan utk tolong, Tolong Tengok. Pernah gak sangkut dlm jem bila ada sebuah kereta buka bonet depan sambil berehat kt tepi jalan. Maka ramai lah warga 'prihatin' yg brek, buka tingkap tgk sambil angguk2.

- Laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke ibu negara semalam sesak hampir lima jam selepas dua buah treler membawa buatan simen dan acuan sarung tangan terbalik di Kilometer 445.3 berhampiran susur keluar Rawang.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan simen yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun terbabas dan merempuh sebuah treler membawa acuan sarung tangan di hadapannya. Treler membawa simen itu kemudian terhumban ke dalam longkang.

Jurucakap bomba berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pemandu lori simen tersepit di tempat duduk. “Kita mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kaki pemandu lori simen yang tersepit pada stereng dan semua mangsa hanya cedera ringan walaupun kedua-dua kenderaan itu terbalik,” katanya. kosmo

-- (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Dpt Rumah Dri Kerajaan Kelantan - Perhhh!!!
-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki
-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan 

Wednesday, March 23, 2011

(Gambar) Kemalangan Van, Viva Rempuh 2 Beranak Pejalan Kaki Di Semabok Melaka

Orang lain yang cuai, orang lain pula yang terpaksa menerima padah. Kata-kata itu sesuai untuk menggambarkan mengenai nasib yang menimpa dua beranak apabila mereka nyaris lemas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva ketika sedang berjalan pulang ke rumah di Semabok di sini semalam.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu menimpa Nurshamsiah Samawi, 6, dan ibunya, Misliyah Nafhan, 35, apabila mereka tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter. Ekoran itu, Misliyah patah kaki kanan manakala Nurshamsiah pula nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menghantar mereka ke Hospital Melaka.

Seorang saksi, Sazly Mak Lip, 32, berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van yang dipandu laju melanggar belakang Viva sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter ke kiri jalan.

"Pada masa sama, kereta Viva itu telah merempuh dua beranak tersebut mengakibatkan mereka tercampak ke dalam longkang. Kereta Viva dan van itu juga terperosok ke dalam longkang," ceritanya. kosmo

-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan
-- (Gambar) Majlis Ulang Tahun Tengku Ratu Haidar Anak Que Haidar, Linda Jasmine
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko

Sunday, March 6, 2011

(Gambar) Lori Simen Rempuh 2 Kereta, Rumah Teres Di Tmn Bukit Anggerik Cheras

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori simen maut apabila kenderaannya merempuh dua kereta dan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Anggerik, Cheras, di sini Sabtu. Ong Heng Sai, 52, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk setelah tersepit di kerusi pemandu. Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Johari Mohd Lazim berkata kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an cedera dan mereka dihantar ke PPUKM untuk rawatan.

Beliau berkata Ong dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan berbukit di Jalan 8/54, taman itu menyebabkannya melanggar sebuah keretaPerodua Kenari di hadapannya sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Kembara yangdatang dari arah bertentangan. Pemandu lori dari Ampang itu kemudian merempuh sebuah rumah teres dua tingkat di No 1, Jalan 8/54, Taman Bukit Anggerik, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Johari berkata anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan kepala lori bagi mengeluarkan Ong yang tersepit di kerusi pemandu. "Kami mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan Ong dan 10 minit untuk mengeluarkan pasangan suami isteri dari kereta Kembara yang remuk itu. Lelakidalam kereta Kenari tidak cedera," katanya.

Sementara itu, wanita warga emas bersama pembantu rumah yang berada dalam rumah teres dua tingkat itu tidak cedera. Pembantu rumah berkenaan, Hotimah Mundari, 43, berkata semasa kejadian dia sedang tidur di sofa ruang tamu rumah, kira-kira dua meter dari dinding rumah yang dirempuh, manakala majikannya sedang berehat di bilik atas rumah itu.

Hotimah berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat dan menyangka ia adalah gempa bumi. "Ketika itu, saya hanya nampak bahagian hadapan rumah sudah runtuh dengan almari dan televisyen pecah dan apabila saya keluar dari rumah mengikut pintu belakang, baru saya nampak ada lori yang merempuh rumah," katanya. mstar

-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang