Saturday, October 29, 2011

Buttered Lemongrass Chicken

  1. Melt butter in a pan
  2. Put in the cumin. When the cumin begins to sizzle, put in the chicken pieces
  3. Sprinkle the tumeric powder evenly over the chicken
  4. Put in the bruised lemongrass, salt an d pepper.
  5. Keep stirring until the chicken browns, then put in the sliced onion and garlic
  6. Stir all the ingredients togetther until the chicken is cooked through and slightly dry. Perfect when eaten hot with plain white rice.
IngS:

- 1/2 block FarmCows Fat Spread
- 1 tablespoon cumin
- 2 onions, coarsely sliced
5 cloves garlic, sliced
8 pieces chicken
1 heaped tumeric powder
4 lemongrass, bruised
2 salt
2 peper



p/s :- resepi ini disalin dari majalah apa tak tahu, terus masuk dalam blog sebab time tu tak ada kertas & pen. Cuma ada laptop & broadband. Wah,zaman sekarang maju ! :)


tunggulah berapa kurun lagi baru buat kot !

Wednesday, October 26, 2011

Garu Jiwa sampai keluar air mata bila baca ayat ni...

Dari FB Ummu Solehah

sangat menggaru hati aku sampai berdarah bila baca ayat ini.


~ There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't to live without but have to let go... 


No matter what happen in your life, please BE STRONG... I know it's hurt... But I also know that you're strong enough to face the problem in your life... 


If God brings you to it, He surely will bring you through it! Everything gonna be fine soon... Keep faith!~





Letak tangan kanan atas jantung (dada kiri), baca ayat ni 3X... rasa dalam-dalam.seperti kita berpesan kepada diri sendiri. 




BERTABAHLAH - so they said

Sunday, October 23, 2011

Tuesday, October 18, 2011

All Your Love - Album Inggeris Siti Nurhaliza

Memang terasa aneh dengar suara Siti yang dah terbiasa dengan lagu Melayu, tiba-tiba dengar dia nyanyi lagu Inggeris pula. Bunyi-bunyi Melayu memang jelas kedengaran. Apapun, kira bagus jugalah sebab sebutan dia bagus sekali.

Muzik dan irama dalam album ini banyak memang berentak ala-siti. Obviously ! Ia sebuah album yang jauh lebih baik berbanding album CT-KD yang sakit telinga mendengarnya. Ho ho. Ima Zahra mengutuk album Siti Nurhaliza ? Biar betul !??

Apa yang suka dengan Album All Your Love ini ialah lirik-liriknya bagus, terus, dan jujur. Ada juga lagu-lagu yang memberi semangat seperti :-


Stand Up : Everytime I'm by myself /  i'm staring out the window / i'm looking at the weather change /seeing how the wind blows / i'm tired of giving everything / i've only got the air I breathe / i need sometime to myself / to lift me off the ground / sometimes we learn / after we fall / but it's okay / if u stand up now / your dreams will be heard / gotta look inside your heart / if u believe you'll make it through after all.



All Over Again :  Sometimes your life can seem like it's not moving / thoughts keep on drifting / takes all of your time, but i know/ sometimes in life it falls apart / we can take it in strides and in time, they say / everybody gets a new beginning/ everybody's got a will to change / you can climb to the highest mountain / nothing can hold you back

Aih, semangat pulaklah nak menaip lirik !

Mungkin ini antara album Siti Nurhaliza yang persembahannya kurang menarik. Pakai sarung CD yang biasa-biasa saja. Selalunya gempak. Mungkin bajet sudah terhabis banyak kat Sean Kingston kot ! :P

Saya suka dengar lagu ni :-




Chow ~~

Sunday, October 16, 2011

Giving 100% ?

Kebelakangan, saya dihujani dengan situasi ini. Giving out 100% .
Disebut dalam wisdom word :
Hiduplah seperti mati itu esok hari, dan berusahalah seperti mahu hidup seumur hidup. 

Ada juga yang memesan :
Bekerjalah seperti hidup selamanya, dan beribadatlah seperti mati esok.

Ada sesetengah antara kita terlalu percaya pada kawan. Memberi 129% kepercayaan kepada sahabat tercinta, percaya apa sahaja dan membantu ketika sahabat sedang susah tanpa curiga. Sedangkan keluarganya makan hati kerana sikap tidak adil tersebut. Bagi mereka, mereka sayang sedalam-dalamnya, kerana kawan mudah dapat, tapi bukan sahabat. Isteri boleh bercerai, tapi sahabat akan kekal selamanya. Persoalannya, berapa peratus kepercayaan boleh diberi ? Jika ia boleh diukur, berapakah amaun yang sepatutnya ?

Kakak saya berpesan untuk jangan percayakan orang lain. Kena letakkan curiga dalam perkenalan. Sedangkan bayang-bayang sendiri tidak boleh dipercaya. Apabila matahari tegak di atas kepala, bayang-payang kita pendek. Bila matahari condong, bayang-bayang kita meninggi. Ya, benar juga. Kita sendiri tidak mungkin tahu apa yang mungkin kita lakukan suatu hari nanti. Kita boleh buat kurang dari apa yang orang lain jangkakan. Kita juga boleh buat melampaui had batasan.

Pembaris mana patut saya gunakan ?

Oh, kita harus menggunakan pembaris yang berbeza-beza untuk mengukur sesuatu perkara. Maksudnya, pembaris  untuk rasa makanan yang kita masak tidak sama dengan pembaris yang kita gunakan untuk menerima komen orang lain terhadap sedap atau tidak masakan kita. Setiap orang ada penilaian tersendiri.

Dalam soal memberi yang terbaik dalam kerjaya ataupun hubungan keluarga ataupun hubungan persabahatan, perlukah kita memberi 100% atau peratusannya boleh berubah mengikut keadaan ? Kehendak hati atau kehendak akal yang perlu kita ikuti ?

Buntu lagi.

Saya pernah terbaca bahawa kita perlu buat semua benda bersungguh-sunguh. 20 tahun lagi kita akan menyesal jika TIDAK BUAT apa yang kita mahu berbanding buat kesalahan. Bagaimana begitu ? Ah, Terlalu banyak untuk dipertimbangkan.

Dalam banyak situasi, saya dapati antara membuat keputusan untuk diri dan menghukum tindakan orang lain - garisannya terlalu tipis. Bukan mudah untuk menjadi adil kepada diri sendiri dan orang lain.Dada begitu sesak bila memikirkan soal ini.

Berbaliklah pada panduan Al Quran jika hal ini terjadi. Itu yang mungkin sesetengah dari anda fikirkan. Ya, saya sendiri berfikir begitu. Tapi, dengan kecetekan ilmu dan mahukan jawapan yang segera, bagaimana harus saya mulakan ? Dari mana ? Soalan apa ?

Bagi seorang yang berfikiran logik, tentulah alasan yang kukuh, bukti, kajian kes dan lain-lain menjadi tanda tanya yang mahu dijawab sebelum membuat keputusan. Ia pasti mengambil masa lebih-lebih lagi jika pertimbangan ini dilakukan sendirian.

Orang lain mungkin boleh beri panduan, tapi hanya kita sahaja yang boleh menemukan cahaya kebenaran dengan pilihan yang dibuat.


Memberi 100% kepada sahabat - mungkin dikecewakan bila dikhianati
Memberi 100% kepada kekasih - mungkin dikecewakan bila berlaku kesilapan yang sukar dimaafi,
Memberi 100% kepada keluarga - saya fikir masih ada peluang untuk kecewa.

Life is about taking risk. Risk makes your mind function - I guess !
Walau apa pun pilihan yang dibuat, kita akan berhadapan dengan risiko. Jadi bersederhanalah supaya tidak jatuh berdebuk ke dalam tanah bila sudah memberi harapan setinggi langit kepada sesiapa.

Sometimes we learn, after we fall.

A fine line, a square box.

satu :
kehidupan terlalu laju berputar menelan aku ke dalamnya
meraba tali dalam cahaya terlalu terang
mencari tali dalam kegelapan nan hitam
keduanya sama sukar.
 
dua : 
 mendengar, menganalisa, memahami,,, antara membuat keputusan dan menghukum garisannya terlalu nipis... semoga semuanya selesai dengan tepat. 
 
tiga :
tidak nampak bukan bermakna tidak hadir.
meskipun ia hadir, belum tentu kamu bisa merasa.
 
empat :
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri..

Sunday, October 9, 2011

Bandar Paling Happy di dunia - Copenhagen ( Denmark)

Dua hari lepas saya menonton Oprah Show di DIVA Astro. Setiap hari saya akan menonton Oprah pada pukul 1.05ptg dan 6.05ptg. Melihat semangat Oprah memang kita pun jadi berjangkit semangat. Dan beliau selalu menemuramah orang-orang hebat, topik yang bagus-bagus . Apa yang penting ialah talk show Oprah sangat memberi Inspirasi.

Tak seperti talk show Malaysia...yang pengacaranya....eeemm...alahaii... kalaulah boleh lebih ilmiah dan kurang sedikit laghonye... kan bagus !

Kebetulan ceritanya berkisar Happiness. 

Apa bandar paling happy di dunia ? Dan apa yang buatkan ia seronok dan membahagiakan ?
  1. Denmark ( Copenhagen)
  2. Switzerland
  3. Austria 
  4. Iceland .......
     23. United States

Malaysia jatuh nombor berapa ? Tanya diri -seronok ke duk Mesia ? Harap nasi lemak je yang best. ha ha.



Sebab-sebab Copenhagen best :-

  • Perkara pertama yang dibuat oleh kerajaannya ialah dengan meluaskan ruang pejalan kaki di seluruh bandar. Ini adalah untuk menggalakkan penduduk mudah berjalan kaki, saling bersapa antara penduduk dan boleh lepak-lepak. 
  • Penduduk boleh menunggang basikal dengan selamat dan seronok, ibu-ibu boleh menolak strolley bayi dengan selamat.
  • Orang tidak berumah, menganggur adalah tersangat kurang dalam populasi 5.5 juta penduduk.
  • Jika anda tiba-tiba kehilangkan kerja, kerajaan akan terus membayar 90% dari gaji anda sebelum ini selama 4 tahun !!! Woo best gila !
  • Kesihatan adalah PERCUMA pada semua orang.
  • Ibu bersalin dapat cuti 6 - 12 bulan.
  • Kalau nak sambung belajar ke kolej, kerajaan akan bayar $400 -$500. Dan pendidikan adalah percuma ! ( Siapa nak pindah ikut saya ?? )
  • Oprah sangat suka dengan Roti bernama Rugbrød. Katanya " "I have a slice every morning. ... It's like eating earth." ( woohooo bagaimana rasanya tu ? )

Kerajaan Denmark sentiasa berusaha untuk buat rakyat gembira dengan menyediakan fasiliti yang bagus, persekitaran yang mesra alam dan lain-lain. Kerajaan Malaysia hanya buat kita bertambah sakit jiwa dari hari ke hari.

Kalau korang duk kasi chance lagi BN perintah Malaysia untuk satu penggal akan datang, memang lingkuplah Malaysia.

    Kita orang Islam mungkin susah sikit kalau nak hidup kat sana. Faktor utama- makanan halal. Pasti sukar didapati.


    Martha Stewart : Terlalu cantik Easter Egg !

    Sudah hampir berbulan saya berangan hendak berkongsi dengan anda tentang Easter Egg ni. Pertama kali saya tengok dengan jakunnya di Martha Stewart Show di NTV7.


    Mudahnya, bahan asas nak buat telur cantik ini ialah:
    • telur
    • cuka
    • pewarna masakan
    • kain sutera ( yang dah tak digunakan lagi )
    • lace ( renda)
    • kain putih ( ala-ala tablecloth / langsir )

    Caranya sangat mudah ( nampak mudah ).... Err...
    1. Balutkan telur dengan kain sutera / lace kemudian ikat dengan getah
    2. Balutkan dengan kain alas meja / langsir
    3. Masukkan dalam pewarna makanan 
    4. Keringkan dan tadaaa..SIAP !

    Ha ha. Apesal cara-cara buat ni letaknya di atas gambar telur yang cantik kan ? Memang tak tempting langsung! Okay..



    Inilah contoh Lace Eggs :


    Ini contoh Silk-Dyed Easter Eggs :


    Ini contoh Decorating Cartoon Easter Eggs :


     Ini contoh Easter Egg yang superb dalam bakul . Sangat cantik untuk dibuat hantaran,kan ??

    Klik kat link ni untuk tengok cara-cara buat yang betul. Ada video sekali. Cubalah !! Pastikan telur putih yaa..Saya dah cuba buat, tak jadi. Ha ha ha. Saya fikir, kain sutera saya ada masalah ! Bukan saya yang tak reti. Hahaha....

    Monday, October 3, 2011

    Annual Dinner IQBC ( Reiki ) 2011 : Bollywood Theme

    1 Oktober 2011 yang sudah , berlangsunglah majlis makan malam IQBC. Malam berkumpulnya pelajar-pelajar Reiki di bawah sekolah Malaysia Institut Of Reiki ( MIR ). Dengan ini genaplah 6 tahun saya mengenali Reiki. Setiap hari ada saja benda baru yang dipelajari dalam Reiki.

    Ilmu aura, chakra, pengalaman, rasa, energi, kesihatan fizikal, mental dan emosi, perkembangan diri ( ya, badan saya pun dah kembang jugak ),adalah topik-topik biasa yang menjadi tutur bicara setiap kali pertemuan dengan geng-geng reiki yang lain.

    Bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam, dengan rasa cinta kami bertemu.
    ( apesal lain macam je cara menulis hari ni ? )
    Tema Bollywood -  Cinta @ Pyar @ Mohabbat @ Ishq
    Jangan dilupa juga - air mata, warna, dan kecing-kecing ( gelang ) sebagai pelengkap.
    Ahh...hidup ini umpama drama yang panjang !
    Saya adalah heroin untuk drama saya. Begitu juga anda.


    Bagi saya, memadailah kehadiran saya jika ia boleh menggembirakan guru, kakak dan rakan-rakan yang lain. Sudah lama saya menyepi dari ke IQBC kerana hambatan masa. Tapi, tiada satu hari pun saya sepi dari self healing dan reiki apa yang patut. InsyaAllah, setelah bergelar Master Reiki - saya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk saya contribute sesuatu untuk Reiki di Malaysia. Sebagai tanda sayang dan hadiah buat Dr Hazil, saya kini berdikit-dikit menghasilkan buku yang didalamnya ada ilmu Reiki.
    Doakan saya :)


    Persembahan berlatar belakangkan lagu-lagu Hindustan. Saya teringat bapa saya yang suatu masa dahulu tengok hindustan ber cd-cd. Macam ada peperiksaan pula !
     Ya , lagu-lagu Hindustan penuh emosi - riang dan sedih disampaikan dengan mudah. 
    ( Effy, - zoom )


    Saya pun berperasan-perasan lah menjadi Kajol untuk seketika.


    Ini antara orang lama menjadi student Reiki. Master Nani power dengan 3rd Eye nya. Master Nurul ada pusat terapi Reiki di Bangsar, Master Hasilah punya banyak pengalaman dalam Reiki, Dr Zamruda ( betul ke eja ni ) sangat cool dan baik orangnya.

    Sayang sekali, disebabkan terlalu rindu dengan kawan-kawan Reiki - saya banyak menghabiskan masa beramah mesra berbanding makan beriya-iya. Sedangkan ianya adalah acara makan malam ! Perisian majlis juga agak padat menyebabkan punggung terlekat di meja makan ,tidak pula bangun ambil makanan di belakang. 

    Barangkali chakra kuning sudah ter'penuh' dengan kegembiraan, sehingga makanan tidak diendahkan.

    Apapun, terima kasih IQBC. Saya harap lepas ini kita buat majlis yang lebih bertemakan Kemelayuan atau KeIslaman kerana ada sedikit percanggahan energi ucapan dan energi sambutan dalam majlis. 

    Energi cinta membara pada malam tersebut. Biarlah ianya membawa kebaikan. Saya tidak mahu bermain api cinta dan saya tahu betapa ia merbahaya.

    Sekian tinta rasa.