Memaparkan catatan dengan label mafia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mafia. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

Dragon 9 lebih POWER dari Agensi Penguatkuasa...PPIM kena UGUT!!!

Apakah yang dah terjadi pada negara ini bila agensi-agensi penguatkuasa dah macam tak ada kuasa bila cerita pasal bab judi haram ni???
Korupsi, wang perlindungan dan RASUAH serta pelbagai bentuk penyalahgunaan kuasa berluas-luasa. Sumber dari PPIM mengatakan 'Dragon 9' ni paling POWER sampai boleh CONTROL semua 'orang dalam' mereka dalam agensi-agensi penguatkuasa ni.
Siapakah manusia-manusia dalam 'Dragon 9' ni???
Haaa...ni kerja PDRM, SPRM dan yang sekaitan dengan nya, hangpa punyer kerja....jangan sampai rakyat kata hangpa tak buat kerja, takda integriti, amanah ikhlas dan jujur.
Kepada penjawat agensi penguatkuasaan yang beragama Islam dan mengucap syahadah tu jangan lah takut dengan setan dragon tu....takutlah dengan Allah. Percayalah bahawa mahluk tak berkuasa yang berkuasa hanyalah Allah Taala.

Berikut petikan artikel berita dari akhbar tempatan:
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memberi keterangan kepada polis berhubung beberapa ugutan dan ancaman diterima daripada sindiket perjudian.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan sebelum ini mendedahkan kegiatan perjudian haram dan aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi sembilan ketua digelar ‘dragon’ yang mengutip RM5 bilion sebulan.
Menurutnya, sindiket itu mengancam menyerang PPIM bila-bila masa selepas pendedahan berkenaan.
“Saya akui antara kandungan mesej diterima, mengatakan PPIM perlu ‘diajar’ selepas mendedahkan kegiatan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri meminta PPIM mengemukakan bukti dakwaan berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini membuat laporan polis. Saya bimbang keselamatan mereka jika benar dakwaan itu,” katanya .
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Pada sidang media hari ini, Nadzim berkata, pihaknya akan memberi maklumat dan bukti berhubung kegiatan kumpulan besar itu kepada polis Bukit Aman minggu depan.
Menurutnya, ancaman itu tidak menggusarkan PPIM kerana pihaknya yakin pihak berkuasa serta rakyat bersama-sama mereka membanteras kegiatan itu.
“Saya tidak menyesal mendedahkan hal ini kerana aktiviti perjudian ini menyebabkan kepincangan dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan.
“Berdasarkan tinjauan Kementerian Wilayah Persekutuan, jumlah pusat perjudian meningkat daripada 600 kepada 3,000 di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun,” katanya.
Sidang media oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mengenai sindiket perjudian yang mengancam PPIM di Kuala Lumpur

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN

 

 

 

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Rabu, 5 Julai 2017

Siapakah Ketua Geng 77 Yang Ditahan Bukit Aman 4 Julai 2017

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) ditahan dalam serbuan Bukit Aman, di Seremban, malam semalam. 
Suspek berusia 47 tahun yang juga berpangkat Datuk, ditahan dalam Operasi Cantas (Op Cantas) oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, sekitar jam 9.45 malam Selasa, mengikut Akta Pertubuhan 1966. 
Dia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap selain turut dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah di Chenderiang, Perak, pada tahun 2011. 

Suspek dipercayai turut terbabit dalam pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat Batas Malaysia (BATAS). Ketika serbuan, polis turut merampas baju korporat yang mempunyai bukti suspek terbabit dalam pertubuhan yang dikaitkan dengannya serta sebuah telefon bimbit. Hasil pemeriksaan mendapati, suspek turut mempunyai beberapa tatu pada bahagian badan dan lengannya yang turut mempunyai simbol kumpulan kongsi gelap. 

Dia kemudian dibawa ke pejabat STAGG, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan penahanan suspek adalah antara langkah serius Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur dan membanteras kumpulan samseng dan kongsi gelap di seluruh negara.

gambar ini contoh sahaja*

Khamis, 23 Julai 2015

Mafia Ndrangheta Organisasi Jenayah Yang Paling Terkaya Dalam Dunia


Polis Itali mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah merampas aset bernilai AS$2.2 bilion (RM8.3 bilion) milik satu sindiket penjenayah yang berpengaruh dan berkuasa.
Aset yang dirampas daripada Mafia Ndrangheta yang menguasai sebahagian besar pasaran kokain Eropah termasuk lebih 1,500 kedai judi, 82 laman web perjudian dan hampir 60 buah syarikat di samping sejumlah harta­nah, kata polis.
Pihak pendakwa raya turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 28 orang yang disyaki menguruskan empayar perjudian itu dan meletakkan 23 yang lain di bawah tahanan rumah atau memerintahkan mereka me­laporkan diri kepada polis.
Semua konco berkenaan dipercayai diketuai oleh ketua mafia Mario Gennaro. Dia meluaskan kuasa dan pengaruh dalam Mafia Ndrangheta selepas mendapat kekayaan melalui premis perjudiannya.
Mafia Ndrangheta dianggap sindiket penjenayah paling berkuasa di Itali dan mengatasi pengaruh Mafia Cosa Nostra di Sicily atau Mafia Camorra yang berpangkalan di Naples.
Sindiket Ndrangheta merupakan pembekal utama kokain yang dihasilkan di Amerika Latin dan diseludup ke Eropah melalui Afrika Utara dan Itali.
Wang haram daripada perdaga­ngan kokain berjumlah berbilion-bilion dolar itu ‘dicuci’ menerusi empayar perjudiannya.
Sebanyak 11 daripada syarikat milik Mafia Ndrangheta yang dirampas beribu pejabat di luar negara termasuk di Austria, Malta, Romania dan Sepanyol.

Peta daerah Reggio Calabria, Italy

Antara kegiatan haram yang mereka jalankan ialah penyeludupan kanak-kanak dan manusia, pelacuran, pengedaran dadah, pemberi pinjaman haram, konspirasi, korupsi politik, pemalsuan insurans, pembersihan wang haram, penyeludupan senjata, peras ugut, pelupusan bahan buangan haram/bahaya dan pergaduhan.


Total turnover of the 'Ndrangheta in 2007
Illicit activityIncome
Drug trafficking € 27.240 billion
Commercial enterprise & public contracts   €   5.733 billion
Extortion & usury €   5.017 billion
Arms trafficking €   2.938 billion
Prostitution €   2.867 billion
Total € 43.795 billion

Antara ahli Mafia Ndrangheta yang paling dikehendaki di Italy ialah Giuseppe Giorgi. Giorgi atau dikenali sebagai " 'u capra " (the goat) adalah juga anak menantu kepada boss Sebastiano Romeo. Dia berumur 54 tahun dan lahir di San Luca, Reggio Calabria di Italy. Giorgi dipercayai melarikan diri ke Jerman.

Giuseppe Giorgi






*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan dan Wikipedia

Khamis, 23 Oktober 2014

Datuk Param perlu dedah judi haram di Perak....atau ???


Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.



Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam soal yang melibatkan keselamatan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan berharap pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh kerana mereka lebih memahami senario sebenar perkara tersebut.

Beliau berkata, siasatan itu perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau tidak dan semua pihak perlu mengambil positif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kerajaan negeri dengan sejelas-jelasnya tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk seperti mana yang disebutkan oleh YB Menteri mengatakan ada di kalangan ahli-ahli politik yang terlibat umpamanya juga kita tidak akan melindungi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah rumah warga miskin yang menyambut Deepavali di Manjung pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Sebelum itu, sebuah akhbar turut melaporkan bahawa terdapat kegiatan kongsi gelap ala mafia di Kuala Sepetang yang dikatakan kebal dari sebarang tindakan.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kegiatan kongsi gelap dan jenayah di kawasan itu memang ada tetapi belum sampai ke tahap yang membimbangkan.

Polis Perak tidak menafikan terdapat kegiatan kongsi gelap atau aktiviti jenayah di Kuala Sepetang tetapi ia masih belum sampai pada tahap yang membimbangkan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, laporan yang mendakwa terdapat kegiatan mafia di kawasan persisiran pantai itu adalah tidak benar.

Menurut beliau, kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu memang ada, namun bukanlah hingga ke tahap mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Ia tidaklah berleluasa dan tidak ada sebarang mafia yang bermaharajalela seperti yang dikatakan oleh Mingguan Malaysia pada keluaran Ahad lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Perak, Ipoh pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat berikutan laporan daripada akhbar nasional pada Ahad lepas mengenai kegiatan mafia yang dapat mengancam keselamatan penduduk dan berlaku secara aktif di kawasan tersebut.

Paramasivam berkata, laporan akhbar itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk tempatan dan boleh menjejaskan perniagaan mereka, lebih-lebih lagi Kuala Sepetang turut terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan.

Beliau menambah, ketua kampung di kawasan tersebut turut menyatakan rasa tidak puas hati dan telah membuat laporan polis berkenaan dengan laporan akhbar itu.

"Mereka bimbang yang kenyataan yang tidak berasas yang tidak didalami secara terperinci akan menjejaskan perniagaan mereka, sektor "eco-tourism" dan mencemarkan nama baik Kuala Sepetang," katanya lagi.

Beliau memberitahu, terdapat 36 kes melibatkan kes pecah rumah, curi motosikal, rampasan barang penyeludupan, perjudian haram dan hanya satu kes bunuh dilaporkan di sekitar Kuala Sepetang sejak Januari 2014.

Menurutnya, polis akan terus membuat pemantauan khas dan menghantar anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), marin, narkotik dan IPD Taiping untuk membantu membuat risikan, serbuan, pengesanan aktiviti jenayah dan tangkapan, baik dari segi perhilitan, perjudian, perikanan, penyeludupan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Paramasivam menasihatkan orang ramai agar memahami konsep sebenar istilah mafia sebelum membuat sebarang spekulasi agar tidak menimbulkan kerisauan di kalangan komuniti.

Beliau menjelaskan, mafia adalah satu kumpulan sindiket yang mempunyai organisasi teratur dan bertindak mengawal segala aktiviti di kawasan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Cuba fikirkan secara logik, jika benar mafia bergiat aktif di Kuala Sepetang, masa kan ada pelancong yang masih datang dan melawat kawasan tersebut, penduduk juga tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara aman," tambahnya.






30.     Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Khamis, 19 Jun 2014

Adi Putra kes skandal bini orang


Pelakon Adi Putra enggan memberi sebarang komen apabila ditemui media yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung isu kes skandalnya yang berkemungkinan dibuka semula.
 
“Tiada Komen. Terima Kasih,” demikian sahaja reaksi Adi Putra ketika diminta mengulas isu skandalnya dengan Nooraida Abdul Mutalib.

Baru-baru ini bekas suami wanita terbabit Amiruddin Osman telah memuat naik salinan surat keputusan siasatan daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman di Instagram miliknya.
Surat tersebut adalah makluman mengenai pegawai polis yang mengendalikan kes itu pada September tahun lalu, Fergie Anak Dim yang telah dikenakan tindakan tatatertib.
Pada September tahun lalu Adi telah didakwa menjalinkan hubungan dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin membuat aduan.
Pelakon filem KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.





Mantop juga nampak lurah...patut arr



Kesian abg Adi, nayer lah kalor kantoi camni

Tapi dah cerai pun...mungkin nak publisiti kot

Adi dan Nooraida berkenalan menerusi Instagram dan kerap berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehingga perbuatan tersebut dihidu Amiruddin.



*sumber dari laman sesawang berita hiburan tempatan.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Tatu dan Lambang Kongsi-kongsi Gelap di Malaysia


Selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengumumkan senarai lengkap 49 kumpulan yang diwartakan haram, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan 14 logo kumpulan kongsi gelap bagi memastikan masyarakat berhati-hati dan tidak terjebak dengan kumpulan itu, hari ini.

Baki kumpulan berkenaan menggunakan nama kumpulan sebagai logo. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan, berkata, polis mengingatkan supaya mana-mana pihak yang menggunakan logo itu termasuk di badan (tatoo), pelekat kenderaan atau apa saja bentuk lambang di rumah. 

“Ada segelintir di kalangan masyarakat yang belum mengetahui 49 kumpulan sudah diwartakan haram itu. Pendedahan ini adalah satu usaha polis mendidik termasuk kepada ibu bapa. Maklumat diperoleh menunjukkan lambang atau logo kumpulan kongsi gelap tidak diketahui segelintir masyarakat.


Foto

Logo dan tatu geng kongsi gelap.


“Pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperoleh kita dapati ada pembabitan remaja seawal usia 15 tahun lagi,” katanya.


* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.








Sabtu, 22 Jun 2013

Foto-foto Mafia era-30an dilelong

Beberapa keping gambar anggota kumpulan samseng pada era 1930-an yang ditemukan di dalam diari seorang detektif akan dilelong pada minggu depan di New York.

Detektif tersebut, Eugene Canevari berkhidmat selama 24 tahun dengan Jabatan Polis New York dan sepanjang kariernya, dia pernah menyiasat beberapa kes melibatkan ketua-ketua jenayah terancang pada era itu, termasuk Lucky Luciano, Louis 'Lepke', Buchalter, Dutch Schultz dan Vincent 'Mad Dog' Coll.

Canevari kemudiannya bersara pada 1952 dan ketika itu, dia menyimpan beberapa dokumen dan gambar yang diambil sepanjang kariernya.

Antara foto yang bakal dilelong termasuklah gambar asal Luciano dan anggota kumpulan gengster, Johnny Torrio.



Koleksi itu turut menampilkan beberapa gambar mayat yang merupakan suspek bunuh diri di dalam keranda, gambar di kawasan landasan kereta api ekoran ancaman bom dan dokumen saksi.

Canevari yang memulakan kerjaya sebagai polis pada 1928 di usia 25 tahun dikenali sebagai seorang detektif yang rajin dan bersemangat dalam setiap kes yang diuruskannya.

Dia juga pernah berkhidmat dalam Skuad Bom dan Unit Bunuh Diri Polis New York.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Selasa, 11 September 2012

Kumpulan SAMSENG yang paling merbahaya di dunia

Mari kita lihat foto-foto kumpulan samseng yang paling merbahaya dari seluruh dunia. Yang dari Malaysia belom tersenarai lagi.

Sila klik sini.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...