Langkah Pertama Catatan Perakaunan- Jurnal
Assalamualaikum & hai. So, macam yang pernah aida sharekan sebelum ni dalam entri proses perakaunan, langkah pertama selepas mengenalpasti jenis-jenis dokumen adalah mengelaskan dan mencatatkan sumber maklumat dokumen dalam buku catatan pertama (BCP) atau jurnal. Korang boleh tekan kat link ni untuk tengok proses perakaunan sebagai rujukan. http://jurnalaidahashim.blogspot.com/2018/11/kitaran-perakaunan.html Semua urus niaga perlu dicatat setiap hari mengikut urutan tarikhnya secara sistematik. Jika terabai atau berlaku kesilapan dalam perekodan, maklumat akan jadi tidak tepat atau kemungkinan korang akan kemurungan hujung bulan sebab penyata kewangan korang tak tepat.heheh Jadi, antara fungsi catatan jurnal ini diwujudkan adalah dapat mengurangkan risiko kesilapan dan ketinggalan catatan urus niaga. Jurnal juga boleh diklasifikasikan sebagai alat kawalan dalam sistem merekodkan urus niaga. Jurnal terbahagi kepada 2 iaitu jurnal khas dan jurnal am. Jurnal khas adalah...