UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE
Showing posts with label VIDEO. Show all posts
Showing posts with label VIDEO. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

TIPS KESELAMATAN JALAN RAYA

Esok seluruh umat islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban

InsyaALLAH, KJ dan sekeluarga akan mengorbankan seekor lembu esok dan hari raya kedua KJ akan bertolak ke Kelantan. Sesiapa orang Kelantan, kita jumpa disana ye.

Hari ini pun pelajar-pelajar KJ pulang ke kampong halaman masing-masing dan mereka memaklumkan dalam WhatsApp berlaku kesesakan jalan raya. Jadi KJ harap semua berhati-hati semasa di jalan raya dan disini KJ hendak kongsikan satu video, Tips Keselamatan Jalan Raya terutamanya untuk penunggang motosikal. Video ini dirakamkan oleh pelajar KJ untuk satu program. Ini juga merupakan satu bentuk pembelajaran.



Akhir sekali, KJ mengucapkan selamat hari raya aidil adha. Sentiasa beringat ketika beraya. Dan terimalah ucapan dari Ketua Pengarah JPKK


Nota kaki: Pengambilan bulan November Kolej Komuniti Ledang bagi kursus Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara, SijilPengoperasian perniagaan dan Sijil Kenderaan Ringan telah dibuka sekarang. Datang ke kaunter, laman web Kolej Komuniti Ledang atau Facebook KKLEJ untuk mendaftar. Ayuh, Jangan ketinggalan!!!!

Wednesday, July 22, 2015

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH

Masih belum terlambat untuk berubah!!!

Itulah ungkapan yang biasa KJ gunakan di dalam kelas untuk menasihati pelajar-pelajar ini. Biasalah apabila mengajar pelajar-pelajar yang berada di usia remaja ini, semua lelaki pula tu…mestilah ada nakal sedikit.

Dan KJ masih ingat lagi, dimana ada pertandingan membuat video sempena We Care We Share Week. Pada mulanya KJ bawa maklumat pertandingan itu di dalam kelas. Tiada maklumbalas.

Hari seterusnya selepas kelas, minta mereka semua hantar jalan cerita (story line). Masih tiada maklum balas.

Hari ketiga, Selepas kelas KJ masih meminta mereka menghantar idea jalan cerita. Ada 2 orang pelajar hantar.

Hari keempat, selepas kelas KJ duduk bersama-sama dengan mereka semua bincang jalan cerita untuk video itu. Ini kerana sudah kesuntukan masa, tarikh tutup untuk menghantar video itu semakin hampir.

Hari Kelima dan Keenam kami berlakon selepas habis waktu kelas. Aku wajibkan semua pelajar satu kelas berlakon. Sebab? Aku nak melihat kerjasama, berkongsi idea, bantu-membantu antara satu sama lain. Pada waktu berlakon itu, banyak idea spontan di curahkan. Semua rasa teruja dan seronok. Aku hanya memerhati dari jauh sahaja. Aku tersenyum kepuasan. Betullah orang kata, jika kita tidak mencuba, bagaimana hendak tahu kelebihan kita?.

Dan Alhamdulillah, kami menjadi JUARA



Bulan September ini, mereka semua akan berkonvokesyen. Seronok melihat mereka semua sudah berjaya. Ada yang sudah bekerjaya dan sambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Serius, itulah satu kepuasan dalam diri seorang pendidik apabila melihat kejayaan anak muridnya. Dan video ini, aku selalu menayangkan kepada pelajar baru!