Showing posts with label Baling. Show all posts
Showing posts with label Baling. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

PERTAMBAHAN PUSAT HIBURAN, MUKHRIZ SELAR KERAJAAN PAS KEDAH

SLOGAN BARU PAS MEMBANGUN BERSAMA 'NIGHT CLUB'

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan PAS gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008. Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.

Wednesday, June 13, 2012

RAKYAT MELARAT, APA KERAJAAN KEDAH BUAT????


Seorang wanita merayu bantuan agar bumbung zink rumahnya yang bocor dan reput di Kampung Gabus, Mukim Pulai di sini dibaiki. Salbiah Ramli, 54, berkata ketika hujan, dia terpaksa menggunakan pelbagai peralatan seperti belanga, baldi dan tong minyak untuk menadah air yang masuk ke dalam rumahnya. Katanya setiap kali hujan lebat, dia juga berasa amat bimbang kerana kuda-kuda yang menahan bumbung rumahnya juga sudah reput dan boleh membahayakan.
 

Thursday, May 31, 2012

NASIB PENGUNDI TERABAI!!! MANA SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN????


Empat beradik di Kampung Pokok Sena di sini, kini hidup terumbang-ambing apabila ibu bapa mereka ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah. Berikutan itu, nenek mereka, Esah Abu Bakar, 60, berkata, dia terpaksa menjaga empat cucunya, Nor Shafarina, 12; Mohd. Sharizan, 11; Mohd. Shawal, 7; dan Nur Sharipah, setahun itu dalam keadaan serba kekurangan.

Tuesday, May 29, 2012

FATWA SESAT!!! MANGSA MEMALI MATI SIA-SIA???


Kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang mengatakan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan benar-benar membuatkan para penyokong PAS tidak senang duduk. Namun yang lebih gusar ialah waris yang terdiri daripada balu-balu dan anak-anak 14 orang mangsa yang terkorban di dalam insiden berdarah Memali di mukim Siong, Baling Kedah 27 tahun yang lalu.

AZIZAN PERLU TANGUNGJAWAB KAWASAN BUKIT 'BOTAK'

Gambar yang diambil di Gunung Inas di Baling yang semakin botak.

Kerajaan Negeri didakwa cuba berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat untuk menutup kepincangan yang berlaku membabitkan penebangan balak yang berleluasa di sekitar Baling dan Sik. Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah harus bertanggungjawab atas kerakusan menebang balak seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air termasuk merosakkan ekosistem alam semula jadi kawasan berkenaan.

Sunday, May 27, 2012

Rakyat bantah pembalakan di Kedah, Azizan Perlu Bertanggungjawab


Lebih 300 belia dan beliawanis Parlimen Baling hari ini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah yang gagal mengawal aktiviti pembalakan di daerah ini sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Mereka membawa berpuluh botol mengandungi air kotor kesan daripada pembalakan secara berleluasa akibat ketiadaan kawalan oleh kerajaan negeri.

Wednesday, May 16, 2012

Aktiviti Balak : Azizan Razak Rakus!!!!!!


Pendedahan di beberapa buah blog pro-UMNO/BN dari Kedah baru-baru ini mengenai skandal aktiviti pembalakan di beberapa hutan simpan di negeri itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Meskipun ia dianggap remeh oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang berbangga dengan hasil pungutan balak yang mencecah RM80 juta pada tahun lalu, pendedahan tersebut jelas membuka ramai pihak mengenai “rahsia” modus operandi dan pembolotan hasil semulajadi di negeri Jelapang Padi itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...