Mengapa
Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang? Mungkin sudah ada parti yang tidak puashati
dengan jemaah kabinet kerajaan pakatan harapan.
Perdana
menteri yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak dipertikaikan oleh
DAP kerana telah dipersetujui sebelum ini.
Akan tetapi
jawatan timbalan perdana menteri yang disandang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail
tidak tersurat dia hanya tersirat.
DAP sudah
tentu tidak puas hati miskipun Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri kewangan,
kerana parti itu menangi 47 kerusi parlimen.
Maka
sewajarnya DAPlah yang dapat timbalan perdana menteri, bukan menteri Kewangan
yang diberi kepada Lim Guan Eng.
Sebab itu
Lim Kit siang berdiam diri tak puashati dalam kes lantikan jemaah kabinet
tempoh hari. malah beliau dikatakan akan
menolak untuk dilantik sebagai menteri dalam kerajaaan npakatan harapan.
Lim Guan Eng
dikatakan sudah menyatakan tidak begitu minat dengan jawatan menteri kewangan
yang di pegang selama 15 hari itu.
Kata kata
tidak begitu minat dengan menteri kewangan inilah yang membuat Anwar Ibrahim
bimbang yang seolah olah sudah ada perbzaan pendapat antara parti gabungan.
PKR mungkin
tidak punya masalah lagi setakat ini miskin pun menang 40 kerusi parlimen
berbanding BERSATU hanya menang 13 kerusi parlimen sahaja.
Dari segi
demokrasi DAP wajar mendapat jawatan perdana menteri kerana kerusi parlimennya
mengatasi lain lain parti dan PKR yang punya 40 kerusi parlimen dapat timbalan
perdana menteri sepertimana yang sedia ada sekarang.
Walau
bagaimna sekalipun DAP akan menuntut jawatan itu nanti selepas dua tahun
berperdana menterikan Tun Dr Mahathir.
Ini juga
yang membimbangkan Anwar Ibrahim yang belum ada apa apa lagi jawatan dalam
kerajaan telah berindak macam perdana menteri setelah bebas tanpa salah dari
Penjara baru baru ini.
Untuk Jadi
perdana menteri, mengikut perlembagaaan perkutuan seorang itu mestilah seorang
wakil rakyat parlimen, lantikan Senator tidak layak dilantik sebagai perdana
menteri.
Pada hemat
saya mahu tidak mahu DAP pasti akan tuntut jawatan perdana berdasarkan merit
demokrasi berpalimen. Percayalah.
Inilah yang
membuat Anwar Ibrahim merasa bimbang dengan kerajaan pakatan harapan kerana DAP
dapat 47 kerusi parlimen majoriti berbanding PKR yang dapat 40 kerusi parlimen,
BERSATU 13 kerusi perlimen dan PAN 11 kerusi parlimen.
Kebimbangan
Anwar Ibrahim ada asasnya, lebih lebih lagi keinginan untuk menjawat jawatan
perdana menteri masih kelabu miskipun menang dalam pilihanraya kecil selepas
dua tahun PRU 14.
No comments:
Post a Comment