Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Anwar perakui Nik Aziz, bukan Hadi, sebagai pemimpin tertinggi PAS

Jurublog tertarik untuk membincangkan banner kempen Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dihebahkan di anwaribrahimblog.com. Di banner tersebut terletak gambar-gambar Wan Azizah, Azizan, Anwar, Manikumar, Nik Aziz dan Lim Guan Eng.

Apakah kriteria yang diguna pakai bagi memilih mereka-mereka yang patut ditonjolkan di dalambanner tersebut? Adakah ianya berdasarkan kepimpinan tertinggi parti-parti di kalangan pembangkang?

Manikumar adalah calon PKR bagi pilihanraya kecil ini. Gambar beliau perlu ada.

Oleh kerana Azizan merupakan Menteri Besar Kedah (dan mungkin Pengerusi tidak rasmi Pakatan Rakyat Kedah), gambar beliau juga boleh dijustifikasikan.

Lim Guan Eng adalah bos besar DAP di peringkat pusat. Gambar beliau boleh dipertimbangkan (walaupun jauh diletak di sudut banner, macam junior partner PR).

Wan Azizah merupakan Presiden PKR. Walau pun berpangkat Presiden, beliau hanya merupakan pemegang tombak. Sebab itulah berada di tepi, setaraf dengan Lim Guan Eng yang dicop pemegang tombak oleh PR.

Brader Anwar Bin Ibrahim, seperti biasa, suka enter frame. Gambar mesti nak di tengah, dan paling ke hadapan. Dia ini bukan Presiden atau ahli mana-mana parti DAP, PAS atau PKR. Tapi oleh kerana kemaruk nak jadi bos, digelar de facto leader. Patutnya kalau gambar Brader Anwar Bin Ibrahim ini dah ada, tak payahlah lagi gambar bini tu.

Yang paling menghairankan ialah gambar Nik Aziz. Niz Aziz bukan Presiden PAS. Presiden PAS ialah Hadi Awang. Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS.

Adakah sekarang ini Anwar menganggap Nik Aziz sebagai pemimpin sebenar PAS? Adakah kerana Nik Aziz banyak mempertahankan hujah-hujah Anwar sebagai seperti penggunaan perkataan Allah bagi selain daripada Islam? Begitu juga dengan Kerajaan Uniti yang dicadangkan oleh Hadi Awang tetapi ditolak oleh Nik Aziz?

Memang begitulah lazimnya cara Brader Anwar Bin Ibrahim bekerja dan berdakyah. Apa yang dibuatnya selalu mempunyai agenda jahatnya yang tersendiri.

Dengan menggunakan banner yang menampilkan Nik Aziz dan bukan Hadi Awang, Anwar ingin menunjukkan kecenderungan kepimpinan PAS yang dikehendakki oleh beliau sendiri. Malang sekali, ahli-ahli PAS sekarang ini hanya mengikut rentak Anwar.

Monday, March 2, 2009

Nik Aziz mengikut kehendak kadok yang dah naik junjung

Ulama politik, Nik Aziz telah membuat dua kenyataan besar pada 1 Mac 2009 yang bertujuan untuk memperburukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO. Jika diperhalusi, sekiranya kenyataan-kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, maka mulalah PAS dan PKR akan bertubi-tubi menyerang kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan pertamanya, Nik Aziz telah “memperbenarkan” penggunaan Allah bagi bukan Islam. Maka dengan sendirinya, Nik Aziz tidak memperdulikan keluhan Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang telah mendedahkan niat jahat missionary Kristian yang bergerak aktif di Lembah Kelang yang meyebarkan risalah-risalah untuk memujuk golongan muda Melayu Islam untuk mendekati agama mereka.

Dalam kenyataan keduanya, Nik Aziz telah mengatakan bahawa terma bumiputera adalah berbentuk perkauman. Maka gembiralah ADUN DAP di Johor yang baru sahaja menyamakan Dasar Ekonomi Baru sebagai apartheid.

Begitulah perangai ulama politik. Perkara sebegitulah juga yang akan menjatuhkan Islam.

Dalam masa pihak-pihak yang anti-Melayu dan anti-Islam melaung-laungkan konsep kesama-rataan, masih ada orang Islam yang masih tidak sedar agenda sebenar golongan kafir harbi tersebut.

Dalam masa puak Hindraf yang mewakili tidak sampai 5% penduduk Malaysia sibuk membuat demontrasi dan hura-hara di negara ini, maka sibuklah juga hipokrit seperti Brader Anwar Bin Ibrahim menyokong puak pelampau tersebut. Hindraf mendakwa bahawa orang Melayu telah melakukan pembunuhan (genocide) terhadap kaum India di Malaysia.

Dalam masa keling Sikh bertindak biadap terhadap Raja-Raja Melayu, maka sibuklah juga kumpulan Erdogan PAS dalam bentuk Nizar cuba menonjolkan diri sebagai wakil Ketuanan Rakyat di Perak. PKR dan PAS masih buat-buat tidak sedar yang sokongan kaum bukan Melayu terhadap mereka hanyalah kerana PKR dan PAS ini telah mempermudahkan golongan bukan Melayu yang anti-Melayu untuk menyerang Raja-Raja Melayu dan dasar-dasar Kerajaan yang mempertahankan kedudukan kaum Melayu.

Maka mulalah puak-puak kafir harbi yang menguasai internet menggunakan kekuatan bilangan yang ada kepada mereka untuk menyokong kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Raja-Raja, memperlekehkan golongan bumiputera, memperlekehkan orang Islam, kerana mereka sudah pasti yang ada golongan cerdik-pandai di kalangan orang Melayu Islam yang hipokrit dan hanya merupakan ulama politik.

Dalam masa yang sama, UMNO pimpinan Pak Lah masih lagi tercari-cari formula tepat untuk menangkis asakan demi asakan daripada puak-puak bukan Islam yang makin melampau-lampau keceluparan mereka. Mana tidaknya, UMNO terpaksa berhadapan dengan hipokrit PKR dan ulama politik PAS yang sebangsa dengan mereka. Semakin sukarlah Melayu untuk mempertahankan ucapan keramat Panglima Hang Tuah supaya Tidak Melayu Hilang Di Dunia.