Bengangnyee!!

13 December 2007

~
Bersempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor Selasa lepas, semua rakyat dibawah naungan nya di beri cuti umum untuk mereka meraikan hari jadi nya. Namun jangan la pulak buat - buat tak tahu yang kebanyakan rakyat nye mengambil kesempatan untuk bershopping, berjalan-jalan, bersiar-siar, berdating dan juga tido di sana-sini, dan salah seorang daripada nya adalah 'eden'...hehe
~
Memandangkan eden ada urusan di 2 buah pejabat kerajaan di KL, jadi eden ambil kesempatan time-time cuti ni nak menyetelkan hal itu, tambahan pula 'lelaki ini' outstation ke sebuah pulau (sampai hati g pulau tak bawak eden, tp kalau bawak kang bahaya!)...Eden mengambil keputusan utk menaiki kenderaan awam seperti Star LRT dr rumah eden kerana disamping menjimat kan duit minyak dan duit parking, eden juga dapat menjimat kan kederat eden mencari parking yg amat susah nak dpt di KL lagi pulak kereta si 'lelaki ini' panjang. Kereta panjang ni susah sikit, maklom le punggung (opps maaf kalau kurang sopan) panjang...amat lah tidak praktikal nak park kereta itu di jalan yang sesak (alah sebenarnya tak berapa terer lagi nak bawak kete dia, banyak kompelin plak!)
~
Jadi tiba saje di stesen bandaraya eden pun turun la tangga. Memandangkan pejabat itu jauh juga dr LRT, jadi eden terpaksa le berjalan kaki. Bukan ape, sekali sekala kita perlu exercise demi kesihatan ye dak?!, jadi rupenye jauh jugak pejabat tu ye, nak melintas jalan pun susah...maklom le kereta banyak, jejantas pulak tidak relevan utk di gunakan sebab letih tau nak panjat tangga jejantas tu. Jadi eden pilih utk tidak menggunakan jejantas. Itu tindakan bijak eden. Well,terpaksa la tunggu jalan itu selamat utk dilintas dulu baru le boleh melintas. Mau nak dekat 15 minit eden standing in the eyes of the bahu jalan, sempat jugak la eden menyedut gas karbon dioxide dan jugak habuk. Tak pe, penantian itu kadangkala bukan la satu penyeksaan bagi mereka yang sabar kan! Jadi jln lengang je, eden pun melintas le.
~
Tiba je di pejabat itu eden tgk ramai yg sedang beratur. Aih, ape ramai - ramai nih. Eden ingat nak print aje. Tak kan print pun kena kat ruang legar kan. Jadi eden pelik dan terus jumpa pak guard.
~
"encik, saya nak print je...kat mana leh print ye?"
"sana"
Hah, sana mana plak nih...
Owh rupenye kene beratur cam org lain. Mesin tu boleh tolong print kan. Bagus nye. Bila sampai turn, eden pun masukkan Mykad, buat pilihan dan pilih print. Terus keluar ape yang di hajati...
WOW....eden rasa seronok. Lalu eden rasa teruja lalu keluar dari barisan dan pergi ke mesin yang lain dan beratur sekali lagi. Eden nak print banyak-banyak, tapi mesin tu hanya boleh print 1 je. Tu sebab eden gi mesin yang lain pulak (sekurang² tak de le org yg nampak eden beratur kat line yg first tadi tau eden beratur lagi sekali). Sambil beratur tu eden pun melihat-lihat gelagat manusia yang lain, ade yang tak reti nak guna mesin tu, ada yang tak reti tapi buat-buat reti, dan ade jugak yang marah kat mesin tu sebab tak keluarkan ape yang dia nak (ek elleh, dia yang salah tekan tu!). Eden senyum je, tetiba ade sorang mamat sebelah line eden nih usya eden (eden tau eden cute...comel pulak tu, tu sebab mamat tu tengok eden!)...lama-lama baru eden perasan yang mamat tu sebenonye buat muka pelik bila melihat eden sedang tersengih sorang-sorang...(waaa...malu la I!)..tak pe...eden pun ternampak yang mamat tu pakai tali tag "tabung haji" (maknenye dia keje tabung haji la), demi mengcover diri, eden pun buat-buat ramah sambil menserkap jarang...
~
"encik kerja tabung haji kan?!" (soalan cam konfiden jerk)
"eh mana tau ni?"
"hmmm, saya tau, tengok gaya dah tau!" (sambil tersenyum bangga)
"kenapa yer?"
"sy nak tanye, kat sini kat mana tabung haji yang terdekat ek"
"owh, ada, kat area Maju Junction"
"kat mana tu, jauh tak dr sini?kalau jalan kaki lenguh tak?"
"owh..tak, dekat je cik,cik jln kaki sampai Sogo...Sogo tau?"
"tau!" (ek elleh mamat ni, tak kan Sogo pun eden tak tau)
"Pertama tau?"
"tau!" (eh, ingat eden tak tau ker?, eden org Keyel laa)
"kalau gitu, cik jln kaki smpi kat Pertama, depaaan sikit ade traffic light, kat situ ada UniAsia, kat situ la cik!"
"owh, tq ye encik"
~
Turn eden pun dah sampai, nasib baik! kalau tak mesti mamat tu nak amik kesempatan ngorat eden kan...hish...tak nak le makcik!
~
So mesin tu pun print kan sekeping lagi buat eden. Seronok nyee. Jadi kaki eden pun menapak lagi ke pejabat yang satu lagi...letih juge ye ber exercise di bandaraya Keyel nih. Tak pe, eden pun jalaaan la lagi. Sampai je kat pejabat satu lagi, tak jumpa plak pintu nye. Nasib baik ade cleaner indon, dia yang tunjuk jln. Nasib baik urusan nye kejap je.
~
Sekarang nak pegi Tabung Haji plak, eden nak simpan sikit duit. Sikitpun jadi le drpd tak de kan. Bermula dr bangunan DBKL, eden menapak, menuju ke bangunan KWSP, menapak lagi menuju Sogo, lagi ke Pertama, lagi ke Sekolah Pendidikan Khas, Jagi ke Jalan Batu (eden tak pernah tau ade Jalan Batu kat Keyel)....hai...dah jauh berjalan ni, high heel eden pun dah nak patah nih...mana traffic light ni...owh...depaan sikit daa...jauh betoll...mamat TH ni dah auta eden ni....kata dekat...ini bukan dekat...ni nama nye far far away! Lepas tu eden menapak lagi smpi UniAsia...tak nampak pun TH....aik, mana ni!...eden dah mula naik hangin...penat sehhh!...mekap dah cair nih...lutut pun dah gigil-gigil ni...mamat ni kena kan eden le nih!...tak pe sabo...jalan lagi...sampai ke Menara Eon Bank....pun tak de jugak...akhirnya eden penat...penat...ade pulak mamat despatch kat depan Eon Bank...eden pun tanye le dia
~
"encik, tumpang tanye, Tabung haji kat mana yer?"
"Tabung Haji?, tabung haji yang pegi Mekah tu?"
"ye!"
"yang boleh simpan duit tu?"
"yer!"
"adik nak buat ape pegi Tabung Haji?"
"(eden dah penat niey, kang ade yang makan kasut ni!)Saya ada urusan sikit kat situ, kata mana yer?"
"Tabung Haji yang mana adik cakap ni? yang dekat sini ke kat tempat lain?"
"adus (dlm hati je le), yang terDEKAT kat sini, saya dengar kat Maju Junction, tapi kat mana tempat tu encik, boleh bagi tau arah tak?"
"Maju Junction?ade ke Tabung Haji kat situ?"
"yer, ade, cuma saya tak tahu arah je, boleh bagi tau tak?"
"hermm(sambil berkerut-kerut dahi dia), kalau Maju Junction tu sy tau le, tapi dah jauh dah dik"
"tak pe, saya kene patah balik la kan, lepas tu ikut mana ye?"
"adik tahu tak kat mana bangunan paling tinggi kat sini?"
"(mamat ni memang betul-betul nak kene sepuk ni, eden dah tahap bengang nih!!)Tak tahu, saya tak tahu!"
"kalau tak tahu susah nih dik, ermm...adik tahu bangunan yang ade gambo Pak Lah?yg mcm bendera tu?"
"mana laaaa saya nak tahu, semua tempat ade gambo Pak Lah"
"Betul jugak ye...kalo cam tu adik pegi blkg bank ni, tgk yang mana bangunan paling tinggi"
~
Waaaaaaaaaa....mamat ini mempersenda kan diri ku!!!!
Sudah nye eden malas nak dgr cakap-cakap mamat ni (walaupun begitu, mata eden tetap mencari bangunan paling tinggi) rupenye dah jauh eden terlajak berjalan. TH tu rupenye kalau eden jln melalui main entrance Pertama dekat laa sikit....hish..bengang nye eden!

moral: jangan mudah percaya kepada Mat Despatch, posman tak pe!
~~~~: tak payah le exercise....buat penat je!!

Ouch!!

12 December 2007

~
Pada suatu hari, ada seorang lelaki ni kan, dia nak pegi beli robot transformers kat Berjaya Times Square(BTS). Hari tu ialah hari Ahad. Sudah tentu ramai yang pergi ke sana. Jadi lelaki ini tidak mahu berada lama di BTS kerana nanti parking fee akan meningkat. Kalau 1 jam bersamaan RM3.00

Lelaki ini pun pergi la membelek robot itu di kedai yg menjual. Bila sudah berpuas hati lelaki ini pun membayar dengan lekasnya(betui ke tatabahasa ni). Dengan cepat lelaki ini mengajak buah hati nya ke lif. Tiba-tiba si buah hati pula ingin membeli roti Aunt Annie's, kerana bau nya yg semerbak. Maka lelaki ini merungut-rungut suruh cepat, takut lebih dari sejam.

Si buah hati pun lekas-lekas la beratur dan membayar duit roti (kesian awek dia). Sesudah itu, lelaki ini pun bergegas mencari lif untuk turun ke basement. Tetapi malangnye, tidak ade satu lif pun yg berhenti di tingkat itu. Habis tu lelaki ini pun membara la. Jadi dia terus menarik tangan buah hati nya ke tangga kecemasan. Si buah hati pulak pakai high heel, jadi agak slow le berjalan nye. Lelaki ini semakin marah, lantas dia terus membuka pintu tangga kecemasan dengan rakus nya dan menonong turun ..tinggal la si buah hati di belakang sambil memfollow.
Tiba-tiba lelaki ini naik kembali..lalu bertembung dgn si buah hati yg sedang menuruni tangga.
"kenapa bang?"
"tangga ni sampai tingkat bawah ni je, peh tu pintu kunci!" sambil memoncong kan moncong nye.
"laaaa, tu laaa kan dah cakap td tunggu je lif!"

Lalu lelaki ini terus menderu semula ke lif, bersama si buah hati yang penyabar...tak lama lepas itu ting!!...lif tiba.
Terus lah mereka turun ke basement. Oopss, lupa pula nak bayar tiket autopay.

Disebab kan lelaki ini sedang hangin dan marah-marah, lalu dia terus melulu memberaturkan diri. Si buah hati pula setia menunggu di tepi barisan. Lalu lelaki ini memasukkan tiket ke dlm mesin, tertera RM3.00, si buah hati pun menawarkan sekeping note hijau RM5 kepada lelaki ini(dengan niat memujuk), namun demi ego dan macho, lelaki ini buat dono je kat si buah hati...tidak mahu menyambut RM5 itu lalu dengan angkuh nye mengeluarkan duit nya sendiri berwarna merah iaitu RM10. OK! si buah hati pun simpan le balik RM5 itu (owh tak nak yer?!, tak pe!)

Tiba-tiba....
Kprengggg...ting ting ting...bunyi duit syiling 50 sen terpelanting-pelanting keluar dari mesin, lalu menarik perhatian orang ramai yang sedang Q di mesin itu, juga mereka yg menuruni escalator! OWH malunye rasa si buah hati, tidak sanggup rasanye mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai...bayangkan 14 keping syiling 50 sen bertaburan, tak ke banyak tu?!

Maka glamourlah si lelaki ini sambil mengutip duit syiling dengan "macho"!...walaupun si buah hati tidak membantu mengutip duit tersebut, namun si buah hati tetap setia menunggu di tepi. Selesai mengutip, lelaki ini terus berjalan laju menuju escalator ke basement bawah sambil merungut-rungut , langsung tidak di tunggu nye si buah hati yg sedang menahan gelak (kalau gelak lagi laa dia hangin kan?!)..tak pe...si buah hati pun cepat-cepat follow, namun lelaki ini cepat tiba di pintu kaca basement dan terus menolak pintu itu dengan sepenuh tenaganya (maklum la, takut si buah hati dpt kejar, lagi pun boleh la lelaki ini meniggal kan awek nya di BTS!- niat lelaki ini di dalam hati)

Sekali kannn...

Bubbb!...terhantuk pulaak... hik hik hik!!! kesian lelaki ini, pintu tu tendang balik ngeh ngeh ngeh!
Tu la, lain kali bace! Pintu tu bukan tulis "PUSH" tapi dia tulis "PULL" yang di tolak kenapa?? memang le tak boleh bukak! kan dan kene!

Malu lagi sekali...

moral: jangan lah anda sekali-kali berniat utk meninggal kan awek anda, dan jangan cepat angin ok! ;-)

Alamak, terbang pulak!!

10 December 2007

~
Time-time hujan gini sesuai le kalo gi Giant kan, leh mkn makanan yg lain sikit kat sana.
Bila dah sampai tak tau plak nak order ape, jadi beratur la kat popia stall, popiah dia lain sikit besar!
Bila dah sampai giliran, tetiba rasa nak makan yg lain pulak.
"eh, tak pe la...tak jadi order!'

Terus pegi kat YeeMee+telur stall, order kan sekali utk office mate yg demam, mesti dia suka.
Memandangkan hari hujan di luar, jadi aku bawak payung sekali kat stall tu....bila je YeeMee tu siap di masak, susah pulak rasa nye nak bawak dua dua plate tu....jadi aku bayar dulu sambil membawa YeeMee aku, officemate nye sat lagi aku ambilkan...

Sampai di meja makan, office mate terus bangun dan amik plate dia sendiri. Meja kat situ memang dicantumkan panjang panjang, jadi ruangan amat la terhad...lagi satu di situ hanya ada sudu&garfu plastik...besi besi tak main k!

Meja sebelah aku diduduki oleh 4 org, 3 pompuan 1 laki (biasala, mesti pompuan lebih ramai dr laki skrg!), derang memang nampak slumber, sembang topik yg kelakar la jugak dan adakalanya aku pun rasa cam nak tumpang gelak bila terdengar derang sembang, namun aku mampu untuk mengcover dan mengontrol nafsu gelak ku, tidak seperti officemate aku, dia memang dah tersenyum-senyum sikit lagi je nak tergelak.

Namun tidak lama selepas itu, sedang aku mengontrol pipi ku dari tersenyum tergelak sebagai respon kepada kisah lawak si meja sebelah tiba-tiba uuuppss...
garfu aku terpelanting kat budak pompuan meja sebelah daaaa....sebab sangkut kat yeemee yg ala-ala melekat kat plate...habis tu apa lagi....derang tak tahan nak gelak...sampai kan 2 drpd nye terus bangun dengan alasan nak pegi toilet...hampehhh!!
"eh, terpelanting pulak, mee ni melekat" cover ku sambil tersenyum...

Hari Raya Pertama

20 October 2007

~
13/10/2007

Pagi tu kami bangun dan mandi sunat aidilfitri dan bersiap berbaju baju (except aku,baju aku baju kurung kerja je) sebelum ke surau berdekatan menunaikan solat sunat aidilfitri, kami bersalam-salam memohon ampun dan maaf atas segala kekasalan dan kesilapan.
Idi & Alif Idi & Saya;-)

Lepas ke surau, kami semua ke rumah opah, kebetulan ada Mak Cho sekeluarga (cepat depa habis solat raya!?), Ucu & family, Wan Chu & family dan kami sekeluarga.
~~~~~
Petang tu, si dia pulak dtg beraya. Seumur hidup aku la, tak pernah lagi buah hati atau kawan-kawan aku dtg beraya di rumah aku pada hari raya pertama.
Hai sopannye! Tu dia!

Kebetulan si dia dtg waktu tengahari, jadi aku dan mak pun masak le nasi lauk ikan keli masak asam (org kelantan panggil masak senggang), pucuk ape rebus, ikan goreng dgn sambal belacan. Seronok aku tgk si dia makan walaupun pada mula nya dia berkeras mengatakan dia kenyang makan laksa....hehe
Petang tu pulak cuaca mendung dan membawa ke hujan, plan kami nak ke rumah mak cho di Bota Kanan terpaksa di tunda. Jadi aku layan tido...krooh.krooh...
Sekali kul 6.30 gitu mak gerak aku, suh siap ke rumah mak cho...adus...badan aku letih letih plak rasanye....tapi bersiap punye le lama, mak teh pun tak siap siap lagi , wan chu pun sama, sudah nye dah maghrib baru le kami bersama-sama ke rumah mak cho....udah le malam....dah nak habis raya pertama...
Adik² ni semua duduk dekat dekat,takut gelap katanye!
Di rumah mak cho, kami di hidangkan mee sup special...peristiwa makan tu berlaku dlm jam 8.15 mlm...yang best nye baru je kami semua nak menyuap mee ke mulut pap!....blackout daaa...sejibik cam iklan perodua yg opan nye bisng 'membazir ajo' dan cucunye pulak 'tak pe sekali sekala'.....jadi nye beraya dlm gelap le kami..hehehe....tp dlm gelap gelap tu, habis jugak mee mak cho, mana tak nye, bila dah gelap semua org mkn tak hengat, tak de control-control hehehe...dlm kul 10 baru le ade api, masa tu semua gelak sebab mee sup dah licin, lemang pun habis, rendang pun sama. kui kui kui...

Ade gambar nye akan aku upload kan...aku puntak tau le blogspot ni ade had tak kalau nak upload gambar, mana le tau sehari leh upload 4 gambar je ke...kalau korang tau bagi tau la kat cek ye....

Lemang Raya Emak

19 October 2007

Lemang yang baru sahaja diletakkan di para
~
Khamis malam Jumaat 11/10/2007 aku bertolak balik ke kampung jam 9.00mlm lepas berbuka, lepas isi minyak, lepas pam tayar semua baru aku balik flat dan bwk turun semua beg dan kuih raya masuk bonet. Peh tu aku call mak teh suh dia siap dan angkut barang masuk kete. Sian pak teh tinggal sorang di kl, ye la..isteri dan anak anak semua balik kg ikut aku...pakteh tak dpt cuti...

Jadi mlm tu kami bertolak setelah membaca doa naik kenderaan dan perjalanan amat lancar alhamdulillah even aku takleh la nak pecut lebih dr 110/kmh tapi traffic still moving smoothly.


Pemanduan aku dihiburkan oleh radio era dan juga riang ria gelak tawa anak anak makteh. Sedar tak sedar jam 12.30 kami tiba di kampung. Aku drop kan mereka di rumah opah dan aku drive pulang ke rumah aku (tak jauh dr umah opah, ade le had 10 kali nafas). Mak rupanye dah sedia menunggu, aku pelik, cane mak tau aku blk kul bape, sebab nye aku tak call pun mak bg tau blk bila, kunun nye nak surprise la...tapi nampak gaya nye tak jadi le surprice aku tu...mlm tu kami tidur lewat sebab bersembang tah ape cerita ntah.....


12/10/2007
Tahu tahu dah pagi, hai bila la aku tidur...aku bangun kemas katil semua, tengok luar dah cerah....mak aih...tak solat subuh aku rupenye ....ops...memang tak leh solat pun...sebab bendera merah heheehhe...

Aku tengok mak busy je semacam, aku tanye le nak buat ape hari nih....katanye LEMANG, aik...kita buat sendiri ke?selalu tu join opah je....kali ni tidak lagi...sebab mak kata dia nak belajar buat sendiri...nanti tak lama lagi dia pun akan jadi opah (owh...itu rupenye,bila la aku nak naik pelamin ni)...aku volunteer nak parut kelapa (kami memang pakai parut, tak pakai mesin,apa barang pakai mesin nyor),mak pulak masukkan daun pisang dlm buluh lemang,opah melah plak ramas beras pulut dgn santan nyor yg aku parut tu...alif tukang tengok dan idi tukang buat buat busy...

Setelah siap memasukkan beras pulut dlm batang buluh lemang, kami pun tenggek kan kat para...lebih kurang 3-4jam selepas itu...inilah hasilnye lemang kami...


Jadi ade 7 batang lemang semuanya...
Seronok bila bergotong royong,ade ade kisah disembangkan...


Rendang pula kami masak lepas berbuka mlm tu, sebab takut tak sedap plak bila tak dpt rasa..maklom le,tekong nye puasa.


Jadi mlm tu agak busy juga la memotong daging, blend cili kering, blend bawang, blend halia, daun kunyit di rencek-rencek, menggulai dan sebagainye le.


Idi pulak incharged pasang langsir, laju kerja nye, kalau aku le pasang langsir, sure berejam-jam.

Selamat Hari Raya ;-)

08 October 2007


Memang semangat aku nak beraya nih semakin berkobar-kobar rasanye...

terasa cam malas nak drive ke keje,tapi amat la rajin je rasa kaki ni nak mendrive ke highway PLUS arah Utara...nak balik kampung...yey...


tapi..

sabo....sekarang ni tak leh balik lg..tunggu khamis malam kay!


Buat masa ni persiapan aku tak le berapa bombastik sgt...ade le beli kuih raya sikit sikit...

suci dalam debu @ batang burok 2 peket(niat nak bg mak aku satu, bakal mak mertua satu heeh)

kuih tat jem 1,

kerepek kacang peas 1,

kerepek tumpi dal 1,

maruku kap lam ya nga 2...


bahan² utk juadah hari raya ade le aku beli beehon 2 pek(jadi le drpd tak de), susu pekat manis 4 tin,

gula kasar 3 pek, tepung 2 pek, kordial laici & oren, perencah bee hoo, telur sepapan, rempah kari, garam,

bawang...ntah tak ingat dah


langsir memang tak beli ah, cat umah tak yah, sebab thn lepas baru cat...

carpet mmang tak de laa...pakai mana ade je le...



Agak tak berapa nak best gak la raya kali ni bila mengenangkan duit waaaaa....aku tak chukup duit...cane nak kasi duit raya kat bebudak nih...tak bg leh tak...ke paw mak?owh..malu nye ngepow mak semata-mata nak bg duit raya kat bebudak...gamaknye tak de le bebagi duit raya kali ni..bukan ape...gaji aku masuk 22 hb setiap bulan...raya plak 13...lagi seminggu nak gaji...pepaham je le kome ooi....sah sah le raya nih jatuh waktu hujung bulan aku...dengan aritu menservice kete nye...dengan aritu membeli brg dapur utk persiapan raya le, dengan baju raya adik² lagi, beli lapik meja mak, beli barang moreh mak arrhhhh...aku terlari budget...lariiii!!!....


Nasib baik aku sempat simpan sikit duit di Tabung Haji,tp sikit je le...tak byk mana...tu le tabung simpanan kawin aku....tp gaya² nye cam nak kene kuar kan balik je simpanan tu,ngenangkan cash on hand tak byk, nak byr tol balik kg lagi (even makteh&anak² tumpang aku blk,tak kan aku nak charge pulak kan,tidak patut plak rasanye)...huh...(ngeluh)...


Sebenonye byk niat baik aku nak bersedekah, tapi sedekah ni kalau kita berkemampuan, jangan plak nak bersedekah kat org diri sendiri yang mudharat...erk


Itu pun aku tak tak de baju raya baru masa raya nih...pakai baju ape ade je...si dia pun sama juge nih....cane le nih...lepas raya pun nak kene spare duit gak...sementara nak tgu gaji oct...
Aku rasa kerajaan should provide some pocket money la for this raya season, or at least free toll during 1st and 2nd raya, or also discount for petrol...baru la kerajaan dpt kurangkan hutang credit rakyat m'sia. ni kita keje hari hari...untung nye org atas gak...untung nye Dato'² , Tan Sri² segala...hai...ni le hidup org marhaen...


Sample of Resignation Letter

13 September 2007

~
Trtsdfrtahay Bt Mwst Rjcvb
D-AA-22, Height Apartment,
Jln Tasik Utara,
50000 Kuala Lumpur
____________________________________________________

Manager
Wxybxxk Grxxp
Jalan V9/66,
Seksyen V, Bukit Beruwang,
40000 Selangor


12th Sept 2007


Dear Mr Hx Yxxn,


As required by my contract of employment, I hereby give you 3 weeks notice of my intention to leave my position as Banking Executive effective on 15th October 2007.

I have decided that it is time to move on and I have accepted a position elsewhere. This was not an easy decision and took a lot of consideration. However, I am confident that my new role will help me to move towards some of the goals I have for my career.

Please be assured that I will do all I can to assist in the smooth transfer of my responsibilities before leaving.

I wish you every good fortune and I would like to thank you for having me as part of your team.


Thank you,

Yours sincerely,


_____________
Trtsdfrtahay Bt Mwst Rjcvb

Sandaran Hati

24 August 2007

~~
yakinkah ku berdiri
di hempa tanpa tepi
bolehkah aku
mendengarmu
tubuh dalam emosi
tak bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanmu
terpuruk ku di sini
terangi sepi
dan ku tahu pasti
kau menemani
`
dalam hidupku
kesendirianku
`
teringat ku teringat
pada janjimu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti
pedihku ini tak ada arti
jika kaulah sandaran hati
kaulah sandaran hati
sandaran hati
`
inikah yang kau mau
benarkah ini jalanmu
hanyalah engkau yang ku tuju
pegang erat tanganku
bimbing langkah kakiku
aku hilang arah
tanpa hadirmu
dalam gelapnya
malam hariku
~letto~

***
***
Somebody asked me,
Betul ke pilihan yang aku buat?
Betul ke keputusan yang aku buat?
Is he the right person?
Betul ke aku boleh hidup dengan dia?
.
Aku yakin aku sayang padanya..
Aku yakin dia pun sayang pada ku..
Aku yakin aku bahagia dengan nya..
Aku yakin dia selalu ada bila aku memerlukan..
.
aku berdoa dan berharap, agar kasih itu kekal,
aku mohon agar persefahaman antara kami berdua juga kekal
aku berharap dan berusaha utk saling faham memahami antara kami berdua
dan juga bertolak ansur, give and take.
aku susah dia bantu
dia susah aku bantu
.
tetapkan hati ini, jangan berubah
moga gerak hati ini diiringi rahmatNya
.
dia pilihan ku...
.
.
.
.
Posted by kuehbangkit at 2:30 PM 24th Aug 2007, 0 comments

Thursday, August 23, 2007
TV baru yeay!


Sempena cuti sekolah nih, aku ajak mak dan alif dtg KL, tido umah aku.
Mak pun ok, alif pun happy la..
tapi sepanjang hari aku kerja le...jadi sepanjang hari mak lepak rumah mak teh.

Selasa malam rabu aku bawak mak makan kat Bangi area uniten tuh...mak suka betul makan kailan ikan masin....sedap kata nya...esok pagi nye aku g exam SPA kat Permata.

Rabu malam mak ajak g umah Ucu kat Kinrara...boring kata nya duk bilik aku tuh tak de TV tak de ape...ade pc je. Alif suka le, main game je. Jadi pi le umah ucu. Smapi kul 11mlm aku nak balik...tp mak nak tgk jgn tido lagi...ala kisah Hans, aku plak tak tahan ngantuk jadi aku tido le sat kat umah ucu. Masa nak blk tu mak kata khamis pagi kul 8am ade opening Giant Bandar Kinrara, ade tv murah kata nya. Mak suh aku beli...tapi aku tak mo.

Khamlis mlm semlm...mak ajak aku g giant heehhee...dia nak juge beli tv tuh.jadi aku bwk le, ingat kan mak tak serius beli tv, tapi betul betul dia beli. Untuk aku katanya, leh hilang boring. Alah tv 14" je, sesuai la dgn bilik aku yg kecek tuh...jadi sekarang cek dah ade tv...boleh tgk citer Raksasa, citer Manja Lara, Melodi yeay! Terima kasih makk...caaayang mak.

Jumaat mak nak balik kg...sebab sabtu ade kenduri Opah Da, mak tak sampai hati tak pegi. Sedih nye mak nak balik. Mak, jangan la balik. Tido la sini...

Actually, pagi pagi mak bangun masak air dan bancuh kan air untuk aku, aku terharu. Sebab kalau aku sorang tak de nye aku masak air pepagi b4 g kerja. Akak saaaaaaaayang mak.







Si dia is 1 of the Shell's Weekly winners

22 August 2007

~~


Ekceli aku bukanlah seorang 'contest maniac' jadi aku tidak le begitu excited nak join ape ape contest yang menawarkan hadiah ke ape ape. Tetapi berbeza pula dgn si dia yang memang begitu meminati contest² begini. Dulu dia begitu bersemangat waja sekali menyertai contest Car Craze Petronas, hari hari isi minyak pakai Maybankard,namun tidak berjaya juga nampaknya. Ada lagi yang lain, tapi aku dah tak ingat dah, byk sgt.
.
.
Tetapi, semangat nya tidak pernah luntur wa cakap lu. Kali ni Shell plak kan. Hari-hari isi petrol RM30 kat shell, di kumpul nye resit² tu peh tu paste kat borang penyertaan. Aku nyer resit pun dia amik (tapi kat form taruk nama dia laa kan). Sampai la one day...
.
.
Shell : "Encik Zul, saya dari Shell. Boleh saya tanya satu soalan pada encik?"
Si dia: "Owh, sudah tentu boley, silakan.."
Shell : "Shell super dicipta untuk lebih kiloooooometer,betul atau salah?"
Si dia: "Sudah tentu jawapannyaa...betullllll!"
Shell : "kalau begitu, Tahniah Encik Zul, anda memenangi..."
Si dia: "yeay, yuhuu...tq shell...tqqq"
.
.
Setelah sekian lama mencuba, ini lah dia hasilnya. Bukan main seronok lagi encik itu...aku pun seronok juga,and he influenced me to try ,mana le tau rezeki kan..keh keh...
.
.
Itulah yang di katakan...tuah ayam nampak di kaki, tuah zul nampak kat Shell..
hehehehehe

Abang & Sayang

17 July 2007

~
Kisah ini berlaku di dalam bas ekspres Plusliner perjalanan dari Bota ke Kl...

Abang: sayang...tadi mak cakap ape?
Sayang: mak tak cakap ape-ape...tapi dia pesan...jaga diri elok-elok...kenapa..mak ade pesan ape kat abang?
Abang: ada...mak kata nanti beli rantai lah untuk ayang...
Sayang: erm..kenapa rantai? owh..mungkin sebab risik dulu dahbagi cincin yer? bertunang pulak bagi gelang?
Abang: agaknye lah...sayang nak rantai ker nak cincin? abang setuju kalau bagi rantai untuk sayang...
Sayang: sayang tak kesah je...ikut abang la...
Abang: tapi nanti kita kena cari sendiri...mak suruh abang bawak ayang pilih rantai nanti...
Sayang: kenapa abang tak pergi dengan mak je?sayang tak kesah...
Abang: ha ah kan..entah, abang pun tak tahu kenapa mak suruh abang pergi dgn sayang
Sayang: mungkin mak takut sayang tak suka corak rantai tu kot..
Abang: sayang..abg ingat mase batal air sembahyang tu,abg nak sarungkan cincin kat sayang,lepas tu baru abg pakai kan rantai...sebab...org biasanye sarung kan cincin,jadi abg nak merasa juga la...
Sayang: tak membazir ke sayang?
Abang: tak lah,untuk sayang jugak.eh...size jari sayang 6 kan?
Sayang: haah...abang 11 kan?
Abang: jari abg 12, tapi sayang beli size 11.5 dah muat dah,dia tak longgar
Sayang: ok...
Abang:sayang...abang dah cuci dah rumah kat Ipoh tu tau...dgn sepupu abang..
Sayang: ye ke? kita nak duduk situ ke nanti abang?
Abang: haah, abang ingat lepas kawin nanti nak duduk situ la...
Sayang: kalau gitu, sayang kena minta tukar le nanti...
Abang: hmmm...nanti rabu nih abang nak pergi kedai perabot kat Cheras...
Sayang: aik..abang tak kerja ker?
Abang: abang dah amik AL...abang nak beli katil untuk kita berdua...abg ingat nak beli set senang sikit
Sayang: abang nak sayang temankan?
Abang: tak pe la...abg memang cuti,sayang tu kerja..tak pe...biar abang pilih..
Sayang: sayang ikut je...abang pandai pilih..
Abang: sayang dah buat bunga pahar ker?
Sayang: belum lagi ..kenapa?
Abang: tak de...abang ingat kita jgn la membazir buat bunga byk2...belah abang ayang buat 25 je bunga pahar
Sayang: aik...sikit nye...cukup ke?
Abang: cukup...abang bawak sikit je masa mempelai ke rumah sayang...
Sayang: habis tu tak kan sebelah aje pahar nye..sebab satu pahar ade 25 cucuk...
Abang: takpe...satu lagi pahar sayang buat utk majlis tepung tawar umah sayang...jimat sikit..
Sayang: cam bunga telur untuk tetamu cane?
Abang: abang cadangkan kita letak sweets kat kotak utk budak² kalau dewasa baru bagi bunga...
Sayang: nanti org minta nak bunga...tak cukup pulak..
Abang: camni la...kita beli bunga kat Nilai 3 nak?byk pilihan dan murah...
Sayang: weekend ni la kita pegi ok...

owh how sweet,
how romantic they are...
ni aku dengar ade couple yg duduk blkg aku besembang...aku tumpang dengar...
aku tumpang senyum senyum...tumpang gembira sekali..
aku rasa depa dah nak kawin kot..dah dekat sgt..
kami sama sama turun kat Ms Jamek lrt station...depa turun sambil pegang tangan...owh...
romantic nye!
hehehe
;-)

Jom ke Maybank Treats Fair!

13 July 2007

~
Tarikh mula: 12-16July2007
Venue: MVEC aka Mid Valley Exhibition Centre
Target: Maybank Card Holder (ATM card, Visa, Master & Amex Credit Card)
Promotion: 2x Treats Point for Visa&Master Card
-----------5x Treats Point for AMEX credit card- (my aim!)
--------------3x Maybank ezypay

Balik kerja semlm terus aku dan si dia menderu (ayat transformers) ke Mid Valley sbb nak tengok item yang boleh dibeli atau pun ditengok di situ. Banyak juga merchant yang participate untuk Treats Fair tuh.
Antara yang menarik minta kami berdua ialah TV PLASMA, HANDPHONE,KERUSI URUT (tak ingat osim ke cap_ayam ke)....

Cam TV plasma flat screen been incharge by Court Mammoth...aku takut sikit nak beli...heehhe
peh tu ade booth Nokia...herm...dia terima AMEX card...jadi atas nasihat, pujukan, hasutan, paksaan dan aku pun terima la juga pelawaan si dia untuk membeli handpon 'N series'. Takyah la tulis siri ape..

Yang aku tak sangka ialah...aku jumpa Ex-SMKA aku dulu...Shuliyati..dia dah pregnant...yey yey!
Ramai dah ex-azlan yang dah kawin nih...dah ade anak...waaaaaa....nak anak jugak heheheeh
Shu plak kenal si dia sbb dulu satu UUM...siap pernah sembang la ape semua...what a small world kan?

Lepas bosan meronda Treats Fair, aku ajak sia dia mkn Pizza dip-licious, punya la lama menunggu....aku dah start pening sebab lapar...siap rasa nak muntah dah, sebab aku ada gastrik...
Sambil tu dia dia menggodek la hp aku tu...suka beno dia sbb dia yang pilih...main lah.. aku tak kesah...
Perut makin perit, si dia amik kan soup tu...sbb aku tak reti sgt pizza ni..nak amik soup malu org tgk...jadi dia amikkan. Hirup le soup tu smpi dah rasa muak...erk..
Peh tu baru sampai pizza nye...idok le best mana...tak habis pun kami mkn...baik mkn yang biasa punya pizza lagi sedap...tak pe lah...tak baik rasa nyesal pasal makanan, jadi telan je laaaaahh...keju cicah dia memang la sedap...tapi bila dah byk keju dlm pizza tu, tambah lagi yang cicah nye, tambah lagi yang atas pizza tuh...tekak aku rasa geli geli gitu...baru akk tau sebenonye aku tak gemar keju...sikit bleh la...kalau banyak ..sure bleh kluar balik..

Anyway...jangan lupa treats fair!...best kalau dapat accelerate extra points!

Harry Potter & the order of the Phoenix

12 July 2007

~
Balik je kerja,turun kat LRT sg besi and transit kat umah si dia, kitaorang nak g tgk Harry Potter dengan Yang, Akakand Eecam. Letih sebenarnya,tapi drpd lepak kat umah baik le join mengisi masa mlm dengan adik beradik si dia.

Show start kul 9.00pm as per on the ticket, unfortunately bila dah duduk kat seat masing-masing, dah siap terlentok tertidur smpi la kul 9.25pm baru la screen tu menyala...itu baru commercial advertisement punya show yang start...dlm 10 minit peh tu baru laaaaa start Harry Potter tu...ape hei nye deme nih...?jadi kul 9.30pm lebihsikit baru start...

Kali ni kisah Harry ni pasal Voldermort nak masuk badan Harry...untuk mendapatkan apa yang dia tak dapat dulu. Sekolah derang nih plak ada campur tangan dgn Ministry of Magic (ye rasanya)...minah yang gile kuasa tuh mula la buat mcm mcm peraturan baru yang menyebabkan Harry and the gang bengkek giler...
tapi akhirnya,minah tu mati kot kene tangkap dgn kuda berkepala manusia...

Actually ni la first time aku tgk Harry...aku tak pernah berkesempatan tgk citer nih...dulu masa 1st kisah Harry nih aku lom lg bercouple dgn si dia..masa tu lone ranger, dulu aku tak layan panggung...dulu laa...mesti la tak layan kan sbb tak de sape nak teman kan...skrg dah ade teman...baru seronok..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepanjang kerja nih aku tak pernah amik AL lg...bukan nak kumpul...bukan nak accumulate, tapi dah aku tak de hal yang memerlukan aku amik AL...jadi aku tak le amik. Sehingga lah TL aku ms L*i (kita bagi nama Laici nak?) ms laici nih dtg kat aku pkasa aku amik AL...aku kata aku akan amik...lagipun aku tau agak sukar nak dpt approval sbb aku masih baru...keutamaan akan diberikan kepada senior senior yang permanent...aku rasa ini amat tidak adik kerana, no matter she's permanent or contract staff, she's still a staff...still working for the company, still entitle to get leave. Aku relax dulu, lagi pun ramai yg senior amik cuti masa tu sbb ada yg pregnant, amik mc, ada yang nak bersalin cuti panjang, ade ygg admit masuk hospital sbb operation jadi aku tak le amik AL masa itu.
Dan semlm aku pun isi la form cuti...aku amik 2 hari utk bulan 8 nanti. Kat sini kena apply 1 atau2 bulan awal..mcm har*m je...mana la kita nak tau bila kita ada hal kan?mana la kita leh predict masa depan..giler. So aku pun inform si Laici tuh,

aku: Laici,i nak amik AL on these 2 days
laici:you aaa,now only u want to request?
aku:because now only i have something to do,i need AL, u can approve or not?
laici:i cannot guarantee,becos later we gonna answer merchant,
many people will go for training...dulu you tak nak amik sape suruh?
aku:sebab dulu pun sama,kalau i nak amik pun you mesti kata tak sure bleh approve or not sbb ramai senior
minta cuti,now when i want it you still cant approve...(aku mendengus marah,asap dah keluar dari hidung)

aku terus blah....abanggg....laici tak kasi cuti...waaaaa...boikot laici boikot laici!!

belajar tinggi-tinggi untuk ...?

11 July 2007

~

Aku study dulu amik information system, amik degree hons 4 thn ikut schedule,

habis study kerja call centre...1st 2 years bertahan kat Jaring...walopun pun 2 thn tapi aku seronok kat situ sebab environment dan member² yang happening. Rasa cam keluarga je.

Lepas tu selepas ade rumors yg tak secure kami dgr dr pihak mgmt,jadi ramai la yang pakat benti kerja dan cari kerja lain termasuk lah aku...jadi skrg aku di bidang lain...banking field. Not related at all dgn IT..langsung tak de...
Since bidang lain aku try absorb banking enviroment. Nyata memang environment dia berbeza, serius all the time, mengira aje kerja nye, dan semua mestilah meletak kan nama bank ini di dalam hati...semua mesti sayang bank ini sehingga apa-apa saja yang diminta oleh pihak atasan akan dituruti sepenuh ikhlas di jiwa setiap warga kerja.

(kalau lah korang faham maksud aku...)

Carpet kami diimport khas dari USA,disebabkan itu kami tak leh mkn event biskut reason nye..nanti the crump jatuh semut mai. Ok lah...paling worse bila cafe kami tidak dibenarkan memasak. Hanya boleh menjual makanan yang sudah siap di masak di luar dan di bawa masuk ke cafe kami secara buffet. Jadi tak byk choice makanan. Disebabkan kekangan itu, maka pengurusan cafe yg dpt tender tu cas mahal utk makanan yg derang dah masak kat restoran derang dan kos membawa makanan ke cafe kami. Reason tak bleh masak ialah, bangunan kami bangunan baru yang berusia 4 thn, mgmt mahu menjaga kualiti bangunan ini, risau sekiranya ada tikus, lipas, cencorot dan yang sekutu dgn nya datang ke cafe kami. Aku sungguh gembira mendengar alasan itu..(owh,andai nya korang faham..)

Last week 1 teammate aku di beri pilihan untuk berhenti atau di berhentikan. Jadi untuk elak rekod tak baik dlm bank ini maka rakan aku memilih untuk berhenti. Setelah di tanya kenapa mgmt berbuat demikian, beliau berkata, kerana bulan lepas dia admitted hospital untuk operation mata dan ditahan di wad selama 2 minggu.
Oleh kerana dia contract staff jadi tak de la cuti extra sekiranya admitted. Jadi mc lah dia sepanjang 2 minggu itu.
Pihak mgmt takmo menanggung sebarang charge.
Dia nih dah 3 thn dgn bank ni still under contract lagi...akhirnya penantian dia memang tak berbaloi sebab kene benti.

Sebelum dia ade sorang lagi ni,ex steward, dia baru je keje bodang nih, tambah plak dia berulang dr negeri 9 naik moto. Sepanjang keje sini byk kali la tayar moto dia pancit and pecahtgh jln...finally he's been terminated with immediate effect...kejam...sian tgk dia...sian gile...

Lagi hari biru bila hari hari kerja dgn niat nak membantu customer tetapi di maki maki di bentak bentak...ape kau ingat aku ni kuli?hah?buruh paksa hah?aku bukan low class okay! aku degree holder!

Jiwa aku dah meronta-ronta kat sini sebab aku tak tahan tengok nombor,setiap hari sepanjang masa ngadap nombor. Disamping customer yang tak paham bahasa, dia je yang betul, dgn memaki maki nih!
jadi tajuk blog hari ni ialah "Belajar tinggi-tinggi untuk di maki"

aku masih marah!!
aku stress....ade kerja kosong tak??

Holiday In Genting aka Kota Keriangan

08 July 2007

Sabtu pagi blurr blurr gitu tak tau nak pegi mana. Kes nye sebab Jumaat (the day b4) aku plan nak blk kg. Jadi aku siap bawak beg blk kg ke opis. Sampai je Puduraya, punye le sesak sampai tiket ke kg aku habish...jadi kene le balik umah kan...si dia ada ckp yang dia tak sedap hati aku nak balik kg, mungkin tak de tiket katanya...tapi aku tetap yakin ade tiket...
akhirnya...
aku call si dia dan bagitau aku tak sampai hati nak balik kg,nak tinggal kan dia sensorang di hujung minggu,dan aku kata aku nak teman kan dia main futsal...aku tak ckp pun tiket takde sbb...malu laaaa....dah le deny kan cakap dia tu...wuhuuu
so mlm tu aku teman kan le dia main futsal...aku temankan dlm kereta je sambil main Solitaire kat Dopod dia..syok juga ye handpon changgih changgih nih...aku nye takat leh bagi sms dan jawab call je...jadi le...
jadi disebabkan aku nih rabun...dgn kad kad solitaire digital yang bersaiz sebesar kutu kepala yang kekenyangan jadi mata aku pening (mata pening ke?) rasa cam nak juling berair air mata tahan pedih main game tu...aku ni tak reti main games...Solitaire pun kalah teruk...dalam 15 kali aku main game tu hanya 2 kali je yang menang...hampehh...bila mata dah pedih, dah naik juling, kepala pun dah pening...jadi aku tertidurrr....selesa sungguh tidur atas leather seat dan berhawa dingin kan...jadi kesimpulannya...aku sebenarnya tak tgk pun aksi aksi sepakan tiang, sepakan bucu(bucu ke penjuru?) sepakan depan, dan belakang si dia...sbb aku lebih ralit main solitaire yang hampes itu dan tidur yang asyiknya...(abang...sorryy!! hehe!)

Jadi pagi Sabtu yang indah itu, aku cam bgn Subuh dan tidur balik, sampai le kul 11.00am, kemas katil, on kan radio peh tu g mandi...
lama peh tu si dia tepon suh siap lepas Zohor dia mai amik aku...jadi aku bersiap le kan...
kul 2 .00pm dia sampai, aku tanye le..nak g mane? makan dulu ker?dia tak jawab pun..dia senyum aje...
jadi aku pun malas le nak tanye banyak kali jadi aku diam je le...
sampai le Batu Caves, mak aih...besar giler monumen color gold tu...fuhh..besarr! si dia bagitau dlm google earth pun leh nampak...itu lah keistimewaan Malaysia...

Si dia drive lagi aku dah rasa cam tak pernah sampai je jalan tu. Gaya cam PLUS, tapi tak pernah pulak aku nampak signboard kat tepi highway yang begini "GERAI LEMANG DI HADAPAN"...canggih tuhh...aku gelak dalam kereta...ngeh ngeh ngeh!
Tiba-tiba, aku perkataan Janda Baik, Kuantan bla bla kat signboard...
aku: abang...kita nak pi Kuantan ke?
abg: hmmmm...
aku:cakap la...kita nak g janda baik ke?nak wat per jumpa dia?dia baik ke?
abg:(senyum)...haah

Waaa....jauh nye nak g ni...ade kenduri ke?mcm mcm le aku tanya...sampai le aku nampak "Genting Highland 24km"
aku:abang...kita nak g Genting ke?betul ke ni?betul kan?kan?
abg:bukan...
aku:yer...mesti betul ...syookknye...tak pernah sampai pun yeyyy
abg:bukan la..eh..kita nak mkn kat R&R ke kat atas?
aku:atas?atas mana?haaaa....maknenye betul la...eiii...teruja nyeeee

jadi jln dia memang me'weng'kan la kan...kona sana kona sini.
Sampai atas aku sukerrrr sgt sbb sejuk ...tapi tak reti nak ke mana,jadi since perut pun lapar kami pegi Mc D,harga dia berbeza la compared dgn Mc D atas darat...cadangnye tak mo nak beli outdoor games ticket, tp bila dah duduk aje kat tepi superman tuh rase cam tak best pulak...dah naik tinggi tinggi nih duduk je ape barang kan...jadi kami decided beli ticket. Sorang RM37*2=RM74.
Mula-mula masuk aku nampak public phone yang cam kat London tu...aku snap le gambo..sbb dr kecik lg aku teringin nak tangkap gambo kat public phone ghupe itu. Sebelah dia ade plak double decker bus...aku sukaaa! snap lagi! yeah! peh tu nampak plak kapal hayun tu...mcm best je...aku nak naik karang..tapi si dia kata kita jln jln tempat lain dulu ...kayuh boat ke..ok la aku cakap...

Pegi masuk rumah hantu yang tak seram langsung...ingatkan ade le hantu hantu yang akan cuit cuit bahu aku ke sergah depan aku ke...tapi rupenye 'hantu' lain plak yang sergah aku...aku jerit la waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! (sape lagi 'hantu' tu kalo bukan dot dot dot)

Lepas tu si dia nak kayuh boat...kami line up punye le panjang...aku plak pakai skirt labuh tu...jadi dok fikir...cane nak kayuh ni...kang sangkut kang...jadi smpi turn kami, kami sarung life jacket, and memandu boat hehe..aku suke... then snap lagi!! aku tak byk kayuh...takut kain basah sbb ade ayor kat tmpt letak kaki tuh...

Habis mengayuh, kami ke Matahari, ala ala Eye On Genting la...aku suka!! apalagi snap!...sebelah tu kan ke ada game yang tinggi tu, yang bisa meninggalkan jantung ku di atas langit...nampak cam gayat...jadi...aku tak teruja nak naik bende alah tu...since si dia pun gayat katanya...jadi tak mo naik!

After lingering around, kami g naik boat ke Dinasourland...aku ingat kan setakap tgk view kat luar...sekali pintu tu tutup rooaarrr!!! ade bunyik dinosourrr....anak anak kecik yang sekapal dengan kami semua nangis...hsdusss...langsung aku tak dgr kisah dinasour tu...tapi...erk...ada gak le rasa seram...nasib baik aku tak duduk kat zaman dinasour tuh...cabutt!!!..sampai luar...hari pun dah nak gelap...

Jadi tetiba nampak train monorail aka ulat buluw, kami tak tau mana entrance nye...dok pusing pusing smpi le blurr...jadi tanye le kat awek cun yg keje kat situ...dia pun tunjuk arah pintu masuk kui kui kui!
jadi ronda all around the peak naik ulat buluw...slow banget...tapi best!!...snap lagi...opss..tak leh snapp...sebab memory dopod tuh dah full...owh...kuciwa..!!

Seterusnya, since dah gelap maghrib...jadi kami tak mo duk luar...kami masuk dlm yang ade Iffel Tower tuh...peh tu masuk tang tempat Sg Rajang Ape Ke Bende Ntah nama game tu, aku tak mo kene basah...tapi...dah byr mahal kan...jadi main je laaaa....memang algayatul betul...dia naik slow slowwww tang rel tu....bila dah smpi puncal rel tuh dia kebom SPLASHHH!!!! ayaq percik sana sini habish baju cek tudung semua basah...aku nyaris terpelanting sebab tak sempat pegang pemegang tuh...aku tak mo bayangkan kalo aku terpelanting ke luar pensel tuh...takut innalillah ya Allah...nasib baik si dia kat blkg...jadi dia la yang cover aku dari terbang keluar...tq yer! second rel dia lebih tinggi dari yang first td...so aku pegang kuat kuat tak mo nyawa melayang...kali nih dia punya SPLASHHHHH!! lebih kuat...sampai spec aku berwap wap kabur...rupenye pensel tuh tembus keluar ke tempat mandi air panas. Jadi pertukaran udara sejuk+panas=wap....hehehehe!

Cukup-cukup le kene air...brurrrr....sejuk egegegee gigil...kami keluar tembus ke tempat kapal hayun...ahaaa!!...
aku ajak si dia naik..aku kata tak gayat...sbb tetiba teringat ceera penah kata tak gayat kat blog dia..tapi si dia ala ala cam tak berapa rela la...jadi aku kata kalau duk hujung yang gayat...dok tgh tak rase sgt....
jadi apalagi hayunn!!!...ya Allah...seronok nye..gayat dia rasa cam geli geli je kat tangkai jantung...si dia plak kat sebelah.....heheheh...tak leh citer...rahsia..nanti dia marah ehehehe...aku enjoy le berjerit jeritan dah semua yg sekapal tuh jerit..jadi utk datang kan feel...kita pun kene le jerit sama kan..!rasa nak terbang tudung aku...seronok betul...tapi dlm hati aku tetap zikir...mana la tau kan....

Jadi si dia kata nak main gokat...rupenye kena pay extra...aku plak pakai gaun labuh tu...cam tak bleh je nak bawak sbb stereng dia kat celah kelangkang...jadi aku tak mo...aku suh dia je main sorang aku tunggu tepi...tapi dia tak mo..sbb aku tak mo. So kami turun dah decided nak balik since dah gelap malam...byk yg dah tutup, aku singgah sat beli jagung rebus panas...errmm nyam nyam..aku beli air mineral boleh jimat sikit...rupenye idok...jagung+mineral water = RM6.50...ape ke hei nye?(versi wahid!) ye le...ataih gunung...no wonder la!...

Lepas tuh balik le kami...sampai kat kl kul 11.00pm...singgah mkn sat kat kedai mkn tepi LRT Sg Besi (kalau nak tau...ketiaw goreng dia sedap,try la!)...aku order ketiaw+teh ais+teh ais+air kosong=RM5

Aku nak nye letak gambar kenangan Genting kat sini, tapi dlm hp si dia...handpon aku mana ade gambo,tulisan ade le....nanti lah kalo free...

Transformers~Robots in the sky

07 July 2007

.
Lepas kerja Khamis 5/7/07,petang tu si dia call ajak tgk movie Transformers...dia suh aku cepat siap nak amik aku kul 8pm, aku ni plak tiba kat Seri Petaling station pun dah kul 7.15pm...amik kereta keluar dari parking terus stuck dalam jam biasa la depan stadium bukit jalil tuh memang le jam sebab ade construction highway KL-Putrajay...ade 3 traffic light sepanjang jln dr sri petaling ke bukit jalil,jadi aku lepak dlm jam bersuka hati (marah sebenarnya!) sampai lah 20 minit kat situ...jam dah kul 7.40pm, lepas traffic light TPM ade lagi jamm sikit nak masuk Tmn Bukit Jalil tu...ada la dlm 7minit...jadi dah kul 7.50 lebih kurang...bila dah hijau aku terus pecut smpi umah aku hal lain plak...tak de parking kosong...aku pusing 3 kali blok aku tu....akhirnya park je le tepi padang tuh...lecah pun lecah le...eden dah lambat....pakcik tuh bukan boleh lewat 1minit...dia punya hangin ngalah kan org lewat 1jam...

Jadi aku mandi secepat mungkin,solat maghrib,then pakai je la baju ape ape...tak dan dah nak bergosok-gosok baju..jadi kul 8.15 baru aku turun...pakcik tuh punya muka Ya Allah...angry furiosly!
hheehhe...jadi nye smpi kat Jusco-Balakong dah kul 8.30pm,cari parking pun agak payah sbb full. Kami Q up kul 8.40pm,konon nak tgk Transformers show kul 9.00 tapi habis...tapi si dia tetap nak tgk mlm tu juga...dia 'hangat' bila kwn kwn dia yg lain dah tgk dulu...huhu...jadi aku dah habaq..aku tak leh tido lewat...kul 11 paling lewat aku kena tidur...kalo tak esok tak leh bgn....aku kene tidur dgn cukup. Tapi dia nak jugak...nak jugak...habis tuh...aku rela la temankan la tgk Transformers show kul 11.00pm.

Aku dah start ngantuk kul 9.30 mlm ,si dia blanja Pizza sementara nak tunggu kul 11.00pm.Bestnye makan! yey!
Kul 11.00 Jusco pun dah tutup,jadi ku tak leh linger around...so trus masuk dewan tayangan(mulia tak bunyi dia!)... Aku ingat nak tido je...malas aku nak tgk citer tak matured nih...
Tapi..
mata aku tak sampai hati nak tutup...sbb intro pun dah best...
sebab Bumble bee yang nakal itu..membuat kan aku tak jadi tidur...
Baby come back...baby come back to me...garik je bumble bee tu
wah best best citer nih...
sekali dia bertukaaaarrrrr,aku jadi gerun...memang aku tak kan boleh tidur walopun mata aku ngantuk ya amat.
Si dia memang kusyuk giler tgk citer tu yela...zaman kami kecik kecik dulu kartun transformers la yang glamour sekali, peh tu thunder cat, lepas tu scooby do, suria baja hitam, gaban!
Si dia plak tak habis habis..."abang la Optimus Prime tu....dasyat tak abg?"
arrkkk....dia sudah start....dia sudah start!!!!!
dia mau jadi Optimus Prime!!!! dia mau lawan Megatron...
paling tak tahan gelak masa semua Autobots nyorok kan diri kat umah Witwicky tu...
hampeh....kuat giler si Optimus Prime Perasan tu gelak...

Jadi since that day till todate itu pakcik sudah ngaku jadi Optimus Prime...
si dia: Halo!...ini optimus prime bercakap...mau pegi makan dgn saya tak
aku:sudah sudah la jadi optimus prime nih...
si dia:alaaaaaa....biar laaaa abang nakkkkkkk(ngada ngada!, chait!!)

Masa bawak kereta pun sama...mula la dia berangan,nak potong kereta lain pun kerek
si dia: woi tepi la woii....nih autobots nak lalu ni,terhegeh hegeh..lembab,kura!
aku:dah laaaaaa!
si dia:jgn halang Optimus Prime punya jalan!!

owh...tolong lah...

Nenek sudah tiada lagi...

02 July 2007

Sabtu malam mak tepon bagitau nenek kat hospital..tak sihat...
aku ajak si dia teman kan ke hospital...tapi atas sebab sebab lain yang tak mengizinkan aku pergi, jadi aku tangguh kan niat ke hospital mlm itu,insyaAllah pagi esok (ahad)aku akan ziarah nenek. Aku ada beli 1/2 kilo anggur untuk nenek...

Jam 5.20am...aku terkejut dr tidur bila mak ngah tepon(tak penah penah dia tepon aku)
bagi tau nenek dah tiada lagi...aku terkejut...Innalillahiwainnailaihiroji'un...
aku tersentak..teringat niat aku yang sebenarnya nak jumpa nenek mlm semalam...aku tak sempat jumpa nenek...tak sempat nak bermaafan...
Tak lama lepas itu,azan subuh berkumandang...aku bangun,solat subuh,aku baca Yaasin...untuk nenek dan abah. Aku lekas bersiap,baju kurung,pukul 6.50 aku keluar drive ke HTAR...aku tak le arif sgt jalan ke Klang,tapi alhamdulillah aku tiba juga HTAR...aku terus naik tingkat 7 katil 23,aku tanya nurse...tapi nurse tu kata nenek dah di bilik mayat...
aku sebenarnya out of credit...jadi aku pergi kedai hopital beli topup dan terus call Ayah Mok,dia kat bilik mayat rupanya..jadi aku menapak dr lobi hospital ke bilik mayat dan aku sempat nampak nenek di bawa keluar dr bilik itu dan di bawa masuk ke dalam van jenazah...sepupu aku kak azi dari jauh melemparkan senyuma...aku bersalaman...dan Wan Chik dan Ayah Lang dah pun duduk dalam van,mereka ajak aku naik van..aku yang dalam hati asyik memikirkan nenek terus masuk ke dlm van tanpa berfikir panjang..tetiba aku teringat Myvi aku kat parking lot...aku terus buka pintu van dan turun kembali menuju ke kereta ku...jenazah akan di bawa ke surau rumah Ayah Mok di seksyen 19..aku drive sorang dan finally aku jumpa surau tu...gap akui dgn van jenzah dalam 15 minit...arwah memang rajin mengaji...setiap waktu lapang dia ...dia mesti mengaji,berzikir...nenek(opah aku belah abah)sebenarnya cina muslim,jadi kulit dia putih...(kulit ku kulit melayu...tak putih). Tiba di surau tu aku potong daun pandan untuk di buat bantal jenazah dan terus ambil wudhuk seterusnya baca Yaasin...selesai membaca aku terus ke tempat mandi jenazah apabila org surau membawa nenek masuk ke tempat mandi...aku terus ambil tuala dan kain batik lepas dan masuk tempat mandian....hanya aku dan Nyah Leha(sepupu) aku yg menguruskan memandikan jenazah nenek bersama dgn 3 qariah wanita surau sek 19,bila sudah di mandikan,sepupu lelaki angkat nenek ke dalam surau untuk di kafankan...hingga la untuk disembahyangkan...hingga lah di kebumikan...dan akhirnya...saat di talkin kan...langit mendung,angin kuat...umpama turut merasai pemergian nenek ke pangkuan Ilahi...
Alfatihah ...Ya Allah, kau berkatilah segala amal ibadah dan amal baik nenek ku ini,cucurilah rahmat mu ke atas nenek Zaharah Ghaffar,jangan lah kau seksa dia,kasihanilah dia Ya Allah,dan tempat kan lah dia di syurga mu yang indah di samping para solehin dan mereka mereka yang beriman dengan Mu..Amin...

Belasah lepas tu koma...

01 July 2007

last week mak call bagi tau best friend Idi kena belasah sebab dia rapat dgn sorang awek ni...awek ni plak dah ade pakwe...then si pakwe ni jeles bebeno agaknye...dia belasah nye kawan Idi ni...
Derang belasah kawan Idi ni sampai pengsan lepas tu di biarkan aje kawan Idi ni terbaring dalam semak kat kampung. Keesokan pagi nye org-org kampung yang nak kutip sayur-sayur ternampak le kaki kawan Idi ni...terus le deme hantar ke hospital berdekatan. Hospital tu mengesahkan kawan Idi ni koma..jadi pihak hospital hantar le kawan Idi ke Hospital Besar Ipoh (HPI) dan di tempatkan di wad ICU...

Idi pun terus berkejar ke HBI...cari nombor wad terus dia tergamam...sebab katil yang kawan dia baring sekarang adalah katil yang arwah abah duduk dulu. Idi tak tahan sebak...terus menangis...
Sekejap je dia tengok kawan dia tu terus dia balik...

Sampai umah Idi cerita kat mak...terus mak pun menangis juga...tak lalu makan.
Bila dah reda, mak tepon aku..masa tu aku tgh dgr era.fm dan lagu yang berkumandang pada ketika itu ialah
Kenangan Terindah-Samson
~bila yang tertulis untuk ku,
~adalah yang terbaik untukMu
~kan ku jadikan kau kenangan
~yang terindah dalam hidup ku
~namun tak kan mudah bagi ku
~meninggalkan jejak hidup mu
~yang telah terukir abadi
~sebagai kenangan yang terindah....

..aku pun sebak sama..abah banyak mengajar aku sabar dalam setiap perkara,dia selalu ingtakan aku untuk berfikiran positif,think that u can do...paling penting...dia selalu ingatkan aku jangan mengharapkan bantuan orang lain,usaha dulu,berdikari sendiri...itu yang membantu mematangkan diri sendiri..
banyak kenangan aku dgn abah...aku ngam dgn abah...dulu selalu naik Vespa abah,ronda ronda.
Aku ingat dulu masa tangan aku patah,abah dukung aku bawak masuk dalam kereta,bawak kereta pergi HTAR,
abah tunggu aku sampai aku keluar operation room,sampai aku sedar kan diri..abah tidur atas bangku...
abah suapkan aku makan...mandikan aku...aku sayang abah...

aku tak kan lupa masa aku nak masuk U dulu,dulu abah pakai kereta Datsun lama warna putih,tapi disebabkan abah nak kena hantar aku daftar,dia sanggup tukar kereta...belinissan sunny(elok lagi smpi sekarang)..abah kata...biar le elok sikit nak hantar anak masuk universiti...anak abah bukan ramai...

dulu masa sekolah menengah...abah rajin datang lawat aku kat asrama every weekend...dia belikan goreng pisang,mak pulak masak bubur colek roti...

Sebenarnya...hari hari aku rindu abah...

hari hari tengok gambar abah kat frame yang aku letak kat meja solek (meja solek tu ialah meja komputer aku yang aku letakkan keyboard,deodorant,perfume,brooches,frame,bunga² dan getah ikat rambut)

Camping di Sg Gabai

23 June 2007

23/6/07 Sabtu

Geng2 Jaring(ex-officemate) ajak aku pegi camping kat Sg Gabai Hulu Langat.
Sampi kat sana dlm kul 6.30 ptg,aku,si dia, suraya,kak shida & husband tiba kat camp site dan statrt pasang khemah. Aku sekhemah dgn suraya manakala si dia dok khemah 4 man tent sorang sorang...aku tau si dia suka betul dpt tido khemah beso. Dlm kul 7.30 hari dah gelap,khemah memang dah siap di didirikan,kami hidupkan bara api utk barbeque.
Khemah kami sebelah dgn air sungai yg mengalir laju melanggar batu batu sg yg besar...deras juga air nye...best and relief betul dengar bunyi air sungai tu...pergghh...Alhamdulillah....

Disfunctioning aircondition

21 June 2007

Aku tiba di Masjid Jamek dr Shah Alam pukul 6.40ptg.
Aku naik train Masjid Jamek-->Bukit Jalil jam 6.45ptg
dan tempoh masa perjalanan ialah 30minit. Can u imagine
guys 30minit dalam train tak berhawa dingin?
Semua penumpang berpeluh peluh yang handsome dah
jadi tak handsome,yang muka ada makeup semua cair.
Penumpang memang ramai, padat, masing masing berhimpit himpit.
Aku ke kesabaran aje laaaaaaaaaa....aku dok perati je org org lain
semua senyap tak bercakap sebab tgh tahan rasa panas.
Serius aircond tak ade langsung...ada mamat india nih memang
muka dia nampak sungguh sungguh tak puas hati,baju dia
basah dgn peluh...aku rasa dari gaya dia berpakaian aku tau
dia mesti org kaya...
Depan aku plak ada encik cina nih muka dia daripada warna putih
dah jadi merah...cam udang kena bakar serius tak tipu...
Baju dia tang perut, lengan,ketiak,belakang semua basah tau...aku tau
mamat tu sure menyumpah nyumpah dlm hati...
Yang free hair semua dah basah basah rambut kene peluh...
aku yang sopan penuh tertib nih pun dah senseng lengan baju
tak tertahan rasa panas nye kome...
dlm hati aku...ini baru panas dunia...walaupun memang panas...
nampak tak tahan...semua basah peluh...semua nampak letih
tapi cane dengan panas padang mahsyar?aku tak sanggup nak
bayangkan...aku dgr mamat india yg macam kaya tadi ckp omputih
"i will lodge a complaint when i come out from this train!"
halamak...ini drama best...
so aku pun follow mamat ni turun (sebab kebetulan dia turun Bukit Jalil gak)
laju betul dia turun...aku pun ikut laju..sbb aku nak tgk cane dia marah
cane dia complaint...ghupenye mamat itu hanya la berani menghamburkan
marah nye kat pakcik yg jual tiket...pakcik tu plak buat nohen aje..
iye le..bukan salah dia...dia jual tiket...bukan dia yg drive train tu..
nak aje aku ckp kat mamat india tu "ello sir,u complaint to the wrong person"
****************
habis bab train ade satu lagi peristiw,sesampai je kat parking kereta aku dapati ada
blkg kereta aku kene block dgn waja silver yg memang bijak memparkir keretanya
aku dah tunggu 30 minit dok gostan gohead...tapi tak lepas lepas gak nak kuar
until ade 1 indian couple ni dtg nak guide aku utk reverse..huk huk malu
takpe...akhirnya dpt gak aku kuar...kepada pemilik waja yg bijak itu..
lain kali park betul betul blkg bonet aku hokay!!

LRT okay?!

20 June 2007

Public transport ni memang selalu buat eden raso maghah...
route kerja:
Bukit Jalil (LRT)-->Masjid Jamek(feeder bus)-->Shah Alam
Setiap pagi aku akan bgn seawal jam 6.15 bersiap mandi manda
bertouch up ala kadar dan kuar dr umah jam 6.50pagi. Drive ke
lrt station tiba dlm kul 6.57-7.00am. kekerapan train LRT adalah
setiap 6 minit satu. Train akan tiba sepatutnya pada setiap
jam 7.00am @ 7.06 @ 7.12 (sepatutnya okay!!)
sekiranya aku berjaya naik train sebelum jam 7.15am aku akan tiba
di Masjid Jamek pada atau sebelum 7.35am dan feeder bus akan
bergerak ke Shah Alam tepat jam 7.35am.

Kes di sini ialah kekerapan train tidak konsisten dan tidak mengikut
jadual. Bertambah berat kes nih apabila setiap hari akan ada train
yang 'TIDAK DALAM PERKHIDMATAN' merentasi diri ku samada
pada jam 7.00 atau 7.06 atau 7.12.Sekiranya aku tiba di platform
pada jam 7.00am dan train 7.00am tidak dlm perkhidmatan situasi
masih boleh dimaafkan kerana train pukul 7.06 akan tiba dan aku
akan sampai di Masjid Jamek on time. Tetapi aku akan naik angin
bila train yg sepatutnya tiba jam 7.06 tiba di platform jam 7.15am.
Ini akan menyebabkan aku hangin tahap dewa sebab aku amatlah
penat berlari hari hari pagi pagi dr tempat letak kereta ke kaunter
tiket dan berlari lagi naik escalator hingga ke platform tetapi train
lalu begitu sahaja dan akan bertambah hangin tahap dewa 20 bila
aku akan lewat tiba di Masjid Jamek dan akan ketinggalan bas
pertama. Nasib akan baik sekiranya bas kedua tiba pada waktunya..
bayangkan apabila bas kedua pula tiba pada jam 8.00am, di mana
aku akan tiba di tempat kerja 40minit kemudian?jadi aku hanya ada
masa 5 minit untuk punch tag kerja dan login softphone. Login time
is 8.45am...
Itu kalau sempat...
Tapi apakah perasaan anda bila bas kedua tiba pada jam 8.15 atau8.30 atau
tak datang langsung?

Kesan nya ialah :-
1) Working adherence aku akan jatuh di mana aku tak akan dpt 100%
ketepatan waktu utk satu hari.
2) KPI (sesapa koje call ctr sure tau ape itu KPI)..maknenye possibility
utk aku dpt duit extra akan jatuh okay!
3) Kalau bus tak dtg langsung,aku perlu ctc TL dan beri tahu aku MC,
sebab antara LATE COMING dan MC, maka MC adalah lebih MURNI
4) Kena pegi clinic pretend sakit,dpt MC kena le kuarkan RM48...boley?

Sekarang ni...kalau sekali tak pe la kan...tapi ini dah lebih dari sekali
dan aku sepanjang 7 bulan bekerja di BANK ini aku dah amik 2 kali MC
disebabkan kes kes di atas. The problem is here, untuk CONFIRM bekerja
dgn bank ini,aku perlu pastikan tiada MC di ambil sepanjang tahun
dan tiada late coming sepanjang tahun. Maka apakah perasaan
anda jika apa yg terjadi bukan salah anda? dan kesan akibat peristiwa
di atas hanya di tanggung oleh diri sendiri...ye lah...bleh ke nak claim
MC dgn LRT? bleh ke nak claim clean record dgn LRT? boleh ker?
aku ish...maka dgn itu...aku dah malas nak letak harapan tinggi
untuk confirm dgn BANK ni...sebab...aku hanya manusia biasa.
i am not robot! bila manusia kita memang tak lepas dari perancangan
yang tidak menjadi atau senang kata...manusia hanya merancang
Allah jua yang menentukan...
jadi...aku berserah pada Yang Maha Esa....sekiranya ada rezeki aku
..insyaAllah...aku akan dpt apa yang di hajati....amin...

Futsal D' Cyber

19 June 2007

Futsal D' Cyber

Well...futsal punyer pasal, letih letih pun pergi juga.
Bukan aku,tapi si orang itu.
Aku pun pelik la kenapa orang orang lelaki ni amat teruja
bila melihat sesuatu yang 'bulat' bergolek kat tanah.
Pantang tenguk...pantang nampak,dia punya aura tu mampu
membuat kan seseorang yang demam mampu melupakan sakit
demi menyepak bola....aku ke heran betui le.

Seperti biasa setiap jumaat malam aku akan jadi Pengurus
bahagian minuman dan barang barang si orang itu dan kawan kawan
ketika derang bermain. Kali ni aku tak le sorang sorang menjadi
bunga kat court tu dengan kehadiran ceeramoon dan cik wawa,
masing masing menemankan partner derang menyepak dan menendang
bola berjemaah. ce'era dgn ce'eput manakala cik wawa dgn enchik meor.
Boleh tahan juga ce'eput main bola...mana la tak ceera moon jatuh cinta kat dia.
enchik meor tak kurang juga,semput semput pun gagah juga berlari mengejo bola,
ate mane buleh tahan udah bola di depan mate! hehehe
gheti ke kome cakap perak ni?
Orang itu pula cam biasa lah kan...menyepak bola sepenuh hati
jiwa raga. Sesekali masuk gol aku tepuk le tangan.
Angah pulak udah terseliuh,udah le ghumah nye tingkat 3,
mane ade lif,kene le manjat tangge!baik baik ye angah jalan tu!

Habis game dlm kul 11pm,lepak pulak kat Hassan,cian wawa
dah ngantuk,meor plak selumber je,dah le sabtu kene keje,same le deme dua²
tu keje sabtu.
Balik dlm kul 12 lebih nak dekat kul 1am.

Sebenonye sabtu aku nak pegi open interview kar KUIS,Bangi
unfortunately,si orang itu ade lawan bowling plak dgn geng geng akak dia
doktor semua...so aku pun ala ala cam tak berapa nak jadi gi i/view
tu sebab aku tak tau jalan KUIS tu mana ntah duduk nye.
Jadi aku pun pergi basuh kain kat umah Makteh,sambil tunggu kain siap
aku sambung membaca Semangat Hutan.
____________________________________

Semangat Hutan ~ Tombiruo Terakhir

Novel untuk minggu ini.
Ada la pulak Rogon membuat onar dlm Hutan Keningau tu,
tapi seperti biasa hero ku Ejim akan melindungi keamanan.
Kali ni aku rasa Ramlee berjaya create kan satu scene yg mencemaskan
bila pesawat peribadi tan sri tuh terhempas,aku suka tang tu,
baru nampak real orang orang yg terjun dr kapal terbang
sesat dalam hutan tebal,ade plak ular sawa,busuk peluh,
luka sana sini,aku suka citer gini.
Part paling mengharu kan bila suraya dpt jumpa amiruddin yg di cintai
huhu...dah le dlm Tombiruo ending dia Amiruddin nak melamar wan suraya
tapi maklum le pemalu,dia berkias kata dtg KL beli cincin kawin,tp
dia tak bg tau untuk siapa,suraya plak misunderstanding,
dia ingat kan Amiruddin nak kawin dgn org lain,terus la dia
bg tau yg dia dah bertunang.Amiruddin plak sedih,
terus balik Sabah. Masa dah nak blk,baizura call bg tau yg Amiruddin
nak melamar Suraya sebenonye...ate udah le gelabah...
trus dia drive ke airport tetapi sayang...Amiruddin dah berlepas...
So kali ni Suraya nak jumpa la kekasihnya,lain plak jadi nye..
sesat dlm hutan.Nasib baik instict Amiruddin tinggi dia tau Suraya
still dlm hutan.Akhirnya jumpa.
Tetapi...ending Semangat Hutan ni tidak seperti yang aku harapkan
huwaaa...aku menangis...menitik nitik air mata aku...kenap begini akhirnya
aku tak sanggup...aku terkenangkan anak dia keseorangan
rindu mak ayah dia...waaaaa!!!!aku sedih...
aku mengobak dlm kereta...so aku tak kira...aku perlu bace buku terakhir
Tombiruo Terakhir. Ptg semlm bersemangat aku pegi umah Suraya(ni kwn Jaring aku)
pinjam buku last.

La ni Ejim sudah handsome. berebut plak si haslia dgn suraya.
lantak le kome...aku pun tak sure siapa yg aku fikir lebih sesuwai dgn Ejim,
suraya dah bertunang...tak baik putus tunang sbb org lain.
Yang Haslia pulak cam tak matured je...so aku tak tau siapa yg layak
utk Ejim. Sian Ejim...

Matlamat

16 June 2007

Sebenarnya setiap hari dlm hidup aku ada matlamat harian yang tertentu.
Sejak bekerja kat tempat baru ni...matlamat² itu semakin sebati
dlm diri aku dan pasti akan capai matlamat itu.

~ Isnin-Khamis
Matlamat aku ialah "5.45"
apa itu 5.45?itu waktu aku kena logout dr softphone..hari hari
aku mesti tak sabar nak tunggu waktu tu...
~ Jumaat
Matlamat aku ialah "4.45"
ni waktu blk keje utk hari Jumaat,memang tak sabar nak balik
hari hari mcm tu...aku pun dah jenuh pikio ape ke masalah aku
sampai aku tak sabar sabar nak kuar dr office. huh...entah la
~ Matlamat mingguan
Setiap hari isnin matlamat aku utk minggu itu ialah JUMAAT
kenapa Jumaat?sbb lepas jumaat ialah sabtu dah ahad...aku CUTIEY!
~ Matlamat bulanan
Setiap bulan aku akan target "22"
Kenapa 22?sbb setiap 22 hb gaji masuk yuhuuuuuu!!!!
Aku boleh beli mcm mcm ....dan terubat la sakit sakit badan dan otak
dan lenguh sendi sendi serta penat lelah aku bekerja terbayar...terima kasih atas gaji yang di berikan
Ops...terlupa...ada satu lagi
~ Matlamat sesudah 5.45 dan 4.45 sesudah kerja ialah
MAKAN bersama si orang itu...tak lengkap rasa nya hari aku tanpa mkn
bersama dgn orang itu ;-)

Aper kes?!

15 June 2007

ape kes??!!
aku ada rasa ala ala panas gitu dlm hati nih.
ape kes nak kompelin kompelin aku?
ape kes nak sibuk hal aku?
apa kes semua bende yang terserlah totally P&C pun sebok nak tau?
lantak kau la nak tarik muka masam...aku pedulik hape!!
_________________

okeh ...bab best plak!
mlm td main badminton dgn orang itu dan adik dia
letih betul..dah lama tak main badminton...
tangan nih masih sakit lagi sebab main bowling ahad lepas
dah sebok plak nak main badminton
yang penting keluar peluh...rasa releaf!best best!
walopun letih tapi tidur ku tetap lena yuhuu!
________________________________

Tajuk buku yang aku bace minggu ni ialah
"Semangat Hutan" by Ramlee Awang Murshid
dia sambungan kisah Tombiruo. Masa mula-mula bace Tombiruo nih agak slow sikit pada aku sbb aku tak le into thriller novel,tp bila dah masuk bab Amiruddin,aku rasa start tertarik...sebab...aku suka caractor dia seorang lelaki yang
-baik
-cool
-suami yang penyayang
-suami yang setia
-menjaga solatnya
-bijak bertindak
dan ade lg yg lain lain...kalau nak tau kene bace sendiri
Bila dah habis bace aku dpt rase kisah Tombiruo nih akan ada sambungan nya. Sebab ending dia cam hanging.So aku start bace Semangat Hutan.La ni aku tgh bace tang serigala yg dtg menyerang Ejim.
nanti aku update lg....
_____________________________

Apa yang penting matlamat aku sekarang...
aku nak cari kerja goverment. Bila la agaknya rezeki aku nak dpt kerja goverment yang permanent.
Aku dah start rasa letih kerja dgn swasta yang offer contract dgn aku.
Sampai bila aku nak jadi 'contractor' ni?.
Aku pun ada impian nak ada familyanak anak,takkan selamanya keje gini...
Dan tak dinafikan juga amatlah sukar nak dpt kerjapermanent dgn goverment skrg..
memandangkan yang apply SPA pun berjuta
dengan degree holder pun dah berlambak lambak
tetapi kekosongan tak berapa nak ada
Aku minat jadi guru...
tapi nak dpt pun susah
apa yg pasti aku terlepas ujian MTeST aritu sbb terlalu
sibuk sehingga terlupa nak check online
akhirnya aku dapati nama aku ada dlm senarai ujian tu
selepas seminggu dari tarikh ujian...apa nak buat
tak de rezeki aku utk tahun nih...
kalau ada lagi insyaAllah tahun depan aku apply lg.

Cincin emas kueh bangkit...

13 June 2007

korang suka tak dapat cincin emas?
suker? betul ke ni?
kalau gitu kita geng laa...
aku pun suka kalau dapat cincin emas hehe...
ada ke orang nak kasi cincin kat aku?dulu aku selalu tanya kat diri aku sendiri
sebab aku nih sape la kan...layak ke aku dapat cincin emas...
maksud aku ...ermm...pemberian dari someone special...hermm!

ke cincin ni untuk org nak kawin je..kapel kapel tak sesuwai?
ke tak kesah je..kapel pun bley dapat gak!

apa la rasanye kalau jari di sarungkan cincin ek?
aku rasa...jantung aku akan berdegup kencang,
dan..
pipi aku pun akan merah blushing cam pakai blusher,
dan...
lepas tu badan aku pun terangkat melayang di udara...
owh...love is in the air...
akhirnya....
aku akan lebih jatuh cinta dengan orang itu...
bertambah la sayang aku pada orang itu...
dan cincin itu tak kan aku tanggal-tanggal kan dari jari aku

dan hari ini
di jari ku
sebentuk cincin
cincin emas
tersarung kemas
tanda cinta
si orang itu
kepada ku
kan ku tunggu
sehingga hari itu
di mana kita
akan bersatu...

Kali Pertama...

11 June 2007

aku:kau kenal kueh bangkit?
kau:kuih bangkit? (ragu ragu sambil menggaru dagu)
aku:kau kenal tak?
kau:macam kenal...tapi tak sure la..dia cam baulu ek?
aku:eh...bukann
kau:oooo...aku tau aku tau..cam kuih lapis?
aku:bukan...tak pe lah...aku tau...mesti kau tak tau punye..
kau:erk...(salah ke kalau aku tak tau?!)
aku:nanti aku cerita...

Enjoy