Thursday, April 23, 2009

Versi Baru

Sambutan birthday versi baru. Untuk birthday orang yang berumur semestinya. Bagi yang tidak menggemari kek , boleh cuba pelbagai jenis talam untuk meraikan birthday. Kat bawah ni Talam Kelapa Laut Bersagu. Memang sedap. Semua ni talam jenis moden.





Cenderahati

Cup cake yang telah dibungkus dan diikat reben untuk cenderahati majlis pelantikan pengawas sekolah. Bungkusan ni dimasukkan dalam bakul rotan sebenarnya.







Talam & Kek Coklat Lembab

Order dari anak saudara yang tinggal di kuarters PGA Cheras. 1 kg chocolate moist cake dan Talam Tokyo. Talam Tokyo ni atasnya sama dengan seri muka tapi bawahnya ada su'un , kelapa parut dan sagu .







Friday, April 17, 2009

Angan & harapan

Dari Disember 2008 dan sekarang April 2009 hajat nak buat kelas baking dan decorating cake masih tak terlaksana. Sibuk memanjang. Tak berani nak berjanji dengan sesiapa pasal tarikh kelas sebab aktiviti last minute sentiasa ada.Agaknya kena tunggu masa cuti panjanglah. Bab senarai harga pun tak selesai lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak order kek atau biskut tu kena call or sms.

Kemalasan melanda........tapi...

Dah lama tak update blog.Rasa malas yang amat sangat. Apatah lagi gambar yang telah diambil hilang semuanya. Ada antaranya gambar yang belum di postkan , order daripada Kak Zura dan dari ofis Zila.

Order by Pn.Wong , my officemate. 2.0 kg chocolate moist cake and 2.0 kg blueberry cheese cake. Thanks .








Wednesday, April 8, 2009

Talam oh Talam

Entah mengapa sejak akhir-akhir ni datang order untuk kuih talam. Buat kuih ni leceh sikit. Senang buat kek dan cookies lagi .
Talam Marble order by Suria from Taman Sg.Sekamat.
Talam Marble

Tuesday, April 7, 2009

Ubi dan Kayu..ubi kayu

Ubi kayu. Makanan utama masa zaman Jepun . Zaman kanak-kanakku dulu juga masih biasa dengan ubi kayu. Kalau dulu pernah menanam , mencabut , kutip pucuk ubi dan juga makan ubi rebus dengan kelapa + gula /ikan masin. Tapi sekarang , tak laku dah . Anak-anak jauh sekali. Sentuh pun tak nak.

Talam ubi yang diminta oleh Kak Muni . Puas mencari ubi kayu . Lastnya minta husband cari kat pasar borong Selangor. Semua kawan bertanya ada campur sagu ke tak. Sebab bila makan terasa macam ada sagu . Sebenarnya guna sagat mata yang besar jadi ubi pun tak lah halus ( nak cepat ) Tak blend sebab nanti berair.




No theme

Set hantaran ( cup cake ) .Simple deco . Kak Muni order untuk dihadiahkan kepada jirannya .
Sebab tak de tema , senanglah nak letak apa-apa warna pun.



Cenderahati

Biskut mentega kacang !!!!new recipe. Bakal hadir untuk koleksi raya 2009. Serupa dengan biskut mazola tapi rasanya tak sama. Masih tetap sedap . Dah pun ada permintaan. Untuk pengetahuan para pembaca blog ni , ketuharpanasyatie hanya menyediakan koleksi biskut yang sedap lagi enak.

Cerita kat atas tu tak de kena mengena dengan tajuk. Karangan terpesong. Sebenarnya biskut ni ketuharpanasyatie sediakan sebagai cenderahati untuk VIP yang akan membuat perasmian majlis.




Biskut Mentega Kacang


Wednesday, April 1, 2009

Blueberry Vanilla Satin

Mintak maaf kak kham sebab rasa-rasanya kek ni tak menepati kehendak anak. Tak terfikir nak salut semua dengan buttercream. Hanya sapu sikit kat tepi sebab tengok tepi kek tak cantik jadi , sapulah sikit bc kat tepi bagi licin. Nasib baik ada stok strawberry kat rumah .



KWSP KL ( Main )

Kek seberat lebih 4.5 kg ( 15 x 15 ' ) untuk sambutan birthday semua staff KL main ( EPF ) dari Jan - Mac. Happy Birthday to all staff.




Rumput berbunga????

Tengah ketagih guna nozzle bentuk rumput ni . Sesiapa yang order pastinya ada rumput dan sedikit bunga . Cepat sikit kerja . Sorry Niena sebab tulisan tu tak centre. Kalau bab buat wording ni mesti fail. Kek ni Norlilawati order untuk adiknya yang datang dari Kelate.




Komen Niena : Kek yang paling sedap dan murah dia pernah jumpa.

Lagi .. Dari Ofis Zila

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya order . Happy birthday Nana & Acik.