Cerita hari pertama Ramadhan, kami balik kampung sebab kebetulan puasa kan hari Sabtu, hubby pulak request nak makan chicken chop..berpeluh-peluh masak untuk 15 orang makan..
Hari pertama puasa , memang bermalas malasan je..pukul 12 baru pegi beli ayam dan barang-barang nak masak. Dah sampai rumah mil masa tu dah pukul 2 , bermulalah kerja nak asingkan isi ayam dari paha...masa tu beli dalam 25 ketul paha ayam, nak asingkan isi ayam tu sampai merah-merah dah pedih tangan. Dah siapkan semua tu , buat pulak mashed potato dan sos blackpaper . Hasilnya sampai dah azan pun,masih lagi goreng ayam sebab tak sempat siap...heehe...nasiblahhh.Memang ambil masa nak masak chicken chop ni kalau untuk makan ramai-ramai.
"Banyak dapat pahala kita bagi orang makan pada bulan puasa.." kata hubby..huhuhu..
Untuk resepi chicken chop ni , memang dari dulu lagi aku guna resepi dari blog Jintan Manis
Bahan-bahanya
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless -ayam ni wa ketuk-ketuk dulu biar jadi nipis isinya
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bwg putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang
telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga
hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan
perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais
Setelah
diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut
telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.
Tepung gandum, telor dan serbuk roti
1- Salut ayam dengan tepung gandum(tekan-tekan sikit supaya gandum tu melekat kat ayam )
2 - Lepas tu salut ayam dengan telur
3- Salut pula dengan serbuk roti (sama jugak, tekan-tekan sikit supaya elok tersalut serbuk roti tu) ,kemudian goreng hingga garing.
Resepi sos lada hitam pula . resepi asalnya wa ambil di...
myresipi
2 - Lepas tu salut ayam dengan telur
3- Salut pula dengan serbuk roti (sama jugak, tekan-tekan sikit supaya elok tersalut serbuk roti tu) ,kemudian goreng hingga garing.
Resepi sos lada hitam pula . resepi asalnya wa ambil di...
myresipi
Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut
selera
tepung jagung(standby)
Cara-cara
Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga
perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka
nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn
sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile
dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi
sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah
dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk
sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
SEDAPNI BOLEH CUBA BUAT...
ReplyDeleteGerenti sedap :-)
DeleteSaya lebih suka chicken chop yang di grill...
ReplyDeleteMie,boleh je nak grill,x pyah letak bread crumbs tu
Deletesalam, tk sudi singgah blog sy. best chic chop ni..feveret kitorg sekuarga :)
ReplyDeleteMemang menjadi kegemaran kitorang sekeluarga jugak.
DeleteMmg nampak sedap.. nanti boleh try buat jugak.. =D
ReplyDeleteTryla siss, jangan x try :-)
DeleteAssalam...nampak sedap dan menyelerakan....
ReplyDeleteWsalam, fazli..comfirm sedap..
DeleteNampak sedap..posa2 semua teringin nk makan...salam perkenalan kak sarah done folo..
ReplyDeleteHe he, mmgla sarah..kan, semua nak makn
DeleteWa....sungguh menggiurkan ni hehe....pernah gak buat chicken black paper ni tp bukan chop, grill hehe....
ReplyDeleteBis tu depa makan apa masa buka Wa...kurma je ke ?hehe
He he...sempala makan sorg satu siss, nak tambah tu tak cukup..
DeleteNak buat jugak la nanti.. thanks Wa atas perkongsian resepi.
ReplyDeleteBuat jangan tk buat :-),:-)
Deletemmg nmpak sedapppp sgt..masak utk 15 org makan dah mcm chef kat restoren kan..hihi
ReplyDeleteHe he he...yelah lily..habis berterabur dapur MIL:-)
DeleteTerima kasih, sudi singgah blog che mid. Lama tak buat chicken chop ni...betul cakap suami, besar pahala siapkan makan untuk berbuka puasa ni. Alhamdulillah..
ReplyDeleteYelah che mid..kan.besar pahalanya..:-)
Deletewow sedapnya
ReplyDeletesaya belum lagi sampai level ni...hehe
anyway saya membalas kunjungan n done follow sini juga =)
alamakk....tengok ni lapa jadinya...
ReplyDeletedone follow here..:)
ooo guna tepung gandum je ek nice...sedap lgi buat sndri kan...
ReplyDeleteteringat anak buah tanya camna nak buat chicken chop ...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak wa, alaa sedapnya. semalam baru teringat nak macam chicken chop. hehe singgah menabung groupon sini dan follow blog kak wa ~~~
ReplyDeletenampak sedap. suami suka ni. nanti free2 bole la sy try..
ReplyDeletesalam. wahhh..bole cuba ni hihi
ReplyDeleteassalam wa..terima kasih..kongsi resepi dan tunujuk gambar sekali..
ReplyDeletebetul ke sedap nie? nanti nak cuba laaa.. :D thanks wa
ReplyDeletepatutlah kedai jual mahal..bukan senang nak buat..huhu
ReplyDeletebuat sendiri lagi puas hatikan...
ReplyDeletewahh..xtertahan nk tgok mknn nie sdp sgt..suke,,nk try buat la sndri
ReplyDeleteDah cuba sedap tq
ReplyDeleteBanyaknya 15, berpeluh iolls kalo kena buat banyak tu
ReplyDeleteKalau jadikan sos tu utk sos mashed potato okay ke?
ReplyDeleteAnis..boleh je..
ReplyDeleteMcm best nk tryla
ReplyDeleteSedapnya chicken chop...ada masa nak try buat ni Wa....
ReplyDeletesedapnyer chicken chop my fav..
ReplyDeleteboleh lah buat sendiri nanti
http://mummyumardian.blogspot.my/
http://dnibabyscute1.blogspot.my/
Dah try arini, simple recipe and memang menjadi :)
ReplyDelete