Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

Tempat menarik : Gaya Street / Pasar Gaya di Kota Kinabalu

Saya ke Sabah awal tahun lalu, banyak cerita nak dikongsi hanya tersimpan dlm memori. Ada yg sempat saya cerita di sini -> Cerita Sabah.

Tapi , saya rasa ada memori lain yg dah terkena virus...lalu hilang dalam ingatan, dibawa angin bayu Sabah. Hikhiks.

Alhamdulillah, sebelum tamat 2015 kembali lagi ke Kota Kinabalu dgn suami & mak pak mertua untuk ke kenduri kahwin keluarga. Selain ke Pasar Filipina, antara tempat menarik yg perlu dilawati ialah Pasar Gaya / Gaya Street. Hanya ada pada hari Ahad dari 6pagi - 1.00 thari.

Sebelum ini tak sempat ke sana, sebab tak kena pada hari Ahad. Kali ni, Mama beriya-iya ajak kami berfoya-foya di Pasar Gaya. Bab Shopping, Ima Bloomwood mana mungkin menolak ! :-p

Awal pagi masa sarapan Ima google dulu, apa yg ada di pasar gaya, mana tahu kot-kot ada yg menarik tapi terlepas pandang ke.. Sayangnya, tak berapa banyak gambar dan info di blog2. Maka dengan itu, Ima bertekad utk hanya fokus mengambil gambar utk masukkan dalam blog Kertas dan Cinta ini. Dan, bertekad juga untuk tidak bershopping over-overan di sana. Hakhaks.


Nah, ini gambar barang-barang yg dijual di sana.
Sila tengok sampai lebam.










































Apa yg saya suka ialah, Pasar ni ada 'soul Sabah'. Tak macam Petaling Street / Central Market.. lebih banyak soul Thailand & Indonesia berbanding Malaysia. Ima tak pasti apa pelancong rasa, tapi macam bosan kot tengok barang yg sama ada di Thailand, ada di Malaysia. Mood Malaysia, tradisi Malaysia macam tak banyak sangat, betul tak ?

Harga yg ada di sana perlulah ada proses tawar menawar. Adatlah tu. Kalau ikutkan hati bila tengok semua yg dijual, memang rasa semuanya nak beli. Tapi, bukankah sudah bertekad utk tak bershopping ?

Apa jadi dgn tekadku bila dihujung jalan ?

Lalalaa...apakan daya, mak mertua pun sama naik rajin meng'hasut' menantu. Maka ku terjebak juga. Kahkah.


( post ini akan diedit lagi , jadi jemput baca lagi sehari dua ni yea. ;) )


Friday, June 12, 2015

HAMPER RAYA 2015 - PENGHANTARAN KL AREA

Ima namakan ini PROJEK HAMPER RAYA 2015.

Abah makin tak sihat, matanya semakin tak nampak akibat glaukoma. Mak terpaksa jaga makan minum dan jadi secretary setia abah 24jam. Bisnes RealShoppe tak boleh rancak sangat sebab nak jaga kedua-duanya. Maka, Ima dapat ilham untuk buat projek hamper untuk menampung belanja mak abah. Moga Allah murahkan rezeki kami untuk terus berjuang untuk hidup di KL yang penuh cabaran sejak kemunculan GST ini.

Ima harap dengan kekuatan kudrat yang Allah kurniakan ini, dapatlah hasilkan yang terbaik untuk mendecor hamper raya yang cantik dan mengandungi pelbagai pilihan makanan, minuman & produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah ramadhan / raya.

Dari kecil lagi Ima ditiupkan semangat Jangan Putus Asa dalam apa saja usaha yang dibuat. Jika plan A tak jadi, kita cari plan B, C dan seterusnya. Pokoknya, harus yakin rezeki itu Allah pasti bagi pada hambaNya yang berusaha. Asal usul nak buat projek hamper ini, disebabkan Ima sendiri memang suka membahagiakan orang lain dengan memberi 'buah tangan' bila ke rumah kawan/ keluarga .. atau ke majlis tertentu. 

Kebetulan di bulan Ramadhan yang mulia, semua kebaikan yg dibuat Allah beri pahala yang berlipat kali ganda. Jadi, why not ? Permudahkan impian orang lain untuk membahagiakan orang disekeliling mereka. Aduhai. Indahnya :) :)

Ima harap, usaha ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari pembaca blog ini. Boleh hubungi Ima terus 013-6010704 untuk tempahan. InsyaAllah, Ima akan buat sebaik mungkin mengikut bajet yang sesuai dengan anda, dan berpadanan upahnya untuk Ima.










" The best time to give is in this blessfull month, Ramadhan Al-Mubarak "

NAK TEMPAH HAMPER -- 013-6010704
NAK TEMPAH HAMPER -- 013-6010704
NAK TEMPAH HAMPER -- 013-6010704

Seronoknya memberi dan buat kebaikan....
Bekal dari dunia untuk akhirat..




Keep Giving...keep loving
FB : KC GIFT SHOP


Monday, May 4, 2015

Kedai Barang Art & Craft, Kuala Lumpur

Sebelum ni, Ima dah kongsikan kedai yang jual kertas dan barang craft di KL. Boleh baca di link ini -> 7 KEDAI KERTAS & ART

Kali ni ima nak kongsikan tentang SPOTLIGHT di Ampang Point pula. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ramai juga yang masih tercari-cari. Semoga post ini dapat membantu anda menghabiskan duit dengan hebatnya di sana. :p




Ima sendiri rasa nak terpengsan bila masuk Spotlight bila tengok barang-barang yang ada semuanya sungguh mempesona. Geram ! Rasa nak beli semua. 

How i wish this ( spotlight ) is mine ! aahahahha. ( berangan ! )

Err, sebenarnya, lebih 60% barang kat dalam kedai tu, Ima tak faham langsung apa kegunaannya. Haha. Jadi, ima sarankan kalau anda nak ke sana silalah sediakan masa yang secukupnya untuk membelek satu persatu rak yang ada.

Harga boleh tahan mahal.

Oh !  Mana ada barang craft murah. Mana yang agak-agak korang takkan jumpa lagi kat tempat lain, pejam mata gagahkan diri bayar sajalah kalau betul -betul dah berkenan sesuatu barang tu ya ! 


Okaylah..


Ima tuliskan sekali lagi tempatnya :-


SPOTLIGHT AMPANG POINT, KL
Ini website nya - http://www.spotlight.com.my/stores/MY/


Ada juga Spotlight di Mines &  IPC Shopping Centre. 


Selamat buka mata luas-luas !!! 


with love,
ex-ImaBloomwood

Aksesori Tudung / Shawl 2015 untuk nikah / tunang / hari raya


Perhatian untuk semua hijabista, stailista, wanita wanita, remaja-remajanita.. hehe ..

Mahukan kelainan ? 

Dapatkan Bling Bling Tudung / Shawl ini segera. 








Terbaru !

Dapatkan aksesori tudung/shawl ini segera. Boleh pakai anytime anywhere. Lebih bergaya bila dipakai masa majlis2 tertentu dgn pelbagai cara. Pasti memukau!!!

SMS & Whatsapp 0136010704 Ima Zahra.

Limited stock. Cop cepat.