Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.
Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.
Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.Difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya
KOMEN PM
"Saya tak tahu apa-apa" - itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan PERKASA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang hadapi perbicaraan kes liwat nak lari ke luar negara dan cetuskan huru hara dalam negara dari sana.Beliau menjawab soalan berkenaan semasa sidang akhbar awal petang Sabtu ketika waktu rehat semasa adakan pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian di PWTC ,Kuala Lumpur.
Katanya sebelum ini pun sudah ada banyak laporan polis dan ada yang tidak ada apa-apa tindakan dan ada yang diambil tindakan.
Najib serah pihak polis siasat laporan polis yang dibuat oleh PERKASA itu.Ditanya mengenai pergolakan di Mesir beliau yakin rakyat tidak terikut-ikut kerana keadaan di Mesir dan Malaysia berbeza.Menurutnya semasa pergolakan di Mesir BN mampu menang besar di pilihanraya kecil Tenang.
Najib turut berharap peralihan kuasa di Mesir berjalan licin dan kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.
"Saya berharap tidak lagi berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti keganasan dan ketegangan yang serius.
"Saya yakin rakyat Mesir menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya.
Beliau yakin rakyat Mesir akan dapat sebuah kerajaan baru yang dapat membawa perubahan kepada rakyat dan memenuhi kehendak mereka.
Menjawab soalan, Najib berkata apa yang berlaku di Mesir tidak boleh disamakan di negara ini.
Katanya, kerajaan di sini menekankan rakyat didahulukan dalam setiap dasar dan program.
“Memang kita tidak boleh selesaikan semua masalah dalam sekelip mata..rakyat pun faham tetapi asalkan kita memenuhi kehendak rakyat dan ambil tindakan yang rakyat dapat rasakan, itu memadai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA