Ape perasaan anda bila tiba tiba anda terasa seperti mereka sedang memperkatakan tentang anda atau senang cakap nye rasa cam orang ngumpat kita...cane korang rasa?
Saya, bila terdgr orang bersoksek aje, mesti perasan, aku ke yg deme umpat tu? mula la pasang telinga setajam nye...mula la telinga ni tumpu pada butir butir sebutan derang tu.
Lepas, if perkataan yg dpt ditangkap oleh telinga ni ade kene mengena dengan diri sendiri, mula la rasa kebas otak kepala dan darah cam tak jalan...rasa takut tak tentu pasal...alamak...ape sal ni...takut, risau semua ada. Mula la rasa nak lari jauh dari derang....
Ku lari ke hutan...
kemudian teriak ku
Ku lari ke pantai...
kemudian menjerit ku
Ku lari ke sana sini
kemudian....
(sila sambung sendiri...)
Persoalannya...perlukah saya berperasaan begitu?
Atau....
Sila jangan perasan ye! deme bukan ngata kome pun, deme ngata orang lain, yang kamu terasa lebih ni ngape? deme tu pun bukan nye elok sgt! koje pun ala kadar aje...rezeki tu bukan di tangan deme, itu Allah yang tentukan...
Gitu kah?
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Instinct
29 July 2010
Ceritera kuehbangkit at 4:17 PM 3 Comments for this entry
Jawapannyerr
Trutt..
Ayang: ellooo...dah dpt jawapan dah?
Abang: alah! soalan kacang cam ni! kacang aje..
Ayang: cepat la jawab...
Abang: Taik idung! wakakakakak
Ayang: wakakakakakakkakakaka
Ceritera kuehbangkit at 2:13 PM 2 Comments for this entry
Mood hari ni ialah....berteka teki teka tekuk
Abang: ayang, kalau ayg genius, ape bendenya dalam ikan luar nye udang? jawab jawab!
Kalau dah dpt jwpn call abang ye...tutt
10 minit kemudian...
Ayang: ello! ni org genius nak jwb ni...
Abang: ha, ape dia jawapannye?
Ayang: jawapannye ialah.....
...........
...........
...........KEROPOK!!
Abang: cane leh tau ni? genius genius!
Ayang: ok, ayang pulak bagi soalan..
Abang: erk, abang pun kene ke?
Ayang: apa benda nye, mencari punya la susah, tapi bila dah dapat, di buang pulak?ha jawab!!
Abang: nanti abang call! klik.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Mana ni, tak call call pun lagi....hahahahahah
Ceritera kuehbangkit at 10:51 AM 2 Comments for this entry
GCB
22 July 2010
"Great Chicken Burger"
"G for gempak, gurdilicious, and its GONE!"
To me, its sedap, small, cepat habis di telan after 4 bites!
GCB mahal, tapi tak kenyang. Mungkin kene makan 3 biji GCB ni baru terasa perut terisi.
Kesimpulan:-
Tak puas memakan nya.
Ceritera kuehbangkit at 2:22 PM 3 Comments for this entry
Sekerat hari
Heheh, sila jangan kondem saya!
Hari ni hajat utk meneruskan puasa tergendala. Kerana hanya mampu berpuasa selama 6 jam sahaja heheh, cam bebudak.
Bukan ape, pg tadi b4 g keje, sedang sibuk menceduk bubur zara, saya tertanya, eh, ape la rasa bubur anak aku ni, tawar ke? terus tgn ni cuit dan rasa. Hmm, eh eh, tawar laaaa. Jadi saya tambah kan sikit lg garam...kemudian rasa sekali lagi...Hmmm...ahh, dah ok dah...ade rasa garam sikit....sekali...CHOII, puasa laaaa!!, lantas men tuih tuih tuih ludah saki baki yg terlekat di lidah.
Di office pula, telinga ni rasa gatal pulak, lantas tangan ni laju je mengorek ahhh, sedap nye! hilang gatal...
ALAHHHHHH....puasa la hari ni!!!!! berapa kali nak ter ni?
Terus la rasa puasa hari ini tidak berkualiti. Dan jiran sebelah meja pun dan dan tu menghulurkan karipap kentang nya.
Dan, doa berbuka pun di baca...
Nak makan ape ek lunch ni?
Ceritera kuehbangkit at 12:50 PM 3 Comments for this entry
1 Tahun
16 July 2010
Alhamdulillah,
Syukur atas segala rahmatMu buat hambaMu yang kerdil ini.
Murahkan lah rezki anakanda Zara, permudahkan lah laluan hidupnya, murahkan lah rezki nya dari setiap penjuru dirinya, jadi kan dia anak yang solehah, beriman bertaqwa kepadaMu, menghormati kami kedua ibu bapanya, menjadi insan yang disenangi dan disayangi di dunia hingga akhirat, serta perliharalah diri dan batin nya dari sebarang perkara yang tidak baik, dan kurniaankanlah dia dengan kebijaksanaan, kecerdikan dan kepintaran ilmu duniawi dan ukhrawi.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ceritera kuehbangkit at 9:40 AM 2 Comments for this entry
Count Down: 1 Year Besday Tomorrow
15 July 2010
Tomorrow is Zara's 1 year Birthday!
Ceritera kuehbangkit at 2:55 PM 3 Comments for this entry
(Email dari rakan) Dasyatnya Doa Seorang Ibu
13 July 2010
Email ni office mate forwardkan. Rasa elok untuk di kongsi bersama. Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
Surah Al-Baqarah ayat 286.
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
@Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
@ Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
@ *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
@ Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
@ Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
~~ Melihat kaabah sehingga menitis air mata
~~ Membaca quran sehingga menitis air mata
~~ Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
@ 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
~~ Anak
~~ Ibu
~~Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah je
@ Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
@Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
@Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
@Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
@ *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
@ Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
@ "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
@ *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
@ Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan
@ Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
@ Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
@ "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
@ "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
@ *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
@ Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita walau telah tiada!
@ *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
@ Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
@ Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time
@ Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
@ Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
@ Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
@ *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
@ Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
@ *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
@ Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
@ Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
~~ Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
~~ Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
~~ Symptom dah terkena saka
# Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
# Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
# Susah nak dapat anak, senang gugur
# Ada rasa kelibat orang lalu
# Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
~~ Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
@ Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
@ 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
@ Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
@ Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
@ Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
@ Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
@ *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
@ Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
Ceritera kuehbangkit at 3:57 PM 3 Comments for this entry
Banker hari Sabtu
12 July 2010
Ceritera kuehbangkit at 12:57 PM 0 Comments for this entry
Dia Busy
Entry bergambar.
Zara yang sibuk di malam hari sebelum tido.
Ceritera kuehbangkit at 12:49 PM 0 Comments for this entry
Cup Cake Dedication Day
Ceritera kuehbangkit at 12:05 PM 0 Comments for this entry
DAH DAPAT KAKI!
Ha! Ni Ummi nak canang kegembiraan Ummi ni! Alhamdulillah pagi semalam tarikh 11/7/2010 bersamaan usianya 11 bulan 3minggu, dengan rasminya anak dara Ummi yang nama nye Zara tu dah boleh berjalan tanpa apa apa sokongan dah! Ahhaha! Ummi sangat terkejut dan teruja dan terexcited terlebih semasa beliau berjalan dgn laju nya dari muka pintu bilik masuk ke dalam bilik dan meluru ke arah Ummi yang ketika itu Ummi tengah cari towel nak mandikan dia...
Terus lah Ummi mendakap dia bila dia sampai kat Ummi! Jauh juga, ada la dlm 7 langkah...y elah...for the first time she’s stepping without any support, kira jauh la tu kan.
Jadi nye aktiviti seharian semalam ialah, memberi galakan kepada beliau utk berjln. Seronok aje lah dia tu! Gelak sesaja setiap langkah. Gayat lagi kot. Tapi diapun suka nak berjalan. Tak main la slow slow ye Zara? Memang laju je langkah nye sambil ngenyih (ngonyen kata orang perak)!
Lepas ni senang la ayah dan Ummi, tak de la nak dukung dia selalu...tak de la letak dalam walker dah...takde la...err...ape? tak leh letak dlm walker dah? That means....dia akan dengan mudahnye masuk ke dapur dan segala ceruk? Haa?? Habis lah! Ummi dan ayah harus lebih berhati-hati lepas ni! Kena jauhkan dan tinggikan bende2 merbahaya so that anak dara uchuk tu tak leh capai!
Syabas sayangku! Welcome to the walking world!
Ceritera kuehbangkit at 10:48 AM 2 Comments for this entry
Tazkirah Jumaat - Ayat 1000 Dinar
09 July 2010
Assalamualaikum wbt.
Di pagi Jumaat penghulu sekalian hari ini, Ummi ingin mengajak anak-anak semua bersama-sama Ummi mengupas tajuk tazkirah kita yang memberi makna yang besar dan maksud yang mendalam serta mempunyai kelebihan yang baik sekiranya diamalkan.
Baiklah anak-anak yang Ummi sayangi,
Tahukah anda Ayat 1000 Dinar?
Ayat ini dari Surah At-Talaq ayat 2-3 yang berbunyi:-
Maksudnya:- Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Menurut kisah yang Ummi dengari dari Ustaz dan Ustazah Ummi dulu, ayat ini turun setelah ada salah seorang sahabat nabi mengadu dan memohon pertolongan mencari jalan macam mana nak melepaskan anak dia yang telah ditawan oleh pihak musuh. Dan nabi kita berdoa memohon pertolongan dari Allah. Dan tidak lama selepas itu, anak sahabat nabi itu dilepaskan dari tawanan pihak musuh, bukan sahaja itu, anak itu ditemukan dengan seekor kambing lalu di bawa pulang. Lalu turunlah ayat ini. Wallahua’lam (sekiranya tidak tepat, sila tegur Ummi ye!).
Ayat ini memang Ummi dah hafal dan sering membacanya dikala Ummi rasa gentar, tidak yakin, was-was dan rasa sempit. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Pernah suatu ketika, Ummi mewakili universiti Ummi dalam satu rancangan quiz di televisyen bertajuk JUARA MINDA yang ketika itu dihostkan oleh Rosyam Nor dan Betty Banafe. Ummi agak ketaq lutut dalam keayuan. Rancangan ini ada banyak segmen, ada politik, ada sejarah, geografi, hiburan, sukan dan sains. Ummi ni tidak lah berIQ tinggi sangat, ala kadar aje, soalan pulak memang kita tak tahu dari mana sumber nya. Jadi untuk mengelakkan rasa gabura dan cuak serta nerbes, Ummi tak henti henti membaca ayat ini. Dan tiba giliran Ummi, dan 2 lagi peserta U lain naik ke pentas quiz itu, Ummi tetap rasa seram sejuk...namun begitu, Ummi berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan menekan buzzer dengan pantas, dan jawapan Ummi yang main belasah sahaja itu mengena! Dan Alhamdulillah, untuk episod itu, Ummi berjaya menjuarai nya, Ummi telah mengalahkan seorang jejaka hensom (jgn marah!) dari UKM (dengarnya pelajar jurusan undang-undang) dan juga seorang jejaka tak kurang sikit hensom nya tetapi manis dan tampan dari UITM (dengarnya jurusan Masscomm). Sekaligus melayakkan Ummi utk masuk ke peringkat seterusnya iaitu semi final. Hadiah yang Ummi terima ialah set henfon Nokia model executive (tak ingat model ape), beserta talian DiGi dengan prepaid RM300. What do you expect for a first year student at that time somewhere in 2000?) Dapat henpon tu punya la syok! Orang lain dok pakai public phone lagi!.
Di sesi semifinal itu pula, Ummi pasrah, sbb nye bertanding dengan dua lagi jejaka yang terrer la (sebab depa adalah johan episod episod lepas), ayat ini tetap terus dikumat kamit oleh Ummi. Dan kali ini, Ummi menang tempat keDua. Alhamdulillah! Hadiahnya penerbangan MAS pergi balik ke Langkawi serta penginapan 3hari 2 malah di Hotel Awana Porto Malai dengan set breakfast dan dinner. Dan itulah 1st time Ummi naik flight!
Selain itu, Ummi sering amalkan setiap kali Ummi pergi interview selepas grad dari U. Alhamdulillah, diterima bekerja.
Dan selain itu, Ummi amalkan setiap kali final exam semasa di sekolah dan di U. Alhamdulillah, untuk Ummi yang otak tak segenius Adiputra itu, Ummi lulus dengan jayanya Alhamdulillah.
Namun, harus diingat, disamping hafalan ayat ini dan mengamalkannya, kita harus menjaga amalan wajib dan sunat sebagaimana yang diseru olehNya. Bukankah maksud awwalan ayat ini “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah...”
Dan Ummi ini manusia biasa, adakalanya lalai dan leka. Sekirnya apa yang Ummi doakan, tetapi tidak mendapat apa yang dihajati, Ummi akan muhasabah diri...mungkin ada kesalahan yang Ummi telah buat dan harus diperbetulkan. Kalau dulu setiap Khamis malam jumaat aje, mesti baca surah Yaasin. Tetapi sekarang, sentiasa tak sempat. Kalau dulu rajin buat solat hajat, rajin baca Quran, tetapi sekarang...sering saja terlajak dan tak sempat...sungguh ruginya Ummi ini...
Jadi anak-anak, marilah kita sama-sama mengerjakan amal soleh dan jangan tinggal solat ye! Harus rajin mengaji Quran, harus dengar ceramah agama ye! Pesanan ini untuk Ummi sendiri dan anak-anak semua.
Ceritera kuehbangkit at 8:56 AM 2 Comments for this entry
PERHATIAN!
08 July 2010
Ummi pagi-pagi tadi lagi dah beremosi dijalan raya ye, sila maklum. Walaupun rasa amat puas hati dengan KPI (key performance indicator, sila kagum ye) sesi pagi hari ni kerana berjaya membuat sarapan keropok lekor T’ganu seplastik yang diminta oleh en abang untuk dijamu kepada rakan-rakan ofis beliau, dan juga memasak menu baru Quacker Oat Bilis Tumbuk khas untuk anak dara ummi yang uchuk tu, dalam waktu yang singkat, dengan menyediakan bekal, menggosok baju, menghantar uchuk ummi tu ke umah ibu dan juga berkejar ke Shah Alam untuk ke ‘sawah’, menyebabkan adrenalin Ummi berlari laju!
Kebergegasan Ummi menyumbang kepada pecutan pemanduan di lebuhraya KESAS – ELITE – PLUS. Lorong paling kanan memang menjadi feveret Ummi setiap hari. Sape yang lembab, sentiasa mendapat habuan ‘high beam’ dari Ummi. Selagi si lembab tu tidak mengubah lorong, selagi itu Ummi kasi lampu tinggi. Dapatkah anda rasain kepantasan adrenalin Ummi ini?
Bagus!
Tetapi hari ini...pagi ini...agak nye memang dasar tak paham bahasa insyarat gamaknya, tak paham ‘car language’, atau sengaja buat-buat tak paham, menyebabkan bukan saja adrenalin Ummi berlari laju tetapi darah menyirap ke kepala! Hamburan BOD*H pantas keluar! Ada la 2 kali. Pantang bagi Ummi dan keluarga Ummi menyebut perkataan –ve itu, namun hari ini Viva Biru WQY 1922 memecahkan pantang larang sebutan itu dengan menaikkan emosi Ummi yang mulia ini menjadi emosi durjana! Bila Ummi cucuk dia, dia main brake pulak! Woiiii!
Ingat Ummi ni gegirl yang tak terer drive ker? Heloooo!! Ummi ni gegirl yang berpengalaman memandu 11 tahun okay!Form 5 dah ade lesen ye! Dont play play! Ummi overtake dia potong kiri...! Hah kau! Selamat Tingal!, duk la kau kat lorong kanan dengan kelembapan kau itu!
Kepada yang nampak Viva BIRu ini....sila bersedia untuk mengekor bontot kete dia yang sengaja dibasah dilembabkan!
Ceritera kuehbangkit at 9:47 AM 4 Comments for this entry
Bila
07 July 2010
Apakah perasaan anda bila...
Situasi 1
Anda tidak mengetahui sesuatu dan kemudian dikutuk
"Ha? itu pun tak tau?!, ambik la tahu sikit!!"
Situasi 2
Anda bertanyakan sesuatu yang anda tidak tahu agar orang dapat lihat yang anda sedang mengambil tahu, tetapi diherdik
"Ha???baru tau kerr??ape la hang ni, orang lain dah lama tahu!!"
"pasal tak tahu la kita tanye ni, bila dah tanye tak nak beritahu pulak! cane lah orang yg tak tahu tu nak tahu?"
And is it relevan if I merajuk dan ambil hati?
and, bila I merajuk dan ambil hati, tetapi orang itu tetap tidak merasa bersalah sebalik nya tetap menegakkan benang yang basah mengatakan "nape merajuk dengan kite?yang hang tanye kita kenapa? tanye la kat orang lain!"
Fedap!
Ceritera kuehbangkit at 10:22 AM 6 Comments for this entry
Rela
01 July 2010
"Aku lebih rela mati, jika semua orang menyayangi aku, tetapi di benci oleh ibu, ayah, atausuami aku."-sueannajoe
Ceritera kuehbangkit at 10:53 AM 1 Comments for this entry