Jom Klik Iklan

Wednesday, December 30, 2015

INDAHNYA HELANG DI LANGKAWI


Tiada kata-kata dapat digambarkan.. biarlah gambar yang berbicara...


Indahnya ciptaan Tuhan..
Jika ada peluang berkunjunglah ke Langkawi..

 Ambil peluang bagi makan burung helang..huu disini ada banyak burung berwarna coklat.. sangat indah pemandangannya..


Panorama yang indah dan mententeramkan jiwa... Sesejuk mata memandang..



Tuesday, December 29, 2015

MOOD KEMBALI KE SEKOLAH


Hahaha...
Tetiba teringat zaman sekolah-sekolah dulu...

ada pulak gambar ni untuk dikongsi bersama..so, inilah saya semasa tadika.. Tahun 1986..

Di mana saya?? cubalah teka..hihihi



Tahun hadapan giliran anak kedua saya pula masuk sekolah tadika..huhu.. Semoga dia seronok dan belajar rajin-rajin nanti...huhu

Zaman mak sekolah dah berlalu sekarang zaman anak-anak pulak yer....

Sekarang giliran kami pulaklah melengkapkan keperluan anak-anak sekolah...



SAMBUTAN MAULIDULRASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2015


Salam sejahtera semua...

Disini saya ingin kongsikan pengalaman suami menyambut maulidulrasul peringkat kebangsaan di MAEPS, Serdang pada 24 Disember 2015 yang lalu...



 Tema sambutan maulidulrasul pada tahun ini ialah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"



Bersempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga kita menyambutnya dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas.
Mari kita berazam sungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW sedaya yang mungkin.
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW, bukan hanya pada hari maulid saja, tetapi juga setiap masa dan ketika insyaAllah.




Monday, December 28, 2015

CEPAT-CEPAT KEMASKINI BRIM YER



Perhatian Perhatian Perhatian...

Kepada sesiapa yang layak untuk menerima BRIM pada tahun 2016.. Sila kemaskini maklumat BRIM secepat mungkin sebelum 31 Disember 2015 yer...

Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

TAHUN 2015 AKAN BERAKHIR

Salam sejahtera semua...diam tak diam 2015 akan berlabuh tirai tidak lama lagi..
Welcome 2016.. Semoga akan menjadi tahun yang penuh dengan kegembiraan, kesihatan, keselamatan dan keceriaan yang berpanjangan...

2015 sudah pastinya menjadi tahun kenangan yang tidak akan dilupakan.. dan sudah pasti akan menjadi sejarah.. Tahun 2015 merupakan tahun kami sekeluarga kehilangan nenek tersayang buat selama-lamanya.. Jumpa kami di syurga yer nenek.. Hilang nenek tiada pengganti dan ingatan kami terhadap nenek tidak pernah luntur.. hanya doa dan harapan kami titipkan buat nenek tersayang semoga rohnya tergolong bersama-sama orang beriman dan di rahmati Tuhan...





Nenek orang pertama yang mengajarkan saya Alif Ba Ta.. Sehinggalah saya khatam mengaji.. Nenek orang pertama yang mengajarkan saya sembahyang.. Nenek tidak mengenal erti jemu mengajar saya dan adik beradik lain mengenal Tuhan.. Sudah tentu amat besar jasa nenek.. Semoga Allah menerima segala amal ibadah nenek.. Sesungguhnya kami semua amat merindui nenek.. 




Wednesday, December 23, 2015

KURSUS PENGURUSAN BERPASUKAN (TEAMBUILDING) 27-29 NOV 2015


Salam sejahtera semua..

Walaupun hampir sebulan berlalu..saya ingin mengabadikan kenangan kursus di sini..huhu

Sekali sekala berkursus di luar daerah memangla seronok, namun sedih jugakla sebab meninggalkan anak yang tengah berpantang sunat ketika itu..

Disini ada beberapa koleksi gambar untuk tatapan semua sepanjang kursus berlangsung di Marina Cove Resort, Lumut..


















Banyak ilmu dan pengalaman diperolehi sepanjang kursus ini terutamanya tentang membina jati diri dan semangat berpasukan, semangat setiakawan, kerjasama dan toleransi.. huhu saya juga seperti tidak percaya telah berjaya menamatkan kursus ini..

Mendaki bukit hingga sampai ke puncak ketika usia 30-an ini adalah kali pertama.....Kuat lagi stamina rupanya..hahaha

Rasa teruja membina rakit dan berakit di Pantai Teluk Batik secara berkumpulan..Mula-mula ingatkan rakit akan pecah dilambung ombak tapi rupanya kukuh binaannya...






MAJLIS BERKHATAN ANAK 23.11.2015


Syukur alhamdulillah...anak saya telah selamat berkhatan pada 23 November yang lalu.. Leganya hati seorang ibu setelah anaknya selamat berkhatan. Majlis berkhatan dilakukan di Masjid dan disertai oleh 15 orang kanak-kanak..

Sebenarnya pada tahun lepas pada bulan yang sama saya telah mendaftarkan anak saya berkhatan di sebuah klinik swasta.. tapi pergi sana meraung2 sehinggakan tak jadi berkhatan.. adoila anak.. tu yang risau sangat jika kalini tak jadi berkhatan jugak..huhuhu



Alhamdulillah dengan berkat doa, usaha dan pertolongan orang ramai akhirnya anak saya selamat bersunat..Inilah gambar anak selepas sunat..merengek aje tau dia.. katanya menyesal sunat.. lain kali taknak sunat lagi dah.. hehehe sunat sekali jela wahai anak...bersalin tu lagila banyak kali...lebih sakit tau...huhuhu..lega anak dah bersunat...tinggal nak pulihkan luka jela...



 Berarak keliling kampung dengan menaiki kenderaan 4X4 dan di iringi paluan kompang




Bergambar bersama anggota bomba

 Mandi air bomba sebelum sunat... Memang ceria anak-anak time ni



Inilah 3 sahabat yang menjadi kekuatan anak saya untuk bersunat bersama-sama...

InsyaAllah entri akan akan saya akan kongsikan bersama pembaca tentang pengalaman menjaga dan menguruskan anak berpantang sunat yer...