Ketaksuban anak-anak muda mengenali politik semakin luar biasa. Masing-masing dengan kefahaman ideologi yang berbeza-beza. Itu juga tanda manusia itu unik, tetapi, apa guna akal kalu yang haq pun tidak nampak ??? Itu bukan unik, tapi mereka bebal dan sombong kerana tidak mahu gunakan akal yang sangat berharga itu.
Tidak kurang juga mahasiswa yang mula bersikap ganas dengan mengadakan demo anjuran mereka sendiri. Tidakkah mereka terfikir, pelbagai agenda atau perkara lain yang perlu dititikberatkan ???
Sebagai contoh, lewat ini, artis Malaysia wanita semakin berani berpakaian menjolok mata seolah-olah artis Hollywood. Sebagai seorang pelajar universiti, saya sangat terpukul dengan gejala ini.
Gejala ini semakin menular dan bimbang akan menjadi satu trend tidak sihat pada negara. Hal ini yang perlu dititkberatkan melebihi ketaksuban pelajar terhadap politik.
Suara-suara mahasiswa mengenai artis yang semakin biadap dalam etika berpakaian perlu dilontarkan selalu. Media massa kini merentasi segalanya dan kita dikurniakan pelbagai alternative untuk bersuara.
Hatta didalam facebook pun, mahasiswa mampu untuk menyatakan rasa tidak suka, benci dan meluat mengenai perkara pakaian artis wanita di Malaysia ini. Dan ketika ini, saya juga sedang menyuarakan rasa marah didalam blog ini.
Sering kali dilihat, artis wanita yang bercerai atau putus cinta akan buat come back dengan pakaian yang seksi hingga naik jelak lelaki memandang. Benar, mereka boleh berkata, kalau tak suka, jangan pandang.
Hakikatnya, mata tidak boleh ditutup sepanjang masa. Gaya ini menyebabkan remaja terpengaruh dengan cara berpakaian mereka. Artis mudah menafikan hal ini, tetapi hakikatnya, ianya memang menjadi punca remaja terikut-ikut trend fesyen yang tidak sihat ini.
Kata... mahasiswa ada power voice untuk menggegar dunia, jadi kenapa gunakan power mereka itu untuk hal politik yang merugikan, lebih baik kepada sesuatu yang dapat membantu rakyat secara ikhlas dan tertib. itu lebih wajar.
Mengapa hanya tahu membantah Adam Lambert datang ke Malaysia kerana dia GAY, tetapi tidak mahu suarakan rasa kecewa artis wanita yang berpakaian ibarat kain tak cukup atau kain balut nangka ???
Mahasiswa kini hanya bersuara mengikut hal politik, tetapi bukan untuk niat yang baik demi masa depan generasi muda akan datang.
Mahasiswa jangan jadi hipokrit konon menyuarakan mewakili rakyat, tetapi suara kalian ada yang menyimpang demi politik mereka.
Berjuang dan menyuarakan yang haq haruslah bebas daripada unsur politik yang dibayar untuk membuat kecoh di dalam negara. Jagalah nama baik negara ataupun nama baik Universiti hatta nama baik anda sendiri.
renung-renungkan untuk insafi diri yang mungkin tersasar dari landasan perjuangan.
1 comment:
MEMANG TEPAT SEKALI PANDANGAN TANGGA LANGIT SEBAGAI SEORANG YANG TERPELAJAR. SEWAJARNYA INI YANG PERLU DIPERJUANGKAN OLEH MAHASISWA YANG KENTAL JIWA ISLAMNYA. BUKAN DENGAN MENYOKONG MEMBABI BUTA PERJUANGAN POLITIK JUMUD YANG HANYA INGINKAN KUASA. MARI KITA BERSAMA MENGGESA KEMENTERIAN YANG BERKAITAN AGAR MEMANDANG SERIUS PERKARA INI DAN MENGENAKAN SATU ETIKA BERPAKAIAN YANG MENEPATI AGAMA DAN BUDAYA.
Post a Comment