Tuesday, April 22, 2014

Tiny Planet or Wormhole?

Mari meneroka mobile app yang baru aku download ni. Living Planet.

Ini gambar asal.

dan ini pula gambar atas tadi selepas menggunakan Living Planet. Yang ni kategori Tiny Planet.


Gambar asal...

...tadaaa....tiny planet

...yang ni wormhole.

App ni paling senang nak guna, snap gambar, buka Living Planet, ambik gambar yang dah disnap, lepas tu pilih nak jadikan gambar tu tiny planet atau wormhole. Tak pasti pula sama ada app ni ada kat android playstore atau tak sebab yang ni aku download dari ios app store. Ok la. Setakat ni je kerajinan aku nak taip menaip ni. Jom layan lagi gambar-gambar yang telah aku jadikan tiny planet. Yang dah add aku di instagram mesti dah tengok gambar-gambar ni. Orait, enjoy!









Saturday, April 19, 2014

Hari ni hari Sabtu.

Ya, hari ni hari Sabtu. Kebetulan hari ni Record Store Day. Kat tempat aku ni takde kedai jual vinyl. Jangan kata vinyl, kedai jual CD lagu pun dah hampir lenyap. haha. Nasib baik la sekarang ni boleh beli online. Jadi sempena RSD, aku nak share satu rekod/vinyl/LP/piring-hitam-manis yang pertama sekali aku beli dalam hidup aku. haha. Ni kes masa mula-mula berjinak dengan ebay. Aku fikir masa tu asal ada satu vinyl jadi la nak dibelek-belek. Tak terfikir pun nak beli turntable masa tu.




Beli kat satu seller dari UK. Harga dah tak ingat. Bila dapat vinyl ni rasa macam menarik pula kalau dapat didengar sekali. Lepas dari tu koleksi makin bertambah sikit demi sikit, lama-lama masih sikit jugak. Tapi tak boleh main beli gitu-gitu je vinyl ni, harga mahal. Jadi aku fikir elok beli album yang betul-betul diminati saja la.


Turntable plug n play. Speaker kat tepi, yang ni tak sesuai la nak dengar album-album 90an ke atas. Kecuali sambung ke amp dan ext.speaker. Kalau pasang terus macam ni, paling sedap lagu-lagu dari vinyl yang lama. Baru terasa klasik. Aku try lagu raya kat turntable ni, haha... mata rasa macam nak masuk habuk bila dengar. Orait, kalau ada masa aku tulis-tulis lagi. 

Friday, April 18, 2014

sepetang di pantai Borneo Golf Bongawan

Sabah cuti hari ni, cuti Good Friday. Time cuti ni baru ingat nak gi kerja, time kerja pula baru ingat best cuti. haha. Pagi dah bosan, petang pula tiba-tiba terasa nak pergi pantai ngan anak-anak. Jadi misi petang Jumaat ialah pergi pantai. Ambik gambar guna dslr. Tapi sayang seribu kali sayang, aku terlupa dslr tujuh-dewa dah dijual. Kamera kompak pula cari tak jumpa. Nasib baik henpon ada kamera. Yang penting dapat ambik gambar. Ni antara gambar yang sempat diambik sebelum bateri habis. Power bank pun tak terfikir nak bawak. Harap korang yang buka blog sekejap-ada-sekejap-dua-kejap-memang-takde ni enjoy dengan gambar dari henpon yang tak seberapa ni.







Wednesday, April 24, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Saturday, April 6, 2013

Limited Edition Picture Disc, Somewhere In Time / Seventh Son of a Seventh Son

 Sori, lambat update. Macam biasa aku jenis lambat update blog dah semenjak setahun dua ni :).
Maiden England 88? Eh bukan. Ni aku nak review bergambar pasal 2 keping picture LP yang telah melengkapkan siri koleksi Limited Edition Picture Disc. Kali ni dua-dua skali terus aku pos. Takut aku terMALAS lagi. Muahaha.

Ok, first sekali album Somewhere in Time. Album yang berjaya mencuri minatku terhadap band ni. Jom layan gambar. 

Macam biasa, gambar depan.

Belakang

Dalam gatefold

Insert

Insert sebelah

LP.
Masa aku darjah 6, arwah abang aku belikan tshirt design Stranger in the Strange Land ni. Versi heat press. Tapi yang spoilnya, kaler pink. Hehehehe. Aku pakai tshirt tu buat ambik gambar IC. Masa gambar siap, betul2 logo Iron Maiden tu masuk skali dalam frame, tapi bila dah hantar buat IC, diorang potong....hahahahampeh terus....IC keras biru ye, bukan yg warna kuning tu. huhu.

Ni sebelah LP tu.

Kiri versi lama. 

Lama vs Baru

Insert lama vs baru

Yang ni pun sama, lama vs baru.

Tshirt. Macam biasa beli kat official webshop diorang. Gambar mesti sama besar ngan cover LP.

Design belakang tshirt. 


Next, album Seventh Son of a Seventh Son.

Depan

Belakang

Dalam gatefold

Insert

Insert

Adui pecah kepala..hehehe..


Dalam cerita drama Spanar Jaya musim ke berapa ntah ada poster Clairvoyant ni. Besar pulak tu.


Versus. 

Belakang

insert

insert.

Tshirt ni versi ehem-ehem. Hahaha. Tak sempat nak beli kat webshop...asyik sold out, kalau tak pun saiz takde. One day pasti ada. Huhuhu.


Oleh sebab tshirt ori SSOASS tak sempat nak beli, aku beli yang versi baru pulak. Banyak versi tshirt diorang keluarkan sempena ME ni, ni antara yang sempat aku beli. Tshirt gambar singles album SSOASS.

Ni design belakang, simple. Biasa diorang guna GILDAN, skrg ni guna Fruit of the Loom pula. 

Yang ni SSOASS versi Reborn. Kat belakang takde design. Ada satu lagi tshirt yang aku beli kaler biru tua, ntah mana aku simpan. Yang tu pun menarik gak design dia.

Orait, last skali tshirt yang ada kaitan ngan SSOASS. Yang ni pun design versi baru, utk pasaran US. Yang ni tag Hanes, nyesal beli size L, besar sikit dari L Gildan or Fruit of the Loom. Ok la, cukup sampai sini je dulu. Semoga yang singgah kat blog aku ni enjoy tengok gambar2 ni ye. Sharing-sharing je ni ye. Thanks.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



errr...Maiden England 88 tu macam ni ke? Huhuhu.