Featured Post

Sangat Sibuk?

Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Usai perkara anak memohon kad pengenalan kemudian berjalan-jalan sebentar ke Alamanda mencari sepat...

Saturday, November 9

Sangat Sibuk?

Assalamualaikum...
Apa khabar semua..

Usai perkara anak memohon kad pengenalan kemudian berjalan-jalan sebentar ke Alamanda mencari sepatu untuk putera ke 2,dan puteri ke 2.
Alangkah seronok nya memiliki nya tanya mengetahui keberadaan ekonomi kami.
Hahahaha...apa lah yang sikecil ini tahu tentang masalah orang dewasa. Menjadi kanak-kanak sememangnya saat yang indah kita menjadi manusia.

Bata dan Mothercare menjadi pilihan saya untuk membeli sepatu untuk anak-anak saya.
Lantas selepas itu, penampakan McDonald’s di situ lalu puteri pertama saya meninginkan Vanilla Sundae,begitu juga anak-anak saya yang lain.

Cadangan nya selepas itu ingin ke Precint 15, tapi tidak kesampaian kerana si beliau yang kami ingin temukan tidak menginzinkan kondisi nya. Tak apa lah mungkin lain kali saja. Masih punya waktu dan tidak perlu tergesa-gesa ujar Encik Suami.

Bermula lah episod seterusnya minggu ini di mana anak-anak saya merintih,merayu,melonjak bahagia, perkelahian dan bermacam-macam kisah lagi sepanjang 5 hari ini.
Cuti sekolah pun semakin hampir dan saya merasakan bahang nya.

Hari ini sahaja, pelbagai urusan harua di laksanakan, putera sulung Pendaftaran sekolah baru, putera ke 2 juga begitu dengan peralihan persekitaran baru untuk tahun hadapan. Apa
Yang menarik hari ini ialah, penghawa dingin rumah kami mengalami kesukaran sehingga terpaksa membayar sejumlah wang ringgit untuk membaik pulih kondisi nya, setelah semalaman kami berpanas dalam beradu kami. Wow!...macam-macam yang terjadi tapi itu semua lah yang menjadikan hari saya lebih bernilai dan mencabar.

No comments: