Hidup dalam kedaifan. Akibat tidak mempunyai bilik yang mencukupi, tiga anaknya terpaksa tidur di sini. Begitulah kepayahan yang dilalui oleh Mohd. Sulaiman Abd. Rahman, 56, seorang penduduk dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili yang terpaksa menjalani kehidupan sukar bagi membesarkan lapan anaknya.
Begitulah nasib Mohd. Sulaiman yang terpaksa memperjuangkan nasibnya sendiri di bawah naungan payong pemerintahan BN selama 40 tahun manakala Ahli Parlimennya pula bakal berjuang untuk menempatkan diri sebagai pemimpin tertinggi UMNO pada penghujung Mac ini. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi nasib Ahli Parlimen Kota Tinggi itu jika untung sabut timbul... akan merubahkan kedudukannya namun ianya belum menjamin kedudukan yang lebih selesa untuk Mohd Sulaiman dan keluarganya. Mungkin juga ADUN Sedili begitu sibuk dengan tugas sebagai YB sehingga nasib pengundinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Ataupun mungkin juga mereka pasti bahawa Mohd Sulaiman bukanlah pengundi setia BN. Wallahua'alam.