Saturday, September 25, 2010

Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata PAS telah menubuhkan jentera pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya DUN Sarawak

PR DUN Sarawak - PAS Sudah Kenal Pasti Kerusi Untuk di Tandingi



BO

“Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak,” tok uban.. kah kah kah perompak! lanun terus berkuasa sampai mampos!

Taib umum terus terajui kepimpinan BN

KUCHING, 25 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Taib (gambar) yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

“Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak,” katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini hari ini.

“Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak,” katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.

Pada 24 Ogos, Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.
Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001. — Bernama



Friday, September 24, 2010

Iranian leader Mahmoud Ahmadinejad accuses US of 'orchestrating' 9/11 attacks to aid Israel


Iran's President Mahmoud Ahmadinejad addresses the 65th United Nations General Assembly at the U.N. headquarters in New York, September 23, 2010. Ahmadinejad told the United Nations on Thursday most people believe the U.S. government was responsible for the attacks of September 11, 2001, prompting the U.S. delegation to leave in protest. Several European delegations also left shortly after Ahmadinejad made the remarks.


Iran's President Mahmoud Ahmadinejad holds up copies of the Koran (L) and the Bible while addressing the 65th United Nations General Assembly at the U.N. headquarters in New York, September 23, 2010.


Iran's President Mahmoud Ahmadinejad displays a copy of the Koran as he addresses the 65th General Assembly at the United Nations headquarters in New York, September 23, 2010.


Diplomats walk out of the United Nations General Assembly during the speech by the President of the Islamic Republic of Iran Mahmoud Ahmadinejad delivers his address September 23, 2010 during the 65th session of the General Assembly at the United Nations in New York.



Iranian leader Mahmoud Ahmadinejad sparked a walkout by US delegates when he told the UN that the 9/11 attacks were staged by America.

daylife.com

itnnews

Thursday, September 23, 2010

Norway pullout puts us in bad light, says Sarawak firm

KUCHING, Sept 23 — The recent decision by the Norwegian Government Pension Fund to divest its stake in the company gave a wrong message about its logging operations, said Sarawak-based Samling Global Ltd.

Samling said it has endeavoured to safeguard its reputation as a public limited company because it was sensitive to market sentiments and public perception.

“While it is not our policy to comment on an investor’s decision, we regret the public characterisation of us by the fund and its Council of Ethics via their recommendation report.

“Samling deems the report biased, inaccurate and not based on complete information,” it said in a statement posted on its website, www.samling.com.

Recently, the Sarawak government, through the Forest Department, had also come to the defence of Samling after the fund decided to withdraw a US$16 million (RM49.6 million) investment on ethical grounds.

The company said it was saddened for not being given fair hearing by the Council of Ethics, which did not engage it when the investigation started to give it a meaningful opportunity to participate in the process.

In December 2009, Samling received a draft recommendation from the Norwegian Government’s Council of Ethics stating its intention to exclude the company from the “investment universe” of its global Government Pension Fund.

In February this year, Samling submitted its reply, after detailed investigation of its operations based on issues raised by council’s report besides extending an invitation to the council or its representative to visit its concessions for first-hand knowledge of its business and gain insight into issues raised by it.

“The initial invitation was subsequently followed by another one in July this year but unfortunately, there was no response to both our invites,” it said.

Among others, Samling said, the draft recommendation was produced in its entirety with inputs from independent sources, anonymous sources and certain non-governmental organisations.

Samling said as a long-term player, having been in the industry for almost 40 years, and being one of the largest producers of tropical timber, it was mindful that tropical forestry was constantly under immense scrutiny.

As such, it recognised that adopting best practices and certification standards in sustainable forest management was an evolving process for the country, industry and the company.

“The company also operates in regulated environments, which require compliance with its concession agreements that contain conditions enforced by the Sarawak Forest Department and Guyana Forestry Commission,” it said.

Samling, the integrated forest resource and wood products company, has established an international presence with strategically-located operations in China, New Zealand, Australia, Guyana as well as in the country. — Bernama

TMI

Taib got Seattle mansion for U$1, says report


PETALING JAYA : Most people can only dream of owning a mansion, but Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud got one of his for just one US dollar, according to Sarawak Report, a website that has been carrying apparently well-researched reports about the Taib family’s wealth.

The property, located on Boylston Avenue in Seattle, is currently valued at US$6.8 million, equivalent to about RM21 million.

Sarawak Report alleged that it was a gift to Taib from a company owned by Yaw Teck Seng, the founder of Sarawak timber giant Samling Global, which hit the news recently when it was excluded from Norway’s state pension fund for unethical conduct.

Taib is also said to be the owner of another residence, valued at US$ 2.8 million (RM8.65 million), in the same city. Seattle, the capital of Washington, is one of the most expensive cities in the United States.

The two pieces of property are apparently under the care of W.A. Everett and W.A. Boylston, two California-based companies established on the same day—Sept 5, 1991—as subsidiaries of CSY Investments.

Sarawak Report claimed that CSY stood for Chee Siew Yaw, a son of Yaw Teck Seng, founder of Samling.

Samling, which controls more than 1.4 million hectares of timber concessions in Sarawak, is one of Malaysia's largest timber companies. Taib, who holds the portfolio of State Planning and Resource Management Minister, is the ultimate decision maker when it comes to issuing timber and plantation concessions.

The new allegations have strengthened the impression that Seattle is one of the Taib family’s favourite cities. The city’s Abraham Lincoln Building, which houses a division headquarters of the Federal Bureau of Investigations, is said to be co-owned by the Chief Minister’s son, Kota Samarahan MP Sulaiman Abdul Rahman Taib, and son-in-law, Sean Murray.

Despite these allegations, Samling has adamantly denied that it had anything to do with the mansions in question.

“Samling is a publicly listed company in Hong Kong,” a spokesman for the company said. “We have no investments in US property.”

The company has also denied having any business relationship with Taib.

Even so, the Chief Minister has defended the company’s integrity. Following the Norwegian rebuff, the Borneo Post quoted Taib as saying that Samling was a “responsible company”.

FMT

Videoclip : Penjelasan dari TG Nik Aziz berkenaan derma RM4 billion

Penjelasan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan mengenai isu wang derma RM4 bilion kepada Kelantan.




Anak Sungai Derhaka

BN pencekik dalam senyap!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya.

Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya.

Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

BO

Ijtimak Kepimpinan Kali Ke-8, 2010; Menilai Pemikiran Politik Melayu Terengganu

KUALA TERENGGANU - Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 8, 2010 adalah siginifikan bagi menilai dan menguji kekuatan PAS di negeri Terengganu menjelang Plihanraya Umum yang Ke-13 (PRU 13) yang akan datang.

Dengan meletakkan keyakinan PRU13 akan diadakan pada tahun depan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Ijtimak pada kali ini adalah amat penting sebagai pesiapan PAS Terengganu sebagai 'kerajaan Menunggu'.



"Ijtimak kali ini merupakan tahun pendaduhuluan sebelum daripada PRU 13 dan merupakan ujian kepada bagaimana hubungan kita (PAS) dengan pimpinan dibawah juga bagaimana sokongan kita dibawah selepas (PRU 12) Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri.

"signifikannya juga kita sedang berhadapan dengan kerajaan BN Umno Terengganu yang sedang menguunakan seluruh usaha dan kewangan mereka secara besar-besaran untuk mendapatkan sokongan dan kita rasa ijtimak ini akan menguji bagaimana kekuatan kita dibawah,"ujarnya

Sehubungan itu, PAS sentiasa berhasrat dan berkeyakinan akan meraih kemenangan kerana menurutnya kemenangan sebenar kepada perjuangan Islam adalah mendapat keredhaan Allah.

Sementara, katanya, kemenangan dalam pilihanraya dalah kemenangan 'yang dekat' berdasarkan fakta al-Quran yang menyebut kemenangan dan keampunan dari Allah dalam membuka negeri melalui pilihanraya.

"Memang itu hasrat dan keyakinan kita sepanjang masa kerana kita meletakkan kemenangan yang sebenar ialah keredhaan Allah SWT dan kita meletakkan kemenangan pilihanraya kemenangan sebagai kemenangan yang dekat sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyebutkan tentang kemenangan dan keampunan Allah dalam membuka negeri iaitu (melalui) pilihanraya,"jelasnya apabila ditanya bagaiamana peluang PAS dalam PRU akan datang.

Namun, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak menafikan, cabaran 'hebat' yang dihadapi PAS untuk mencapai kemenangan dalam PRU-13.

Menurutnya, Terengganu adalah sebuah negeri 'dominan' orang Melayu dan pengaruh politik bukan Melayu kurang 'meresap' kerana pergaulan Melayu dan bukan Melalyu yang terhad.

"Kita tidak dapat menafikan kita berhadapan dengan 'challenge' yang hebat, kerana di negeri Terengganu pengaruh orang Melayu adalah dominan. (Soalnya) Apakah masyarakat Melayu sedar dengan perkembangan poltik semasa atau tidak?

"dan pengaruh orang bukan Melayu kurang sampai ke bawah di negeri Terengganu kerana pergaulan mereka (bukan Melayu) tidak sama seperti negeri-negeri di Pantai Barat,"terangnya.

Katanya, selain pengaruh politik yang menguasai pemikiran orang Melayu, faktor ekonomi juga akan menentukan hala tuju politik orang Melayu Terengganu.

Selaku bekas Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar kerajaan PAS Terengganu 1999 - 2004, Ustaz Abu Bakar berkata, masih ramai penduduk Terengganu yang miskin yang memerlukan bantuan dari kerajaan.

"masyarakat Melayu teruatama di Terengganu mereka adalah orang-orang susah, yang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan sebagainya dan ini (menyebabkan) mereka terkesan dengan pengaruh politik,"tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, PAS mempunyai peluang yang cerah kerana walaupun Umno dan Barisan Nasional memiliki kekuatan kewangan, parti itu gagal menyelesaikan measalah-masalah sosial yang 'parah', 'umpama wabak', sedang menyerang rakyat Terengganu.

"kita (PAS) yakin (akan menang) kerana Umno tidak dapat menyelesaikan masalah (sosial). Masalah moral, masalah pendidikan anak-anak, gejala sosial (seperti jenayah) pecah rumah, kecurian, penagihan dadah merebak semacam satu wabak,

"dan kita lihat Institusi keluarga pada hari ini sudah menjadi longggar dan masyarakat dan ibu bapa tahu keaadaan keluarga mereka (yang bermasalah),"katanya.

Selain itu. masalah-masalah ekonomi seperti kenaikan harga barang kesan dari kenaikan harga minyak dan kegagalan kerajaan Umno/BN menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat akan turut menyumbang kepada faktor kemenangan PAS Terengganu menghadapi PRU-13 akan datang.

BO

“Saya tak tahu menahu” - Nik Aziz

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyenaraihitamkan Syarikat I’Da World Group Sdn Bhd, yang mendakwa menyumbangkan RM4 bilion kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas Kelantan untuk membangunkan negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit.

“Sebagai Menteri Besar, saya tidak ada sangkut paut langsung dengan cadangan syarikat itu dan tidak pernah melantik mana-mana pihak mewakili saya menerima replika cek bernilai RM4 bilion sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar semalam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung sebuah syarikat yang dikenali sebagai I’Da World Group Sdn Bhd bermurah hati menderma kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion.

Akhbar kelmarin melaporkan replika cek berkenaan diterima wakil Menteri Besar daripada Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Difahamkan adik Nik Abdul Azizi iaitu Nik Din mengesahkan beliau terima replika cek berkenaan pada majlis itu, tetapi atas sifat peribadi dan bukan mewakili Kerajaan Negeri atau parti.

Sumbangan cek itu untuk membangunkan negeri ini, antara lain, termasuk projek pembangunan Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar yang membabitkan kos RM313.71 bilion.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada sebarang rundingan dibuat antara Kerajaan Negeri dan syarikat itu untuk membantu negeri ini dalam melaksanakan projek pembangunan di Kelantan, malah tiada sebarang persetujuan dibuat.

“Akhbar yang menyiarkan gambar wakil saya menerima replika cek itu tidak benar, kerana saya tidak pernah menghantarkan mana-mana pihak menerima cek (replika) itu bagi pihak saya,... mengarut jah!..” katanya.

SH

Wednesday, September 22, 2010

PAS nafi terima sumbangan syarikat asing RM4 bilion

Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing - baru-baruIda World Group, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Tegas beliau, penyebaran berita itu adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah PAS juga tidak tahu menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan dari syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.

Kelantan senarai hitam l’DA World

KOTA BHARU, 22 Sept : Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan.

Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel.

Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu.

“Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya.

Laporan Penan 'dirogol' ke PBB

Penan rapes : Complaint to UN rapporteur
Susan Loone

Sebuah pertubuhan hak asasi serantau melahirkan kebimbangannya berhubung 'kelewatan yang ketara' kerajaan Malaysia bertindak menangani dakwaan keganasan seks wanita dan gadis Penan oleh pekerja sebuah firma pembalakan di Sarawak.

Pooja Patel, perwakilan Forum-Asia di Geneva, mengakui kerajaan telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasat namun “tiada langkah konkrit diambil bagi bertindak ke atas penemuan dan cadangan untuk membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan”.

Patel berkata Forum-Asia, bersama kumpulan penyokong Orang Asal di Malaysia, sejak itu juga telah mendokumenkan kes pencabulan seksual yang baru.

“Kita telah juga menjalankan kajian yang lebih luas berhubung keganasan seksual dan eksploitasi yang dihadapi oleh wanita dan gadis Penan,” katanya semasa berdialog dengan pelapor khas PBB mengenai hak asasi dan kebebasan asas Orang Asal.

“Ini termasuk dinafikan hak tanah mereka serta hak kerakyatan.”

Sesalinan kenyataan Patel itu dibekalkan kepada Malaysiakini.

Katanya, Forum-Asia, yang berpangkalan di Bangkok dan mewakili 40 pertubuhan hak asasi dan memohon pelapor khas PBB itu terus berwaspada dengan pencabulan hak asasi ke atas Penan.

Anaya diminta terus berurusan dengan Malaysia berhubung dakwaan keganasan seks dan membangunkan program yang dapat membantu gadis serta wanita Penan.

Dipercayai beliau ada berhubungan dengan kerajaan Malaysia pada November 2008, tetapi tidak diberikan sebarang jawapan.

Pada Julai, kumpulan sokongan, Peazlannan yang merupakan gabungan 36 NGOs, memngemukakan laporan terperinci menghuraikan kesengsaraan wanita Penan dan komuniti itu.

Pembunuhan Altantuya, Sosilawati ada persamaan

SHAH ALAM 21 Sept - Pembunuhan kejam terhadap ahli perniagaan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berhubung motif pembunuhan yang dilihat mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes Altantuya sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan hangat diperkatakan di kalangan rakyat dam masyarakat antarabangsa.

Malah kes Altantuya telah sampai ke peringkat antarabangsa di mana ia kini sedang disiasat secara serius oleh mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kedua-dua kes ini mempunyai persamaan dan perbezaannya, iaitu ianya dilakukan secara kejam, di mana Sosilawati dibakar manakala Altantuya diletupkan dengan bom C4 dan perbuatan ini sudah pastinya bukan dilakukan oleh orang biasa.

"Dalam kes Altantuya, suspek utama ketika itu, Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungkait dengan orang politik yang berpengaruh dan aspek ini ada persamaan dengan kes Sosilawati. Menurut laporan media suspek utama dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin tinggi MIC dan Barisan Nasional.

"Pihak tertentu seolah-olah cuba menutup perkara tersebut daripada pengetahuan rakyat dan telah menimbulkan kemusykilan," kata Tian Chua kepada Suara Keadilan.

Berhubung polis tindak polis bertindak dengan cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, Tian berkata beliau tidak mempertikaikannya tetapi apa yang membingungkan adalah tindakan susulan mengenai motif pembunuhan kedua-dua kes itu yang sehingga kini menjadi misteri.

"Betul, Najib memberikan pujian kepada pihak polis yang bertindak cepat berhubung kes pembunuhan Sosilawati yang dianggap sebagai kes berprofil tinggi. Ini kerana Sosilawati tidak ada kena-mengena dengan beliau, sebab itulah beliau tidak kisah pihak polis bertindak tegas.

"Tetapi dalam kes Altantuya, beliau seolah-olah tidak kenal siapa Razak Baginda, Najib nampaknya tidak telus dan tidak boleh menjawab persoalan yang bermain di dalam kotak pemikiran rakyat," tegas Tian Chua lagi.

SK

PAS mungkin ikut jejak langkah KEADILAN gunapakai sistem undi terus

SHAH ALAM 22 Sept - Melihat kepada keberanian pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat perubahan drastik dengan memberi hak memilih secara langsung kepada ahlinya dalam Pemilihan 2010 kali ini, PAS juga akan menimbang menggunakan pendekatan sistem pemilihan undi yang sama bagi pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sistem ini tidak pernah dicadangkan dan dibincangkan dalam PAS kerana ia amat berpuas hati dengan kaedah yang digunakan sehingga kini iaitu sistem delegasi yang juga diguna pakai oleh hampir kesemua parti politik di negara ini.

"Setakat ini kita (PAS) belum bincangkan sejauh mana sistem ini boleh diguna pakai di dalam pemilihan PAS kerana sistem undi terus merupakan satu proses yang rumit dan sukar dilaksanakan dengan baik.

"Selama ini itulah yang dijangkakan oleh PAS, dan sejauh mana PKR berjaya melaksanakannya akan mempengaruhi pendirian PAS pada masa akan datang," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Katanya lagi PAS akan mengkaji keberkesanan sistem undi terus berdasarkan kepada kejayaan dan kelemahgan yanng dihadapi oleh KEADILAN sebelum, semasa dan selepas pemilihan serta reaksi ahli secara keseluruhannya berkenaan sistem undi terus.

"Sistem undi terus ada kebaikan dan keburukannya, dan ini merupakan satu perkara yang boleh dibincang dan boleh dinilaikan dengan melihat kepada pencapaian PKR," jelas Khalid.

PAS mengadakan Muktamar Tahunan ke-55 dan juga pemilihan parti dari 5 hingga 7 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.

SK

SUPP using politics of race and fear, says DAP

KUCHING : DAP today rebuked the Sarawak United People’s Party (SUPP) for trying to scare Chinese voters into supporting it by playing on racial sentiments.

Referring to an SUPP argument that the Chinese community would suffer if the party were to lose in the next state election, Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen said:

“SUPP has been bluffing the Chinese people for the past 40 years into believing that the Chinese community needs it to represent them in the Barisan Nasional.

“SUPP has been playing on racial issues in order to retain their support. It is no better than Umno.

“But the Chinese community has seen through their lies.”

Chong was responding to SUPP Sibu chairman Wong Soon Koh, who said last night that the Chinese community stood to lose a lot if SUPP were to be voted out in the next state election.

Wong, calling on the Chinese not to sacrifice what he called their “political strength” in the government, said BN would still rule the state “even if the opposition wrests all seats from SUPP” in the coming election.

Chong, who is the MP for Bandar Kuching, said: “SUPP has been with the BN for 40 years, and yet we have (Chief Minister) Abdul Taib Mahmud saying that he did not know what the Chinese wanted.”

Taib, responding to a reporter’s question last month, said: “What do the Chinese want? I am asking the same question.”

It was obvious from Taib’s statement that SUPP had failed to convey to the BN administration what the Chinese wanted, Chong said.

FMT

Tanah KTMB RM400 juta, dijual dengan harga RM50 juta

Isu terbaru berhubung penjualan tanah yang sangat berharga milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menerima kritikan pedas daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata tanah seluas lapan hektar itu di belakang ibu pejabat Unilever di Jalan Bangsar mempunyai nilai pasaran RM400 juta telah dijual dengan harga terlalu rendah, hanya RM50 juta kepada Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).

PHB merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang ditubuhkan pada 2006 untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Nurul Izzah, yang juga timbalan ketua PKR Wilayah Persekutuan mempersoal sama ada hartanah yang akan dibangunkan di atas tanah itu nanti akhirnya dijual kepada Bumiputera dengan diskaun yang tinggi.

"Siapa yang akan menerima faedah dari diskaun 80% yang dinikmati oleh PHB?" soal beliau. "Adakah para pemaju atau diskaun itu disalurkan kepada rakyat apabila mereka ingin menyewa atau membeli hartanah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau juga ingin tahu sama ada PHB akan menghadkan pertukaran hak milik supaya hartanah itu kekal di tangan Bumiputera.

"Selain itu, bolehkah tanah milik kerajaan dan institusi digunakan untuk menambah kekayaan beberapa individu? Saya berharap dasar hartanah Bumiputera tidak dimanipulasi sepertimana yang terjadi dalam modus operandi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," ujar beliau.

Tanah itu boleh membawa hasil kepada KTMB

Nurul Izzah berkata, tanah itu boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang berterusan (recurring income) kepada KTMB. KTMB boleh membangunkan tanah itu dan memiliki syer ekuiti hasil dari pembangunan itu.

"Hasil dari sewa hartanah itu sendiri boleh menyediakan pendapatan yang berterusan untuk KTMB. Beginilah caranya perkhidmatan MRT di Hong Kong, Singapura dan keretapi bawah tanah di London dapat mengekalkan perkhidmatan mereka untuk faedah orang ramai.

"Hasilnya, bukan sahaja boleh mendatangkan keuntungan kepada KTMB tetapi juga mengurangkan kadar harga tiket dan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada rakyat."

Merujuk kepada tanah KTMB di Tanjung Pagar, beliau berkata, urusniaga ini menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab dan merupakan satu bentuk subsidi secara terus kepada golongan minoriti.

Sambil mengharapkan bahawa dakwaannya adalah salah, Nurul Izzah berjanji bahawa beliau akan memantau perkembangan ini secepat dekat untuk memastikan rakyat mendapat jaminan ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada kerajaan.

"Saya juga akan mencadangkan supaya dibentuk sebuah kautus yang bebas pada sidang parlimen yang akan datang untuk memantau dasar-dasar melibatkan Bumiputera.

"Kaukus ini mampu menyediakan laporan tahunan mengenai keputusan dan senarai penerima faedahnya untuk pengetahuan rakyat," tambahnya. - FMT

BO

MP Sabah mahu bangkit isu projek mega RM2.4b SOGT di Parlimen

Abdullah dikatakan pernah menjamin bahawa sumber gas Sabah tidak akan disalurkan ke Sarawak. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Projek mega RM2.4 bilion untuk membina terminal minyak di Kimanis telah mencetuskan rasa tidak senang mendalam di Kota Kinabalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri itu dijangka secara terbuka membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat bulan depan.

Mereka dijangka membangkitkan keputusan memberi kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Pada 1 September lalu, Naim Holdings Bhd mengumumkan bahawa Samsung-Naim JV, syarikat usaha sama antara subsidiarinya NCSB

Engineering Sdn Bhd dan Samsung Engineering Co Ltd, telah mempeorleh kontrak bernilai AS$766.39 juta (RM2.4 bilion) daripada Petronas Carigali Sdn

Bhd untuk menyediakan perkhidmatan projek Sabah Oil and Gas Terminal, salah satu projek infrastruktur terbesar negara ini.

“Tiada sebab mengapa bidaan dari Sabah tidak diberi peluang kerja ini. Mengapa sebuah syarikat dari Sarawak diberikan projek di Sabah?

“Ini bermakna lebih banyak hasil kekayaan akan beralih keluar dari Sabah,” kata seorang MP Umno dari Sabah kepada The Malaysian Insider.

Wakil rakyat itu menegaskan, beliau dan rakan-rakannya bercadang untuk membawa isu berkenaan ke Parlimen apabila ia mula bersidang bulan depan.

Beberapa wakil rakyat juga mengesahkan bahawa mereka tidak gembira dengan perkembangan itu selain mendapati sukar untuk mempertahankan BN daripada serangan dan kritikan Pakatan Rakyat.

Pentadbiran Najib mahu mengelakkan suasana tidak senang seperti itu daripada negeri tersebut yang dianggap sebagai “simpanan tetap” BN dalam usaha perikatan tersebut kekal di Putrajaya.

Dalam pilihan raya 2008 BN menang kurang undi berbanding parti-parti PR BN di Semenanjung tetapi mengekalkan penguasaan di Parlimen ekoran sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Aspek simpanan tetap itu juga ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika berada di Sabah sempena sambutan Hari Malaysia Khamis lalu.

Perdana Menteri diipercayai sedang mempertimbangkan kemungkinan memanggil pilihan raya awal tahun depan.

Difahamkan firma usaha sama Sabah telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari China untuk membida projek berkenaan.

Sumber-sumber memberitahu harga bidaan syarikat Sabah-China itu kurang AS$50 juta berbanding dengan syor Naim Cendera.

Rasa tidak puas hati di Sabah juga muncul di sebalik spekulasi bahawa kos akhir kemungkinan RM4 bilion.

Syarikat minyak negara mengeluarkan bidaan awal tahun ini selepas terhenti tiga tahun bagi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penugasian.

Undangan bidaan pada 2007 ditarik balik ekoran “sebab-sebab teknikal.”

Difahamkan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman, yang juga Menteri Luar dan seoranga anggota utama dalam Kabinet Najib berhadapan dengan tekanan politik ekoran pemberian projek berkenaan kepada Naim.

Anifah merupakan antara wakil rakyat yang menjadi tumpuan dalam kontroversi membangkitkan sikap tidak ambil berat kerajaan pusat terhadap Sabah — isu yang timbul selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata terpeluang kepada kerajaan negeri Sabah untuk memastikan sumber gas kekal di negeri itu dan tidak disalurkan ke Sarawak menerusi projek pembinaan saluran gas dari Kimanis-Bintulu.

Beliau mengulangi bahawa di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan pusat bersetuju supaya projek itu diteruskan dengan Sabah diberi keutamaan jika negeri itu memerlukan bekalan gas.

“Ada jaminan bahawa bekalan gas tidak disalurkan ke Bintulu di Sarawak menerusi saluran gas itu jika terdapat keperluan bekalan itu di Sabah. Abdullah cakap jaminan ini dari Petronas sendiri.

“Jadi ini bukanlah sama ada Petronas enggan menjalankan apa yang diwajibkan kerajaan, tetapi kerajaan negeri sendiri perlu pastikan bekalan gas ini dapat digunakan di Sabah,” katanya.

Pandangan itu diberikan ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Melaine Chia berkata kerajaan negeri tidak harus bersetuju atau membenarkan Petronas menyalurkan gas asli dar luar persisiran Sabah ke Bintulu jika ia benar-benar serius untuk membangunkan industri gas dan minyak tempatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah pernah berkata Petronas akan hanya setuju untuk membenarkan Sabah menyimpan sebahagian daripada gas yang dilsaurkan ke Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, jika ia mampu membina infrastruktur dan tenaga kerja bagi menyokong industri minyak dan gas di Sabah.

Chia mendesak Tan, yang juga Naib Presiden Gerakan, untuk memujuk presiden partinya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Petronas menghentikan projek pembinaan saluran gas Kimanis-Bintulu.

Malah, pada akhir bulan lalu beberapa ahli politik dan industri dari Sabah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega SOGT di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.

Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.

TMI

Tuesday, September 21, 2010

VIDEO I am who I am - Namewee

This is Namewee's latest song. He apologizes for being impulsive but says he will always be true to his art - he is who he is. Lyrics English/Malay/Chinese below.



我還是我
Aku Tetap Aku
I am Who I am

我的名字 叫明志 這個自我介紹方式
Izinkan ku memperkenalkan diriku, nama saya ialah Namewee
My name is Namewee this is how I introduce myself
從小老師 就認為我是想要惹事
Sejak kecil lagi, cikgu ingatkan ku seorang yang suka buat hal
My teachers always thought I was looking for trouble
我熱愛文字 我討厭公式 我不想面對考試
Aku suka menulis, aku benci formula dan ujian sekolah
I love literature but I hate the school system and all its exams
我更討厭你規定我的頭髮款式
Aku lagi tak suka jika sesiapa komen kat style rambut ku
I get annoyed when people comment on my hair style
我的思考方式 沒有人能夠抑制
Pemikiran style aku, tiada orang boleh Ubahi
I was born with a mind that is beyond the control of others
大人都固執的怪我固執 不懂事
Orang dewasa anggap aku ni degil dan tak matang
Adult always blamed me for being stubborn & naive
我明白 待人處事都有 它的模式
Aku tahu memang ada pelbagai caranya berurusan
I realized our society has its way of life
但不代表 全部人都要變成孔子
Tapi ia tak bermakna semua orang harus menjadi Konfusius
But that doesn’t mean all of us must become Confucius

十五歲 那年初我染上音樂的毒
Pada umur 15 tahun, aku discover muzik
Age of 15 I discovered the joy of music
我透過音符 來降低我內心的無助
Nota nota membantu ku lalui masa yang tak berdaya
Through its notes I find ways to express my thoughts
我學習美術 但依然無法省悟
Aku cuba belajari seni tetapi ia tak membantu
I tried picking up art but it could not hold my inner feelings
是孤獨創造梵谷 還是梵谷創造孤獨
Adalah kesepian mencipta Van Gogh ataupun Van Gogh yang menciptakan kesepian?
Was loneliness created Van Gogh or Van Gogh created loneliness?
中學畢業後 華人得自求多福
Tamat sekolah menengah, kebanyakkan orang cina mencari rezeki di luar Negara
Upon finishing high school Chinese must find ways to further their studies
揮揮衣袖 我決定要到台灣留宿
Akhirnya, aku pun membuat keputusan untuk menginap di Taiwan
Faced with challenges I decided to pursue my education in Taiwan
爸爸媽媽不要擔心 我不會辜負
Ayah, mak jangan risau. Ku takkan buat kamu kecewa
Don’t worry mom and dad I promise not to fail you
等我讀完書 一定會回到歸屬
Habis belajar nanti, mesti saya balik ke Negara tercinta
I will return to my beloved home when I graduate
我會好好過 我必須好好過
Ku akan hidup dengan baik
I will be fine I must stay strong
想家的時候 我就打開電腦拼命創作
Apabila rindu kat keluarga, ku akan terus cipta lagu
When I lone for home I turn on my PC and started writing
牆壁上的大馬國旗 是我的寄託
Bendera Malaysia yang gantung kat dinding menjadi inspirasi ku
My Malaysian flag on the wall keeping my spirit alive
床頭的那張全家福 總是讓我振作
Gambar keluarga kat tepi katil tetap membuatkan ku lebih tabah
My family portrait beside my bed keeping my strong
一個人 在外國 要獨立生活
Seorang hidup di luar Negara, ku mesti lebih gagah
As a foreigner living in a strange country I learn to become independent
我做過很多工作 我面對很多數落
Aku buat banyak kerja sambilan, ku hadap banyak gagalan
I took up many jobs to pay my bills and tuition fees
無論再辛苦 還有音樂陪著我
Tak semestinya betapa susahnya, ku masih ditemani muzik
When times were tough at least I still had my music with me
我理想沒有變 因為我 還是我
Impian ku tidak berubah, kerana aku tetap aku
My dream did not change, I am still who I am

我有我自己的夢 自己會走
Aku akan berusaha mencapai impian ku sendiri
I have my own dream I will keep going
就算再寂寞
walaupun sunyi
Even it’s a lonely path
請原諒我的衝動 我會好好過
Maafkan impuls aku, aku akan hidup dengan baik-baik
Please forgive me for being impulsive, I will be fine
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am
我不怕暴雨狂風 將我淹沒
Aku tak takut hujan lebat membanjiri ku
I’m not afraid the obstacles cos it will not drown me
毅然往前走
Aku tetap akan berusaha
I will keep moving forward
就算旅途再癲頗 我不能回頭
Wakaupun jalan ini agak sukar tapi aku tak akan putus asa
Even if it is a journey of no return I will not give up
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am

2007 年 那是個遲來的夏天
Tahun 2007, itu musim panas yang datang agak lewat
Summer came late in the year 2007
改編國歌事件 讓我人生從此改變
Mengubah lagu negaraku membuatkan hidupan ku berubah
My life was forever changed with my national anthem song
透過網際網絡 我闖了禍
Melalui internet, aku menghadapi masalah
I got into trouble through the cyber space
但我堅持沒有犯錯 有人 說我叛國
Aku disalah fahami dan ada orang kata aku ni pengkhidnat negara
I was misunderstood and got accused of betraying my country
有人 想幹掉我 有人 說不讓我回國
Ada yang tak bagi aku balik ke Negara, ada yang ingin bunuh aku
My life was threaten and I even was told I cannot come home
要我磕頭認錯 政客趁機出頭
Saya dipaksa mengaku salah, orang kuat semua keluar menunjuk muka
I was pushed into the limelight by influential people trying to gain fame
媒體還配合炒作 世界 各地的記者call我
Pihak media dari seluruh dunia tak berhenti call saya
Media got into the action and suddenly international reporters started calling me
我必須學會沉著
Aku mesti tabah
I had to learn to stay calm
謠言越來越多 讓人陷入惶恐
Gosip angin semakin banyak, membuatkan ku makin risau
Rumours started flowing and my heart started pounding
甚至 還有人把偷渡路線圖 send給我
Saya juga terima peta haram tunjuk aku hilangkan diri
I even received maps with international escape routes
爸爸媽媽 對不起 不要難過
Ayah mak, ku minta maaf .. Janganlah kamu sedih
Sorry mom and dad please don’t be sad
牆壁上的國旗 我從來沒有拆過
Bendera Malaysia di dinding tidak pernah saya turunkan
I have not taken down the flag hanging in my bedroom
我破了千萬點閱 也上了各大版面
Youtube ku ditonton berjuta orang, gambarku juga dipampar dalam banyak surat khabar
My youtube video broke records and my face made newspaper covers
有人喜歡有人討厭面臨輿論考驗
Ada orang suka dan ada orang benci. Aku mengahadapi ujian yang sukar ini
I got cheered and got booed I must learn to face the music now
我的故事 被文學家 寫進了書
Kisah aku dicatat oleh penulis buku
My story was documented into a book
我的臉 還被人畫成了 卡通人物
Muka aku dilukis sebagai kartoon
My face even got drawn into cartoon characters
再多褒與貶 都已經事過境遷
Banyak pujiaan dan hinaan ku alami, tapi ia bukan segalanya
I wished that all the fame and criticism would die down some day
畢業後的我 決定勇敢面對誤解
Lepas ku tamatkan pengajian, aku membuat keputusan menghadapi semua salah faham
Upon graduation I decided to return to my beloved country
我用陸路 交通跨越六個國度
Ku menggunakan jalan darat dan melepasi 6 Negara untuk balik ke Negara cinta
With only land routes I walked across 6 countries to come home
拍攝紀錄 沿途上的驚險 和領悟
Ku merakamkan sepanjang jalan yang meliputi ketakutaan dan kesedaran
I even shot a documentary on my challenging journey
一步步 很艱苦 終於回到大馬領土
Ia satu perjalanan yang sukar tetapi akhirnya ku berjaya balik ke Negara tercinta
Thought every step was tought I finally came home to Malaysia
被拍照 被訪問 還被叫到警察總部
Pihak media tangkap gambar ku, ada temu duga dan aku juga dipanggil ke balai polis
I got called to police station and faced many media interviews
雖然 你們都把我 當成公眾人物
Walaupun banyak anggap ku sebagai orang famous
Even though most think of me as public personality
但我必須穩住 要保持個人創作元素
Tapi aku mesti tabah, aku mesti tetap dengan ciptaan lagu ku
But I stayed true to myself to retain my creative art

我有我自己的夢 自己會走
Aku akan berusaha mencapai impian ku sendiri
I have my own dream I will keep going
就算再寂寞
walaupun sunyi
Even it’s a lonely path
請原諒我的衝動 我會好好過
Maafkan impuls aku, aku akan hidup dengan baik-baik
Please forgive me for being impulsive, I will be fine
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am
我不怕暴雨狂風 將我淹沒
Aku tak takut hujan lebat membanjiri ku
I’m not afraid the obstacles cos it will not drown me
毅然往前走
Aku tetap akan berusaha
I will keep moving forward
就算旅途再癲頗 我不能回頭
Wakaupun jalan ini agak sukar tapi aku tak akan putus asa
Even if it is a journey of no return I will not give up
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am

有人說 我的作品荼毒青年思想
Ada orang marah hasil lagu ku mencemarkan fikiran remaja
People criticized my songs for poisoning the younger generation
有人說 我的頭腦都在胡思亂想
Ada orang mengata otak ku memikirkan perkara yang bukan-bukan
Some said my mind is full of dirty thoughts
說我亂講 說我是社會毒瘤發癢
Mengatakan aku ni merosakan moral masyarakat
That I have bad morel in the civil society
還怪我 變成他兒子的偶像
Ada juga yang mengalahkan ku jadi idola kepada anaknya
Some just blamed me for becoming his son’s idol
面對攻擊 我早就已經習慣
Aku dah biasa menghadapi semua halangan ini
I am used to faced difficult situations
保持沉默微笑 是我最好的答案
Menjadi keheningan sambil senyum adalah jawapan yang ku bagi
Keeping silent is my best defense and response
裝模作樣 從來就 不是我的強項
Aku tak suka menjadi kikuk depan orang
Putting a fake face is never an option for me
但我出門逛逛 卻要偽偽裝裝
Sekarang aku keluar, susah sangat boleh menjadi diri sendiri lagi
I can no longer be myself when I go out
我的email 每天都有人來 訴苦
Tiap-tiap hari aku terima email dari orang lain tuk mengeluh
People write to me pleading for help everyday
但我愛莫能助因為我不是 政府
Tapi aku tak berupaya kerana aku bukan pihak kerajaan
I just cannot do much because I am not the government
你們來我facebook 鼓勵我 詆毀我
Ada yang mendorong ku di facebook dan ada juga yang menghina ku
Some come to my Facebook supporting and slandering me
我不刪除因為那是言論自由淨土
Aku tak delete komen-komen kerana ini adalah kebebasan bicara semua
I didn’t delete because it is their freedom of speech
我想要讓你聽見 讓你看見
Aku nak bagi kau dengar, aku nak bagi kau Nampak
I want you to listen and I want you to see
我想說的話 我的電影 和我的音樂
Apa yang ingin ku ucapkan, filem ku, dan muzik ku
The messages I convey through my voice, my film and my music
徘徊尺度邊緣 自由自在的暢所欲言
Adalah kebebasan bicara
Walking the fine line in freedom of speech
那是主流媒體 永遠看不到的世界
Inilah tempat yang tidak boleh diperjuangkan oleh mainstream media
Which is something the mainstream media can never understand
我站在不 同的的角度我不會停下腳步
Aku memandang dunia dari pelbagai sudut dan tidak akan berhentikan langkahku
I stand from a different point and I will not stop
這條思路 是老天送給我的禮物
Jalan pemikiran saya adalah hadiah khas dari tuhan
This path is a gift from god
你說我糊塗 你甚至想要把我說服
Kau mengatakan aku bingung, malah kau ingin menyakinkan ku dengan ayatmu
You claimed that I am lost and want to brainwash me
對不起我 還是我那就是我的態度
Minta maaf, aku tetap aku. Inilah sikap ku
Sorry, I am still who I am, and this is my attitude
在Kuala Lumpur 開始了新的生活
Aku memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur
I am starting new life in Kuala Lumpur
這裡人潮洶湧 馬路坑坑洞洞
Terdapat ramai orang telah terkorban di jalan raya yang berlubang-lubang
It is crowded here and the roads are full of potholes
一不小心 我可能會在這裡失控
Saya rasa ku juga mungkin akan hilang control di sini
If I’m not careful things may just get out of control
這條路 很難走 但我已經 沒有回頭
Jalan ini agak sukar untuk berjalan, tetapi aku sudah tiada pilihan lain
The path is not easy but I do not have a choice anymore

(我還是我 我還是我)
(Aku tetap aku aku masih aku)
Because I am still who I am

我有我自己的夢 自己會走
Aku akan berusaha mencapai impian ku sendiri
I have my own dream and I will go for it
就算再寂寞
walaupun sunyi
Even it is a lone path
請原諒我的衝動 我會好好過
Maafkan impuls aku, aku akan hidup dengan baik-baik
Please forgive me for being impulsive, I will be fine
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am
我不怕暴雨狂風 將我淹沒
Aku tak takut hujan lebat membanjiri ku
I’m not afraid the obstacles cos it will not drown me
毅然往前走
Aku tetap akan berusaha
I will keep moving forward
就算旅途再癲頗 我不能回頭
Wakaupun jalan ini agak sukar tapi aku tak akan putus asa
Even if it is a journey of no return I will not give up
(相信我還是我)
(percayalah, aku tetap aku)
Believe me I am still who I am

malaysia chronicle

Royalti : Tok guru pondok bermunajat di Mekah

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, http://www.munajatroyalti.com/ serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Perkasa, Utusan all riled up over Nik Aziz's statement

KOTA BHARU, Sept 20 : PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’s statement that he was proud to be a Muslim but not a Malay has drawn reactions from the usual group of people, namely Perkasa and its mouthpiece, Utusan Malaysia.

The Malay daily, known for its extensive coverage dedicated to the issue of Malay dominance, suggested that the Kelantan Menteri Besar had forsaken the fight for Malays.

"While there are efforts to eliminate special rights of Malays, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he was not proud of being a Malay," said the staunchly right-wing UMNO-owned Mingguan Malaysia, Utusan's weekend edition.

Its political cartoon column, Senyum Kambing, also took issue with Nik Aziz's statement.

For his part, Perkasa chief Ibrahim Ali said he was not surprised with Nik Aziz’s statement, saying the latter had revealed his true identity as someone who used religion to attract non-Malay voters.

At a dialogue-cum-Hari Raya gathering with journalists recently, Nik Aziz said a Muslim's Islamic identity was more important than his race.

“I am not proud to be Malay. Race comes automatically and in Islam there is no longer (the issue of) race,” he was quoted as saying.

He said the Kelantan state government had spent RM7 million to build a mosque based on Chinese architecture in Rantau Panjang in its effort to rid the problem of racism in society.

Meanwhile, Nik Aziz’s press secretary Ahmad Fadhli Shaari chided Utusan’s failure to grasp "such simple statement".

“What Tuan Guru Nik Aziz is saying was I’m not proud to be Malay, but I am proud to be Muslim. All sane people know how to evaluate the statement. It seems that Mingguan Malaysia does not belong to the group,” he quipped.