Memaparkan catatan dengan label lebuhraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lebuhraya. Papar semua catatan
Khamis, 13 November 2014
Lebuhraya ke utara sesak akibat lori gas terbalik di km 257
Dua kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler membawa muatan penuh tong gas petroleum cecair (LPG) dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9.30 pagi berdekatan Terowong Menora itu berlaku apabila treler terbabit yang dalam perjalanan ke arah utara dari Ipoh tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Akibat kemalangan itu, kira-kira 50 tong gas yang dibawa treler terbabit tercampak di atas jalan dengan sebahagian daripadanya turut bertaburan di laluan bersebelahan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari Kuala Kedah, Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak sempat mengelak lalu merempuh beberapa tong gas yang berada di hadapannya.
Menurutnya, pemandu, Mohd. Nasir Jaafar, 40, dan anaknya, Muhammad Syakirin, 10, sempat keluar sebelum kenderaan mereka terbakar akibat letupan tong gas yang dirempuh.
Jumaat, 27 Jun 2014
Budak 9 Tahun Dicabul Lelaki di Slim River
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.
"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.
Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.
Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.
"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.
"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.
"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.
Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.
Kereta Pencabul |
Rabu, 18 Jun 2014
NO SMOKING!!!...kat R&R semua lebuhraya
Kawasan berbumbung dan tertutup di sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) semua lebuh raya diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai akhir tahun ini.
Pewartaan juga membabitkan kawasan lingkungan 300 meter dan R&R kecuali kawasan meletak lori dan kenderaan berat.
Kawasan berbumbung membabitkan kawasan makan, tandas, gerai jualan, riadah serta laluan pejalan kaki berbumbung di semua lebuh raya.
Larangan Merokok : Kesan nya? |
Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon larangan merokok terhadap kawasan tertutup di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, larangan membabitkan kawasan makan dan tandas serta pejalan kaki berbumbung.
Perbincangan dan persetujuan dengan pihak konsesi lebuh raya menurutnya telah pun diperoleh.
“Semua R&R di dalam negara kita akan bebas daripada merokok. Ia kerana di situ tempat mereka makan, dan jika mereka merokok di situ, risiko bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada semua orang yang berada di sekitarnya,” ujar Subramaniam.
Tambahnya, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan bandar bebas asap rokok.
Katanya Pantai Batu Buruk di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak dan Kelantan kini berada dalam perancangan untuk diwartakan sebagai bandar bebas asap rokok.
Selain itu, laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer turut akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.
Subramaniam terdahulu merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di sini.
Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang bertemakan "Jimat wang! Berhenti merokok! Selamatkan nyawa!" itu dilihat mampu mengajak masyarakat khususnya perokok untuk berhenti merokok sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjimatkan wang.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/zon-larangan-merokok-akan-diwarta-di-semua-r-r-37878?cp
*sumber dari laman sesawang berita nasional
Langgan:
Catatan (Atom)