PERHATIAN!

08 July 2010

Ummi pagi-pagi tadi lagi dah beremosi dijalan raya ye, sila maklum. Walaupun rasa amat puas hati dengan KPI (key performance indicator, sila kagum ye) sesi pagi hari ni kerana berjaya membuat sarapan keropok lekor T’ganu seplastik yang diminta oleh en abang untuk dijamu kepada rakan-rakan ofis beliau, dan juga memasak menu baru Quacker Oat Bilis Tumbuk khas untuk anak dara ummi yang uchuk tu, dalam waktu yang singkat, dengan menyediakan bekal, menggosok baju, menghantar uchuk ummi tu ke umah ibu dan juga berkejar ke Shah Alam untuk ke ‘sawah’, menyebabkan adrenalin Ummi berlari laju!

Kebergegasan Ummi menyumbang kepada pecutan pemanduan di lebuhraya KESAS – ELITE – PLUS. Lorong paling kanan memang menjadi feveret Ummi setiap hari. Sape yang lembab, sentiasa mendapat habuan ‘high beamdari Ummi. Selagi si lembab tu tidak mengubah lorong, selagi itu Ummi kasi lampu tinggi. Dapatkah anda rasain kepantasan adrenalin Ummi ini?

Bagus!

Tetapi hari ini...pagi ini...agak nye memang dasar tak paham bahasa insyarat gamaknya, tak paham ‘car language’, atau sengaja buat-buat tak paham, menyebabkan bukan saja adrenalin Ummi berlari laju tetapi darah menyirap ke kepala! Hamburan BOD*H pantas keluar! Ada la 2 kali. Pantang bagi Ummi dan keluarga Ummi menyebut perkataan –ve itu, namun hari ini Viva Biru WQY 1922 memecahkan pantang larang sebutan itu dengan menaikkan emosi Ummi yang mulia ini menjadi emosi durjana! Bila Ummi cucuk dia, dia main brake pulak! Woiiii!

Ingat Ummi ni gegirl yang tak terer drive ker? Heloooo!! Ummi ni gegirl yang berpengalaman memandu 11 tahun okay!Form 5 dah ade lesen ye! Dont play play! Ummi overtake dia potong kiri...! Hah kau! Selamat Tingal!, duk la kau kat lorong kanan dengan kelembapan kau itu!

Kepada yang nampak Viva BIRu ini....sila bersedia untuk mengekor bontot kete dia yang sengaja dibasah dilembabkan!

4 Comments for this entry:

Delima Merah said...

berhati2 ketika memandu,jgn ikut hati.

kuehbangkit said...

baik mak!

CeMoNG said...

rileks la gegirl..jgn marah2,nti temperature tgi sokmo..:)

kuehbangkit said...

baik Cemong! gegirl dah cool dah ni

Enjoy