sunnah harus d utamakan!
innahumin sulaimaana wainnahu bismillahirrahmanirrahim..
(post ini sememangnya panjang berjela)sebelum korang semua meneruskan pembacaan pada entry aku kali ni..
adalah pertama sekali jika masing2 berlapang dada dengan isi yang bakal aku tulis ini..
(sungguh ini serious mode!)sekali lagi aku tegaskan bahwa aku masih jahil tentang agama dan berusaha tuk mengurangkan kejahilan aku..
maka,tegurlah aku atas segala kesilapan aku dengan cara Nabi menegur para sahabat..
(aku sedia d tegur dan pastiakn teguran itu munasabah tanpa mengikut nafsu!)isi kandungan post kali ni agak berat dan pada siapa yang ada baca entry aku sebelum ni yang mana entry tersebut telahpun aku delete..
aku mintak maaf sangat2 kerana terdapat percanggahan ilmu dan fakta d situ..
insyallah,kali ini akan aku cuba jelaskan dengan lebih terperinci..
kerna aku sayang korang!
(uhuk3~)sesungguhnya ini adalah sambungan pada entry yang bertajuk..
UTAMAKAN YANG UTAMAd mane d hujung entry tu aku ade mengutarakan satu persoalan mengenai perkara bid'ah..
ini adalah berdasarkan pada satu hadith Nabi yang berbunyi..
”Tiap-tiap perkara bid’ah adalah sesat, dan tiap-tiap perkara sesat akan membawa ke neraka.”
dan aku sertakan lagi potongan hadith Nabi saw yang bermaksud..
'aku bwasiat kpd kalian agar btaqwa kpd Allah,mdengarkan perintah dan taat meski yg memerintah kalian adalah seorg budak. Sesiapa pun di antara kalian yg masih hidup, nescaya akn menyaksikan byk perselisihan. krn itu bpegang teguhlah kpd sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-RAsyidin ug mdapat petunjuk.Gigitlah sunnah2 dgn gigi geraham. Dan hindarilah hal2 baru (dlm soal agama) krn semua yg baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.'
<>
mengikut hadith Nabi saw tersebut..setiap perkara baru dalam agama adalah bid'ah..
dan setiap bid'ah itu adalah SESAT!
berat ungkapan sesat tersebut yang datangnya dari Nabi saw sendiri..
(bukan aku yang cakap!)ingat,perkara bid'ah yang d kategorikan sesat adalah perkara yang berkaitan dengan agama saja! berkaitan dengan AGAMA!
sebelum aku tulis dengan lebih lanjut adalah elok kalau aku sertakan pada mereka yang tak tahu apa itu bid'ah..
bid'ah boleh d ertikan sebagai pembaharuan dalam agama...
d mana, segala amalan yang Nabi saw tak pernah buat..
namun umat islam d zaman ini pulak yang pandai2 buat amalan tersebut..
kenapa aku cakap umat zaman sekarang pandai2 buat amalan yang tak pernah Nabi buat..
sebab, Nabi saw pernah berkata d dalam khutbah terakhirnya, bahwa Baginda telahpun menyempurnakan syariat, d hadapan ribuan umat Islam..
maksudnya d sini,Nabi telah MENYAMPAIKAN segala wahyu dan amanah dari ALLAH tanpa menyembunyikan walaupun sedikit..
dan ALLAH juga telah berfirman..
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (QS. al-Maidah 5:3).
ha tengok!
Islam itu telah pun complete dan tolong jangan complicatedkan dengan perkara bid'ah yang tiada nas/dalil yang bersandarkan pada Nabi saw..
sekali lagi aku bukan insan arif untuk perkatakan soal ini..
maka aku pun telah merujuk orang2 yang alim serta berpengetahuan bagi mengesahkannya!
mengikut Imam Syafie..
Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.
sebenarnya..tahukah korang bahwa segala amalan bid'ah yang kononnya hasanah yang masyarakat kita amalkan kala ini adalah
tidak betul sama sekali..
atau aku boleh cakap ianya adalah bid'ah dhalalah??
kerana apa?kerana tiada d dalam mana2 hadith/nas mahupun dalil..
termasuklah tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya
apa yang d maksudkan dengan '
tidak betul' tersebut??
'tidak betul' kerana tiada sumber atau nas atau dalil yang bersandarkan pada Nabi saw..
ade ke korang jumpa hadith/nas/dalil mengenai tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya ini???
segala amalan tersebut sengaja d ada2 kan atas alasan ia adalah perkara/amalan yang baik!
namun walau ia baik setinggi langit ke7 sekalipun,tapi Nabi tak pernah menganjurkan perkara berikut!
kerana Nabi sudah pun tinggalkan perkara SUNNAH yang harus kita ikuti!
dan sekaligus bid'ah adalah bukan sunnah Nabi dan bila ianya bukan sunnah,tidak perlulah d amalkan dan d ikuti seperti yang berlaku sekarang..
kerana apa?
kerana Nabi bersabda, bahwa Baginda telahpun menyempurnakan syariat ALLAH dan tak mungkin Baginda 'terlupa' menyampaikan syariat walaupun sekelumit amalan untuk kita..
sebab itu Nabi kata..berpegang teguhlah pada dua perkara
(quran dan sunnah) nescaya kita akan selamat!
tak perlu d tambah dengan perkara bid'ah yang kian meruncing d jadikan amalan sehari-harian!
dan andai kata perkara bid'ah itu baik yakni hasanah..nescaya Nabi saw dah lama dah buat untuk d jadikan ikutan umat Islam..
tapi hakikatnya Nabi tak pernah buat perkara tersebut
(yakni bid'ah!) dan tiada nas/dalil pun yang menyokong amalan/perkara tersebut
dan hakikatnya Nabi saw tak pernah pun buat perkara2 tersebut yakni tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya..
dan d ingatkan sekali lagi..bahwa apa yang akan aku tulis ini bukanlah datang suka hati dari tafsiran aku yang jahil ni..
tapi ia adalah perkara sebenar yang terkandung dalam mazhab Imam Syafie sendiri..
ingat..Imam Syafie sendiri menolak perbuatan bid'ah tersebut..
namun kita dengan suka hatinya melakukan laranagan mazhab yang kita sendiri anuti!
perkara ini turut d sokong oleh para ulama Syafiyyah..
seperti ulama nusantara yang terkenal Syed Daud Fatani..
namun aku masih pelik kenapa ianya masih d amalkan..malah jauh lebih dahsyat lagi bila sanggup utamakan amalan bid'ah ini jauh daripada mengutamakan sunnah Nabi saw..
memang betul tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya adalah baik..
namun d ingatkan bahwa Nabi tak pernah pun amalkan perkara tersebut dan tak pernah pun bersabda mengenai perkara tersebut dan tiada nas/dalil mengenai perkara tersebut..
(berepa banyak perkara tersebut daaa)baik,jika korang cakap tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya ini adalah bid'ah hasanah..
sila teliti kembali dan buka balik kitab hasil tulisan beliau..
(Imam Syafie)yang d maksudkan bid'ah hasanah itu adalah apabila terdapat nas/dalil yang bersandarkan pada sunnah dan syariat baginda..
even dalam kitab2 karangan Imam Syafie dan beberapa ulama syafiyyah nusantara sendiri jelas menyatakan tahlil,yassin dan beberapa bid'ah lain adalah HARAM dan sekaligus adalah SESAT!
aku bukan suka2 hati melabel orang lain sebagai SESAT..
(berdosa besarlah aku!)namun itulah yang terkandung dalam kitab dan pegangan Imam Syafie sendiri..
Apakata Imam Syafie dlm kitab I''anatu at-Talibin juz 2 hlm. 146, tercatit: Imam Syafie berfatwa: "Dan dilarang menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Di larang juga membawa makanan ke kuburan".
ini menjelaskan mengenai hukum melakukan kenduri arwah yakni tahlil..
menurutnya lagi:
" Haram mengadakan kenduri arwah mnikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram."
dan lagi..
Didalam kitab yg sama jilid 2 halaman 146-147: Imam Syafie berfatwa: "Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bidaah". Dan fatwanya lagi: "Antara bidaah yg mungkar ialah kebiasaan orang yg melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) di hari keempat puluh (empat puluh harinya) pada hal semuanya ini adalah haram."
nah..jelaskan Imam Syafie menyatakan dalam kitabnya bahwa HARAM bagi keluarga si mati mengadakan jamuan d malam hari kematian dan juga tuk hari2 seterusnya!
bukan aku kata tapi Imam Syafie yang mulia yang memberitahu dalam kitabnya yang nyata sahih tiada seleweng..
dan juga turut d muatkan dalam kitab2 ulama Mazhab Syafie yang lain yakni..
al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji..
"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam)
dan juga oleh Syed Daud Abdullah Fatani..juga seorang ulama mazhab Syafiyyah yang mahsyur dalam Bughyah al-Talab...
"(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34).
kan dah jelas perbuatan mengadakan tahlil itu adalah bid'ah yang d haramkan oleh mazhab kita sendiri..namun mengapa masih d jadikan amalan hingga kini..???
aku sendiri tidak pasti!
Islam itu sempurna...tidak perlu ditambah dan dikurangi amalannya melainkan yang pernah Nabi amalkan dahulu..
adakah aku jumud kerna berfikiran begini??
sila betulkan kesalahan aku..aku hanya mahu memberi gambaran sebenar perkara ini..
dan sebelum korang menuduh aku sebagai 'w****i', sesat atau sebagainya..
korang boleh rujuk buku al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i..
kerna aku sayangkan korang dan sayangkan Islamlah aku bangkitkan perkara yang sensitif ni!..
dan aku ulangi,jika perkara bid'ah ini baik sudah tentu ianya sudah d sampaikan oleh Nabi saw terlebih dulu dan menjadi sebahagian sunnahnya..
kerna Nabi sendiri telah berkata bahwa Baginda telah menyempurnakan syariat ALLAH dan mustahil akan tertinggal walau sekelumit..
bid'ah hasanah yang d maksudkan Imam Syafie adalah apabila ianya bersandarkan pada sunnah Nabi dan ada nas/dalil yang mengenainya..
yakni sesuatu amalan yang boleh d rujuk pada sunnah Baginda..itulah apa yang d maksudkan oleh Ibnu Rojab,pembesar mazhab Syafie..
"yang d mkasudkan oleh Imam Syafie bid'ah tercela itu adalah sesuatu yang tiada dasarnya atau asalnya dalam syariah dan tiada rujukan yang boleh d rujuk..manakala bid'ah terpuji itu adalah apa2 yang bersesuaian dengan sunnah dan boleh d rujuk."
sebagai contoh yang d berikan oleh Imam Syafie ialah kisah pasal solat terawikh yang kebanyakan dari kita kurang ambil tahu cara pelaksanaan Nabi..waktu zaman Nabi saw dulu..Baginda lebih mengutamakan solat terawikh secara bersendirian dan bukan secara jemaah..dan hanya sempat d lakukan secara berjemaah d zaman Nabi hanya 3kali saja..
menurut Ibnu Hajar Al-Asqaalaniy..
menunaikan terawikh secara berjemaah adalah ijtihad Umar ra yang mengatakan 'baik bid'ah ini' tatkala melihat umat Islam pada waktu berjemaah terawikh dengan hanya 1imam..
kerana apa? kerana Nabi pernah berseolat terawikh d masjid dan setiap kali itulah jumlah makmumnya bertambah..lepas tu Nabi dah tak pergi terawikh d masjid kerana takut ianya akan membebankan umatnya..dan saat mana Umar ra melihat situasi umat berjemaah ketika terawikh, tidak pula d larang kerana beliau pernah melihat Nabi berjemaah terawikh sambil d ikuti sahabat2 yang lain..
walaupun d katakan hanya 3kali Nabi pernah berjemaah terawikh..dan selepas itu tidak lagi d amalkan sehinggalah saat Umar melihat situasi tersebut..maka beliau pun berkata 'baik bid'ah ni'
walaupun perbuatan itu sudah lama d tinggalkan dan d lakukan kembali kerna ada dasar/sumber dari Nabi saw..
so,paham ke apa yang d maksudkan dengan bid'ah hasanah yang d maksudkan oleh Imam Syafie apabila setiap bid'ah hasanah itu ada sanad/sumber dari Baginda saw..ini bukan tafsiran dari aku tapi dari tafsiran Imam Syafie sendiri serta ulama2 Safiyyah yang lain..
maafkan aku jika aku tersalah..dan tegurlah aku jika aku tersalah tafsir tafsiran Imam Syafie..
dan aku juga dah sertakan kata2 Imam Syafie serta ulama Safiyyah yang lain mengenai hukum mengadakan tahlil..yang jelas haram..adakah kita nak kata Imam Syafie ini wahabi kerna menolak 'bid'ah'?? na'udzubillah...
sama2 kita fikirkan dan renungi serta rujuk kembali kitab2 para ulama yang muktabar dan jangan hanya mengikut sesuatu amalan walaupun baik kerna takut ianya bid'ah yang sesat yang d maksudkan oleh Nabi saw..
bagi aku senang je..amalkanlah sunnah Nabi saw yang konfem2 masih banyak lagi yang korang tak amalkan..mengapa harus bersusah payah mangamalkan amalan bid'ah yang Nabi saw sendiri tak pernah buat..uruasn sunnah belum selesai,inikan pula mahu d tambah dengan urusan bid'ah..
maaf jika aku ini syadid dan berfikiran sempit dalam soal agama dan ibadah..namun aku masih mahu terus berfikiran waras dalam beribadah dan tidak hanya mengikut sesuatu yang hanya adat turun temurun nenek moyang tanpa sumber yang sahih..
dan sekali lagi aku tekankan..kalaulah betul tahlil,yassin malam jumaat malah talkin itu perkara 'baik'..sudah tentu Nabi saw telah amanahkan pada kita untuk melakukannya..berusahal untuk ikut cara Nabi beribadah dan bukan menurut hawa nafsu dengan mengikut perkara bid'ah yang Nabi sendiri tak pernah buat..
wallahua'alm~
notakaki:besederhana dalam ibadah adalah jauh lebih baik daripada bersungguh2 dalam bid'ah..dan sila tegur aku jika ada kesalahan d mana2 kerna hasil penulisan aku adalah mengikut lunas2 yang terkandung dalam kitab Imam Syafie yang sendiri mengharamkan perbuatan bid'ah ni!
cukup ALLAH bagiku~