Showing posts with label Apa je la. Show all posts
Showing posts with label Apa je la. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Testing




Ni sebenarnya gambar lama, testing 50mm aku sejurus selepas diambik dari kedai yang berjaya melakukan pembedahan terhadapnya akibat terjun tiruk dari atas meja makan...huhuhuhuhu...

Hi world!!

Wednesday, January 20, 2010

Alopecia Areata

Kena lagi.
Hari tu dah sembuh belah kiri.
Ni belah kanan pula.
Antara punca yg aku baca salah satunya stress.
Tak tau la betul ke tak.
Aku stress ke?
Huhuhuhu

Iklan sikit:
Ni takde kena mengena ngan alopecia areata.
30hb ni band aku bakal beraksi lagi. Kalau korang free masa tu, jom layan. Huhuhu.

Friday, January 15, 2010

Pagi Yang Gore

Pagi tadi sebelum gi kerja, wife aku bgtau ada tikus putus kepala kat depan pintu rumah aku . Ni gambar dia.Perghh.. mmg kejam la. Tapi nak buat camne kan.. dah macam tu takdir dia. Aku pasti kerja ni dia yang buat. Memang dia marah ngan aku tu. Aku tau. Sebab aku tak bagi dia masuk rumah aku. Huhuhu. Bukan orang daa.. kucing liar daa.. Selamat Tahun Baru 2010..

Thursday, December 31, 2009

Hello Takapan

Yup, aku dah sampai Takapan semalam, kira-kira jam 8 malam. Flight MH068 aku delay. Nasib baik tak lama.

Dah la aku salah masuk gate, patut aku masuk gate utk domestik tapi termasuk pula gate international.

Sebenarnya aku tak tau flight aku tu pegi Taipei dan singgah kat KK. So aku tengok je la gate yg tertera dalam tiket tu.

Dan yang hampeh nya, masa nak cek in tu minyak rambut aku kena ambik dek polis airport. Polis tu pun bodoh, tak tau tengok tiket. Bangang. Benda2 liquid lebih dari 100ml akan dirampas kalau korang bawa masuk flight. Aku bagitau aku gi KK je sbb flight transit kat KK dan aku terdsalah masuk gate. Dia nak tunjuk kuasa dia tu la kot, eksen la perempuan tua tu. Mesti dia PMS masa tu. Huhuhu.

Ok la, ni untuk encik Portdy:

Dengan ucapan: Ni la kan yg ko cakap tu.. aku pun blum tengok lagi, baru je beli..huhuhu.. dan tahniah dpt baby girl.

Sunday, December 20, 2009

hijau, merah, kuning, biru, jingga dan putih


Dah besar kan dia ni. Dah 6 bulan pun.

Tengok tak Rubik's Cube kat depan dia tu. Dulu (early 80's, tak ingat la tahun bila) menyampah aku ngan menatang ni. Buat-buat tak dapat. Last-last aku buka stiker dia tu, pastu tampal balik ikut sama kaler.

Tapi sejak aku tengok bebudak main benda ni balik, aku rasa nak try gak. Aku beli versi keychain kat Toy's R Us dua bulan lepas. Aku cuba ikut dia punya step yg disertakan, tp tak dapat gak. Aku tengok kat youtube. Sama gak tak dapat. Kecik sangat kot. So, aku lupakan.Tapi kejap je, masa sampai sini (rumah mentua aku), takde benda nak buat. Ntah macamana aku terbeli kat Tesco kiub ni (tak ori, tapi lembut bila pulas.. logo dia Brain's Cube, china mari). Aku buka balik youtube yg aku save. Aku ikut step by step. Ingat dia punya rumus..... Cukup seminggu, aku dah bleh cantumkan semua kaler. Tapi tak la selaju mana pun buat. But at least aku puas hati aku dah dapat buat semua... huhuhu

Sebelum aku terlupa.. selamat menyambut Maal Hijrah 1431H

Saturday, November 7, 2009

10-24 part 2

Aku dah boleh tidur lena... huhuhu


Wednesday, November 4, 2009

10-24

Sejak dua tiga hari ni, aku sering terbayang benda ni.
Ketagih betul la bila dah terjebak ni.

Nak beli ke tak ni? Adoi...


Wednesday, September 9, 2009

Ada apa dengan angka 9?

Sempena 09/09/09 pada hari ni, jom try ni:

a) Try darab nombor 9 ngan salah satu nombor berikut (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9). Lepas tu, campur kedua-dua nombor yang dapat tu. Aku pasti korang dapat 9. Contoh 9 X 2 = 18 --> 1 + 8 = 9.

b) Tu satu nombor. Kalau sembilan darab ngan dua digit? tiga digit? empat digit? Dapat sembilan gak ke? Jawapannya dapat. Tengok contoh ni:
9 X 36 = 324 --> 3 + 2 + 4 = 9
9 X 365 = 3285 --> 3 + 2 + 8 + 5 = 18 --> 1 + 8 = 9
9 X 6666 = 59994 --> 5 + 9 + 9 + 9 + 4 = 36 --> 3 + 6 = 9 !!!


"We know You've come to inherit what's Yours...The Mansion
Take our advise and go back on this night
If you refuse 18 will become 9...Oh No"
Oh 18 is 9
- Arrival, King Diamond (Abigail)

Tuesday, September 8, 2009

Syair Si Ikan Pari

Dapur En. Amat Bubok.

En. Amat Bubok tersengih sebab aku ambik gambar dia. Kat belakang tu scene baazar Ramadhan (kecik je, tak sampai 20 gerai) Pekan Membakut.

Pari panggang En. Amat Bubok beserta sos kicap + cili. Harga RM3. Waktu sungkai a.k.a berbuka puasa hari ni ialah 6.21 petang. Tak tahan dah ni, huhuhu.

Saturday, September 5, 2009

Soya Bean Drink

Alhamdulillah. Dah 15 hari kita berpuasa. Untuk entry kali ni aku nak review air dalam gambar ni.
Soya bean drink atau air susu kacang. Dan air soya bean ni aku beli kat baazar ramadhan pekan Papar, gerai mana lagi kalau bukan gerai Aziz Soya, ex-classmate aku masa form 4~5 dulu (aku panggil dia dulu dgn nama Aziz Culto, gara2 minat ngan Darkthrone masa tu). Huhuhu.
Ok, tanpa buang masa lagi mari aku perkenalkan yang sebelah kiri tu, nama dia Air Susu Kacang Perisa Pandan dan yang kanan tu Air Susu Kacang biasa.

Apa yang menarik?
-Rasa yang aku panggil just nice, sebab tak manis dan tak tawar.
-Packaging menggunakan botol baru, bukan used punya botol (sila tengok gambar di bawah).
-Harga yang berpatutan, RM1.80 untuk botol 500ml.
-Fresh!!! Dia buat packaging kat situ juga.
Selain air soya ni, dia ada gak jual Yong Tau Foo, Tau Fu Fah (betul ke ejaan aku ni?? hentam je lah labuuuu) dan makanan lain. Kalau berkunjung ke bazaar ramadhan Pekan Papar (atau pun masa Tamu kat Papar ni setiap petang Sabtu dan pagi Ahad), jangan lupa singgah kat gerai dia ye. Huhuhu.

Tu je la ye buat kali ni. Selamat berbuka berpuasa.

Sunday, August 30, 2009

Bunga Api





Korang ingat lagi bila last sekali korang main bunga api? Huhuhu

Thursday, August 27, 2009

Ice Blended Honey Dew + Pearl


Ada lebih kurang 8 minit je lagi aku nak belasah air ni.. huhuhu..

Sunday, August 9, 2009

Budak baru belajar

Malam tadi, aku, Raem Jordison dan C6, gi keluar ambik gambar. Idea nak pegi ambik gambar lightrail ni terhasil semasa kitaorang lepak mengeteh selepas penat praktis a.k.a jamming di studio Beaufort Rock City, Beaufort. Aku bukan la tau sangat bab2 kamera ni kan. Sikit2 tu ada la. Aku pun baru je berjinak-jinak ngan benda ni. Sorry aa pada yg tak sempat nak ajak tu. Lain kali la. Ni kitaorang saja cuba2 jadi ke tak. Lokasi pilihan kitaorg di selekoh berdekatan Sekolah Menengah St.Patrick Membakut. Dengan berbekalkan dua tripod (aku takde benda ni lagi) dan kamera dslr masing2, so ni la dia aku punya hasil ..err entry level punya hasil.. huhuhu.

2 gambar terakhir tu je aku guna tripod. Yang lain tak. Huhuhu.

P/S: Jairo..apsal ko tak ikut?

Friday, June 12, 2009

Cari Di Awan Biru

Adoii!! Sakit kepala... apsal diorg ni tiba2 cancel kat KK..
Gua dah ready playlist kat Sirion-wannabe gua ni..tup2 tak jadi pula. Apa benda yang gua cakap ni? Huhuhu..
Ni pasal Konsert Search Di Awan Biru kat Sabah la. Mula2 gua dengar dari Raem Jordison, kata dia Search tak jadi main kat KK. Aku caya gak sebab dia org dalam Celcom kan..huhuhu.. tapi ada gak tak caya..huhuhu.. takut dia gurau je kan.. So nak puaskan hati, gua cek kat diorg punya website kan. So, ni dia latest tour date kat Sabah yang aku dapat dari Dunia Search:

10 Julai: Dewan Masyarakat Keningau, Keningau

11 Julai: Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan
12 Julai: Stadium Likas, Kota Kinabalu...errr..CANCEL!!!
18 Julai: Dewan Masyarakat Tawau, Tawau
Aikk?? Tiba-tiba je ada venue baru. 10 Julai kat Keningau..huhuhu. Kalau nak gi 10 Julai, dari tempat gua gi Keningau +-3jam (ikut jln Tambunan) or +-1jam 1/2 (ikut jln Kimanis), ni anggaran pemandu berhemah huhuhu. Jalan bukan mendatar aaa, jalan turun naik bukit macam Initial D. Kalau drive AE86 panda td kompom gua pegi ni..huhuhu. Trip Fujiwara Takumi la tu..huhuhu
Mak mentua gua ada pula masa ni..huhuhu.. Esok tu pula (11 Julai) kena hantar mak mentua gua pegi airport, balik Kajang.

Nak gi 11 Julai, takut tak sempat. Pegi Sandakan, paling kuat untuk pemandu berhemah mcm gua ni sampai +-5jam. Lagi pun gua tak pernah lagi driving ke sana. Tak pasal2 kang terlajak ke Tawau..huhuhu.
18 Julai...hmmm.. kena kompom betul2 ni ngan Raem Jordison. Ni last date kat Sabah, kalau tak dapat pegi gak.. huhuhu... tengok DVD je la jawabnya...

Sunday, June 7, 2009

Cuti Sekolah = Musim Kahwin....huhuhu

1. Hari ni = 4 kenduri kahwin kat kampung.
2. Jalan = jammed sikit2.
3. Musim Kahwin = juga dikenali ngan musim mengawan...huhuhu
4. Dua malam = tidur aku tak lawas. Huhuhu.
5. Jumaat malam Sabtu = open air jam @rumah Jairo (review sikit2 dan gambar ada kat blog ni).
6. Jiaja = gua tabik ngan band ni..cover lagu Jimi Hendrix "Fire" dgn begitu solid sekali..nyum2...err lagu Kura-Kura rules!!
7. Sabtu malam Ahad = open air jam @rumah pakcik mr.C6 / makcik mr.Ymi (sepupu mr.C6 kahwin..tapi bukan sepupu mr.Ymi).
8. Petang tadi = ganti tidur tak lawas 2 mlm tu walaupun sekejap.
9. Sekarang = korang pula baca tulisan aku kat blog ni...huhuhu.

Kesimpulannya...korang layan lagu ni...huhuhu



Ada dua ekor kura kura berenang di dalam air
Satu berenang pigi sana satu datang pigi tempat aku
Aku mau ambil dia terus kasi masuk dia punya kepala
Tangan dan kaki dan juga ekor dia pun terus masuk rumah

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku ketuk dia punya rumah dia nda mau keluar
Aku bilang jangan malu kau bukan telanjang disitu...oh yeah

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku simpan balik dia di dalam air dia terus keluar
Dia berenang jauh-jauh mungkin pigi tempat kawan dia
Aku nda tau apa dorang bilang tapi dia datang balik
Aku tinguk muka dia macam dia senyum sama aku

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Friday, May 29, 2009

4 tahun daa...

Tarikh: 29 Mei 2005
Lokasi
: Jalan 16, Taman Berlian, Sg. Jelok Kajang

- Aku menamatkan zaman bujang....huhuhuhu..


Tarikh
: 29 Mei 2009

Lokasi
: Fasa 3, Taman Emas Takapan, Membakut

- Aku sambut ulangtahun ke-4 perkahwinan ngan makan kek je sambil Izz Darwish menyanyikan lagu hippi besday versi budak 3 tahun.....huhuhuhu...dia kalau tgk kek ingat lagu birthday je... huhuhu


Hari ni gak member aku yg merangkap gitaris/bassist band aku dan juga penulis blog kat sini (<-klik kalau nak tau) mengakhiri zaman bujang nya.. aku ucapkan tahniah, dan jangan lupa cincau lemon kat gerai Jas.


Korang yg belum tu...bila lagi??? Huhuhuhu..

Wednesday, May 27, 2009

Rino

Tengok gambar ni...

Ni skuter Honda tau. Nama dia kalau kat Jepun Honda Crea Scoopy.
Tapi untuk pasaran luar Jepun nama dia jadi Honda Metropolitan (US), Scoopy (Australia) dan Jazz (Canada..kat tempat kita Jazz ni keta kan).
Macamana cun?
Aku suka betul dia punya design ni.
Tapi malang skali...kat Malaysia ni takde jual.
50cc je ni, bleh la ulang alik dari rumah ke kedai.
Tak laju?
Aku bukan mat rempit.
Kedai ngan rumah aku pun tak jauh mana.
Tapi tu la kan..tak jual kat Malaysia. Huhuhu..

Cuba tengok yang ni pula...

Aik???
Lebih kurang je design ngan Scoopy/Metropolitan tadi.
50cc gak dan ada jual kat Malaysia.
Huhuhu.. ni sudah bagus.
Ni la skuter keluaran Demak.
Nama dia Rino.
Ada dua kaler je..errr pink dan kuning.
Aku tak kisah la brand dia.
Yang penting bleh bawak gi kedai/pasar. Huhuhu..
Harga lebih kurang RM3K.
Ada rezeki..ada la tu nnti. Huhuhu.

Saturday, May 16, 2009

School Teacher, 16 Mei dan Birthday

Korang suka tengok drama Melayu kat TV tak? Masa kecik dulu aku selalu follow drama bersiri OPAH, PJ Holdings..huhuhu. Sekarang, kadang2 je terlayan, tu pun kalau TV dah kena conquer. Paham2 je la. Terpaksa la layan kan. Huhuhu. Tapi tu drama Melayu. Ni aku nak cerita drama bersiri Jepun. Aku ni peminat drama bersiri Jepun atau dikenali ngan J-Dorama. Aku selalu follow J-Dorama kalau cerita dia menarik, pelakon yang aku suka berlakon dan juga lagu opening dan ending dia best. Kalau takde salah satu, aku tak tengok la tu. Huhuhu. Kat TV kita ada gak main slalu. Tapi kadang2 aku miss tengok. Masa tak kena la tu. Biasanya aku akan cari dia punya VCD atau DVD set. Kadang2 aku main beli je kalau pelakon dia tu aku minat, terutama Ryoko Hirosue (hehehe) or Takuya Kimura.

Ok la, kali ni aku nak cerita skit je pasal satu cerita drama yang best pada pendapat aku. Ni gambar boxset drama tu.

Tapi bukan aku yang beli ni. Biasa la, abang aku. Aku sebagai penyimpan harta je. Huhuhu. School Teacher atau Gakkuo No Sensei (tajuk Jepun), merupakan tajuk bagi drama bersiri Jepun (J-Dorama) yang dibintangi oleh Domoto Tsuyoshi (ahli kumpulan Kinki Kids) sebagai Sakurai Sentaro. Cerita yang mengisahkan mengenai seorang lelaki dari Osaka, Sakurai Sentaro, yang menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di Tokyo bagi menggantikan seorang guru perempuan yang tengah cuti bersalin. Dia ingat jadi guru senang. Banyak la rintangan yang dia hadapi, terutama dalam menyelesaikan masalah budak-budak/pelajar dia. Kebetulan pula semasa jadi guru tu dia menumpang tinggal ngan family guru perempuan, Motoko Asakura (Yuko Takeuchi..lawa seh), yang juga satu sekolah tempat dia ngajar. Macam-macam hal la berlaku pastu. Dan biasa la happy ending. Pada yang pernah tengok GTO (Great Teacher Onizuka), yang ni versi untuk sekolah rendah punya, tapi tak la seteruk si Onizuka yang pervert tu …huhuhu.

Ok, VCD boxset yang aku ada ni 8 cd semuanya. Ada 11 episode. Setiap satu episode lebih kurang 1 jam dia punya cerita. Edaran Video Box Sdn. Bhd. Aku rekomen guru sekolah tengok cerita ni.

Bercakap pasal guru, hari ni 16 Mei 2009, juga merupakan Hari Guru kat Malaysia ni. So sempena Hari Guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang pernah mengajar aku dan semua guru di muka bumi ni. Juga kepada mereka yang secara tidak langsung mengajar aku tanpa aku sedari (especially my Mom, family aku, kawan-kawan, sedara mara, etc.)

Aikkk??? Apa kena mengena ngan gambar budak ni? Dia ni ke pelakon tambahan drama yang aku cerita tadi ke? Huhuhu..16 Mei 2009 ni juga genaplah 3 tahun usia anak aku. Hmm..3 tahun, rasa macam baru semalam je dia lahir. 16 Mei 2006, kelahirannya merupakan hadiah Hari Guru yang paling bermakna buat aku dan isteriku. Happy Birthday Izz Darwish.

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Friday, May 15, 2009

Aliph

Ada apa ngan kasut ni? Ntah la. Abang-abang aku pakai kasut jenama ni sekitar 80an dulu (zaman apa lagi kalau bukan zaman rok..yeah Search rules!!). Tengok gambar ni (ambik dari mudah.my, tuan punya en. mistio vintage yang ingin menjualnya, lokasi=Selangor).

Masa kasut ni famous, kaki aku masih lagi dalam lingkungan size 10 untuk kanak-kanak. Huhuhu. Korang fikir aku muat ke pakai kasut ALIPH ni masa tu? Memang aku harap dapat pakai masa tu pattern mcm dlm gambar tu, jenis high cut. Hakikatnya aku hanyalah seorang budak lagi masa tu, dan untuk memiliki kasut yang sebegini memerlukan saiz fizikal yang besar. Kalau aku beli gak, confirm macam si Ronald McDonald. Terpaksa la kaler hidung ngan kaler merah. Ok, pada tahun 1987, aku berjaya memiliki sepasang kasut jenama kegilaan rockers ni....yeah. Nak tau macamana? Aku tak de gambar kasut aku tu, tapi baru-baru ni surf kat Mudah.my, aku ternampak la kasut yg sebijik macam aku punya tu. Ni gambar dia (tuan punya= en.Putra, yg nak jual kat mudah.my, lokasi Selangor).

Bangga gile ada kasut ni dulu. Walaupun kaler yg aku tak suka (light purple, tapi kat gambar ni dah jadi mcm pink pula. Dan rasanya mcm utk budak pompuan je..huhuhu), tapi kira orait la. ALIPH beb. Kira complete la bagi aku untuk aku digelar sebagai seorang rocker (walaupun umur tak mengizinkan..huhuhu). Setakat ni (15 mei 2009, 12.00p.m) ada lebih kurang 8 pasang kasut ALIPH yg dijual kat mudah.my ni. Korang bleh cek la kat http://www.mudah.my/ . Ni satu lagi pattern yang aku berkenan sangat dulu (milik en. KuYau, lokasi=Perak).

Dan yang ni pula dijual oleh en.Iqtar (lokasi= Selangor). Kalau korang gi cek kat mudah.my ni, jgn terkejut la ngan harga yang gila babeng punya. Dulu kan harga puluh-puluh je. Sekarang dah tus-tus. Nasib baik tak riban. Huhuhu. Tapi sekarang aku dah tak minat sangat la, kalau murah, maybe aku beli gak. Huhuhu. Ok la. Rok terus rok.

Friday, May 8, 2009

Badminton dan aku

Lokasi: Dewan Masyarakat Membakut
Masa: 2.00p.m.

"Walau tipis harapan menang
Namun kita mesti berjuang
Kerana tiada yang mustahil
Biarpun melastik ke bintang"
-Search, Melastik ke Bintang

Bleh agak la gua menang ke kalah.. huhuhu..