Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikanlah dia emas bernilai untuk kau tumpahkan kasih sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk kau mampu 'membeli' sebuah keampunan. Tolonglah, Tolonglah, Tolonglah kurayu, jangan dibuang anak itu! Damaikan sikecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia, InsyaAllah Allah, Dia akan mengasihani kamu...Petikan (dengan sedikit tambahan) tulisan Fatimah Syarha dalam kolum Remaja majalah Solusi isu no. 20, ms 69 bertajuk "Damailah Dalam Pelukanku."
sumber: Facebook Ustaz Zahazan Mohamed
sumber: Facebook Ustaz Zahazan Mohamed