Berada di tempat baru , semuanya terasa baru , padahal
dikelilingi bangunan usang . Dan tak menjangka sebenarnya untuk bertemu buaya lagi di tempat
sebegini . Meskipon telah aku pesan pada diri , kau kalau nak jumpa buaya
bukan kat sungai ,bukan kat zoo je , shopping kompleks pon penuh buaya . inikan
lagi bila jalan sorang-sorang nak ketemu buaya ? ahh benda biasa la tu
Gadis.
Pertemuan pertama , impressi pertama aku yang jatuh ke dia ialah ,
“Jambu sial romeo , geli . ”
Namun si buaya ini tak pulak putus-putus memberikan sedekah melalui senyumannya
itu .
Aku bukan sebarang gadis yang takat leburnya mudah dicapai . Namun aku juga
bukan seorang gadis yang kasar , atau sombong , sebaliknya soft spoken gitu dan
mesra orangnya. Haha . Lah orang tak percaya kita jumpa depan-depan
la baru cakap .
Pertemuan pertama secara kebetulan , hanya dia yang
mengetahui nama aku . Kali kedua ketika aku bersama member-member ,sekali lagi
kami dipertemukan . Makin rancak nampaknya dia memulakan sesi pengenalan. Dan
malam itu juga BB ku berbunyi tapi sayangnya bukan bbm sebaliknya text message. Ok rasanya lagi cool kalau beliau pon BB user kerana mungkin peluang beliau
untuk menjalankan misi lebih tinggi .
Baru 2 kali pertemuan boleh pulak nak confess , “saya
suka awak “,“awak saya memang ramai ‘kenalan’ perempuan tapi saya terasa nak
serius dengan awak .” “awak , kenapa ea ni pertama kali saya rasa betol-betol
lain dengan perempuan” , “awak saya akan buktikan yang saya serius”
Aku hanya memandang BB dan tersenyum sinis . Terang-terang
dia mengaku sifatnya .
Dan acara memancing atau mengumpan ini berlangsung
selama beberapa minggu dan sekarang sudah cecah bulan. Sehinggakan satu pagi
aku menerima mesej seperti kebiasaan ,
“awak,saya rindu awak . ” Lahaiii . memang
pesen tak reti nak berputus asa gamaknye.
Dan seperti biasa aku tidak memberi apa-apa reaksi .Hendak dilayan kang dicop
kasi harapan pulak ye dak?
Sehinggalah tengah hari itu juga aku nampak buaya yang sama , buaya mixed blood
berambut kpop ,sedang mengedate dengan seorang perempuan lain .Bertudung
labuh . Amboi ,tukar selera! Agak-agak la bro nak try pon . Rasa cam nak
kasi pelempang je.
Saat bertentang empat mata , si buaya dah tak keruan , aku memberikan senyuman
paling ‘manis’ sambil berlalu pergi dengan ayat , “Gonna ‘miss’ you too ”.