Zamil menunjukkan CD yang mengandungi ucapan Anwar hina PAS dan DAP |
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah,
Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008. Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang
tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang
diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang
PKR di Kedah.