Showing posts with label ceritera raya kami. Show all posts
Showing posts with label ceritera raya kami. Show all posts

19 June 2018

🎆 Cerita Raya 2018 Kami 🎆

Assalamualaikum...salam lebaran ke-5.
Alhamdulillah...baru ada kelapangan nak bercerita pasal kisah lebaran kami. Tahun ni...kami beraya di Manjung rumah family En Amr. Sejak kami dah tinggal sekali ni...sistem beraya diamalkan secara bergilir. Alhamdulillah....setakat ni tak ada masalah.

Tema warna baju raya tahun ni...saya pilih maroon dan pink belacan. Saya bukan jenis yang cerewet sangat bab warna baju raya. Asal warna nak dekat-dekat setona tu...boleh lah. Sedondon sangat pun boring jugak. 


Raya pertama, kami tak ke mana..just duduk rumah dan sambut tetamu datang. Saya lebih banyak bersandar dan berbaring. Maklumlah dah 37w. Nak tolong buat kerja dapur pun...tak berapa nak mampu. Mampu buat kerja yang ringan-ringan jer. Nasib En Amr jenis ringan tulang..boleh diharap tolong mak mentua kat dapur. Kesian jugak bila tengok dia angkat hidang, kemas meja dan basuh pinggan. Itu belum bab jaga Ali dan Adik yang nak makan, nak poo, nak pee pee, nak tengok kartun..berebut toys....huhuhuhu... Thank you ye Babah. You have done a great job. 


Raya ke-2, baru bawa Ali dan Adik berjalan ke Aeon Manjung. Kalau ikut badan...memang dah tak larat tapi sebab dah janji nak bawa Ali dan Adik tengok wayang Mr. Incredible...so Mama kuatkan jugak. Kami pilih show yang khas untuk family sebab dah tau bebudak ni memang suka jerit especially bila ada scene yang mendebarkan (tengok dengan penuh emosi). Itu baru bab menjerit....belum lagi bab suka main tangga kat dalam panggung. Masa mula-mula bawa Ali dan Adik tengok wayang dulu...memang saya cepat naik darah sebab susah nak control budak 2 orang ni. Tapi bila tengok anak-anak orang lain pun sama jugak...siap ada yang main kejar-kejar lagi dalam panggung. So saya pun biar kan jer Ali dan Adik nak jerit ke nak berjalan ke...asalkan saya nampak. Kalo ada orang lain yang terganggu dengan kerenah budak-budak ni...minta maaf la yer...next time sila pilih show time yang bukan khas untuk family.


Raya ke-3, pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke rumah sebab esoknyer Mama dengan Babah kena kerja. Huhuhu....so tamat lah cerita raya kami tahun ni. Tapi Ali dan Adik belum habis beraya lagi. Hari ni dua beradik ni sambung beraya ke Utara ikut Opah dan Atok nyer. Si Ali tak habis-habis dok sebut nama Tok Ba, Tok Nani,Tok Ngah, Tok Chu, Tok Din, Tok Idah.....segala jenis nama tok, pak cik dan mak cik dia sebut. Rindu sangat lah tu kat family Utara dia. So nak tak nak....terpaksa Mama dengan Babah izinkan dia ikut Atok ngan Opah balik Utara. Jaga diri baik-baik yer anak -anak Mama. InsyaAllah...raya tahun depan kita sambut berlima pulak ye. 

01 July 2017

Raya 2017 : Sambutan Aidilfitri 2017

Selamat Hari Raya. Alhamdulillah dah masuk raya yang ke-7 kita hari ni. Saya pun dah mula bekerja semalam. Tahun ni saya ambik cuti sehari je...sampai raya yang ke-4. Bukan tak de semangat nak beraya..tapi kesian dekat ofismate yang lain. Cuti-cuti macam ni..musim orang balik kampung..comfirm ofis kena serbu. Kesian kawan-kawan kena bersilat kat kaunter. Tak apa lah...niat asal bekerja pun memang nak berbakti pada masyarakat (sebab study dulu pakai duit rakyat @ biasiswa JPA)...so kita korbankan lah sedikit kegembiraan raya kita. Lagipun Sabtu Ahad ni still boleh sambung raya. Small matter...



Ceritera raya kami tahun ni memang terbaik. Tahun ni turn beraya ikut kemahuan saya. So En Amr ikut saja apa plan raya saya. Raya pertama dan ke-2 kami spend di Utara. Memandangkan parents dan adik-beradik saya semuanya pergi rumah mak cik di sana....so kami pun turut serta. Nasib baik highway tak terlalu sarat. Malam raya ke-2 baru kami balik ke Manjung..rumah mentua. Alhamdulillah raya tahun ni rasa puas hati sangat sebab saya dapat jumpa adik beradik saya dan adik beradik ipar. Walaupun dapat jumpa sekejap...tapi syukur sangat. Terasa macam waktu kecik-kecik dulu.


Raya ke-3 baru lah kami balik ke rumah. Lega dapat tidur atas katil sendiri. Time raya-raya ni perangai Ali dan Adik lain sikit. Maklumlah jumpa dengan atok-atok, opah-opah dan mak cik pak cik yang banyak manjakan budak berdua ni. So Mama dan Babah nyer jadi stress kejap..nak marah...depan orang...so bertabah lah kami berdua sampai balik rumah. Raya ke-4 kami sambung beraya area Batu Gajah dan Tanjong Tualang. Raya ke-5, Mamanya dah kena kembali bekerja. Huhuhuhu..... Ali dan Adik sabar kejap ye...tunggu Mama cuti Sabtu Ahad ni kita sambung round beraya balik.

Panjang kan cerita raya kami? Sejak dari kecik parents saya dah ajar untuk kenal saudara mara. Jadi itu lah yang saya cuba ajar pada Ali dan Adik. Alhamdulillah....setakat ni..ramai family kami yang Ali dan Adik dah kenal. Sometime siap request lagi nak pergi rumah Tok Din, Tok Ba, Tok Chu...nak main dengan Abang Amin..nak makan ayam masak kicap Tok Ngah. Huhuhuhu...Mamanyer yang pening kepala dan koyak poket sikit. Korang ingat Perak-Penang-Kedah ni boleh pakai pintu suka hati Doremon?!!!

Setakat ni dulu cerita raya kami. Bagi yang masih bercuti di kampung nan permai...berhati-hati drive pulang ke rumah nanti. Semoga selamat sampai ke destinasi.

24 June 2017

Raya 2017 : Persiapan Raya

Tinggal lagi 1 hari sebelum Ramadhan berlalu. Rasa sedih pun ada...terasa cepat sangat Ramadhan berlalu. Sedar-sedar..dah nak masuk Syawal. Cepat kan. So persiapan raya macamana? Dah ready ke?

Persiapan raya kami sefamily tahun ni..alhamdulillah...sederhana saja. Bab baju raya anak-anak, sebelum puasa lagi dah beli. Saya ni jenis beli sikit-sikit. Bila jumpa je baju atau seluar murah...saya beli. So bila nak dekat raya ni tak ada kelam-kabut sangat. Duit pun tak rasa habis banyak.

Di akhir-akhir Ramadhan ni..saya sibuk dengan projek biskut raya. Alhamdulillah...dah siap 2 jenis biskut... German cookies dan Chocolate Chip cookies. Buat biskut yang tak memerlukan kesenian yang tinggi...setakat gentel jadi bola dan tekan guna garfu. Huhuhuhu... Yang mana biskut yang merenyah tu..saya order je. Malas nak buat.


Untuk tema baju di pagi raya..saya pilih warna HIJAU (Saya yang pilih...Babah dan anak-anak ikut je). Untuk saya dan Adik, saya pilih baju kurung moden. Babah dan Ali pulak...Babah nyer pilih kurta. Tahun ni kami bagi freedom pada Ali dan Adik untuk pilih kasut raya sendiri. Dua beradik sepakat nak kasut yang ada lampu. Robak jugak poket Babah membayar harga kasut. Tak apa lah...raya setahun sekali je kan. Nasib Babah yang bayarkan..kalo Mama...jangan harap ye anak-anak...sebab Mamanya kedekut.


Bab duit raya...Isnin lepas dah ditukar. Mula-mula kirim pada ofismate untuk tukarkan di Maybank pada hari Jumaat. Tapi ya ampun.....banyak sungguh kerenah Maybank Kampar. Nak tukar duit RM 1, amaun mesti RM 200..then limit sorang cuma boleh tukar RM 200 saja...plus no free sampul duit raya. Huhh....tension Mama. Memandangkan ofismate pun nak tukar duit raya jugak..tak dapat lah dia membantu saya. So pagi-pagi Isnin...saya ke AmBank Kampar. Alhamdulillah...tak banyak kerenah. Walaupun note RM 1 dapat yang recycle punya...tapi at least Ambank bagi free sampul duit raya. So jimat duit.. Raya next year memang tak ada lah teman nak terhegeh-hegeh tukar duit raya kat Maybank lagi dah. Kita beralih pada Ambank pulak. Sampul duit raya tahun ni...macam biasa kita recycle je sampul yang Ali dan Adik dapat tahun lepas plus yang dapat free dari bank. So memang sampul duit raya saya agak carca marba sikit. But who care rite. Yang penting ada isi kat dalam.

Itu saja cerita persiapan raya tahun ni Untuk kawan-kawan dialam maya..saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA. Ampun dan maaf sekiranya ada penulisan saya yang mengguriskan hati anda-anda. Semoga sambutan raya tahun ni meriah dan kita diberi kemaafan dan memaafkan orang lain. Doakan semoga umur saya dan keluarga panjang agar saya dapat terus mencoret di sini.

02 August 2015

Salam Aidilfitri

Wahhhhhhh dah lama saya menyepikan diri. Blog kawan-kawan pun dah lama tak jengok. Biasa lah....dah nak raya ari tu sibuk dengan preparation raya. Time raya sibuk ke rumah sedara mara. Lepas raya...sibuk mendobi kain baju dan segala urusan yang tergendala time cuti raya. Huhuhu..punya la banyak alasan tak dapat update blog. Saja je kan... Alhamdulillah start minggu ni, life dah kembali normal. Officemates yang bercuti raya pun dah mula bekerja...so balik kerja...saya tak penat sangat. 


Ceritera raya kami sefamily tahun ni tak berapa nak manis sangat. Macam tahun lepas, En Amri tak dapat balik beraya dengan kami. Sedey ?!!!!!! Walaupun ini tahun yang ke-4 En Amri tak dapat balik beraya, saya masih belum biasa. Hari pertama raya saya still rasa sedih. Entah nak tunggu berapa tahun lagi baru saya dapat immune dengan situasi macam ni. Sampai bila-bila pun tak kot.... Disebabkan raya tahun ni kami tak dapat sambut raya sefamily..so no baju sedondon. Baju raya saya warna coklat,  Ali warna peach dan Adik warna biru. Sangat carca marba kan. Tak kesah lah....yang penting ada baju raya. 

Raya pertama kami sambut di Kampar. Petang raya tu baru kami bertolak ke Penang. Sambut raya kat sana pulak. Hari raya ke-2 kami ke Sungai Petani. Makan besar kat sana. Then raya ke-3 di Penang balik. Raya ke-4 baru balik ke Kampar. Huhuhu... jauhkan perjalanan raya kami ?!!!! Terubat jugak kerinduan pada En Amri bila dikelilingi sedara mara. Raya-raya macam ni kalau kita tengah sedey pun kena senyum jugak supaya tak spoil kan mood raya orang lain. 

Kalau tanya pasal perangai Ali dan Adik bila Babah tak dapat balik raya, Alhamdulillah...anak-anak saya tak buat perangai pun sebab Ali cuma pernah sambut raya dengan Babah sekali je dan Adik....belom pernah lagi. Hahaha....dah jadi anak askar...kena kuat sikit. Bila anak-anak OK, saya pun tak rasa sedih sangat. Cuma saya harap situasi macam ni tak akan berlarutan. Harap-harap raya ni yang terakhir kami tak dapat sambut dengan En Amri. Jealous oooo tengok kawan-kawan post gambar baju raya sedondon anak-beranak. Sampai saya deactive FB sekejap. Tunggu orang dah reda pos gambar raya baru nak aktif balik. Memang tak baik nak berhasad dengki dengan orang...tapi hati ini terguris jugak.

Ok lah..itu saja ceritera raya kami anak-beranak. Biasa-biasa saja kan... Gambar raya pun tak ada nak snap. Tak apa lah...insyaAllah tahun depan kami dapat beraya dengan En Amri. Kepada kawan-kawan blogger, saya mohon ampun dan maaf seandainya ada yang terasa atau terguris hati dengan kata-kata dan penulisan saya dalam blog ni. Semoga persahabatan alam maya ini akan kekal berpanjangan. InsyaAllah....