Showing posts with label Boikot. Show all posts
Showing posts with label Boikot. Show all posts

Monday, January 12, 2009

Boikot...untuk kesejahteraan dunia..

BOikOTT BARANG USA! KN merasa amat sedih dengan apa yang sedang berlaku di negara Palestin sekarang. Saban hari, kanak-kanak, wanita dan orang tua di Gaza dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel yang dahagakan darah umat Islam. Israel, sebuah negara yang ditubuhkan secara haram oleh orang Yahudi dengan bantuan kuasa barat makin angkuh dan sombong. Malah, seruan PBB agar gencatan senjata dilaksanakan segera tidak mereka hirau kerana mereka masih mendapat sokongan sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat. Oleh itu, marilah kita henti membeli produk-produk buatan Amerika Syarikat dan Yahudi kerana setiap tahun duit keuntungan ini akan Amerika Syarikat salurkan kepada negara Israel atas nama bantuan kewangan tetapi sebenarnya ia juga digunakan untuk membunuh saudara seagama kita serta umat manusia di Palestin! Boikott Segera! Jangan pedulikan apa yang orang sekeliling nak kata yang penting kita mulakan dengan diri kita dahulu. Ingatlah jika kita tidak mulakan siapa lagi yang akan mulakan dan ingatlah mungkin dengan apa yang kita lakukan dapat menyelamatkan nyawa di Palestin... Allahuakbar!!!