Showing posts with label Tuntutan Bersih. Show all posts
Showing posts with label Tuntutan Bersih. Show all posts

Sunday, 29 April 2012

Bersih 3.0 - Pengalaman, Video, Gambar dan Pandangan.

Saya buka twitter, timeline penuh dengan ayat ayat sarkastik mengenai peserta dan perhimpunan Bersih. Kemudian saya buka facebook pula, newsfeed penuh dengan makian dan cacian terhadap peserta dan perhimpunan Bersih.

Pertama, saya suka cara awak memperlekehkan perjuangan mereka yang berjuang demi masa depan negara. Jadi, izinkan saya memaki awak sepatah dua? Fakyu awak. Kedua, awak pejuangkan kehidupan sosial awak, dia perjuangkan hak sebagai rakyat. Saya pula duduk depan PC pung pang pung pang. Apa yang saya cuba sampaikan disini, lain orang lain perjuangannya. Okay, berbalik pada topik utama.

Cerita dia macam ni, nak join Bersih ni kena bersihkan minda dulu sebenarnya. Misi dan visi tu kena jelas. Tak guna kalau join bersih tiba tiba laung "UMNO babi!" "BN Bangsat!" Jadi apa misi dan visi Bersih? Mari sama sama kita lihat, baca dan fikir.

Poster Bersih 3.0 - Duduk Bantah.
Berikut adalah tuntutan dan objektif utama perhimpunan Bersih:

1. Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Sekarang, berapa ramai yang betul betul faham tentang Bersih? Jadi saya rasa amatlah bengang.. maaf, maksud saya bangang. Jadi saya rasa amatlah bangang bila penyokong dari parti NGO yang menyertai perhimpunan tersebut melaungkan "Hancur BN!" dan "Hidup PR!" Disini menunjukkan anda menyertai perhimpunan Bersih tanpa memahami dasar dasar yang menuntut ketelusan dalam pilihan raya. Nampak tak permainan dia macam mana?

Kesal sebenarnya bila tengok poster Duduk Bantah, tapi apa yang terjadi sangat mengecewakan, memalukan dan memeranjatkan atau dalam satu ungkapan mudah, facepalm.

Sekarang saya ingin berkongsi tentang pengalaman dan pandangan saudara @abelljefrry yang menyertai perhimpunan Bersih semalam. Saya rasa inilah kronologi yang terbaik dari seorang peserta Bersih untuk dikongsi bersama.


Pengalaman part1: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.
Pengalaman part2: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.
Pengalaman part3: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.

Pandangan: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah ke atas.
Seperti yang dijanjikan, gambar #Bersih yang sempat saya rakam kan semalam.
1:30PM, masih aman. #BersihPic
Perkarangan Dataran Merdeka mula padat dengan peserta #Bersih. #BersihPic
Peserta #Bersih yang sudah mula duduk dgn aman, sekitar 2:30PM. #BersihPic
Peserta #Bersih yang panjat tembok bangunan untuk clear view/air.
Foto diambil 10 minit sebelum tear gas.
Laungan semangat penyokong PR semasa ketibaan barisan pemimpin
PR di perkarangan Dataran. #BersihPic
Gerak tangan Pemimpin PR, semasa memberi arahan/galakan untuk
peserta merempuh masuk. #BersihPic
Dan ini hasilnya sejurus peserta #Bersih mula merempuh masuk ke
Dataran Merdeka. Water Canon. #BersihPic
Masa Polis mula bertindak, mamat ni masih lagi atas palang
signboard & tiang lampu. #BersihPic


Ini video dari Buletin Utama TV3


Ini video dari salah seorang peserta Bersih.


Saya bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Apa yang saya rasa salah saya tegur. Kalau saya salah, anda tegurlah pula ye dak. Jadi, saya tidak mahu tuding jari pada mana mana pihak. Nilai dengan hati dan akal, bukan dengan kaki dan tangan yang ditambah dengan sedikit emosi.

Apa pun yang telah berlaku semalam, ianya sudah menjadi sebahagian dari sejarah negara Malaysia. Memandangkan saya tiada ditempat kejadian. Jadi, saya tiada hak untuk mengatakan perjuangan seseorang itu bodoh atau melabel seseorang itu binatang. Chelsea power!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless