BUDDIES

Saturday, March 26, 2011

BIASISWA DI BN YOUTH JOB FAIR PWTC.

 Pemuda BN sedia biasiswa RM16.5 juta

KUALA LUMPUR 25 Mac – Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini.

Katanya, Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara.
“Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya BN (BNYJF) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu, kira-kira 500,000 pencari kerja dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang berlangsungnya BNYJF selama tiga hari bermula hari ini.
Ujarnya, BNYJF kali ini akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan daripada kira-kira 650 syarikat terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta dan agensi kerajaan.

-------------------------------------

Jadi, apa tunggu lagi !!! rebut lah peluang bila tiba. Jangan asyik mengomel, mengomen dan merungut itu dan ini, tetapi bila saat dan ketika diberikan bantuan, tidak pula mahu terlibat sama.

Segeralah ke PWTC hari ini dan esok untuk mendapatkan peluang pekerjaan, dan berbagai lagi disana.





Thursday, March 24, 2011

JOB FAIR !!! AYUH KE PWTC!

Salam 1 Malaysia, 





Berita baik kepada mereka yang ingin mencari peluang pekerjaan. Apa kata, luangkan masa korang semua dan ramai2 pergi ke PWTC.


BN Youth Job Fair 2011 diadakan untuk membuka dan memberi peluang keemasan kepada para remaja yang masih lagi tercari2 kerja. Yang akan atau bakal mencari kerja pun boleh turut serta . Yelah, mana tahu, ada syarikat yang korang berkenaan nak bekerja. Jadi, mari kita tinjau di pesta kerjaya ini untuk kita merancang hala tuju kerjaya kita nanti. Butiran seperti berikut :



BN YOUTH JOB FAIR
TARIKH: 25, 26, & 27 MAC 2011
TEMPAT: Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur.
MASA: 10.00am – 8.00pm

Apapun, boleh mendaftar dan meninjau di lamam web ini untuk maklumat lanjut : KLIK SINI

jangan lepaskan peluang ini. Jom, kita rebut peluang. Hanya orang yang berusaha akan dapat ganjarannya.

Thursday, March 17, 2011

SIAPAKAH SI MULUT LANCANG ???

Salam 1 Malaysia


Waspada dalam berkata-kata
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita?

Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa.
Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya.
Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik.

Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.
Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Bahkan, Rasulullah sangat membenci jika ada kalimat yang digunakan tidak pada tempatnya yang sesuai. Misalnya, ada perkataan yang baik dan bermakna mulia namun diucapkan kepada orang atau sesuatu yang sebenarnya tidak berhak menyandang ucapan itu.
Begitulah juga sebaliknya, jika ada kalimah buruk dan bermaksud menghina tetapi ditujukan untuk orang atau sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian memanggil orang munafik dengan panggilan tuan kerana jika dia memang seorang tuan, maka dengan panggilan itu kalian telah membuat Tuhan kalian murka".
Selain itu, umat Islam diminta menjaga ucapan yang mengandungi syirik. Seperti ucapan, "Aku meminta pertolongan kepada Allah dan kepadamu".

Sesuai tuntutan Rasulullah, mereka yang mengucapkan kalimat-kalimat seperti itu bererti telah menyekutukan atau sepadan bagi Allah SWT.
Dalam buku Berakhlak dan Beradab Mulia, Contoh-contoh dari Rasulullah, Saleh Ahmad asy-Syaami menambahkan, kalimat bernada mencela juga sebaik-baiknya dihindari. Peringatan itu juga disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Muttafaaq alaih.

Rasulullah mengatakan: "Allah SWT berfirman, Anak keturunan Adam menyakiti-Ku, kerana mereka mencela masa, padahal Aku adalah Zat yang menciptakan dan menguasai masa. Aku yang menggantikan malam dan siang". Asy-Syaami menyatakan, perkataan yang mencela melahirkan kesalahan besar.
Menurut beliau, celaan yang diucapkan itu sebenarnya akan mengenai diri mereka sendiri. "Mereka telah berkata hal-hal yang tak patut," katanya.

Asy-Syaami menegaskan, ucapan-ucapan yang tak baik sama sekali tidak mendatangkan manfaat apa pun, sebaliknya, menjerumuskan seseorang ke jalan kebatilan. Ucapan yang buruk juga mendatangkan perpecahan dan pertikaian antara sesama manusia.
Termasuk yang perlu dijauhi adalah berkata bohong. Islam tidak memberikan keringanan bagi umatnya yang berbohong.

Ibn Qayyim dalam kitab al-Fawa'id mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap pembohongan. Sebab, kebohongan akan merosakkan cara pandang umat terhadap fakta yang sebenarnya.
Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan, pembohongan akan mengiring pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan akan menjerumuskan ke dalam neraka.
-----------------

Apa yang dapat TL komen, perkara yang mudah jer. Islam adalah agama yang indah, cantik, sempurna dan mudah. Memang agama yang mudah. Islam tidak ekstrem dan Islam memberikan kesederhaan yang mudah untuk kita mendapatkan hasil maksimum.

Jaga tutur kata juga adalah tuntutan. Sebaik mana kita pun, solat tak tinggal, tambah lagi solat sunat, berpuasa selalu, bersedekah, menutup aurat, TETAPI, kalau mulut tu lancang dan menyakiti hati sesama manusia dengan kata2nya, RUGI lah seseorang itu. Kelak boleh muflis kerana kata2nya itu.

Oleh itu, jangan rasa diri itu hebat sebab melakukan semua perkara yang dituntut dan meninggalkan semua larangannya TETAPI dalam aspek berbicara, telah melakukan kesalahan kepada orang lain. Kene ingat, hubungan yang kene jaga adalah hubungan dengan ALLAH dan juga hubungan sesama manusia. Kalau hubungan dengan Allah dijaga rapi, tidak bermakna akan masuk syurga terus sedangkan hubungan sesama manusia disakiti. Itu tidak menyeluruh tu. Mengejar akhirat tapi meninggalkan tanggungjawab dunia adalah RUGI.


Yang selalu nampak tutur kata yang menyakiti adalah PENCACAI PAS. Mereka lebih lantang mengatakan UMNO itu kafir daripada DAP gara2 terikut2 kata Nik Aziz. Inilah didikan kurang ajar daripada PAS. Nama je islam, tapi tutur kata macam SYAITAN DAP LAKNATULLAH.  Dalam FB, dapat kita kaji, pencacai PAS ini memang suka ayat makian dan hinaan, fakta tak ada pun, kosong !!!


 Kalau tgk geng UMNO BN, akan mengutuk juga kesilapan kerajaan dan pada masa yang sama bergandung bahu untuk menabur bakti kepada rakyat. Ayat cacian itu, jarang sekali kelihatan kerana PEMIMPIN pun tak guna bahasa kesat. Inilah contoh pemimpin yang tidak kasar, bukan macam PAS, nampak baik, tapi kasar Ya Rabbi.

Akhir kata, jagalah tutur kata kita. Kalau marah sekalipun, gunakan perkataan yg tidak menyakitkan hati. Wallahualam...

Tuesday, March 15, 2011

PROFESSOR UNIVERSITI DIHERDIK AHLI POLITIK

Salam 1 Malaysia, 




Walaupun aku bukan ahli akademik (insyaAllah, bakal), aku akan terpukul dengan kenyataan seorang ahli politik PAS  iaitu Idris Ahmad ni. Begitu mudah menyalahkan kerajaan UMNO di bawah DS Najib mengenai akal PRIMITIF pensyarah hatta professor katanya lagi.


Amboi, lancang nya mulut !!! Idris Ahmad tu sapa nak marahkan pensyarah dan Professor ? Kalu ikut standard pendidikan,Idris Ahmad tu pandang celah kaki jer. Pandai2 lak nak persoalkan pemikiran pensyarah yang primitif kerana UMNO. 


Kenyataan ada lecturer yang tak naik pangkat sebab sokong pembangkang itu, sangat tak betul. Apabila seseorang itu layak, dia akan layak naik pangkat. Kalau tak, takkan Aziz Bari tu dapat naik ke peringkat professor ??? sedangkan Aziz Bari tu lancang menentang kerajaan. Apa komen Idris Ahmad???




Idris Ahmad, tak perlu kata UMNO yang rosakkan budaya , tapi, demonstrasi yang memusnahkan harta benda bagai tu, hasil didikan siapa pulak kalu bukan, RAJA DEMONSTRASI IAITU ANWAR GAY. Kenapa tak nak fikir budaya ini yang akan bawa lebih kesan negatif sebab mereka yang akan mewarisi bidang akademik ???? tak nak plak cakap. Tala kat UMNO jer. Kerana kepentingan sendiri, Idris Ahmad nak meracuni pemikiran ahli akademik supaya membenci kerajaan. 




Idris Ahmad, jika diketahui, sekolah agama trutama sekolah pondok dan sebagainya, lagi mecerminkan sikap primitif dan menjalankan indoktrin kepada kanak2 peringkat awal untuk membenci kerajaan. Adakah itu jelas menunjukkan, kegagalan guru PAS yang mengajar ???? YA !!! sudah tentu!!!




Zunar melukis lukisan yang menghina pemimpin.
Zunar ajar kanak2 melukis berkaitan politik.
baca sini :
http://dewanpemudatelukintan.blogspot.com/2010/02/kenangan-santai-bersama-kartunis-zunar.html



Kanak2 di ajar kenal PAS daripada tadika PASTI dengan meletakkan gambar bendera PAS pada setiap lukisan mereka, tapi tiada bendera Malaysia, itu bukan kegagalan PAS ker ??? Kanak2 dbiarkan memakai headband dan memegang bendera PAS berarak mengikut mak bapak dalam kempen, itu bukan kegagalan PAS ker ? Kanak2 dibawa untuk sama2 buat demo jalanan anjuran PKR, DAP atau PAS, itu bukan kegagalan PAS ker ????




Idris Ahmad, daripada menyalahkan professional yang sudah establish dalam akademik, baiklah fokus pada anak2 masa depan negara yang semakin gagal kerana diindoktrin  politik PAS sahaja. Jangan berat sebelah menyalurkan atau membuat komentar. Kerana terlalu expose sangat membuat komentar, seribu kesilapan PAS akan terbongkar.


Bacalah sini, pendapat orang yang sudah lama dalam arena akademik : PENDITA KAIN SINGKAT

Saturday, March 12, 2011

BODOH YANG BOLEH DI AJAR LEBIH BAIK DRPD PENCACAI PR

Salam 1 Malaysia,




harapan mak bapa setinggi gunung untuk melihat anak2 mereka belajar ke peringkat tinggi. Pelbagai cabang ilmu yang boleh diperolehi bersandarkan kepada kelayakan dan minat. Ada yang minat jadi doktor, tapi Sains Tulen tidak layak untuk jadi doktor, jadi, ada banyak tawaran lain yang melayakkan kita mendapat pendidikan yang di ingini. Ada yang lebih suka praktikal seperti Institusi yang menawarkan latihan praktikal. Jadi, Kementerian Pengajian Tinggi memberi banyak RUANG dan PELUANG untuk anak2 muda mendapat pendidikan yang sempurna.


Bagi mereka yang kurang kelayakkan, ada banyak tempat untuk mereka mendapatkan pendidikan yang lebih memberikan mereka peluang pekerjaan nanti. Seperti IKM, Kolej Komuniti dan lain2 lagi. , Jadi, siapa kata, KERAJAAN INI ZALIM ?? Kerajaan menyediakan banyak tempat untuk menampung BUMIPUTERA mendapat pendidikan yang baik bagi menjamin masa depan keluarga dan masyarakat umumnya.


Adalah lebih baik merebut peluang ini, jangan JADI SEPERTI PENCACAI PR YANG MENYALAK KE SANA KE MARI MEMINTA ITU DAN INI TETAPI TIDAK MEMANFAATKAN APA SAHAJA PELUANG YANG ADA YANG SUDAH CUKUP BAIK UNTUK DIREBUT.


Usah dipersoal kemudahan itu untuk mereka yang kurang cerdik. Sebab, Allah menjadikan kita ini unik dan ada keistimewaan tersendiri. Mungkin ada yang kurang dari segi akademik, tapi CEKAP dari segi praktikal dan latihannya. Jadi, manfaatkan peluang ini. Tunjukkan bakat dan kebolehan anda dengan kemudahan yang diberikan KERAJAAN. 


JANGAN CANANG KE SANA KE MARI, MARAHKAN KERAJAAN KERANA TIDAK BERI PELUANG MASUK UNIVERSITI, SEDANGKAN, KERAJAAN MEMBERI PELUANG UNTUK MEREKA SUPAYA LEBIH MAHIR DAN KOMPETENCE KEPADA PELUANG PEKERJAAN SEKARANG.


Percayalah, graduan daripada Universiti, tidak semua terus dapat kerja dengan mudah, tetapi, percayalah, ada antara mereka yang tidak masuk Universiti tapi masuk IKM, lebih mendapat peluang kerja kerana majikan inginkan mereka yang mahir dari segi praktikalnya bukan hanya bersandarkan kepada teori.


BERITA BAIK UNTUK MEREKA :

MARA tambah tempat belajar untuk Bumiputera

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan lebih banyak tempat kepada kaum Bumiputera dalam usaha kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada masa akan datang.


NONEMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata untuk itu, MARA menawarkan 27,347 tempat untuk pelajar melanjutkan pelajaran meliputi peringkat sijil, diploma, ijazah pertama serta sarjana bagi sesi pengambilan Julai ini.


"Program yang ditawarkan juga meliputi bidang akademik, profesional dan juga kemahiran yang menekankan kepada kemahiran teknikal," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Mara Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.


Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hassan Malek dan Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad.


Bertemakan "Wadah Impian dan Kejayaan", karnival kali ke-12 itu yang menghimpunkan 680 pameran meliputi agensi di bawah MARA, pihak majikan serta peserta luar negara, diadakan serentak di lapan lokasi di seluruh negara bermula semalam dan berakhir pada 10 April.


Shafie berkata, daripada jumlah tempat yang ditawarkan itu, Kolej Profesional MARA menyediakan sejumlah 1,803, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (1,004), German Malaysian Institute (576) dan Universiti Kuala Lumpur (4,509).


"Di GiatMara, sebanyak 14,000 tempat disediakan untuk pelajar yang ingin mendapatkan kemahiran dalam pelbagai bidang," katanya.


mara majlis amanah rakyat logoMenurutnya, MARA juga melahirkan 95,911 graduan melalui pendidikan tinggi manakala pendidikan menengah (111,516 orang), pendidikan latihan dan kemahiran (116,780 orang) serta GiatMara (241,953 orang).


"Selain itu, seramai 312,434 pelajar tajaan MARA telah menamatkan pengajian mereka di dalam dan luar negara," katanya.


Shafie berkata, MARA juga turut membantu usahawan sama ada dalam bentuk latihan, kemudahan premis dan pembiayaan perniagaan.


Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau semua kursus yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Mara (IPMa) bagi memastikan kursus berkenaan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan bertepatan dengan keperluan industri semasa.


"Saya telah mengarahkan supaya kursus yang ditawarkan perlu dipantau dan disesuaikan mengikut arus perdana semasa negara seiring dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Pelan Transformasi Ekonomi," katanya.
- Bernama



Wednesday, March 9, 2011

INTERLOK : JANGAN CABAR KARYA MELAYU !

Salam 1 Malaysia, 




Novel Interlok yang tidak bertujuan menghina sesiapa pun telah dengan sengaja dijadikan isu oleh kaum India. Terbaru, 4 orang Sasterawan mempertahankan novel ini kerana ianya adalah hasil seni dan sastera. 


Posting sebelum ini ada mengulas tentang Interlok. KLIK SINI.



Empat sasterawan negara tampil pertahan Interlok

Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan. 

Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk AnwarRidhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru. 

“Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.

“Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya. 

“Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara,” kata mereka.

Tidak selau rapi dan cantik

Mereka berkata sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sebaliknya, sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak
selalu rapi dan cantik.

“Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang- pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya,” kata mereka.

Menurut mereka Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latardari 1910 hinggalah sebelum merdeka. 

“Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru. 

“Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan,” kata mereka.
Dicairkan

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara berkenaan berkata mereka merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan. 

“Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar – hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya,” kata mereka.

Justeru, mereka meminta masyarakat membenarkan penulis negara ini melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu. 

“Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis,berfikir dan berpendirian,” kata mereka lagi.


GOLONGAN MUDA SOKONG DS NAJIB

Salam 1 Malaysia mahasiswa semua, 




Posting terdahulu ada mengatakan sedikit mengenai Skim Rumah Pertamaku. KLIK SINI.
Skim rumah pertamaku memberi manfaat kepada golongan muda terutama graduan yang mahu memulakan alam kerjaya atau alam perkahwinan untuk memiliki sebuah rumah.


Alhamdulillah, usaha kerajaan untuk kemudahan golongan muda dan graduan mendapat perhatian kerajaan. Bolehlah mahasiswa merancang untuk memiliki rumah lepas ni kan. Jadi, apa lagi yang kita inginkan ? Kalu ikut nafsu, pelbagai kesenangan kita nak, nak free je semuanya. 


Tapi, kita sebagai mahasiswa dan golongan muda tidak boleh DEMAND lebih kerana ada orang lain juga yang perlukan perhatian. Hidup di dunia ini bukan TOTALLY milik kita, jadi kita kene berkongsi bersama. Ada give and take.


Berikut ada berita Pelancaran Skim ini yag dilancarkan oleh PM kita, DS Najib.


Skim Rumah Pertamaku dilancar



Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama




KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.


Tuesday, March 8, 2011

MAHASISWA IMPORT SAMSENG JALANAN

Salam 1 Malaysia, Mahasiswa bersatu, 


Lama tak update blog ni. Sibuk dengan assingment dan presentation. Biasalah, itu namanya campus life. Aku dok pendam la satu benda yang nak dihabaq kan ni. Walaupun dan lama berlalu, tapi mungkin, ada yang tidak tahu.


Pilihanraya kampus memang dah lama berlalu. Macam2 la kejadian berlaku. Ada yang hilang, ada jugak yang mengamuk !!! adoiii..... aku kene tempiasnya sbgai mahasiswa ni. Malu beb !!! Mahasiswa perlu ada faktor yang  baik, tpi yang ini, faktor samseng jalanan yang dibawa masuk.


Meh aku nak short kan cerita, kekecohan di UPM atas sebab merasa tak puas hati kerana ada kemenangan Pro-M yang ditolak atas beberapa faktor. Namun, keseluruhannya, UPM dikuasai oleh Pro-A. Nak jadi cerita, ada yang tumpang sekaki dan join sekali nak berlagak samseng. 


Ada muka2 pembikin kecoh di UPM hari tu, didatangi oleh pelajar luar daripada UPM sendiri. Dan dikatakan, adalah pelajar UKM Pro-M. Ish, suka2 jer datang kat UPM hanya nak tunjuk samseng plak. Nak jadi hero lah kononnya. Rumahtangga orang lain, dia pulak nak jadi hero. Inilah yang memalukan,


Tengok lah mereka yang di import daripada UKM. Barisan depan lagi. 

GAMBAR YANG DIBULAT ITU, ADALAH DARIPADA GMUKM

info : RAJA KACAU UKM