Showing posts with label kek pengantin - 3 tiers. Show all posts
Showing posts with label kek pengantin - 3 tiers. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Yang ni je?

Harap maaf , gambar kurang memuaskan.Gambar pun dah jadi macam tuannya. Tak sihat. Dalam keadaan diri yang tak sihat tapi berjaya juga menghasilkan kek pengantin 3tiers. Bahagian atas tu sengaja dikosongkan tanpa ada hiasan sebab pengantin nak letak bunga segar.

KPY guna teknik steam butter cream.Tapi KPY dah menemui cara yang sangat-sangat mudah untuk membuatnya. Cepat je untuk 3 biji kek. Sangat senang dan cepat , tak macam yang KPY pernah belajar dulu.( kalau tak lenguh tangan nak mengacau)

Berbalik kepada tajuk , ingatkan nak letak gambar je memandangkan badan masih lagi tak sihat . Tapi dah panjang juga celotehnya.

* Sedang mencari waktu nak buka kelas baking and deco cake!

Tuesday, May 17, 2011

Siaran Tertunda

Kek kat bawah tu KPY buat sempena majlis perkahwinan BIL bulan lepas. Memandangkan tiada kesempatan nak update blog, maka baru sekarang gambarnya boleh keluar. Kek yang siap dipasang tiang tak sempat nak ambik gambar. Kalau ada pun dalam kamera biras KPY je.


Masa hari kenduri tu , cuaca begitu panas sekali . Bawak sekejap je kek tu kat luar untuk upacara memotong kek , keknya dah nak cair , maklumlah pakai fresh cream. Terpaksa bawak masuk rumah semula untuk di repair. 3 biji kek ( KPY buat blueberry cheese cake ) habis dalam sekelip mata.


tengah


atas


tengah ( masa ni belum siap hias tepi )


bawah


Saturday, December 4, 2010

Kek Perkahwinan - 3 Tiers

Thanks Sha . Kek yang simple sebab tuannya nak letak bunga segar. Ketuharpanasyatie cuma hias tepinya sahaja.Walaupun tepi sahaja , seawal 4.00 pagi ( bakar kek ) hingga 12.00 tengah hari baru siap ketiga-tiga biji kek seperti di bawah. Untuk pengetahuan para pelanggan dan mungkin juga peminat2 yang baru nak berkenalan dgn Ketuharpanasyatie, kek2 yg disediakan adalah yang baru dibakar . Fresh from my oven. Setakat ni , komen daripada pelanggan sangat positif. Alhamdulillah..


Nasib baik tuannya berkenan dengan deco yg dibuat

Thursday, October 15, 2009

Selamat Pengantin Baru - Nadia & Azmi

Selamat pengantin baru untuk Nadia & Azmi. Pertama kali ketuharpanasyatie menyediakan kek pengantin daripada cheese cake. Kalau sesiapa yang berminat boleh la hubungi ketuharpanasyatie.
atas

tengah

bawah






3 tiers - Blueberry Cheese Cake

Friday, June 12, 2009

Pinky ..pinky theme

Hayati tempah 3 tiers cake tema pink untuk perkahwinan adiknya kat Perak. Semoga tuan punya badan berpuas hati dengan cake tu. Tak tahulah macam mana ok ke tak. Sebab kek terlalu awal di bawa ke Perak.Harap takde apa-apa masalah.
atas

tengah


bawah




Thursday, June 4, 2009

Ku lihat hijau.. Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat Linda dan Rudy . Bertemakan hijau ..... Diselitkan ros putih untuk menaikkan seri pada kek. Bukan seri pengantin saja yang perlu diambil kira , kek pun perlu berseri juga.

3 tiers cake ( chocolate moist cake ) di dalamnya dan dengan teknik steam buttercream untuk hiasan.






























Untuk yang berminat , harga 3 tiers cake ni RM 250.00 . Ketuharpanasyatie buat dalam set kek bersaiz 12" , 9 " dan 7 ". Kek macam kek kat atas, kalau nak letak bunga penuh satu kek atau letak doll ke , harga lain. Boleh dirunding. cake stand tu pulak ketuharpanasyatie sewa pada yang berminat menggunakannya.