Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Piala AFC: Arbil benam Kelantan 5-1

Label:

[SH] JUARA empat kali Liga Premier Iraq, Arbil FC mempamerkan kehebatan sebenar apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas pasukan gergasi Pantai Timur Malaysia - Kelantan 5-1 dalam saingan suku akhir pertama di Stadium Francouse Al-Hareeri, hari ini.
 
Kemenangan ini nyata memberi bekalan selesa ke atas pasukan Arbil FC yang akan bertandang ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September ini.
 
Perlawanan yang jelas didominasi Arbil FC pada babak awal perlawanan memperlihatkan pelbagai serangan dan percubaan dilakukan anak buah Nizar Mahrous.
 
Namun begitu, Shakir Ali hampir menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan tetapi sepakannya sekadar melewati palang gol pada babak awal perlawanan.
 
Mula menemui rentak, Arbil FC mula mengatur permainan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang lawan.
 
Akhirnya, pasukan tuan rumah berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila pemain nombor 12 menjaringkan gol pertama setelah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-38.
 
Tersentak dengan jaringan pasukan tuan rumah, Kelantan mengatur strategik dengan melakukan serangan ke gawang lawan.
 
Namun, kesilapan yang dilakukan pasukan tuan rumah menjatuhkan pemain Kelantan di dalam kotak penalti akhirnya memberi peluang kepada anak buah Bojan Hodak menjaringkan mata penyamaan.
 
Suasana stadium yang pada mulanya riuh senyap seketika apabila Mohd Badhri Mohd Radzi berjaya menggegar gawang Arbil FC pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti.
 
Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain Arbil FC mencemaskan kelab pelawat, namun tendangan lencongnya dari jarak 15 meter berjaya didakap kemas penjaga gol, Khairul Fahmi.
 
Begitupun pasukan pelawat tidak kurang aksinya apabila bangkit melakukan serangan dan hampir mengejutkan pasukan tuan rumah, namun beberapa cubaan menarik berjaya dikekang benteng pertahanan Arbil FC.
 
Keghairahan tuan rumah dalam memburu gol kedua akhirnya tertunai menerusi tendangan penalti yang disempurnakan pemain nombor 29 pada minit ke-50 untuk mengukuhkan kedudukan di depan.
 
Gol tersebut tidak menyentap semangat juang Kelantan apabila turut melancarkan serangan ke kubu pasukan Arbil menerusi rangkaian jentera serangan Piya namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.
 
Selang beberapa minit kemudian, Arbil FC terus berpesta gol menerusi jaringan pemain nombor 11 pada minit ke-68 sebelum pemain nombor lapan meriuhkan stadium dengan gol keempat pada minit ke-71.
 
Anak-anak buah Nizar menutup tirai perlawanan malam ini dengan gol kelima pada babak akhir perlawanan sekali gus mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala AFC.

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?

Label:

Nazmi Faiz Mansor

[SH] JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

[VIDEO] Kemeriahan Ketibaan Piala FA 2012 di Kota Bharu

Label:

Pesanan MB Kelantan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan

Label:

Kelantan isytihar Ahad cuti

Label:

Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan Ahad ini cuti tidak kira pasukannya menang atau kalah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini. Kelantan akan bertemu Sime Darby di final.
Gelombang merah pastinya akan membanjiri Stadium Bukit Jalil.
Gomo kelate gomo!!

[VIDEO] Kelantan - 3 Lions XII - 0 : Jaringan Menarik

Label:

[VIDEO] Muay Thai yang paling Lawak...Layan...

Label:

Kesian pengadil...kah kah kah

Ghaddar kembali disenaraikan

Label:

Saya petik:
[kosmo] SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.

Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.

Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.

"Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.

"Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.

Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.

"Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.

"Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.

Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.

Digantung: Annuar bawa kes ke panel antarabangsa

Label:

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

Potong 14 mata: Kelantan kembali bergelora

Label:

Saya petik:
FAM potong 14 mata skuad Piala Presiden guna pemain tak sah
[BH] KANCAH bola sepak Kelantan ‘kembali bergelora’, semalam. Kali ini ia membabitkan skuad Piala Presiden selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memotong 14 mata diperoleh hasil empat kemenangan dan dua kali seri. 

Hukuman keras yang dikenakan ke atas Kelantan diputuskan selepas FAM mendapati skuad muda The Red Warriors itu menurunkan pemain yang tidak sah sepanjang tujuh perlawanan diharungi dalam pertandingan berkenaan sebelum ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan berikutan hukuman itu, semua mata dipungut skuad berkenaan akan ditarik balik sebaliknya akan dihadiahkan kepada pihak lawan.

“Selepas diselidik, kami mendapati Kelantan menggunakan khidmat pemain tidak sah iaitu membabitkan penjaga gol mereka. Mengikut peraturan 55(2), hanya pemain pertandingan bawahan yang dibenarkan bermain di saingan lebih tinggi.

“Tapi seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan diturunkan pada kejohanan lebih rendah. Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan memperoleh kemenangan dengan jaringan 3-0,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Undian Pertandingan Piala Belia Bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Dalam kejohanan pada 1 hingga 14 Mei ini, sejumlah 14 pasukan negeri mengesahkan penyertaan dan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut hadir menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah meneliti atau membubarkan sebarang peraturan seperti yang didesak banyak pihak.

“Bukan Artikel 88 saja boleh diubah malah peraturan lain juga boleh tapi FAM perlu menerima usul terlebih dulu daripada mana-mana ahli kongres. Usul boleh dibuat sebulan sebelum tarikh kongres iaitu selewat-lewatnya 30 Mei ini namun sehingga kini kami belum menerima sebarang usul lagi,” katanya.

[VIDEO] Kesilapan penjaga gol paling buruk dalam sejarah bola sepak

Label:

Apex ungguli pencalonan

Label:

Saya petik:
[SH] SUMBANGAN besar atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia tidak mampu disangkal dan pada tahun ini Anugerah Astro Arena 2012 kembali untuk memberi pengiiktirafan kepada atlet yang mencapai kegemilangan dalam kalendar sukan tanah air.

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengungguli senarai pencalonan bagi atlet lelaki pilihan berpasukan yang turut dicabar Bryan Nickson Lomas (terjun), Adrian Ang (boling), Cheng Chu Sian (memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (hoki).
Sebanyak lapan kategori dipertandingkan termasuk  atlet wanita pilihan berpasukan, atlet muda pilihan, kebangkitan pilihan dan anugerah khas meja sukan pilihan (media cetak), jurulatih pilihan, blog sukan pilihan dan perlawanan pilihan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat undian sehingga 23 April ini di lawan sesawan www.arena.my.
Selain itu tiga legenda sukan akan terpahat di Dewan Kemasyhuran Astro Arena dan mengurniakan anugerah khas kepada seorang bekas atlit Paralimpik ke atas sumbangannya kepada negara.
Manakala bekas juara badminton dunia 2011, Zulfadli Zulkifli mengetuai senarai bagi calon atlet muda pilihan diikuti Adiq Husaini Othman (berbasikal), Aaliyah Yoong (ski Air), Jupha Somnet (berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (bola sepak).

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Boling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
 
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Boling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
 
Atlet Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
 
Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)
 
Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Holloway Cheah (Boling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)
 
Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo (Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
 
Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

[Video] Penjelasan Apek

Label:

Saya petik:
[HM] KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee.

Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan.

Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

“Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu.

“Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain),” katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan.

“Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas,” katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik.

Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011.

Kedudukan Khairul Fahmi terserah kepada Kafa: Butler

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Jurulatih Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara ketika menjalani latihan menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.

Menurutnya, hanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.

"Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham," katanya. - Bernama

Banglo milik Khairul Fahmi siap

Label:

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

Pemain bola sepak, pegawai dapat ganjaran RM30,000

Label:

Saya petik:

[kosmo] PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.

[VIDEO] Jaringan GOL menarik Malaysia melawan Lubnan

Label:

MALAYSIA 2  LUBNAN 1

Saya petik:

[kosmo] MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”

Maafkan Saya - Daudsu

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: “Maafkan saya.” Itu luahan pemain pertahanan Kelantan, , 26, kepada hampir dua juta rakyat Kelantan, selepas dia menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, sehingga mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Terengganu, 2-1.

Mohd Daudsu berkata, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya selepas melakukan kesilapan berkenaan.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan, terutama penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya sedar, penyokong Kelantan menaruh harapan tinggi untuk melihat Kelantan menang, tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Maafkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat melelapkan mata semalaman gara-gara tertekan dengan kesilapan yang dilakukannya.

“Saya akui saya tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.

“Saya sudah mencuba segala yang termampu. Saya tidak mahu Kelantan tewas apatah lagi melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan, justeru saya berharap semua penyokong dapat menerima kekalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, penyokong Kelantan tidak menyalahkan Mohd Daudsu, sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pemain pertahanan itu.

Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di Facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya, ‘100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan’, ‘Jangan salahkan Daudsu okay’, ‘Maafkan Daudsu’ dan ‘Bukan salah Daudsu’.

Kewujudan laman khas itu menerima sokongan ribuan penyokong Kelantan.

Mohd Daudsu ketika ditanya mengenai sokongan diterima itu, mengakui terharu dan berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan penyokong Kelantan.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak menyalahkannya dan tetap menyebelahinya.

“Terima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

“Saya akan terus berbakti kepada pasukan Kelantan dan membantu Kelantan untuk menjuarai Liga Super,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan di laman Facebook peribadinya, bahawa tiada sesiapa perlu di persalahkan atas kekalahan Kelantan.
“Semua pemain sudah buat yang terbaik dan gol Daudsu adalah takdir. “Daudsu tidak boleh dipersalahkan,” katanya

Isu skirt: Pemuda PAS desak BAM, Putrajaya boikot BWF

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Mei — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ekoran keputusannya mahu mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain-pemain wanita.

Sayap PAS itu menegaskan pihaknya kesal kerana BAM dan kementerian tidak proaktif bagi membantah keputusan tersebut.

“Pemuda PAS melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan tidak masuk akal dan remeh.

“Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton,” kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang.

Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan “untuk memastikan aksi lebih menarik” untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yakin idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka.

“Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya berharap pertubuhan wanita dan bukan kerajaan Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. 

“Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi,” kata beliau lagi.

Selain itu kata beliau, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

“Dan, ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. 

“Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya,” katanya lagi.

Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

“Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, Pemuda PAS pusat mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. 

“Dan, seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot,” katanya lagi.

Kelantan benam EGO Selangor

Label:

NORSHAHRUL (kiri) dicabar pertahanan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 1-0.

Saya petik: 

[kosmo] PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.

Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.

Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.

Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.

Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.

Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.

Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.

Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.
Piala AFC: Arbil benam Kelantan 5-1
Rabu, September 19, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mei 29, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Nazmi Faiz Mansor

[SH] JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
[VIDEO] Kemeriahan Ketibaan Piala FA 2012 di Kota Bharu
Isnin, Mei 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Pesanan MB Kelantan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan
Jumaat, Mei 18, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kelantan isytihar Ahad cuti
Ahad, Mei 13, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan Ahad ini cuti tidak kira pasukannya menang atau kalah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini. Kelantan akan bertemu Sime Darby di final.
Gelombang merah pastinya akan membanjiri Stadium Bukit Jalil.
Gomo kelate gomo!!
[VIDEO] Kelantan - 3 Lions XII - 0 : Jaringan Menarik
Sabtu, Mei 05, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[VIDEO] Muay Thai yang paling Lawak...Layan...
Rabu, April 18, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Kesian pengadil...kah kah kah
Ghaddar kembali disenaraikan
Isnin, April 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[kosmo] SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.

Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.

Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.

"Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.

"Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.

Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.

"Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.

"Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.

Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.
Digantung: Annuar bawa kes ke panel antarabangsa
Sabtu, April 14, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.
Potong 14 mata: Kelantan kembali bergelora
Jumaat, April 13, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
FAM potong 14 mata skuad Piala Presiden guna pemain tak sah
[BH] KANCAH bola sepak Kelantan ‘kembali bergelora’, semalam. Kali ini ia membabitkan skuad Piala Presiden selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memotong 14 mata diperoleh hasil empat kemenangan dan dua kali seri. 

Hukuman keras yang dikenakan ke atas Kelantan diputuskan selepas FAM mendapati skuad muda The Red Warriors itu menurunkan pemain yang tidak sah sepanjang tujuh perlawanan diharungi dalam pertandingan berkenaan sebelum ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan berikutan hukuman itu, semua mata dipungut skuad berkenaan akan ditarik balik sebaliknya akan dihadiahkan kepada pihak lawan.

“Selepas diselidik, kami mendapati Kelantan menggunakan khidmat pemain tidak sah iaitu membabitkan penjaga gol mereka. Mengikut peraturan 55(2), hanya pemain pertandingan bawahan yang dibenarkan bermain di saingan lebih tinggi.

“Tapi seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan diturunkan pada kejohanan lebih rendah. Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan memperoleh kemenangan dengan jaringan 3-0,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Undian Pertandingan Piala Belia Bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Dalam kejohanan pada 1 hingga 14 Mei ini, sejumlah 14 pasukan negeri mengesahkan penyertaan dan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut hadir menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah meneliti atau membubarkan sebarang peraturan seperti yang didesak banyak pihak.

“Bukan Artikel 88 saja boleh diubah malah peraturan lain juga boleh tapi FAM perlu menerima usul terlebih dulu daripada mana-mana ahli kongres. Usul boleh dibuat sebulan sebelum tarikh kongres iaitu selewat-lewatnya 30 Mei ini namun sehingga kini kami belum menerima sebarang usul lagi,” katanya.
[VIDEO] Kesilapan penjaga gol paling buruk dalam sejarah bola sepak
Khamis, April 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Apex ungguli pencalonan
Rabu, April 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] SUMBANGAN besar atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia tidak mampu disangkal dan pada tahun ini Anugerah Astro Arena 2012 kembali untuk memberi pengiiktirafan kepada atlet yang mencapai kegemilangan dalam kalendar sukan tanah air.

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengungguli senarai pencalonan bagi atlet lelaki pilihan berpasukan yang turut dicabar Bryan Nickson Lomas (terjun), Adrian Ang (boling), Cheng Chu Sian (memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (hoki).
Sebanyak lapan kategori dipertandingkan termasuk  atlet wanita pilihan berpasukan, atlet muda pilihan, kebangkitan pilihan dan anugerah khas meja sukan pilihan (media cetak), jurulatih pilihan, blog sukan pilihan dan perlawanan pilihan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat undian sehingga 23 April ini di lawan sesawan www.arena.my.
Selain itu tiga legenda sukan akan terpahat di Dewan Kemasyhuran Astro Arena dan mengurniakan anugerah khas kepada seorang bekas atlit Paralimpik ke atas sumbangannya kepada negara.
Manakala bekas juara badminton dunia 2011, Zulfadli Zulkifli mengetuai senarai bagi calon atlet muda pilihan diikuti Adiq Husaini Othman (berbasikal), Aaliyah Yoong (ski Air), Jupha Somnet (berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (bola sepak).

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Boling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
 
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Boling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
 
Atlet Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
 
Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)
 
Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Holloway Cheah (Boling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)
 
Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo (Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
 
Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).
[Video] Penjelasan Apek
Jumaat, Januari 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HM] KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee.

Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan.

Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

“Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu.

“Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain),” katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan.

“Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas,” katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik.

Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011.
Kedudukan Khairul Fahmi terserah kepada Kafa: Butler
Khamis, Januari 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Jurulatih Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara ketika menjalani latihan menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.

Menurutnya, hanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.

"Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham," katanya. - Bernama
Banglo milik Khairul Fahmi siap
Rabu, Disember 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.
Pemain bola sepak, pegawai dapat ganjaran RM30,000
Rabu, November 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[kosmo] PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.
[VIDEO] Jaringan GOL menarik Malaysia melawan Lubnan
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

MALAYSIA 2  LUBNAN 1

Saya petik:

[kosmo] MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”
Maafkan Saya - Daudsu
Isnin, Jun 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: “Maafkan saya.” Itu luahan pemain pertahanan Kelantan, , 26, kepada hampir dua juta rakyat Kelantan, selepas dia menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, sehingga mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Terengganu, 2-1.

Mohd Daudsu berkata, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya selepas melakukan kesilapan berkenaan.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan, terutama penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya sedar, penyokong Kelantan menaruh harapan tinggi untuk melihat Kelantan menang, tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Maafkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat melelapkan mata semalaman gara-gara tertekan dengan kesilapan yang dilakukannya.

“Saya akui saya tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.

“Saya sudah mencuba segala yang termampu. Saya tidak mahu Kelantan tewas apatah lagi melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan, justeru saya berharap semua penyokong dapat menerima kekalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, penyokong Kelantan tidak menyalahkan Mohd Daudsu, sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pemain pertahanan itu.

Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di Facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya, ‘100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan’, ‘Jangan salahkan Daudsu okay’, ‘Maafkan Daudsu’ dan ‘Bukan salah Daudsu’.

Kewujudan laman khas itu menerima sokongan ribuan penyokong Kelantan.

Mohd Daudsu ketika ditanya mengenai sokongan diterima itu, mengakui terharu dan berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan penyokong Kelantan.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak menyalahkannya dan tetap menyebelahinya.

“Terima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

“Saya akan terus berbakti kepada pasukan Kelantan dan membantu Kelantan untuk menjuarai Liga Super,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan di laman Facebook peribadinya, bahawa tiada sesiapa perlu di persalahkan atas kekalahan Kelantan.
“Semua pemain sudah buat yang terbaik dan gol Daudsu adalah takdir. “Daudsu tidak boleh dipersalahkan,” katanya
Isu skirt: Pemuda PAS desak BAM, Putrajaya boikot BWF
Jumaat, Mei 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Mei — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ekoran keputusannya mahu mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain-pemain wanita.

Sayap PAS itu menegaskan pihaknya kesal kerana BAM dan kementerian tidak proaktif bagi membantah keputusan tersebut.

“Pemuda PAS melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan tidak masuk akal dan remeh.

“Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton,” kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang.

Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan “untuk memastikan aksi lebih menarik” untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yakin idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka.

“Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya berharap pertubuhan wanita dan bukan kerajaan Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. 

“Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi,” kata beliau lagi.

Selain itu kata beliau, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

“Dan, ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. 

“Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya,” katanya lagi.

Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

“Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, Pemuda PAS pusat mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. 

“Dan, seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot,” katanya lagi.
Kelantan benam EGO Selangor
Rabu, April 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai