Jom Klik Iklan
Showing posts with label BRIM. Show all posts
Showing posts with label BRIM. Show all posts
Monday, December 28, 2015
CEPAT-CEPAT KEMASKINI BRIM YER
Perhatian Perhatian Perhatian...
Kepada sesiapa yang layak untuk menerima BRIM pada tahun 2016.. Sila kemaskini maklumat BRIM secepat mungkin sebelum 31 Disember 2015 yer...
Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
Friday, September 18, 2015
BAYARAN BRIM DI AWALKAN SEMPENA AIDILADHA
Selamat petang semua....
Dapat info terkini yang sahih.. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat akhir yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan dipercepatkan pada Isnin ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menurutnya, kerajaan bersetuju pembayaran tersebut dipercepatkan berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini.
“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.
Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari lalu manakala peringkat kedua pada 28 Mei lalu.
Ahmad Husni berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Katanya, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.
Syukur alhamdulillah..
Friday, March 6, 2015
BERITA BAIK UNTUK PENERIMA BRIM
Huhuhu Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, dapat berita baik hari ini.. Kepada semua penerima BRIM yang masih belum menerima bayaran boleh tuntut tunai di cawangan BSN.
Dibawah ini adalah berita gembira yang saya perolehi itu.. Syukur alhamdulillah.. Allah Maha Mengasihani. Semoga mudah dan berjalan lancar prosesnya nanti sepertimana penerima-penerima lain yang dah dapat duitnya tu...
Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah
pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara
tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata terdapat beberapa kesilapan ketika
mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, yang
menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami
kesulitan.
"Kerajaan
telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka
perihal masalah tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan
Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini hari ini.
Surat itu turut menyertakan kaedah alternatif bagi menuntut BR1M iaitu melalui
pembayaran secara tunai di cawangan BSN dan juga terdapat sebuah keratan di
bawah surat bagi kegunaan pihak BSN.
Namun
demikian, Chua berkata terdapat kekeliruan kerana setakat ini kerajaan telah
menerima lebih daripada 100 kiriman keratan surat tersebut yang sepatutnya
tidak perlu dihantar kepada kerajaan.
"Kerajaan
sedang mengumpulkan maklumat yang berkaitan dan kami akan menghubungi penerima
yang terlibat ini bagi merungkaikan kekeliruan tuntutan.
"Satu
senarai yang meliputi butir-butir diri mereka akan turut diedarkan kepada pihak
BSN agar penerima ini boleh menunaikan BR1M dengan hanya membawa kad pengenalan
ke mana-mana cawangan bank tersebut," kata Chua.
Beliau
turut menggesa agar penerima BR1M yang telah silap menyatakan nombor akaun bank
agar melakukan pembetulan dalam tempoh rayuan yang ditetapkan sehingga 31 Mac
2015.
Katanya
pembetulan tersebut adalah penting bagi memudahkan tuntutan berikutnya kerana
pembayaran BR1M dilakukan secara tiga peringkat.
Selain
itu, beliau turut menyatakan rakyat Malaysia yang layak untuk menerima BR1M
tetapi masih belum memohon, boleh berbuat demikian dalam tempoh rayuan
tersebut.
Sumber : Bernama
Tuesday, March 3, 2015
BRIM OH BRIM
Huhuhu... Assalamualaikum, selamat petang semua...
Entri kalini tentang BRIM.. ada tak sesiapa diluar sana yang masih belum dapat duit BRIM sedangkan permohonan sudah diluluskan? Sila tekan butang like..Huhuhu...
Huu sabar jela ye. Mungkin duit tu dimasukkan secara berkelompok kot.. sejak 15 Januari sehingga sekarang masih belum terima lagi apa-apa bayaran.. Semoga untuk peringkat ke 2 dan ke 3 nanti bayaran akan diterima tepat pada masanya..
InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Huhuhu.. entri kalini berkenaan kisah perbualan saya dan anak tentang tikus.. Boleh pulak dia tanya " Mama apa beza mouse dan ...
-
Selamat Malam semua.. Kalini saya nak share GABUNGAN SUARA ANAK-ANAK SAYA MENYANYIKAN LAGU 'KITA PUNYA MALAYSIA' Semangat ci...
-
Sejak ibu ku sakit strok dan tinggal bersama kami sekeluarga memang banyak dugaan dan cabarannya. Adik-adik ku yang masih bujang 2 le...