MISS NUFFNANG

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Kenangan Raya 2011 Part II

Masih lagi dalam mood nak cerita pasal raya. Kali ni raya kat rumah my emak pulak. Adik adik i semua berkumpul pagi hari raya ke 3. So, sesi bersalaman dan bergambar dengan my family pada raya ke 3 lah pulak.


My sister and the kids main bunga api

CK yang penakut bunga api, hubby and my brother yang tukang beli bunga api

CK bersalam ngan nenek. Nun di sana, anak sedara i menunggu turn nak bersalaman




Candid camera.....



My family:
3 perempuan ngan hubby masing masing, adik lelaki bujang dan emak, dan 7 cucu














CK dan semua sepupu sebelah mama. Yang paling kecik, Qalif umur 1+.
Gambar ni shoot yang ke 8 baru la cantik sikit...


 
Selepas sesi bergambar, semua kami beraya ke rumah pak ngah (the only abang arwah my father yang masih hidup) di Damansara. Then ke rumah mak teh ( adik my mother ) di Cheras. Pastu, balik ke rumah emak semula...dan ....celebrate birthday anak sedara i, Ungku Amirul Ariff yg ke 10 tahun (the eldest anak sedara i).









I bagi Amirul hadiah satu bekas aiskrim...suspen jer dia bukak bekas tuu...rupa rupa nyer...


Gumbira birthday boy dapat gift voucher Popular Book Store RM50 ( jerr...)
 Tu jer la cerita raya i. Weekend ni, kami plak nak gi beraya ke rumah orang lain...

Monday, September 5, 2011

Kenangan Raya 2011 Part 1

Salam..

Cepatnye masa berlalu...Raya pon dah masuk raya ke 7. Cuti pon dah habis. So, back to work..



I just wanna share kenangan raya with hubby's family and my family. Sayangnye masa balik ke kg hubby, i terlupa plak nak ambik gambar CK bergaya di rumah kampung...Ralat jugak rasa di hati ni.

 

Sekarang ni, i dah balik ke rumah sendiri. Dan adik adik dan SIL n FIL plak datang beraya ke rumah kami. Yang datang ke rumah malam malam....i jamu mee goreng mamak jer (cepat dan pantas dari restoren mamak kat area rumah i...hihihi..malasnye dia..). Yang datang berbondong bondong selepas short notice ...i sempat masak nasi lemak ngan sambal bilis, ayam goreng segera, selain kacang tanah dan bilis goreng ngan telur goreng dan timun. Yang datang ke rumah selepas bagitau awal awal call nak datang rumah, i plan buat nasik ayam plak (senang disediakan sebab set nye senang jer...).


I tak la buat open house, tapi rasa nye raya kali ni, ramai betul tetamu yang datang mungkin sebab kami beraya kat rumah baru....Tu yang ramai sedara dan kenkawan datang. Alhamdulillah, murah rezeki kami. Kannn tetamu yang datang tu membawa rezeki...


Ni gambar hari pertama raya. Di rumah my mertua. My MIL punye rendang...fuhhh sedap. Kali ni rendang, ayam, rendang daging dan rendang puyuh...Meriah betul makanan atas meja. Tapi sori ek, takde gambar makanan...

Bergambar dengan mertua dan ipar...




Hubby,FIL, CK, MIL and me...



CK selepas bersalaman ngan atuk dan nenek (CK panggil nenek ni MakWe)

My mertua dengan 2 cucu mereka
CK ngan sepupu sebelah baba




Meriah betul kami jalan raya ke rumah sedara mara hubby. CK pon tak ingat penat langsung. Tapi tak sempat sampai ke rumah semula, CK dah tertidur kat dalam kereta.

Friday, August 26, 2011

Balik Kampungggg....

Salam..


Akhirnya tibalah hari yang dinantikan. I, hubby and our little princes, CK akan balik ke kampung i. Kami akan stay di sana sampai hari Isnin iaitu sehari sebelum raya, then bertolak ke kampung hubby plak untuk menyambut raya. Sebenarnya, tahun ni giliran beraya di kampung hubby. Setiap tahun, kami tak pernah bergaduh pasal giliran beraya sebab dari awal perkahwinan lagi memang dah ikut giliran tu. Pada petang hari raya kedua, kami akan balik ke kampung i semula untuk menghabiskan cuti dan beraya sakan plak dengan my family.



Jarak antara kampung i dengan kampung hubby lebih kurang 3 hours journey...hihihi...tak la jauh sangat. Jangan plak ada yang gambarkan kampung kami seperti kampung tradisional...lengkap ngan sawah padi bagai....Kedua dua kampung kami terletak di kawasan rumah teres !!!! Hihihi....Tapi kami akan  tetap balik ke kampung yang real punya kampung iaitu rumah atuk hubby yang masih dikelilingi oleh dusun buahan dan pokok getah...(berapa banyak punye kampung daaa...) selepas solat sunat aidilfitri..

Salam aidilfitri dari i, hubby and CK kepada kenkawan lama, kenkawan sekerja, cikgu CK dan kenalan baru di alam cyber. Alhamdulillah, blog ni telah mengeratkan hubungan lama dan menjalin silaturrahim baru. 

Maaf zahir dan batin