Selasa, 30 Jun 2009

ARTIS 'PUJAAN' KERAJAAN NEGERI MELAKA HINA NABI?

Artis Bolywood yang menjadi kotroversi isu penganugerahan darjah kebesaran kerajaan negeri tahun lepas, Datuk Shah Rukh Khan kali ini didakwa cuba menimbulkan kontroversi paling sensetif terhadap umat Islam apabila kenyataannya dalam majalah 'Time'n Style' (sila klik) dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Datuk yang menjadi artis pujaan pilihan kerajaan negeri Melaka itu dikatakan mengeluar kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW seorang tokoh yang tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia.

Kerajaan negeri Melaka terutama Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam dikatakan berang dan minta ianya disiasat. Jika didapati benar, kerajaan negeri dijangka akan menimbang semula akan membatalkan kerjasama penubuhan studio perfileman Bolywood di negeri ini. Tapi bagaimana pula dengan anugerah 'Datuk'? Kerajaan negeri juga perlu menimbang untuk menariknya semula.

Isnin, 29 Jun 2009

NAMA 'BABI' LEBIH TEPAT DIGUNAKAN

Terdahulu penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) menjadi isu dan perbalahan dan selisih pendapat antara dua menteri. Rasanya pendapat Menteri Penerangan, Datuk Rais Yatim lebih tepat dan bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Manakala kenyataan Menteri Kesihatan pula menimbulkan kemusykilan kemungkinan ianya telah mempolitikan pekara ini dengan beberapa tujuan tertentu. Antara kemungkinan paling utama sekali ialah untuk mengawal supaya tidak terjejas teruk pasaran daging babi di negara ini dan beberapa perkara lain lagi disini.

Sejauh ini Kementerian Kesihatan juga tidak memberikan maklumat lengkap sama ada makan babi boleh menyebabkan wabah penyakit selsema babi . Tidak ada amaran dalam hal ini. Kenapa? Setakat hari ini tiada laporan penyakit ini dijangkiti oleh pengemar daging tersebut atau daripada penternak dan dari taukeh2 babi itu sendiri. Menurut maklumat terkini dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, 20 lagi kes baru selsema babi dilaporkan di Malaysia iaitu 16 adalah kes import dan empat lagi ialah kes jangkitan tempatan.

Ahad, 28 Jun 2009

AKHBAR KOSMO ANJUR 'PARTI SELEBRITI' ALA-MAKSIAT?

Bagi kebanyakan orang, bukan mudah untuk mendapat peluang bertemu, bermesra dan menjamu selera bersama artis-artis terunggul tanah air selain daripada dapat menjamu mata melihat tubuh2 gebu artis Melayu Islam yang separuh terdedah dibahagian dada. Namun, tidak kepada 150 pembaca bertuah Kosmo! apabila mereka diraikan dalam Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 yang dilangsungkan penuh bergaya di Hotel Sheraton Imperial semalam. Itulah berita dari Kosmo disini yang merasa bangga menyiarkan serta dapat menganjurkan sebuah parti ala-maksiat untuk rakyat negara ini yang mana majoritinya yang terlibat ialah bangsa Melayu yang beragama Islam. Kepada pemimpin2 agama negara ini atau apa saja agensi2 yg berwajib, ayuh janganlah tidur atau buat2 tak pandang dengan masalah sosial ini. Atau apakah pemimpin agama negara ini turut juga terhibur dengan parti sedemikan rupa? Wallahuaalam.

Seorang artis Melayu dengan pakaian separuh terdedah bangga bergambar dengan peminat2 mereka.

Inilah pakaian yang mereka tonjolkan dalam program Kosmo dekatkan mereka dengan peminat, berjaya mencuri perhatian peminat mereka untuk 'menjamu mata' dengan pakaian mereka yg separuh terdedah.

Khamis, 25 Jun 2009

PAS SETIA DGN ANWAR, RELA BERBAIK DENGAN DAP


Pelik juga rasanya, bila mana Islam yg menjadi asas perjuangan PAS menolak pula cadangan Kerajaan PERPADUAN yang mereka sendiri kemukakan. Cadangan yang disambut baik oleh UMNO itu kononnya akan memberi keuntungan kepada UMNO dan memberi alasan PAS akan diperalatkan dan telah serik bersama UMNO dahulu.
Bukankah PERPADUAN itu adalah dituntut dalam Islam dan ini menepati perjuangan parti yang mereka perjuangkan selama ini? Sejarah telah membuktikan, RASULULLAH sendiri telah mewujudkan konsep PERPADUAN semasa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah. Sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam itu sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan. PAS sepatutnya lebih cenderung ke arah itu jika mereka benar-benar memperjuangkan konsep Islam sejati.

Apakah PAS sebenarnya dalam dilema? Cadangan mewujudkan KERAJAAN PERPADUAN yang mereka sendiri cadangkan itu sebenarnya tidak menyenangkan langsung rakan pakatannya iaitu PKR dan DAP. Pas sebenarnya lebih takutkan kehilangan rakannya itu daripada berkerjasama dengan UMNO. Penolakan kerajaan Perpaduan, PAS sebenarnya telah memberi kemenangan kepada Anwar yang berjaya menyakinkan Rakan Pakatannya yang diwujudkan itu masih tetap utuh bersama. Dengan penolakan UG ini kita boleh lihat sikap hipokrit PAS yang lebih rela berkerjasama dengan DAP iaitu rakannya yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam.
Apapun kita semua kena hormat keputusan mereka. Mungkin Pas sudah menilainya dari semua sudut agar ianya tidak menjadi alat dan diperalatkan. Namun begitu aku SETUJU PENUBUHUAN KERAJAAN PERPADUAN demi untuk rakyat sejagat. Wallahualam.

Ahad, 21 Jun 2009

AWAS!! AL-QURAN PALSU BUATAN AMERIKA..!!

Aku baru dapat emel dari member berkaitan perkara ini iaitu WASPADA !! Al-Qur'an Palsu buatan Amerika Jangan abaikan maklumat ini, sebarkan ke semua muslim.

Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di Kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggeris, sekarang kabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang beritaa ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Kalau mau lihat isinya silakan kunjungi ke http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html


Contoh:



Kulat: sumber daripada member: Shamsul Hadi Bakri wfx8yx@onsemi.com. Terima kasih bro kerana hantar emel ni.

Rabu, 17 Jun 2009

'SERVICE' PALING BANGSAT YG PERNAH AKU TERIMA

AKU SELALU JUGA MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL BESAR MELAKA. KADANGKALA CEPAT DAN TAK KURANG JUGA LEMBABNYA TERUTAMA KALAU RAMAI PESAKIT. HARI INI (16 JUN) ENTAH KENAPA SELEPAS BALIK DARI JOGING, KENCING AKU TAK BERAPA CANTIK WARNANYA. MACAM ADA KEMERAH-MERAHAN SEPERTI ADA CAMPURAN DARAH.
JAM 8.00 MALAM AKU TERUS KE HOSPITAL BESAR MELAKA DI UNIT KECEMASAN. SETELAH MELALUI PEMERIKSAAN PERTAMA OLEH PEMBANTU PERUBATAN, NASIB AKU BAIK, TAK SAMPAIPUN 5 MINIT NAMA AKU DIPANGGIL UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR PULA.
SEMASA PEMERIKSAAN DIBUAT, DOKTOR YG MERAWAT AKU MEMINTA DARAH AKU DIAMBIL UNTUK PEMERIKSAAN LEBIH LANJUT LEBIH KURANG PADA JAM 8.30 MALAM. DOKTOR MEMAKLUMKAN PADA AKU DARAH AKU AKAN DIHANTAR KE MAKMAL DAN MUNGKIN MENGAMBIL MASA DALAM 1 JAM. AKUPUN MEMINTA IZIN DOKTOR UNTUK MEMBAWA ANAK2 AKU PERGI KELUAR MAKAN DAHULU MEMANDANGKAN MASA YG LAMA UNTUK AKU MENUNGGU.
SELESAI MAKAN AKU KEMBALI SEMULA KE UNIT RAWATAN LEBIH KURANG PADA JAM 9.30 MALAM DAN MENUNGGU SEHINGGA 10.00 MALAM NAMA AKU MASIH LAGI TAK DIPANGGIL UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN DARAH TADI. BEBERAPA MINIT KEMUDIAN KELIHATAN DOKTOR YG MERAWAT AKU TADI KELUAR SEPERTI BERSIAP UNTUK BALIK. BILA AKU TANYA RUPANYA DOKTOR TERSEBUT TELAH TAMAT KERJA PADA JAM 10.00 MALAM DAN SYIFNYA AKAN DIGANTIKAN DENGAN DOKTOR LAIN. NAMUN SEBELUM BALIK, DOKTOR TERSEBUT ADA BERPESAN KEPADA AKU SUPAYA TERUS MASUK KE DALAM SEKIRANYA UNTUK MENGETAHUI RESULT AKU TADI SAMADA SUDAH SIAP ATAU BELUM.
SEHINGGA JAM 10.30 MALAM, AKU SUDAH MULA RESAH TETAPI MASIH LAGI SABAR MENUNGGU UNTUK NAMA AKU DIPANGGIL. AKHIRNYA AKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TERUS MASUK KE DALAM BILIK RAWATAN DAN TERUS BERTANYAKAN RESULT AKU. NURSE YG BERTUGAS MENGAMBIL DARAH AKU TADI TERUS BERKATA BAHAWA KEPUTUSANNYA BELUM LAGI DITERIMA DARI MAKMAL DAN MEMINTA AKU TUNGGU DI LUAR SEHINGGA NAMA AKU DIPANGGIL.
SEHINGGA JAM 11.30 MALAM, NAMA AKU MASIH LAGI BELUM DIPANGGIL SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH NURSE YANG BERTUGAS TADI. AKU SUDAH MULA SEMAKIN RESAH DAN KALI INI KERESAHAN AKU LEBIH MEMBUAK2 MEMANDANGKAN ANAK2 AKU BERGELIMPANG TIDUR DI KERUSI MENUNGGU. AKU SUDAH MULA SEPERTI HILANG PERTIMBANGAN DAN TERUS MASUK SEKALI LAGI DI BILIK RAWATAN. ISTERI AKU MULA RISAUKAN SIKAP AKU JIKA AKU MEMBUAT SESUATU YG DILUAR JANGKAAN.
AKU TERUS BERJUMPA KEPADA NUSRE YG BERTUGAS TADI DAN SEPERTI AGAK MARAH KEPADA AKU (SEOLAH2 SEPERTI TAK RETI BAHASA MAKSUDNYA) TERUS MENGELUARKAN PERKATAAN YG MEMBUATKAN AKU TERUS MENINGGI SUARA. NURSE TERSEBUT MENYURUH AKU BALIK DAHULU KERANA RESULT AKU MASIH BELUM LAGI DITERIMANYA DAN KALAU SANGGUP KATANYA, TUNGGU SAHAJA DILUAR SEHINGGA DIPANGGIL. ITULAH SAHAJA PERKATAANYA YG KELUAR DARI MULUTNYA SEJAK MULA2 DARIPADA DARAH AKU DIAMBIL. BETUL2 MENYIRAP DARAH AKU DIBUATNYA. KALAU DOKTOR YG MENGARAHKAN, AKU BOLEH BALIK DAHULU TAK APALAH JUGA. INI NURSE YANG @#$%%#&% MACAM KAYU.
SUARA AKU PUN APA LAGI TERUS BERNADA TINGGI SEDIKIT DAN MENYATAKAN BAHAWA DARAH AKU DIAMBIL SEJAK JAM 8.30 MALAM DAN SEKARANG SUDAH HAMPIR 3 JAM AKU MENUNGGU NAMA AKU BELUM LAGI DIPANGGIL2 SEHINGGAKAN PESAKIT2 LAIN DATANG SILIH BERGANTI NAMUN AKU MASIH LAGI TERCEGAT DIRUANGAN MENUNGGU. SEPERTI SATU KEJUTAN, RAMAI NUSRE, PEMBANTU PERUBATAN DAN DOKTOR2 LAIN YG BERTUGAS DI UNIT KECEMASAN KESEMUANYA MENOLEH KE ARAH AKU.
KEMUDIAN DATANG SEORANG PEMBANTU PERUBATAN PULA CUBA HENDAK MEMBANTU LALU BERTANYAKAN KEPADA AKU APA NAMA AKU DAN WAKTU BILA DARAH AKU DIAMBIL UNTUK DIRUJUK PADA BUKU. DARAH AKU BERTAMBAH LAGI MENYIRAPNYA BILA NAMA AKU PULAK TIDAK TERCATIT PADA BUKU PROSEDUR MENGAMBIL DARAH. PEMBANTU PERUBATAN TADI TERUS MENENANGKAN AKU DAN BERJANJI AKAN CUBA MEMERIKSANYA DI UNIT MAKMAL JIKA ADA DAN MEMINTA AKU BERSABAR DAN AKU TERPAKSA MENUNGGU LAGI.
20 MINIT KEMUDIAN, KELIBAT PEMBANTU PERUBATAN TUPUN MENJELMA DENGAN DITANGANNYA MENGENGAM BEBERAPA KEPING KERTAS. DENGAN NADA YG LEMBUT, BELIAU MEMINTA MAAF DIATAS KESULITAN YG SAYA HADAPI DAN MENYATAKAN SEBENAR RESULT SAYA MEMANG SUDAH ADA TETAPI ADA BERLAKU SEDIKIT KESILAPAN KOMUNIKASI ANTARA DOKTOR DAN NURSE YG BERTUKAR SYIF PADA JAM 10.00 MALAM TADI. SELEPAS MENDENGAR PENJELASAN ITU , HATI AKU KEMBALI SEJUK.
SEMASA PEMERIKSAAN SEMULA, DOKTOR MEMAKLUMKAN BAHAWA RESULT AKU TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG MASALAH KOMPLIKASI. NAMUN BELIAU MENASIHATKAN AKU JIKA ADA TANDA2 LAIN SUPAYA SEGERA KEMBALI RUJUK KEPADA DOKTOR. SEBELUM BALIK AKU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN MEMOHON MAAF DIATAS SIKAP AKU TADI. SEBELUM BEREDAR AKU PULA MENERIMA MOHON MAAF DARI DOKTOR DAN PEMBANTU PERUBATANNYA ATAS SEGALA KESILAPAN YG BERLAKU KECUALI DARI NUSRE YG MENGARAHKAN AKU MENUNGGU DI LUAR DENGAN LAGAK DAN SIKAP SOMBONGNYA LANGSUNG TIDAK MENGELUARKAN SEPATAH PERKATAAN MAAFPUN .
AKU SEBENARNYA BUKANLAH MANUSIA ZALIM YG TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT KESILAPAN. SESUNGGUHNYA AKU MEMANG AMAT MEMAHAMI DAN MENGHORMATI TUGAS MEREKA PADA SITUASI SEBENAR DI HOSPITAL. NAMUN APA YG PASTINYA MEREKA JUGA HARUS MEMPELAJARI KESILAPAN YG BERLAKU SECARA TIDAK SENGAJA HANYA KERANA 'PENYAMPAIAN' YG TIDAK SEMPURNA. MEREKA PERLU BERUSAHA MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN KEPADA PELANGGAN. SUPAYA BERTEPATAN DENGAN MISI DAN VISINYA IAITU "Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat yang terkini" BENAR2 DIREALISASIKAN.

Rabu, 10 Jun 2009

MESTI BACA: ADUKATARUNA, 'PEMAKI' YANG HEBAT?

PEHHH... DASYATNYA BLOG NI. BILA MEMBACANYA, PERASAAN AKU SEPERTI MEMBUAK2 TIDAK SABAR UNTUK AKU MENOLONG PUBLISHKANNYA KEPADA BLOGER SEMUA KERANA BLOG INI TERLALU DASYAT TARIKANNYA. RUGI KALAU TAK BACA BLOG INI. TUAN PUNYA BLOG YANG MENGELARKAN DIRINYA 'ADUKATARUNA' INI MEMILIKI GAYA 'BAHASA' YANG SUNGGUH DASYAT. RUGI OHH!! KALAU TAK BACA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, SILA KLIK DISINI ATAU PADA GAMBAR BLOG DIATAS. BACA, BACA, JANGAN TAK BACA.

KULAT: RASA SUNGGUH KASIHAN KEPADA ADUKATERUNA INI. ENTAH DIMANAKAH SILAPNYA, ILMU DAN AKAL YANG TELAH DIPINJAMKAN SEKETIKA KEPADANYA TELAH TERGELINCIR SEDIKIT DARI LANDANSANNYA. APAKAH ADA HIKMAHNYA ALLAH TELAH MELAHIRKANNYA SEBAGAI SEORANG 'PEMAKI' YANG HEBAT. WALLAHUAALAM.

Selasa, 9 Jun 2009

ADA ORANG HINDU NAK MENGAJAR ORANG ISLAM?


Seorang pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian membidas di sini usul yang dibuat oleh PAS untuk mengharamkan Sisters In Islam sebagai golongan yang belum dapat menerima perubahan landskap politik negara pada hari ini. PAS yang meluluskan usul tersebut pada muktamar tahunannya mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat siasatan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan boleh mengelirukan masyarakat.

Dr. Sivamurugan telah tersilap memberi pandangannya hanya semata2 dari sudut iklim politik negara ini. Beliau perlu bertanya kenapa SIS ini menjadi sasaran golongan yang memperjuangkan Islam? PAS mempunyai asas untuk berbuat demikian demi menjaga kepentingan dan memelihara kesucian agama Islam itu sendiri bertepatan dengan perjuangannya. Ini bukan soal ideologi dari ciptaan pemikiran manusia tetapi melibatkan soal hukum hakam Islam yang tidak boleh diubah mengikut kesesuaian peredaran masa.

SIS pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi yang dilihat bertentangan dengan Islam. Gologan ini cuba hendak memodenkan ajaran Islam dan terbaru telah menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana mendakwa tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi pernah berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. Memang benar, tetapi Majlis Fatwa mempunyai alasan yang kukuh demi untuk menyelamatkan akidah. Ianya sama juga seperti orang Islam yang mempercayai bomoh yang memuja2, namun mereka tidak menukar agama Islamnya tetapi perbuatannya yang mengagung dan memuja selain daripada Allah itu yang dilihat salah.

Inilah Pemimpin SIS yang memperjuangkah hak sama rata wanita Islam
Baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka. Wallahuaalam.
Kulat: Yang peliknya pihak Jakim, Mufti, Ikim dan lain-lain yang berwajib semacam tak wujud lagi. Buatlah sesuatu kenyataan yang menyakinkan masyarakat. Manakala Menterinya pula sejak dilantik lebih banyak buat kerja perasmian aje.

Sabtu, 6 Jun 2009

LU ORANG SEMUA, ADA FAHAMKAH INI NOTIS.??

BILA AKU TERBACA JE NOTIS NI, TIBA-TIBA JE TERINGAT PULAK KAT MANTAN MENTERI PUSAKA BN, DATUK SAMY VELLU YANG SELALU BILA DIA BUAT SIDANG MEDIA, ITU MANTAN MENTERI SELALU CAKAP INI MACAM NOTIS JUGA, AIYOOOO......!!!. ITU HARI TOK SAMY ADA SANGAT MARAH SAMA ITU AWANG SELAMAT? APA HAL..??
kenangan mengusik jiwa tentang Datuk Samy Vellu.
1. SEMASA SATU SIDANG MEDIA BERKAITAN DENGAN AKTIVITI PERGERAKAN WANITA MIC, DATUK SAMY VELLU ADA BERKATA: " RAMAI WANITA2 MIC SEKARANG SUDAH SADAR AKAN KEPENTINGAN DARA. JADI HARI INI WANITA2 MIC TELAH MENGAMBIL PROAKTIF DENGAN MENDERMA DARA MEREKA DALAM SATU KEMPEN MENDERMA DARA".
DARA: DARAH
2. SEMASA DALAM SATU WAWANCARA BERKAITAN ISU POLITIK SEMASA TERUTAMA ISU KAFIR MENGKAFIR OLEH PAS, DATUK SAMY VELLU TERLALU MARAH DENGAN PEMIMPIN PAS LALU BERKATA: " SIKAP PEMIMPIN2 PAS NI MEMANG TIDAK BOLEH DIPAKAI, SUDAHLAH ORANG2 UMNO DIKATAKAN KAFIR, SAYA JUGA TURUT TERBABIT DIKATAKAN KAFIR".

Khamis, 4 Jun 2009

MANA PENGARAH JKR NEGERI??

Masalah kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ni rupa-rupanya sejak awal lagi sudah ada dalam pengetahuan Pengarah JKR negeri. Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, beliau sendiri telah memaklumkan nya selepas temasya sukan Sukma yang lalu sehinggalah hari ini stadium tersebut runtuh menyembah bumi sebelum sempat dibaiki.
Masalah struktur bumbung stadium telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukma 2008 dan terbaru kali terakhir tiga minggu yang lalu Ahmad Said telah meminta JKR segera menyiasatnya.
Bila dah terjadi sesuatu kini barulah 'tembelangpun pecah' rupanya bahagian binaan bumbung tersebut sebenarnya belum mendapat SIJIL SIAP KERJA yang sepatutnya dikeluarkan oleh JKR. Sehingga hari ini Pengarah JKR negeri sendiri belum lagi membuat kenyataan rasminya berhubung makluman yang diterimanya dari Datuk Ahmad Said.

Rabu, 3 Jun 2009

Mari Kita Tengok, SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL


"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN" biasanya ditulis dipapan tanda projek-projek dibawah pemerintahan kerajaan BN tak kira samada projek kecil mahupun projek mega. Papan-papan tanda tersebut adalah untuk menunjukkan hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berkemampuan memberikan pembangunan kepada rakyat.
Namun dalam perlaksanaan projek, kejujuran memainkan peranan ke arah sesuatu kejayaan untuk mecapai matlamat yang sebenarnya. Tanpa kejujuran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab akhirnya duit rakyat bernilai RM292 juta untuk sebuah pembangunan projek mega akhirnya runtuh di Gong Badak yang mengakibatkan kemusnahannya 50 peratus daripada strukturnya musnah. Amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Sementara itu, kerajaan negeri pula akan melantik perunding bebas yang benar-benar berkemampuan dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Kerja Raya bagi mengenalpasti punca kejadian yang mana kerugian dianggar RM25 juta. Kerajaan negeri dijangka terpaksa pula menambah kos untuk perunding bebas dari luar negara. Begitulah kaedahnya duit rakyat dibelanjakan hasil dari 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Apa lagi SPRM tunggu..??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN