Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Mari Berkarya

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh warga UTHM.

Kelab Iqra' UTHM kini menyediakan medium kepada warga UTHM yang berbakat dan berminat dalam bidang penulisan cerpen, sajak, pembuatan poster atau pengambilan gambar kreatif.

Anda boleh melihat karya-karya sahabat-sahabat Iqra' UTHM dalam button Karya Sahabat Iqra atau anda boleh klik link ini untuk terus melihatnya, http://karyasahabatiqra.blogspot.com/

Insya Allah, di pihak Kelab Iqra' UTHM akan sentiasa menambahbaik blog yang ada untuk tatapan anda semua :) Pastikan karya anda original dari anda ye!

Segala karya-karya anda bolehlah dihantar kepada ki.uthm@yahoo.com. Sila sertakan :-

1. Nama Penuh
2. No. I.C
3. No. Matrik (sekiranya anda pelajar UTHM)
4. Nama pena
5. Tajuk karya anda (wajib)
6. Gambar anda untuk kami letakkan bersama dengan karya anda.

Apalagi? Cepat-cepat berkarya jika anda kebosanan semasa cuti ini :) Jom3!!

Tuesday, April 29, 2008

Penambahbaikan Blog Kelab Iqra



Assalamualaikum W.B.T

Bermula pada semester hadapan, Kelab Iqra akan merombak beberapa item yang terdapat dalam blog ini untuk memberikan satu kepuasan kepada para pengunjung bagi menyumbang idea dan sebarang apa jua bentuk sumbangan. Sehubungan dengan itu, pihak editor memohon pandangan anda semua untuk memberikan beberapa cadangan yang boleh dijadikan item-item utama dalam blog ini. Semua cadangan anda akan dinilai terlebih dahulu dan akan dimurnikan dengan yang lebih baik agar memberi manfaat kepada semua.

Pada semester hadapan, kelab Iqra mensasarkan penglibatan dari semua pengunjung dalam mencapai beberapa objektif seperti di bawah:


Menyediakan platform suara mahasiswa kepada mahasiswa/i yang mempunyai kredibiliti dalam menyampaikan suara masing-masing bagi menyatakan sebarang pandangan kepada masalah mahasiswa/i yang dihadapi dalam universiti tercinta ini

Melahirkan mahasiswa/i yang sensitif terhadap pengajian ilmu Islam di dalam universiti.

Menyedarkan masyarakat kampus khususnya mahasiswa/i dalam bersama menangani masalah yang melibatkan sosial dan rohani mahasiswa/i sendiri di universiti.

Anda boleh menyampaikan idea anda pada ruangan catatan pena atau bahagian comment di bawah pengumuman ini

Kerjasama anda amat dialukan.

Thursday, March 27, 2008

PENGUMUMAN


Pastikan anda telah mendapat edaran poster atau flyers di atas.
Segera sebarkan pada rakan-rakan tentang perarakan yang akan berlangsung

Tuesday, March 4, 2008

Pengumuman Penting

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada semua warga UTHM,
Kelas Pengajian Iqra pada minggu ini di tangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan.
Justeru itu Kelas Pengajian Iqra' akan diteruskan semula pada 16 Mac 2008. insya-Allah.

Sekian.

- LBAK