Showing posts with label ringtone al-quran. Show all posts
Showing posts with label ringtone al-quran. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Ulama’ mengharamkan nada dering bacaan al-Quran

  Entri ini merupakan lanjutan dari soalan yang telah tanya di al-ahkam.net mengenai status nada dering atau ringtone yang menggunakan bacaan al-Quran. Kemungkinan besar soalan ini ditimbulkan oleh kerana tidak ada fatwa kebangsaan yang menjelaskan hukum ini, walaupun beberapa badan autoriti Islam dunia telah mengeluarkan fatwa sejak 4 tahun yang lepas.


Penggunaan nada dering bacaan al-Quran telah mula telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut : “Perbuatan ini memalukan dan menjatuhkan kedudukan/martabat ayat-ayat al-Quran, kerana apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengarnya mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Ulama’ membenarkan ayat-ayat al-Quran ini disimpan dan diperdengarkan melalui talipon. Namun demikan, penggunaan sebagai nada dering, yang sudah pasti ayat-ayat tersebut akan terputus apabila penerima menjawab panggilan tersebut telah dilarang oleh majlis Fiqh tersebut.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ini merupakan salah guna al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan keMuliaannya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, Sheikh Ali Abdul Baqi, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus bacaannya.” Al-Azhar juga telah mengarahkan syarikat telekomunikasi di Mesir agar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang juga merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Ulama Bahrain juga memperingatkan umat Islam agar tidak menjadikan al-Quran sebagai nada dering. Menrut Pengarah dan Penasihat Discover Syariah Islam, Shiekh Essam Ishaq “mereka yang melakukannya bererti tidak menghormati firman-firman Allah". Tambah beliau lagi "Al-Quran adalah firman Allah sebagai petunjuk, dan bukan sebagai ringtone".

Menurut beliau lagi “Adakalanya orang terlupa, apabila membawa taliponnya ke tandas lalu taliponnya berdering, dan ini merupakan penghinaan yang tidak disengajakan terhadap firman Allah."

Fatwa terkini telah dikeluarkan Mufti Besar Mesir, Sheikh Dr Ali Gomaa pada 20 Januari 2011 menyokong keputusan Rumah Fatwa al-Azhar yang mengharamkan penggunaan al-Quran dan Azan sebagai nada dering. Menurut Akhbar Al-Yawm Al-Sabie :

كما أكد المفتى فى فتواه أن ذلك العمل يعد عبثاً بقدسية القرآن الكريم الذى أنزله الله للذكر والتعبد بتلاوته وليس لاستخدامه فى أمور تحط من شأن آيات القرآن الكريم وتخرجها من إطارها الشرعى؛ فنحن مأمورون بتدبر آياته وفهم المعانى التى تدل عليها ألفاظه، ومثل هذا الاستخدام فيه نقلُ له من هذه الدلالة الشرعية إلى دلالة أخرى وضعية على حدوث مكالمة ما، إضافة إلى ما قد يؤدى إليه من قطع للآية وبتر للمعنى بل وقلب له أحياناً عند إيقاف القراءة للرد على الهاتف
”Mufti menegaskan, dalam fatwa beliau bahawa perbuatan ini dianggap melanggar kesucian Al-Quran, yang diturunkan oleh Allah untuk kita berdoa dan beribadat kepada-Nya dengan cara membacanya. Tidak boleh digunakan dalam perkara-perkara yang merendahkan kedudukan al-Quran dan mengambil di luar rangka kerja Syariah. Umat Islam wajib merenungi ayat-ayat Al-Quran dan memahami maknanya. Dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai nada dering kita melemahkan kesahihan ini dan menghadkannya kepada panggilan telefon. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran akan terganggu dan kadang-kadang maknanya dipendekkan/terputus apabila bacaan terhentii kerana menjawab panggilan telefon.”

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya.

c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya akan terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh dan bukan secara terputus-putus.

d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Bacaan lanjutan :

المفتى يحرم وضع آيات القرآن والأذان على رنات المحمول
http://www.youm7.com/News.asp?NewsID=179870&SecID=97&IssueID=0

فتوى بعدم جواز استخدام القرآن أو الأذان كرنات للهاتف الجوال تثير جدلا بين العلماء
http://www.aawsat.com/details.asp?section=17&article=557385&issueno=11403

مجمع البحوث الإسلامية يقرر منع استخدام آيات القرآن الكريم كنغمة للمحمول
http://www.alanba.com.kw/AbsoluteNMNEW/templates/Aworld.aspx?articleid=81496&zoneid=194&m=0

Sekian, wassalam
kamin, 30 Januari 2012