Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, July 19, 2010

.shy itu malu.

hari ini aku shy.. sebab aku shy adelah kerana aku ter'shy'kan diri sendiri..

ceritanya begini..

tersebutlah kisah.. di opis aku ini mempunyai kad akses yg perlu di'swipe' utk masuk dan keluar menggunakan 2 buah pintu yg telah disediakan.. sedang aku sebok dan pura2 sebok membuat kerja.. pundi aku telah memberi amaran yg agak cemas.. ibarat reverse sensor yg sangat nyaring sekiranya anda gostan dan hampir melanggar lembu jiran di sebelah rumah kampung beratap nipah itu.. ok panjang sgt penerangannya..

amaran ini adalah do or shy.. kerana... jika tidak diturutkan amaran ini.. ada kemungkinan yg aku akan berasa sakit ataupon berasa panas2 basah... tetapi.. aku perlu berjalan keluar dari opis utk ke destinasi.. ahh bagaimanaaa?!..

persoalannya.. adekah ini yg telah menyebabkan aku shy?

TIDAK!! kerana aku sempat bergegas ke destinasi yg sepatutnya untuk throw small water out.. yaaa masa ini aku tidak shy lagi..

tapi.. aku sangkakan hujan hingga ke ptg..

ketika bergegas pulang ke opis.. dgn pantasnya aku men'swipe' kad akses pada pintu opis...

*teeet*.. pintu tak bole bukak... aku *teeet* lagi.. pintu tak bole gak bukak... aku tak mengalah.. aku *teeet* lagi... pon tak boleh.. darah aku dah menyirap bandung..

sket lagi je aku nak tumbuk tpt swipe kad tue... lantas.. terpandang kad yg berwarna lain dlm genggaman aku...

terus sahaja aku memandang kiri kanan atas bawah depan belakang.. fuhhhh selamat takde org...

jadahnye ko nak swipe masuk opis ko pakai tiket LRT?!! bongok laaa ko nieehhhhhh!! *getus aku di dalam hati*.. sambil menahan gelak.. aku masuk ke opis dan sambung buat2 sebok... namun terlintas di fikiran aku.. adekah pak gad kat opis aku ni gelak guling2 tgk cctv ketika aku cuba masuk ke opis?.. hmmm

Tuesday, February 9, 2010

.deprestasi.

sedang depres kerana otak tidak mampu menjana idea2 yg bijak utk pekerjaan..

mungkinkah perlu meninggalkan bidang pekerjaan ini dan menceburi bidang pekerjaan yang lain?

atau perlu basuh otak ini dengan klorox supaya bersih dan segar? tetapi tetap berisiko utk tidak mampu menjana idea..

adakah perlu berhenti kerja dan menjadi househusband sepenuh masa? idea ini amat bernas tetapi sanggupkah sang bini utk menyara kehidupan jejaka ini?

tolonglah otak.. jgn buat aku begini.. aku depres dan menjadi tidak keruan bila diperlakukan sebegini.. aku rasa ingin melarikan diri menuju ke horizon.. berlari sambil kaki dibelai pasir2 putih yg halus di tepi pantai.. dan ditemani lemak2 perut dan dada yg berlebihan..

aku sangat depress..... haih....

*depress tidak bagus utk kesihatan minda*

Tuesday, January 5, 2010

.yaa.

yaa.. tahu tak bagaimana perasaan nya kalo baru bgn dari tido sejak balik dari menyambut tahun baru yakni 4 hari lepas?

yaa.. setelah tido tanpa mengira waktu kerana kepenatan menyambut tahun baru sambil ditemani nyamuk2 yg telah bermutasi genetik2 nya.. hari ini aku isytiharkan bahawa aku telah sedar dan jaga setelah hampir 4hari hidup dalam mimpi..

yaa.. bermakna hari ini aku telah mula bekerja.. hari pertama bekerja utk tahun 2010.. segalanya bukan mimpi lagi.. mengapaa perlu kerja? kerana kerja baru ada duit.. dah ada duit.. baru bole berangan2..

yaa.. selamat merry hepi belated new year! dum cak dum cak dum cak

*malasnye nak keje*

Thursday, November 19, 2009

.gengengen.

persepsi dan mentaliti gen-T menyebabkan byk tuduhan melulu yg diajukan..

sedar2 la sikit kita bukan lagi hidup di zaman ais kepal.. bukan di zaman kereta toyota corolla baru berharga 9k..

tuduhan melulu boleh menjadi fitnah sebenarnye.. dan menyebabkan org memandang serong.. biar la mereka serong.. yg penting aku stret..

aku menyesal kerana tak berdoa pada hari itu.. kerana org yg teraniaya doanya besar kemungkinan dimakbulkan..

ah menyesal.. sepatutnya aku berdoa agar aku menjadi superkaya dan bole membyr hutang ptptipu yg tertunggak dan telah menyebabkan aku tidak boleh balik ke negara asalku jerman..

*dem lah mereka yg bermulut longkang!*

Tuesday, November 3, 2009

.goblok.

kerja banyak serta demotivated di selang seli kan dgn designer's block menyebabkan aku rasa aku goblok..

ada 3 design.. satu pon tak approve lg.. dateline makin mencarut.. kerja lain byk berderet dan menunggu..

rasa stres.. depress..

mendpt perkhabaran yg tidak best langsung tidak membantu dalam meredakan perasaan stres dan depress ini..

dan perkhabaran sedemikian la yg aku byk dpt lately.. oi tak bes la siakkk!

*mencari setelah dibuang.. ape kes?*

Monday, October 19, 2009

.monitor.

" anda ingat anda pandai sgt sehingga boleh memperbodohkan org lain? anda rasa anda tahu semua benda dalam dunia ni sehingga org lain perlu mendgr apa yg anda ckp? anda tahu tak anda ni hodoh? hodoh dan mempunyai perangai seperti makhluk dilahirkan khinzir yg berzina dgn anjing? sikit lg sahaja monitor lcd ini singgah di kepala anda.. hiks.. sudahlah hodoh, perangai sundal, hitam dan rongak pula.. "

pernyataan ini adalah kerana aku emo.. tetapi dlm keadaan terkawal.. terkawal kerana aku masih lagi mampu membuat ayat2 emo di dalam bahasa melayu penulisan darjah 6..

pernyataan ini telah aku post di dlm 'mukabuku' selepas selesai diskasyen di ofis..

hampir pada waktu tamat bekerja.. bos aku lalu di sebelah.. seraya berkata.. seraya ye bukan suraya ataupon surabaya..

"weh lahuyahuya.. marah btol nih.." lantas berlalu ke toilet dgn ketawa kecil... aku hanya mampu tersengih..

blk dari toilet pula.. "slamat ade monitor xtra tuh.. wahahahah!".. aku pon membalas.. "tue aa.. yg lcd ni ringan sket.. yg xtra tue berat! hahaha".. ini adalah kerana monitor xtra itu adelah monitor 19inci dan bukan lcd..

bos aku mmg mengetahui akan perangai org yg aku maksudkan di dlm pernyataan itu..

setelah bersiap2 hendak balik.. bos lalu lagi.. "lek aa..bukan kawan ko ke tue? hahaha".. ok aku kena bahan.. dem..

jd moral of the stori adelah.. tolong sentiasa ingat sekiranya anda semua ada meng'add' bos anda di dalam 'mukabuku'.. selamat laa bos aku ni cool je.. kalo tak.. mau kena lecture.. wuhuuu

*smua org suka lalu lalang kat sebelah aku.. ini adelah kerana.. aku duduk sebelah laluan mereka utk keluar dari dept..*

Thursday, October 8, 2009

.lecak.

pagi td hujan renyai dan mendtgkan suasana nyaman..

oleh sebab hujan.. aku terpaksa tido bersama saga-roku di parking lot opis.. ini adalah kerana hujan = tido...

tetapi!.. pada jam ini... cuaca sgt panas bertubi-tubi.. mencucuk2 ke setiap liang roma di kulit yg berkaler dark brown ini..

dok dlm opis = sejuk.. kluar dari opis = panas.. drive kereta pergi lunch = panas.. masuk opis blk = sejuk..

korang tau ape yg akan terjadi selepas urutan kejadian2 tersebut?

boxer akan lecak.. dan rasa ketermengantukan yg amat sgt hingga mampu menyebabkan seseorg itu benjol akan dahinya kerana terhantuk kebod mahupon monitor...

kesimpulannya.. aku sgt mengantuk sekarang ni...

*kroihh kroihh

Friday, October 2, 2009

.tatkala.

tatkala ini.. mata merah dan pedih serta rasa berat..

ini adalah gara2 tido selama 2 jam sahaja..

tp worth it kerana dpt meluangkan masa bersama rakan2 lama..

serta mengemas ruang tamu dan mungkin juga hati seorg sahabat..

juga rasa lega kerana telah hampir menyetelkan keje yg mempunyai dateline yg sgt ketat... seketat kebaya si rokiah ronggeng.. sesungguhnya ia berjaya membuatkan aku emo seperti anjing betina..

ah~ aku perlukan holiday.. perlukan masa tido yg panjang.. tanpa diganggu.. dan ditemani faezah elai...

*how i wish*

Thursday, August 13, 2009

MaskMantis

hai..

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

hari ni.. aku ...

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

pakai...

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

mask warna biru muda plak...

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

pasal pengurus figura aksi MaskMan da kehabisan stok mask warna hijau muda..

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

dan menyebabkan aku jd konflik diri.. sebenarnye aku ni MaskMan kaler hijau muda ke biru muda..

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

ah persetankan tue smua.. yg paling penting adalah aku terpaksa gi lawan raksaksa gorgon lagi pada hari nie.. patutnye tghari td.. tp aku mntk postponed pasal panas sgt.. nanti aku mati kelemasan pasal pakai mask ni...


haih...

Wednesday, August 12, 2009

MaskMan

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

ini adelah efek kerana memakai mask...

tokey kompeni tempat aku bekerja telah menetapkan peraturan bahawa semua staff dan pelawat ke opis diwajibkan memakai mask utk mengelakkan penyebaran virus tirus selsema beybikhinzirunaftegeziguliguliilallikok...

akan tetapi.. mereka tidak menyediakan mask yg mencukupi.. oleh itu.. aku menganggap staff hanyalah digalakkan memakai mask.. pasal aku dan kwn2 sekutukan dan sepengularan terpaksa pergi membeli sendiri mask ini..

secara rasminya.. hari ini merupakan hari pertama aku memakai mask ini.. dan aku merasakan bahawa aku ini adelah sebenarnye salah seorang drpd anggota maskman yg berwarna hijau muda dan berselindung dibawah penyamaran sebagai seorg pekerja yg berdedikasi, bermotivasi tinggi dan kiut..

tak percaya? inilah buktinya..



ok la.. aku nak gi lawan resaksa gorgon jap.. just nais utk daily exersais aku nie.. da la aku nak kena tunggu lg 4 org rakan seperjuangan yg kaler merah, biru, pink dan kuning.. biaselah.. janji melayu.. haih..

grak dulu onkeh!

*pish posh* *pish posh* *pish posh*

Tuesday, July 28, 2009

.sawang.

psssttttt.. pssssttttt!! psssttttt... bunyi ridsect..

lama sangat tak update.. bersawang2 da nie..

tatau nak update ape pon actually.. been bz.. ok la... self proclaimed bz.. ngeh3

dateline berderet2.. so aku claim aku bz la.. stended modus operandi la tue...

ni pon baru masuk opis.. da ngantuk2 tapir.. camne nie?! dateline minggu ni.. keje tak siap lagi.. aram jadah! haha

idea ni pon ngada2.. time2 ni la dia nak gi holiday.. tahilah!

ok la aku cube sambung keje.. bye bye beybeh...

*kroihh kroiihh*