skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum semua...Hari ni merajinkan diri untuk meng"update" blog walaupun terasa kemalasan yang teramat sangat. Tak da cerita yang best untuk di coretkan di dalam blog ni, erm..tapi rasa terpanggil untuk berkongsi resepi kudapan yang sangat best dan mudah iaitu Kuih Pintal.
Resepi ni aku perolehi dari mamawandiha.fotopages.com. Memang banyak resepilah kat situ. Rambang mata nak buat mana satu tapi untuk dibuat minum petang, aku pun pilihlah Kuih Pintal ni. Lagipun bahan-bahannya dah ada dan cara pembuatannya pun taklah rumit. Jom intai Kuih Pintal yang aku buat...=)
|
Kuih Pintal |
Sejujurnya kuih ni memang sedap, luarnya rangup ditambah lagi dengan siraan gula memang terangkat!!!. Aku buat suku adunan je maklumlah ahli keluargaku sikit. Dapatlah dalam 15 biji kecil-kecil, rasa tak puas pula makan. Lepas ni kena buat lebih banyak lagilah nampaknya.
Kepada kak Madhihaa, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Kuih Pintal ni. Sekarang kuih ni dah menjadi favorite aku. Sesiapa nak mencubanya boleh tengok resepi di bawah ni...
KUIH PINTAL (Sumber: http://mamawandiha.fotopages.com/)
Bahan Untuk Doh:
- 6 sudu besar minyak masak yg dipanaskan
- ¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit-sikit)
- 1 sudu kecil (rata) garam halus - larutkan dalam air
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Untuk Menyira:
- 6 - 7 sudu besar gula pasir
Cara-cara:
1. Masukkan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti.
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepung tadi lalu digaul rata lagi.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki.
4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil.
5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek-gelekkan (seperti gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder sebesar jari kelingking/sebesar pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam)
6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal-pintalkan. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. Angkat dan tos.
Cara-cara Menyira:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali.
2. Masak sehingga air gula berbuih-biuh dan bertali-tali bila diangkat dari sudip.
3. Masukkan kuih lalu dibalik-balikkan sehingga rata.
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering dan bersalut pada kuih.
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar-benar rata.
6. Siap untuk dihidangkan sebagai kudap-kudapan.
Selamat Mencuba!!!